BAB 1- NUR IMAN

Romance Completed 191238

Suasana majlis pernikahan itu sangat tenang sekali. Imam membacakan doa selepas selesainya akad. Lelaki di hadapan segak berbaju melayu putih gading kusyuk mendengar setiap bait doa yang di alunkan.

pengantin perempuan di belakang cantik tersenyum walaupun wajahnya pucat namun serinya tetap terpancar. Selesai mengaminkan doa.

Pengantin lelaki mendekati isterinya yang duduk di kerusi roda. Tiada pelamin yang menghiasi majlis pernikahan mereka. Qashaf menyarungkan cincin pernikahan dijari manis Nur Iman lalu mencium dahi isterinya itu. Air mata menitis laju di pipi Nur Iman. saudara mara yang melihat tidak dapat menahan sebak.

Datin Sarima, ibu Qashaf tidak dapat menahan kesedihan memeluk suaminya di sisi. Qashaf menyapu air mata yang mengalir di pipi isterinya.

" thank you sayang. terima kasih sudi terima abang sebagai suami Iman"

Nur Iman mengenggam tangan Qashaf.

" abang pasti ke semua ni? hayat Iman sudah tak lama, Iman tak nak abang bersedih nanti"

"Tidak sayang. Abang cintakan Iman sangat-sangat. Abang akan sentiasa di sisi sayang" ujar Qashaf tersenyum sambil mengenggam erat tangan isterinya.

" Maafkan iman sebab tidak dapat menjadi isteri yang sempurna buat abang." ujar Nur Iman menundukkan wajahnya.

Qashaf menyentuh dagu isterinya lalu menolak ke atas agar dia dapat melihat wajah wanita yang baru dia nikahi sebentar tadi

"abang nikahi Iman bukan kerana kerana nafsu, tapi kerana cinta abang dan abang nak jadi yang halal buat sayang. Abang akan jaga sayang. Jangan pernah minta maaf kerana sayang tak pernah ada salah pun dengan abang"

Qashaf mengenggam erat tangan isterinya. Demi Iman,dia akan lakukan segalanya. Nur Iman, gadis yang pertama berjaya menambat hatinya. sepanjang 7 tahun perkenalan terlalu banyak kenangan indah dalam hidupnya.

Namun disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari. selepas mengikat tali pertunangan dia dikejutkan dengan berita bahawa Nur Iman menghidap Kanser paru-paru tahap 3. Hatinya turut merasa sakit saat melihat gadis yang dicintai mengharungi kesakitan itu. Saat Nur Iman ingin memutuskan pertunangan, Qashaf membuat keputusan untuk mengahwini Nur Iman.

Ibu bapa mereka tidak membantah keputusan anaknya. Dugaan bertambah apabila doktor mengesahkan kanser Nur Iman kini di tahap 4 dan peluang untuk sembuh semakin tipis. Namun Qashaf tetap dengan keputusannya. Biarlah dia menjadi orang yang sentiasa di sisi wanita itu sehingga dia menutup mata.
Dia tidak pernah menyesal menikahi wanita yang dia amat cintai itu.

..............................

"No! Iman tak nak!"

" tapi kenapa?"

"iman dah tak ada harapan untuk sembuh! Abang sepatutnya cari kebahagiaan abang dan yang pasti bukan dengan Iman!" ujar Nur Iman yang berada di atas kerusi roda. Matanya memandang ke arah lain.

"yakin betul Iman kan. Kebahagiaan abang dengan Iman! Abang tetap dengan keputusan abang, kita teruskan perkahwinan ni! Please Iman, bagi abang peluang untuk jaga Iman secara halal" rayu Qashaf.

"tapi iman..."

"i love you Nur Iman... Love you so much"

"Masa Iman dah tak lama. Iman tak nak abang bertambah sedih nanti"

"semua itu biar Allah tentukan. Inshaallah, hati abang kuat suatu hari nanti. Tapi sekarang, abang nak jadi suami Iman yang saat. Abang nak jaga Iman, berikan peluang untuk abang buktikan cinta abang" rayu Qashar lagi.

Nur Iman tersentuh mendengar kata-kata dari Qashar dan dengan perlahan dia menganggukkan kepalanya. Dan bibir Qashaf tersenyum lebar melihat anggukan Nur Iman.

............................

"abang cintakan sayang kerana Allah" bisik Qashaf ke telinga Nur Iman. Dan isterinya itu tersenyum mendengar bisikan itu.

"thank you abang" balas Nur Iman pula.

