BAB 23- TIADA LAGI DENDAM

Romance Completed 191238

Dia melabuhkan punggungnya ke kerusi yang disediakan dengan berhati-hati sambil memegang perutnya yang sudah sarat itu. Dari cermin kaca, dia sudah nampak wajah seseorang yang memanggilnya ke situ. Ternyata wajah itu kelihatan muram namun air wajahnya tidak lagi seperti dulu. Dia dapat lihat kini wajah itu lebih tenang.

Ganggang telefon didepannya dicapai saat Zia melihat Mak cik Zainab sudah meletakkan ganggang ke telinganya.

"Assalamualaikum Zia...." perlahan sahaja suara itu memberi salam.

Zia tersenyum nipis memandang wanita separuh usia itu.

"waalaikumusalam mak cik...." jawab Zia.

Zainab tersenyum nipis. Matanya beralih ke arah perut Zia yang membukit itu.

"Dah berapa bulan?"

"hampir lapan bulan... Mak cik sihat?"

"alhamdulillah sihat. Terima kasih kerana sudi datang jumpa mak cik. Sebenarnya mak cik baru ada keberanian nak jumpa kamu. Mak cik nak minta ampun dengan kamu sebelum terlambat. Maafkan mak cik, Zia. Ampunkan segala dosa mak cik dengan kamu" pohon Zainab bersama air mata yang bercucuran jatuh ke pipi.

"mak cik, dah lama Zia maafkan mak cik. Walaupun Zia bukan darah daging mak cik tapi Zia tetap sayang mak cik seperti ibu Zia sendiri. Maafkan Zia jika selama ini Zia banyak menyakitkan hati mak cik. Zia harap Tiada lagi dendam buat Zia di hati mak cik." balas Zia.

Zainab tidak mampu menahan sebak. Teresak-esak dia sambil menggelengkan kepalanya. Sekarang dia sedar, segala yang berlaku terhadap dirinya adalah kerana sikap tamaknya sendiri. Dia kehilangan anak-anaknya dan sekarang dia menerima hukuman atas kesilapannya sendiri. Allah dah berikan hidayah buatnya untuk berubah dan dia nekad untuk bertaubat.

"Mak cik..."

Zainab memandang Zia dia dipanggil saat itu. Dia melihat Zia tersenyum.

"inshaallah kawan arwah papa akan usaha untuk membuat rayuan bagi ringankan hukuman. Zia sentiasa berdoa agar urusan mak cik dipermudahkan. Mak cik ampunkan Zia ya? Zia harap mak cik masih boleh terima Zia sebagai ahli keluarga mak cik." ujar Zia sebak.

Makin laju air mata Zainab saat itu. Sebelah tangannya melekat di cermin tebal di depannya itu.

" mak cik sayang Zia. Mak cik yang berdosa, terlalu banyak dosa mak cik. Terima kasih kerana sudi bantu mak cik. Kamu seorang yang sangat baik, sama seperti arwah papa dan mama kamu. Mak cik yang buta, tidak pandai menilai permata yang berharga. Maafkan mak cik... " rintih Zainab.

Zia menyapu air matanya, dan saat itu dia melihat pegawai penjara mula memberi isyarat bahawa waktu lawatan sudah hampir tamat.

"mak cik bersabar ya, inshaallah moga Allah permudahkan segalanya. Tentang harta arwah papa, Zia dah serahkan separuh ke atas nama mak cik dan lagi separuh untuk orang yang memerlukan. Zia akan serahkan hak mak cik selepas mak cik keluar nanti ya" ujar Zia.

"tidak, itu hak kamu. Mak cik tak nak semua tu. Mak cik tiada hak ke atas itu semua. Kamu jangan risau, andai ada rezeki mak cik keluar. Tiba masa untuk ak cik mencari redha Allah. Mak cik tak perlukan itu semua. Kamu uruskanlah dan serahkan kepada yang berhak, janji dengan mak cik ya Zia? " soal Zainab.

Zia tersenyum nipis lalu mengangguk. Zia melihat pegawai penjara itu menghampiri mak cik Zainab lalu bercakap sesuatu. Lalu dia melihat Zainab meletak ganggang ke tempat asalnya lalu dia berdiri. Dari gerak bibir dia melihat Zainab memberi salam dan tangannya melambai.

Zia menjawab salam itu perlahan lalu membalas lambaian tangan itu sehinggalah Zainab menghilang dari ruang itu.

Zia melangkah keluar dari bilik lawatan dan saat itu dia memandang ke arah suaminya yang setia menunggu diruangan disediakan. Apabila melihat Zia, laju Qashaf menghampiri isterinya. Dia terus memeluk bahu Zia, membantu isterinya berjalan memandangkan keadaan Zia yang sudah sarat.

Di dalam perjalanan, Qashaf melihat isterinya hanya diam tanpa suara. Tangan kirinya laju mencapai tangan kanan Zia lalu mengenggam erat. Kelakuan itu membuatkan Zia menoleh memandang suaminya.

