BAB 12 - MAAF

Romance Completed 191238

Bunyi pintu dibuka menyentak lamunan Qashaf. Matanya yang pada mulanya melihat paronama bandar dari balkoni rumahnya itu berpindah ke pintu masuk rumahnya. Dari situ dia melihat Zia melangkah masuk ke dalam rumah. Ternyata Zia tidak menyedari dirinya di situ.

"where have you been?"

Langkah Zia terhenti saat mendengar suara garau itu. Dia menoleh ke arah balkoni dan dia melihat Qashaf sedang memandangnya sambil berpeluk tubuh. Dia kekal kaku di situ, dia dapat lihat wajah Qashaf yang tegang itu.

"it's 11 o'clock, Zia. Sekarang baru nak balik? As i said before, saya tak kisah awak nak buat apapun tapi jaga maruah awak sebagai seorang isteri! Baru seminggu, tapi perlu ke dengan Faiz? " soal Qashaf.

Berkerut dahi Zia saat itu. Apa yang dimaksudkan Qashaf?

Qashaf menarik dalam nafasnya. Dia cuba untuk mengawal perasaannya ketika itu. Sakit hatinya tadi saat dia menelefon Faiz namun lelaki itu menyatakan dia bersama dengan Zia ketika itu. Terus dia menamatkan panggilan tanpa mendengar butir bicara Faiz. Bukan dia cemburu namun dia tidak suka apabila Zia melibatkan sahabat baiknys sendiri.

"apa maksud awak?" soal Zia lagi.

"terpulang pada awaklah. Saya tak kisah kalau awak nak bercinta sekalipun! Dan seperti yang saya cakap sebelum ni, jika hati awak sudah dimilikki. Beritahu saya" ujar Qashaf ingin berlalu.

"wait Qashaf!" Zia bersuara. Terhenti langkah Qashaf saat itu.

"what are you talking about?" soal Zia lagi. Dan saat melihat wajah tegang Qashaf itu dia seakan dapat meneka apa yang berada di dalam fikiran lelaki itu.

"wait! Awak nak cakap yang saya ada hubungan dengan Faiz?!" soal Zia lagi. Terletus tawa Zia saat itu.

"seriously Qashaf?! Am i that bad at your eyes?!" soal Zia lagi.

"Look Zia, saya nak remind awak. Walaupun perkahwinan kita ni bukan seperti orang lain tapi awak tanggungjawab saya! Anything please inform me! Jangan Balik lewat macam ni, if anything happened to you. Saya yang susah!" marah Qashaf.

"where is your phone?!" soal Zia tiba-tiba.

"what?"

"i said where is your phone?!"

Qashaf dengan geram menayang telefon bimbit di depan Zia.

"ada awak baca mesej notifications berapa banyak missed calls yang masuk voice mail? Ada awak cek tu nombor siapa?" soal Zia geram. Saat itu dia merasakan perutnya mencucuk. Dia menekan perutnya dengan sebelah tangan.

Melihat Qashaf tercengang itu, Zia mengeluh perlahan.

" it's okay, I'm too tired to have an argument with you. Terpulang pada awak la nak cakap apa pun. Kalau saya buat awak marah, I'm sorry. Maybe its all my fault" ujar Zia lalu meninggalkan Qashaf di ruang tamu itu.

Qashaf melihat mesej yang dia tidak sempat buka pun lagi. Ketika balik tadi, telefonnya kehabisan bateri lalu dia mengecasnya dan baru sebentar tadi dia menghidupkan telefonnya.
Ternyata Zia ada menelefonnya sebanyak 15 kali. Terus hatinya Tertanya-tanya kenapa gadis itu menelefonnya sebanyak itu. Dia mendekati bilik Zia, tangannya naik ingin mengetuk pintu itu namun tiba-tiba dia membatalkan niatnya. Dia tahu Zia mungkin tengah marah dan dia tidak ingin keadaan menjadi tegang. Mungkin dia akan mengajak Zia berbincang pagi esok. Lalu dia melangkah masuk ke biliknya.

Pagi itu setelah bersiap, dia terus melangkah keluar dari biliknya. Dia nekad ingin mengajak Zia berbincang dan bertanyakan apa yang terjadi semalam.
Saat dia melangkah ke dapur, terkedu dia sesaat saat melihat keadaan dapur yang kemas itu. Selalunya waktu begini Zia akan berada di dapur Dan apabila matanya beralih ke meja, tiada sarapan yang terhidang seperti selalunya. Dahinya berkerut, dia memandang ke arah bilik Zia. Adakah isterinya itu telah pergi kerja? Dia melangkah ke arah bilik Zia lalu menekap telinganya ke pintu. Ternyata dia tidak mendengar sebarang bunyi.

Dia mengeluh perlahan. Lalu dia mencapai kot yang diletak di sofa lalu meninggalkan rumahnya.
Setiba diparkir kereta ternyata kereta Zia tiada di sebelah keretanya. Itu menguatkan bahawa Zia telah keluar lebih awal. Lalu dia terus masuk ke dalam keretanya dan menuju ke pejabat.

Dia membuka bilik Zia, saat itu keningnya berkerut saat melihat bilik yang gelap itu. Dia melihat sekeliling bilik, memang tiada tanda Zia sudah masul ke situ.

"eh! Encik Qashaf cari Zia ke?"

Qashaf menoleh ke belakang. Dia mengangguk kepada Farah yang sedang memandangnya.

"Zia MC hari ni, dia baru call saya tadi. Encik nak apa-apa ke dari Zia? Saya boleh carikan dalam bilik dia" soal Farah.

"it's okay" ujar Qashaf lalu melangkah pergi namun tiba-tiba langkahnya terhenti dan dia menoleh ke arah Farah.

"Zia MC sakit apa?" soalnya kepada Farah.

"dia inform tadi, migrain dan gastrik" jawab Farah.

Qashaf hanya mengangguk lalu meninggalkan Farah di situ. Farah hanya melihat bosnya itu pergi dengan pandangan pelik. Sebentar kemudian dia menjungkit bahunya lalu kembali ke biliknya.
. .
. .
. .
. .
.

Dia melabuhkan tubuhnya ke sofa. Ubat-ubatan diletak di atas meja. Rasa sakit kepala bergabung dengan sakit perut amat menyeksanya. Akibat hanya makan sedikit pagi semalam dan dia tak sempat makan sehingga malam membuatkan gastriknya menyerang. Walaupun Qashaf ada belikan makanan untuknya namun dia tidak menjamahnya, bukan tidak mahu tapi dia tidak boleh.

Dia memejam matanya. Baru sahaja ingin terlelap dia mendengar seakan pintu dibuka. Dia tidak mampu untuk bangun malah dia hanya memejam matanya, dan saat menghidu wangian yang dikenalinya dia membuka matanya. Wajah Qashaf menerpa matanya.

"are you okay?" soal Qashaf lalu mencangkung di depan Zia.

"kenapa awak balik? Ada tertinggal barang ke?" soal Zia lalu cuba bangun dari pembaringan.

"macam mana awak boleh kena gastrik? Awak tak makan ke makanan semalam?" soal Qashaf serius. Mungkin terasa hati jika Zia menyatakan dia tidak mahu makanan yang dia belikan semalam.

Zia menyandarkan kepalanya ke sofa. Sakit kepala menyerang lagi.

"saya tak boleh makan makanan awak beli semalam sebab..."

"obviously its from me so you don't want to eat it right?" soal Qashaf sinis.

Zia memandang ke arah Qashaf. Dia mengeluh untuk kesekian kali.

"Qashaf, bukan sebab dari awak ke apa. Saya bersyukur sebab suami saya ingat untuk belikan saya makanan semalam. Thank you so much for concern about me, but I'm allergic to prawn. Saya tak boleh makan nasi goreng seafood yang awak beli semalam." ujar Zia sambil matanya terpejam.

Berubah riak Qashaf saat itu. Sungguh dia tidak mengetahui Zia alergik kepada udang. Sungguh rasa serba salah dia saat itu.

" i'm so.."

Tiba-tiba Zia bangun berlari ke dapur. Qashaf yang terkejut ikut mengekori Zia ke dapur.

Zia memuntahkan segala isi perutnya saat itu. Gastrik yang dialaminya semakin menjadi-jadi. Hampir saja dia terjelepok ke lantai jika Qashaf tidak memaut bahunya ketika itu.

Tiba-tiba dirinya rasa terapung. Dia hanya diam. Sudah tidak larat untuk membuka matanya.

Qashaf meletakkan badan Zia ke atas katil di biliknya. Naik risau dia melihat wajah pucat itu. Dia menanggalkan tali lehernya, apa harus dia lakukan sekarang? dia menekan nombor seseorang.

"Hello assalamualaikum mama..."
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Datin Sarima melabuhkan punggungnya ke sofa di sebelah Qashaf.

Kerana kelam kabut tadi Qashaf menelefon mamanya ingin bertanya apa harus dia lakukan untuk Zia namun tiba-tiba Datin Sarima hendak datang ke rumahnya. Mujurlah dia meletak Zia ke dalam biliknya tadi kalau tak pasti menjadi banyak persoalan jika melihat Zia di dalam bilik lagi satu

"macam mana Zia boleh kena gastrik? Kamu tak bagi isteri kamu makan ke?" bebel Datin Sarima.

"Qash pun tak tahu mama. Sedar-sedar dia dah muntah-muntah. Tu yang Qash call mama" balas Qashaf.

"hurmm takpelah kalau macam tu, mama dah siapkan bubur untuk Zia, nanti dinner kamu suapkan dia lagi. Perut dia tak boleh biarkan kosong nanti gastrik lagi. Mama balik dulu, anything just call me okay" ujar Datin Sarima.

"thank you mama" ujar Qashaf.

"jaga isteri kamu baik-baik Qashaf, dia tanggungjawab kamu. Masa ni la nak Tunjukkan cinta kamu tu" bebel Datin Sarima sambil melangkah ke pintu.

"baik mama.." balas Qashaf lemah.

Setelah Datin Sarima berlalu, dia melangkah ke biliknya. Saat dia buka pintu dilihat Zia sedang tidur lena. Dia mendekati katil lalu duduk di birai. Matanya tak lepas memandang wajah Zia.

Ego sangatkah aku? Entah kenapa sehingga hari ini dia masih tiada perasaan kepada Zia. Apa yang dia lakukan ini hanyalah tanggungjawab sebagai seorang suami.

"i can't love you Zia. I'm sorry..." ujarnya lalu meninggalkan bilik itu.
. .
. .
. .
. .

Zia melangkah keluar dari bilik Qashaf. Dia melihat sekeliling namun tiada siapa. Dia tahu ibu mentuanya ada datang tadi namun dia tidak berdaya untuk berbual dan dia hanya tidur sepanjang, mujurlah dia datang bulan. Dia melangkah ke biliknya. Saat tangan memegang tombol, suara Qashaf kedengaran.

Dia menoleh ke arah suara itu.

"macam mana keadaan awak? Are you getting better?" soal Qashaf sambil mendekati Zia.

"alhamdulillah dah okay sikit. Mama dah balik ke?" soal Zia.

"dah, mama ada buatkan awak bubur, nak makan sekarang ke? Saya panaskan" soal Qashaf lagi.

"it's okay, nanti saya nak makan saya buat sendiri. Saya nak mandi sekejap"

"okay la kalau macam tu. Saya ada dekat ruang tamu if you need any help" ujar Qashaf.

Zia tersenyum nipis lalu mengangguk. Baru dia ingin masuk ke biliknya, dia seakan teringatkan sesuatu. Lalu dia menoleh ke arah Qashaf yang masih berdiri memerhatikannya.

"awak dah makan?" soal Zia tiba-tiba.

"dah, saya dah order foodpanda tadi"

"Ooo.. Okay."

"saya pergi ruang tamu dulu" ujar Qashaf.

"Qashaf... Thank you sebab sudi jagakan saya sakit tadi. I'm sorry about last night" ujar Zia.

"about last night, it's not your fault, Zia. Saya dah tahu semuanya. Saya minta maaf sebab tak dapat tolong awak semalam. Maafkan saya" ujar Qashaf lagi.

"macam mana awak tahu?" soal Zia hairan.

"pagi tadi Faiz ceritakan pada saya. About your car, saya dah minta tolong driver papa ambil dekat bengkel." ujar Qashaf.

"thank you.." ujar Zia tersenyum manis.

Terpegun Qashaf saat melihat senyuman itu. Pantas dia tersedar lalu membalas senyuman itu. Langsung dia terus ke ruang tamu, jika dia terus disitu dia rasa ada perasaan aneh muncul dihatinya.

Zia ralit melihat Qashaf membasuh pinggan di sinki. Dalam diam, layanan Qashaf padanya hari ni mengusik jiwa wanitanya. Tadi, selesai mandi dia terus ke dapur untuk memanaskan bubur buatan ibu mentuanya itu namun, tanpa dia sangka Qashaf terlebih dahulu melakukannya malah menegah dia untuk menyentuh dapur. Segalanya dia yang lakukan. walaupun lelaki itu kurang memberikan senyuman manisnya namun keprihatinan Qashaf jelas terserlah ketika itu. Kadang-kadang dia tertanya, apa yang ada dihati lelaki itu sebenarnya?
Tidak dinafikan mereka berkahwin atas sebab Nur Iman namun Zia akan cuba menawan hati lelaki itu seperti dirinya yang merelakan lelaki itu memilikki hatinya. Terlalu muda lagi usia perkahwinan mereka namun Zia akan cuba mencintai lelaki itu.

"Zia?"

Tersentak saat suara garau Qashaf kedengaran sangat dekat dengannya. Matanya bertembung dengan mata milik lelaki itu.

"Nah, ubat awak" ujar Qashaf lalu menghulurkan beberapa biji pil serta segelas air.

Dengan pantas Zia mengambil ubat tersebut lalu menelannya.

"good girl" ujar Qashaf tersenyum nipis. Dan reaksi spontan juga, Qashaf mengosok kepala Zia.

Terdiam Zia saat itu. Mata mereka memanah antara satu sama lain. Qashaf pula seakan terpukau dengan mata Zia. Terus bayangan wajah Nur Iman muncul di depan matanya.

Seakan tersedar, Terus Qashaf melarikan pandangannya. Dia berdehem cuba mengawal perasaannya saat itu.

"Saya masuk bilik dulu." ujar Qashaf lalu meninggalkan Zia disitu.

Zia memegang kedua pipinya. Jantungnya berdebar-debar saat itu. Dia menoleh ke arah Qashaf berlalu tadi. Adakah dia memang sudah jatuh cinta dengan suaminya?

Baru dapat complete chap ni... Cinta dah mula berputik ke tu.... Kalau bahasa tunggang langgang harap dimaafkan ya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience