EPILOG

Romance Completed 191238

Zia tersenyum melihat gelagat anak terunanya yang sedang meriba bayi yang berusia 7 bulan itu. Sesekali anaknya itu mencium pipi tembam bayi perempuan itu sehingga merenggek bayi itu.

"mummy, kenapa adik Feya nangis?" soal anaknya saat melihat bayi tersebut mencebik bibirnya.

"Sebab abang Qaef cium adik kuat sangat. Qaef kena cium adik dengan lembut, baru la adik tak nangis" balas Zia lalu mengambil bayi bernama Feya itu dari ribaan Qaef.

Qaef Iman bin Qashaf. Itulah permata hati pertama mereka yang kini sudah berusia lima tahun. Dan nama Iman dipilih sebagai tanda ingatan kepada insan yang banyak berjasa dalam hubungannya dan Qashaf. Seorang yang mereka berdua sayangi selamanya. Dan dalam diam Qaef seakan mewarisi sifat Nur Iman. Zia tersenyum lalu mengucup puncak kepala anak lelakinya itu.

"mummy, baby nak susu la" suara Qaef sekali lagi membuatkan dia menoleh ke arah bayi di ribaannya.

"jom kita bawa Feya ke ibu Laila. Mummy Zia bawa Feya dekat ibu ya sayang." ujar Zia mengagah ke wajah Feya.

Zia terus mendekati pondok yang tersedia di dusun buah itu, menghampiri Laila yang sedang sibuk menghidang makanan.

"Ibu!! Adik nak susu" jerit Qaef lalu berlari anak ke arah Laila.

Laila menoleh lalu tersenyum melihat anaknya yang sudah merengek di dukungan Zia.

"Feya lapar ya sayang. Bagus abang Qaef ibu ni, lepas ni abang Qaef dah boleh tolong mummy jaga adik bila dah lahir kan?" ujar Laila sambil mengambil anaknya dari Zia.

Zia melabuhkan punggungnya.

"kesian kau kena hidang makanan ni sorang-sorang" ujar Zia sambil melihat Laila menyuap puting botol susu ke mulut anaknya.

"Alah, hidang je...bukan kena masak satu kawah pun. Lagipun kau dah sarat Zia. Kau jaga Feya ni pun aku dah risau. Tapi tulah, aku geram dengan sang bapak-bapak ni! Mana diaorang menghilang pun aku tak tahu! Jangan sangkut dekat pokok manggis sudah" bebel Laila.

"amboi sayang... Cakap tak pandang kiri kanan" sampuk satu suara membuatkan masing-masing menoleh ke arah situ. Dan Laila tersengih saat melihat suaminya.

Dilihat Qashaf dan Faiz menghampiri pondok itu dengan masing-masing membawa sebakul rambutan dan manggis.

"wow rambutan! Daddy, Qaef nak rambutan please!" jerit Qaef teruja.

"Qaef, makan nasi dulu ya sayang, lepas makan nasi baru boleh makan rambutan" ujar Zia.

"tapi Qaef nak makan rambutan..." rengek Qaef.

"okay, nah makan sikit dulu. Lepas tu makan nasi ya" pujuk Qashaf.

Terus anaknya itu mengangguk lalu mencapai setangkai rambutan di tangan Qashaf. Dapat dilihat wajah Zia yang tidak puas hati tu.

"relax la Zia, dulu kau kempunan tak dapat makan rambutan, sekarang dah menurun dekat anak kau pula suka giler rambutan" ujar Laila.

Qashaf tertawa kecil mendengar, terus teringgatkan kenangan lima tahun lepas.

"Abang harap kali ni sayang takdelah nak beranak dekat sini. Kalau tak, next baby memang abang takkan datang ke dusun lagi" ujar Qashaf sambil menggosok perut Zia.

"Amboi Qash, yang tu tak keluar lagi kau dah plan nombor 3?" perli Faiz. Masing-masing ketawa mendengarnya.

Qashaf tersenyum tanpa membalasnya. Dia melihat Faiz mengambil anak perempuannya lalu didukung. Setelah 3 tahun Faiz dan Laila dikurniakan anak perempuan bernama Feya Nayla. Manakala dia dan Zia pula dia kurniakan anak lelaki dan tak lama lagi mereka akan dikurniakan cahaya mata yang baru. Sungguh perjalanan hidupnya cukup berliku, diuji dan terus diuji namun Allah mengurniakannya kebahagiaan buat kali kedua bersama seorang yang bernama Zia Raudhah. Namun nama Nur Iman tetap berada dihatinya sebagai seorang yang cukup istimewa.

4 bulan kemudian........

Qashaf tidak puas melihat wajah polos yang sedang nyenyak tidur itu. Dia mengucup perlahan dahi anak perempuannya itu, Nur Qaira Iman. Nama yang cukup indah dipilih buat puterinya yang sudah berusia 3 bulan. Dia membetulkan selimut lalu meninggalkan katil bayi itu.

Dia mencari kelibat isterinya dan saat itu dia melihat Zia sedang berdiri di balkoni bilik mereka sambil melihat cahaya senja yang jingga itu. Dia terus menghampiri Zia lalu memeluk erat tubuh isterinya itu dari belakang.

"I miss you..." bisik Qashaf perlahan.

Zia tersenyum lalu menyandar kepalanya ke dada Qashaf.

"i miss you more, abang" balas Zia membuatkan senyuman Qashaf memekar.

"thank you for everything sayang. Abang bahagia, cukup bahagia dengan adanya Zia, dan anak-anak kita dalam hidup abang" ujar Qashaf lalu mengalihkan tubuh Zia menghadapnya.

Zia tersenyum manis sambil merenung ke dalam mata Qashaf.

"we should thanks to someone who is very special in our heart. Without kak Iman, kita takkan kahwin. Pengorbanannya cukup besar buat kita. Dia merancang dan Allah telah membantu dia untuk melaksanakan apa yang dia pinta. Dan abang jatuh cinta buat kali kedua" ujar Zia tersenyum.

Qashaf mengangguk, dia mencium lembut dahi Zia saat itu lalu memeluk tubuh isterinya erat.

"dan kerana Zia, abang rasai cinta buat kali kedua dan akan jadi cinta terakhir buat abang. I love you sayang"

"i love you more encik Qashaf..." balas Zia tersenyum.

Walaupun dia bukan cinta pertama buat Qashaf, namun nombor tidak menjadi alasan untuk meraih sebuah cinta yang suci dari seorang yang bernama suami. Sesungguhnya cinta kedua tetap semanis cinta pertama.

.........................................TAMAT.........................................

Berakhir sudah kisah Qashaf dan Zia. Ending pendek je.. Huhu first of all CE nak ucapkan terima kasih kepada readers yang setia membaca kisah ini malah certia CE y sebelum ni. Those who y donate coins jgk CE nak ucapkan terima kasih... I'm doing this for fun, banyak kekurangan lagi dan CE bukan bagus dalam penulisan but i'll try to improve more in future. First time story CE dpt more than 100k readers... Terharu sgt sebab tak sangka cerita ni dpt sambutan walaupun ini adalah cerita republish. Thanks again... Ada rezeki kita jumpa lagi. Mohonn maaf jika ada y tak puas hati dgn story ni... CE mengundur diri buat seketika... Thank you semua.. Love you guys muahhhh

Share this novel

norsila
2022-02-04 09:54:12 

Alhmdulillah..good luck next novel ok tq


NovelPlus Premium

The best ads free experience