"are you okay sayang?" soal Qashaf tanpa memandang.

"okay... Zia rasa lega bang. Tak pernah Zia rasa setenang ini. Akhirnya semuanya sudah terlerai. Mak cik Zianab sudah berubah dan Zia gembira sangat lihat dia yang sekarang" jawab Zia tersenyum.

Qashaf menoleh sekilas lalu tersenyum nipis.

"alhamdulillah, I'm happy to see you happy." ujar Qaahaf lalu menarik tangan Zia lalu mengucupnya laju.

Tersenyum bahagia Zia. Dia mengenggam erat tangan suaminya itu.

"sayang, buka Dashboard tu. Ada something yang you should know" ujar Qashaf.

Zia mengikut arahan suaminya itu lalu dashboard di depannya dibuka. Dia melihat sebuah sampul surat berwarna putih. Lalu dia mencapainya.

"open it" arah Qashaf, dia masih lagi memfokus kepada pemanduannya.

Zia membuka sampul tersebut dan sekeping kad ditarik keluar. Dia terus membaca isi kad tersebut dan saat itu terbeliak matanya. Laju dia menoleh ke arah suaminya.

"Abang!? Betul ke ni?!"
. .
. .
. .
. .
. .
. .
Tangannya disilang ke dada. Tiada sebarang riak di wajahnya membuatkan seseorang di depannya hanya mampu menunduk. Tidak mampu untuk melawan pandangan tajam matanya.

"would you like to explain about this?" soalnya sambil meletak kad di atas meja. Betul-betul di depan orang di depannya itu.

"Zia... Aku... Aku..." tidak mampu lagi untuk dia berkata-kata.

"aku apa? Sejak bila kau orang bercinta? Tup-tup dah nak kahwin?" sergah Zia lagi.

Makin menunduk kepada Laila saat itu. Sungguh dia merasa bersalah saat itu.

"Zia, maafkan aku. Benda ni jadi tanpa aku sedar. Up-tup tiba-tiba dia ajak aku kahwin. Zia, aku minta maaf. Aku bukan nak sorok daripada kau tapi aku cuma confius" ujar Laila lagi.

"apa lagi yang kau confius? Faiz tak cukup baik ke untuk kau? Kenapa kau nak was-was lagi?" soal Zia.

"bukan macam tu. Aku cuma takut aku tak cukup bik untuk dia" balas Laila.

"sampai sekarang?"

"No! Sekarang aku dah benar-benar yakin dia yang terbaik untuk aku. cuma aku malu nak beritahu kau... Kau.. Kau tak happy ke aku kahwin dengan Faiz?" soal Laila lurus.

"Giler kau tak happy?! Mestilah aku happy giler! Aku tahu Faiz akan bahagiakan kau Ila!!" ujar Zia berubah teruja.

Laila menarik nafas lega saat itu. Terus dia tersenyum lebar.

"sorry tau. Aku dah cakap dengan Faiz, biar aku bagi kad jemputan dekat kau dulu baru dia bagi dekat Qashaf tapi dia bukannya nak dengar pun" keluh Laila tak puas hati.

"it's okay, cuma aku terkejut jela masa baca nama dalam kad tu. Tak sangka kau orang berdua akan kahwin. Sejak bila pulak kau orang bercinta hah?" soal Zia sambil mnjungkit keningnya berkali-kali.

Merona merah wajah Laila saat itu.

"panjang ceritanya, long story short jodoh kitaorang berdua sampai setelah kau dan Qashaf kahwin." ujar Laila.

"so, aku dan Qashaf ada shares jugak la dalam hubungan kau orang ni ek?" usik Zia.

"boleh dikatakan begitu" balas Laila mengundang tawa Zia. Akhirnya mereka ketawa bersama-sama.

"Aku terima nikahnya Nor Laila binti Roslan dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai!"

"sah!"

"sah!"

"alhamdulillah.... Bismillah...." imam membacakan doa selamat setelah upacara akad nikah selesai.

Faiz yang bersila di, depan menadah tangan dan mengaminkan tanda kesyukuran.

Laila yang duduk di pelamin juga khusyuk mendengar dan mengaminkan doa dari imam saat itu. Dengan sekali lafaz, akhirnya dia sudah bergelar seorang isteri. Zia yang duduk di sudut mengelap matanya yang sudah bergenang. Menumpang gembira melihat sahabat baiknya selamat berumahtangga.

Selesai berdoa, Faiz bersalaman dengan orang-orang di sekelilingnya. Saat dengan Qashaf. Dia terus memeluk erat sahabatnya itu.

"congrats bro! Aku tumpang gembira untuk kau!" ujar Qashaf.

"thanks bro!" balas Faiz gembira.

Selepas itu, upacara pembatalan air sembahyang dilakukan. Zia hanya memerhati dari jauh membandangkan dirinya yang sudah sarat itu tidak mampu untuk berkerumum di depan pelamin. Dia tersenyum saat melihat jari Laila sudah tersarung cincin. Senyumannya kekal di bibir sehingga dia merasakan ada tangan memeluk bahunya. Dia terus menoleh ke sebelahnya.

Terbias wajah kacak suaminya saat itu. Tersenyum melihatnya. Zia, membalas senyuman suaminya itu namun sekejap senyuman Zia mati membuatkan Qashaf mengerut keningnya.

"Sayang kenapa? Dah sampai masa ke?" soal Qashaf risau.

"hesy abang ni, belum lagi lah! Cuma Zia nak lepas ni abang tak payah clean shave lah! Bila muka bersih macam ni abang nampak muda sangat! Sampai ramai mata anak dara duk usyar abang je! Lepas ni Zia tak nak abang clean shaved! " marah Zia.

Terlepas tawa Qashaf saat itu. Dia menggeleng kepala dengan sikap isterinya itu.

" alolo... Isteri abang jealous pulak. Okay lepas ni abang tak clean shaved dah. Abang janji! " ujar Qashaf bersungguh.

Saat itu Qashaf melihat senyuman kembali memekar di bibir isterinya itu. Menggeleng kepala dia melihat sikap Zia yang berubah manja saat itu.
. .
. .
. .
. .
. .
. .
.

" sayang stop there!! " jerit Qashaf cemas.

Zia menghentikan langkah kakinya lalu dengan geram dia menoleh ke arah suaminya sambil sebelah tangannya mencekak pinggang.

"ibu! Mama! Tengok abang ni!" adu Zia kepada ibu serta mentuanya.

Tergelak dua wanita itu melihat gelagat pasangan itu.

"let me do it!" ujar Qashaf lalu menghulurkan tangannya.

"No! I can do it lah abang!"

"No! You can't!" bantah Qashaf lagi.

"Ibuu...." rengek Zia.

"ibu tak mahu masuk campur." ujar puan Zaleha sambil mengangkat kedua tangannya ke atas.

"Zia nak kait sendiri rambutan ni! Nanti kempunan!" ujar Zia.

"Sayang, galah tu berat. Tak elok untuk sayang dah sarat tu. Nanti terberanak dekat sini baru tahu" marah Qashaf.

"biarlah kalau beranak pun! Abang marah-marah Zia ni kenapa?!" Zia mula emosi.

"Sayang, abang tak marah tapi abang risau. Galah tu berat! Bagi abang ya? Biar abang kait kan rambutan ni" pujuk Qashaf.

"Zia, biarlah suami kamu yang buat. Bila lagi kamu nak buli dia..." sampuk Dato Azfar yang menghampiri mereka bersama Encik Abdullah.

"Nahh!!" bentak Zia lalu melepaskan galah tersebut ke arah Qashaf.

Laju Qashaf menyambut. Dia melihat Zia melangkah ke arah pondok yang tersedia di dusun buah milik papanya itu. Dia menggeleng kepala, dia tahu isterinya itu merajuk namun biarlah Zia merajuk dari dia melihat isterinya itu mengait buah. Nanti dia pujuk, cair lah Zia nanti.

Zia melabuhkan punggungnya sambil mengosok perutnya. Anaknya juga kuat menendang, mungkin merasakan perasaan yang sama seperti dia alami sekarang. Dia melihat Qashaf sedang bersusah payah mengait rambutan. Sebenarnya dia terlalu teringin mengait sendiri rambutan, saat melihat buah yang merah dan lebat itu saja sudah terliur.

Zia mengosok lagi perutnya. Makin kuat pula anaknya menendang.

"sabar ya baby, daddy tengah kait rambutan untuk kita tu" pujuk Zia.

Dia mengerutkan keningnya saat merasakan bahagian bawah perutnya mencucuk-cucuk. Makin lama makin sakit.

"ibu... Mama..." panggil Zia saat melihat dress labuh yang dipakainya mula kebasahan.

Puan Zaleha dan Datin Sarima yang sedang berborak menoleh ke arah Zia saat mereka dipanggil. Berubah riak masing-masing saat melihat keadaan Zia.

"Ya Allah! Qash! Zia dah nak bersalin!!" jerit Datin Sarima.

Qashaf yang sedang mengutip rambutan terus bergegas ke arahnya.

"Sayang dah nak bersalin? Kan lagi dua minggu?!" soal Qashaf kalut.

"hesy kamu ni! Tak payah tanya! Bawa Zia ke hospital sekarang! Karang sini jugak dia beranak!" marah Datin Sarima kepada anaknya itu.

Laju dia memapah isterinya ke kereta. Dan dia terus meluncur keluar dari kebun tersebut menuju ke hospital yang terdekat.

Ramai nak Faiz dan Laila so here we go... Next chapter will be epilog... Sob3...thanks semua.. Tak sgka readers utk cerita ni dah lbih 100k....sis terharu

Share this novel

Hawani Hashim66
2022-02-03 23:20:38 

Tahniah dah 100k readers...CE harap ada novel baru habis yg ni kkk....good luck

Esjasz Malek
2022-02-02 23:36:05 

nak habis dahh..


NovelPlus Premium

The best ads free experience