Mereka berbalas senyuman. Lalu Nur Iman melentokkan kepalanya ke bahu Qashaf.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sentuhan lembut di bahu mematikan lamunan Qashaf. Dia mendonggak dan melihat papanya di sisinya. Selesai sudah bacaan talkin buat arwah Nur iman.

Dia merenung kembali tanah yang masih merah itu. Dia mengambil anak pokok bunga lalu di tanam di sebelah kayu penanda sementara. Wajahnya kosong tidak beriak malah tiada setitik air mata pun jatuh sehingga sekarang.

Tidak menyangka, selepas sehari dia menjadi suami, dia kehilangan isterinya buat selama-lamanya. Nur Iman menghembuskan nafas terakhirnya sesudah subuh di atas ribaannya. Walaupun dia seharusnya bersedia akan kemungkinan itu namun tidak dia menyangka secepat itu isterinya meninggalkannya.

'Sayang, tunggu abang di syurga ye. Abang akan sentiasa doakan sayang di sana' Desis Qashaf.

Teringat kembali perbualan terakhir bersama isterinya setelah selesai solat subuh. Atas permintaan Nur Iman ingin berbaring di atas pahanya, dan dia menunaikan permintaan isterinya itu.

" Abang, andai iman sudah tiada nanti iman harap abang dapat bertemu dengan Raudhah. syurga abang" tutur Nur iman.

"Apa yang sayang merepek ni. Iman la syurga abang. Please jangan cakap macam tu. Abang cintakan sayang" balas Qashaf sambil mencium lembut tangan isterinya. Nur Iman tersenyum bahagia.

'Iman yakin Raudhah milik abang. Dan semoga abang bahagia walaupun bukan dengan Iman, carilah kebahagiaan abang. Semoga Allah mempermudahkan semuanya'.Desis Nur iman.

"apa yang buat isteri abang tersenyum ni?" soal Qashaf membuatkan Nur Iman tersedar dari lamunannya.

"takde pape, Iman bertuah sebab dapat suami yang hensem dan baik macam abang" ujar Nur Iman.

"dan abang lagi bertuah sebab dapat isteri yang cantik macam sayang"

"kepala dah botak pun cantik ke?" balas Nur Iman.

"kecantikan sayang hanya abang yang boleh nampak dan bagi abang kecantikan Iman seperti bidadari di syurga" ujar Qashaf lagi.

"amboi, melampau pujinya."

Qashaf ketawa mendengarnya. Tangan Nur Iman memegang lembut pipinya membuatkan tawanya terhenti. Dia tersenyum sambil merenung ke dalam mata hening isterinya.

"terima kasih abang, terima kasih kerana menyintai Iman. Iman cintakan abang sangat-sangat. Iman bahagia sangat bila dapat bersama abang. Dan Iman juga nak abang bahagia. Walaupun tanpa Iman suatu hari nanti. Janji dengan Iman yang abang akan cari kebahagiaan abang" ujar Nur Iman.

Berubah riak wajah Qashaf.

"Iman..." agak keras Qashaf menyebut nama isterinya.

Laju Nur Iman menekap sebelah tangan lagi ke pipi Qashaf. Dia tersenyum.

"maafkan Iman kalau abang tak suka tapi boleh abang janji dengan Iman yang abang akan cari kebahagiaan abang nanti? Pleasee... Demi Iman" rayu Iman.

Qashaf mengeluh perlahan. Dengan payah dia mengangguk kepalanya. Dan saat itu dia melihat bibir Nur Iman senyum makin lebar.

"terima kasih abang. Iman akan gembira di sana jika abang bahagia di sini. Kebahagiaan abang, kebahagiaan Iman juga." ujar Nur iman sambil membelai pipi suaminya.

"Iman mengantuk la, Iman nak tidur sekejap ek?terima kasih abang... I love you suamiku" ujar Nur Iman lalu mengucup tapak tangan Qashaf. Dia menutup matanya.

Dan Qashaf menjadi saksi, mata itu akhirnya tertutup buat selamanya.

Dia bangun dari tempat duduknya dan menjadi orang terakhir yang meninggalkan tanah perkuburan itu. Dia mengekori langkah papanya. Saat sampai di pintu pagar tanah perkuburan itu, tiba-tiba dia terlanggar seseorang. walaupun yang dilanggarnya itu meminta maaf namun dia tidak mengendahkan dan terus berlalu kerana saat itu fikirannya kosong dan hanya wajah Nur Iman sahaja dalam ingatannya.

Cerita ni slow update.. Harap maaf... Utk gambaran watak, sila ke ig cikembun.ce. Thank you

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience