BAB 20 - BERSATU KEMBALI

Romance Completed 191390

Mereka saling berpandangan. Diam, tiada butir bicara yang keluar dari mulut masing-masing. Dia melihat wajah-wajah separuh usia di depannya itu. Masing-masing tidak lepas memandangnya. Dia jua turut membalas pandangan itu namun wajahnya kekal tidak beriak, pelbagai rasa muncul di dalam hatinya saat itu, sedih dan gembira menjadi satu. Perasaannya bercampur baur. Tangan di dalam genggaman Qashaf dirasakan dieratkan. Dia menoleh ke arah suaminya itu yang berada di sebelahnya. Senyuman nipis dihadiahkan oleh suaminya.

Setelah beberapa minggu hari ini barulah Zia ingin bertemu dengan mereka. Zia masih ingat lagi saat kebenaran diketahuinya. Saat Qashaf memberitahu siapa ibu bapa kandungnya.

************

Qashaf membuka kotak yang di simpannya di salah satu laci meja kerjanya. Zia hanya memandang gerak geri suaminya itu. Sejak balik dari kampung Ayah Is, Qashaf terus melangkah masuk ke bilik mereka dan Zia hanya mengekori dengan penuh tanda tanya.

"Abang cari apa?" soal Zia sambil melabuhkan punggung ke birai katil. Matanya tak lepas dari melihat suaminya itu.

Qashaf melangkah mendekati isterinya sambil membawa sebuah album gambar di tangannya. Lalu dia duduk di sebelah isterinya. Zia hanya memerhati kelakuan suaminya dengan riak yang bertambah pelik. Makin pelik saat Qashaf menghulurkan album gambar itu kepadanya.

"ini album gambar arwah Iman." ujar Qashaf kepadanya.

Zia mengambil album tersebut namun dia masih lagi tidak melihat isi dalamnya. Hatinya Tertanya-tanya kenapa Qashaf memberinya album gambar arwah Nur Iman kepadanya. Dia melihat wajah suaminya itu dengan wajah yang penuh tanda tanya namun Qashaf hanya tersenyum kepadanya.

"tengok lah gambar dalam tu, mungkin ada jawapan yang sayang perlukan." ujar Qashaf lagi.

Jawapan? Namun Zia menuruti kata suaminya dengan membuka album tersebut dan saat itu dia melihat gambar-gambar seorang remaja perempuan. Itu adalah Nur Iman. Dia mengosok perlahan gambar itu. Dadanya mula merasa sebak saat melihat senyuman di gambar itu. Senyuman yang mengambarkan sebuah ketenangan seorang Nur Iman.

"mesti abang cintakan kak Iman sangat-sangat kan?" soal Zia tiba-tiba.

"Cinta Nur Iman adalah cinta pertama abang. Cinta dia mengajar abang untuk menyayangi, menghormati dan melindungi seorang wanita. Tapi cinta Zia Raudhah mengajar abang sebuah kebahagiaan yang cukup indah. Cinta sayang yang hanya abang saja dapat rasainya" balas Qashaf.

Zia tersenyum nipis, dia tidak cemburu namun saat mendengar jawapan Qashaf, dia tahu kata-kata itu adalah ikhlas lahir dari lelaki itu. Dia menyelak lagi album itu. Kali ini dilihat gambar arwah bersama ibu bapanya. Mereka bertiga cukup bahagia. Gambar itu ketika hari graduasi gadis itu. Berkerut sedikit wajah Zia saat itu, dia merenung lama wajah mereka bertiga.Qashaf yang dapat mengesan perubahan riak wajah itu hanya diam tidak berkata apa-apa.

Selepas itu Zia hanya menyelak helaian demi helaian. Makin diselak, dia melihat gambar Nur Iman yang semakin ke zaman kecilnya, dari remaja hingga ke zaman kanak-kanak. Teersenyum dia saat melihat gambar Nur Iman yang dianggarkan berusia enam tahun yang tersengih tanpa gigi di depannya.

Saat tangannya menyelak ke helaian terakhir, terkaku terus tubuh Zia saat itu. Jantungnya terus berdebar-debar, seluruh waktu disaat itu seakan terhenti. Matanya tidak berkelip melihat sekeping gambar itu. Gambar yang sama yang dia lihat di rumah Ayah Is yang ditunjukkan oleh Umi Tun.

Tangannya terketar-ketar menyentuh gambar tersebut. Terus dia menoleh ke arah Qashaf saat itu. Dan Qashaf hanya berwajah tenang mengangguk perlahan.

"Abang??" panggil Zia perlahan. Suaranya tidak mampu keluar saat itu. Dia sangat ingin bertanya pelbagai soalan kepada suaminya namun lidahnya kelu.

"ya sayang... That's family photo of Iman. Gambar yang sama yang Umi Tun tunjukkan semalam." ujar Qashaf.

Lalu Qashaf mencapai tangan Zia lalu mengenggamnya erat. Terus Zia memandangnya, Dapat dilihatnya saat itu mata Zia mula berkaca.

"jujur abang cakap yang abang betul-betul terkejut saat abang tengok gambar semalam. Saat itu ingatan abang terus teringatkan album ini. Dulu, arwah Iman pernah tunjukkan abang album gambar ini. Ketika itulah arwah ceritakan tentang adiknya. Dia tak tahu bahawa adiknya diberikan kepada keluarga angkat. Dia hanya beritahu abang yang adiknya sudah tiada. Dia sentiasa bercerita yang hari-hari dia melihat gambar itu sebab dia suka melihat gambar adiknya dan dengan tengok gambar ini dia dapat lepaskan rindu. " tambah Qashaf lagi.

Akhirnya air mata Zia jatuh ke pipinya.

" takdir Allah, rupanya Iman sudah bertemu kembali dengan adik kandungnya tanpa sedar. Sejak kemunculan Zia dalam hidupnya. Hampir setiap hari nama Zia meniti dibibirnya. Dia ceritakan pada abang macam mana dia jumpa Zia. Zia itu, Zia ini. Sampai abang terfikir yang Iman dah obses dengan seorang Zia. " ujar Qashaf sambil ketawa kecil.

Zia memandang wajah suaminya saat itu dan Qashaf terus menyapu air mata dipipinya.

" Sayang nak tahu tak apa yang Iman beritahu abang? " soal Qashaf lagi. Melihat pandangan Zia, Qashaf meneruskan kata-katanya.

" Iman beritahu abang yang dia dapat rasa yang dia dan Zia seperti ada satu tarikan. Dia rasa Zia seperti sedarah dengannya. Dia cakap yang dia terlalu sayangkan Zia walaupun dia baru kenal Zia, dia pun pelik dengan perasaan dia ketika itu. Tak sangka rupanya yang dia sayang itu adalah adik kandungnya sendiri" ujar Qashaf lagi.

"Kak Iman....." bisik Zia perlahan.

"selepas Iman meninggal dunia, abang ada berbual dengan ayah di belakang rumah selepas tahlil,"

Zia ingat saat itu dia terdenggar perbualan Qashaf dan Encik Abdullah semasa dia kebetulan keluar ingin meletak sampah.

"masa tu la ayah ada sebut tentang kehilangan kali kedua. Dan ayah menceritakan tentang anak keduanya. Dia juga beritahu bahawa mereka terpaksa berbohong kepada Iman bahawa adiknya telah tiada kerana tidak mahu Iman terlalu sedih. Dan ada sebabnya kenapa ayah berikan Zia kepada mama papa selain kesian melihat arwah mama yang kemurungan. Tapi abang tak layak untuk bercerita kepada Zia. Itu Zia harus dengar sendiri dari mulut ayah dan ibu" ujar Qashaf lagi.

"pak cik Abdullah dan mak cik Zaleha, ibu bapa kandung Zia?" soal Zia kepada Qashaf.

Qashaf mengangguk kepalanya.

"kak Iman, kakak kandung Zia?" soal Zia lagi.

Sekali lagi Qashaf mengangguk.

Zia terus menghamburkan tangisnya saat itu. Laju Qashaf menyambar tubuh isterinya.

"Kalau Sayang nak jumpa ayah dan ibu, abang akan bawa sayang." ujar Qashaf namun gelengan kepala Zia diterimanya.

"no! Zia tak mampu untuk terima semua ni lagi. Zia tak mahu jumpa mereka lagi!" rintih Zia.

"okay, okay. Kita tak perlu jumpa lagi. Abang tahu Zia perlukan masa and take your time. Abang akan sentiasa ada dengan sayang" pujuk Qashaf.

Zia terus menghamburkan tangisnya di dalam pelukan Qashaf.

Sejak itu, Qashaf memberikan masa kepada Zia untuk bertenang dan ruang untuk isterinya itu menerima kenyataan itu. Dan atas permintaan Haji Ismail, dia membawa pak ciknya itu berjumpa dengan Encik Abdullah. Saat itu dia melihat sebuah pertemuan yang sangat sayu. Ternyata encik Abdullah dan puan Zaleha turut terkejut saat mendapat tahu bahawa anak mereka yang rindui itu sentiasa dekat dengan mereka.

Mereka juga banyak kali meminta dari Qashaf untuk bertemu dengan Zia namun Zia tetap menolak permintaan itu. Qashaf tahu isterinya masih lagi dalam keadaan terkejut. Dan ibu bapa mentuanya itu hanya terima penolak Zia dengan redha.

****************

Encik Abdullah dan puan Zaleha memandang sayu Zia di depannya. Mereka tidak menyangka bahawa anak kandung mereka yang terpisah berpuluh tahun rupanya sentiasa dekat dengan mereka. Setelah beberapa minggu akhirnya mereka memanjat kesyukuran saat Zia ingin berjumpa dengan mereka.

Jika diikutkan hatinya mereka ingin memeluk erat tubuh anak bongsu mereka itu namun mereka takut Zia akan makin jauh dari mereka. Mereka tahu ada persoalan yang dipendam oleh Zia saat itu dan mereka akan menjelaskan semuanya kepada anaknya itu.

Zia memandang encik Abdullah dan Puan Zaleha bersilih ganti. Terus saja dia merasa kekok setelah kebenaran diketahui. Kalau dulu, hubungan mereka sangat rapat. Dan sejak kematian Nur Iman, dia lah yang sentiasa bertanya khabar kepada mereka berdua kerana dia sudah menganggap mereka seperti ibu bapanya sendiri dan tidak menyangka sememangnya mereka adalah ibu bapa kandungnya.

"maafkan ayah dan ibu, Zia" encik Abdullah mula bersuara. Mata Zia merenung ke wajah tua itu.

"kenapa?" soal Zia sepatah.

Puan Zaleha sudah menunduk. Dia sudah tidak mampu menahan sedihnya.

"maafkan ayah kerana serahkan Zia kepada papa dan mama kamu. Ayah tahu perbuatan ayah melukakan hati kamu tapi sebagai seorang insan yang terhutang budi kami tidak mampu melihat kesedihan mama kamu saat itu. Zia dan anak kandung mama papa kamu dilahirkan pada hari yang sama. Namun akibat komplikasi anak kandung mereka tidak mampu diselamatkan dan lebih parah saat rahim mama kamu terpaksa dibuang. Ayah tengok dengan mata ayah sendiri saat mama kamu itu meraung dan meracau apabila diberitahu anaknya sudah tiada. " ujar encik Abdullah menahan sebak.

" papa dan mama kamu insan yang sangat baik. Mereka banyak membantu kita sekeluarga termasuk ketika kamu dalam kandungan lagi. Papa kamu juga telah tolong ayah saat ayah difitnah dan disabitkan dengan pembunuhan. Masa itu ayah dianiaya dan papa kamulah yang menjadi peguam bela ayah. Tanpa beliau, ayah dah ke tali gantung atas kesalahan yang ayah tidak lakukan. Ayah terhutang nyawa dengan papa kamu walaupun dia tidak pinta balasan dari ayah" tambah Encik Abdullah lagi.

Zia terkedu saat mendengarnya. Sungguh dia tidak menyangka. Ada sebuah kisah disebalik semua itu.

"ibu kamu memang tak nak berikan kamu. Ibu mana yang nak berpisah dengan anaknya. Tapi papa kamu merayu agar mengasihani mama kamu saat itu. Beliau berjanji akan menatang kamu dengan minyak yang penuh. Didik kamu sebaiknya dan ternyata arwah tunaikan janjinya dengan baik sekali. Ayah tak tahu nama kamu kerana papa kamu yang mendaftar kelahiran buat kamu. Ayah hanya bagi dokumen penting sahaja. Ayah tahu, rahsia itu tersimpan rapi kerana nama kami sama. Jadi, Zia mungkin takkan perasan bin kami berbeza. " ujar Encik Abdullah lagi.

" kenapa tak cari saya? "soal Zia lagi.

Encik abdullah berpandangan dengan isterinya.

" ibu dan ayah cari kamu. Saat kami balik ke kampung, kami tak jumpa keluarga papa kamu. Bila tanya, orang kampung beritahu bahawa keluarga papa kamu dah berpindah. Ayah kamu usaha lagi selama setahun namun masih tak jumpa. Ada juga kami bertanyakan kepada rakan-rakan papa kamu namun jawapan yang kami terima terlalu banyak. Ada yang cakap kamu di Johor dan ada pula cakap di tempat lain. Selepas itu kami terus mati kutu nak cari dan akhirnya kami serahkan kepada Allah" ujar Puan Zaleha pula.

Zia hanya diam tidak membalas. Sungguh dia cuba terima takdir hidupnya yang sungguh kejutan itu.

"andai Iman ada, pasti dia gembira jika dapat tahu berita ini." ujar Encik Abdullah perlahan.

Menitis air mata Zia saat itu. Qashaf memeluk bahunya dan tiba-tiba dia mendengar suara Qashaf berbisik.

"sayang, maafkan ayah dan ibu please. Semua yang berlaku ada sebabnya. Abang tahu sayang kecewa namun abang nak sayang menjadi seorang yang kuat. Sekarang Allah dah pulangkan kembali ayah dan ibu. Ini lah masanya untuk sayang bersatu kembali dengan ibu bapa Sayang" pujuk Qashaf.

Zia memandang Qashaf dan merenung tepat ke dalam mata suaminya itu. Dia seakan cuba mencari kekuatan di dalam mata itu. Dan dia lihat Qashaf tersenyum lalu mengangguk kepalanya.

Zia memandang kembali ke wajah ibu bapanya itu. Jelas riak wajah tua itu menanggung perasaan rindu yang sarat. Tiba-tiba dia berdiri.

"sayang?" panggil Qashaf namun Zia tidak menghiraukannya malah dia melangkah mendekati encik Abdullah dan puan Zaleha. Tanpa diduga ibu bapanya, dia melutut di depan puan Zaleha membuatkan masing-masing terkejut. Zia mencapai sebelah tangan puan Zaleha dan lagi sebelah tangan encik Abdullah. Matanya memandang ibu bapanya itu silih berganti.

"Terima kasih ibu, ayah...." ucap Zia. Berubah riak wajah ibu bapanya saat itu namun sesaat kemudian nampak dilihat dua pasang mata tua itu bergenang.

"terima kasih kerana lahirkan Zia ke dunia ini dan terima kasih kerana kongsikan kebahagiaan dengan mama papa. Zia tak marah ayah berikan Zia kepada papa mama. Dan Zia bersyukur kerana diberi peluang untuk bertemu kembali dengan ibu bapa kandung Zia. Dan Zia juga dapat rasai kasih kak Iman walaupun sekejap" ujar Zia dalam tangisnya.

Zaleha terus menarik Zia ke dalam pelukannya. Dia mencium kedua pipi anak bongsunya itu. Encik Abdullah yang melihat tidak mampu menahan sebak, dia menyapu matanya. Lalu dia memandang Qashaf yang menjadi penonton mereka dari tadi.

" ayah tak sangka Qash, ayah kehilangan Iman, namun Allah dah kembalikan anak ayah." ucap encik Abdullah sayu.

Qashaf mengangguk kepalanya. Dia terus bangun lalu mendekati ayah mentuanya itu.

" Qash berterima kasih kepada arwah kerana temukan Qash dengan Zia. Mungkin arwah dapat rasakan bahawa Zia adiknya. Sesungguhnya hebat hikmah disebalik semua ini ayah" ujar Qashaf.

"Alhamdulillah Zal, anak kita dah kembali. Jika arwah ada dengan kita, mesti dia yang paling gembira" ujar encik Abdullah.

Dilihat Puan Zaleha mengangguk kepalanya.

" Ayah, ibu. Zia dah anggap kak Iman macam kakak kandung Zia masa hayatnya dulu. Kali pertama berjumpa dengannya dulu Zia dapat rasakan kak iman begitu dekat Zia rupanya selama ni Zia berkawan dengan kakak Zia sendiri" ujar Zia didalam pelukan ibunya itu.

"itulah kuasa pertalian sebuah keluarga. Allah telah mendekatkan kita dalam kita tidak sedar" ujar Qashaf.

Zia tersenyum manis kepada suaminya lalu mengucap terima kasih melalui gerak bibir. Qashaf pula membalas senyuman itu dengan gerak bibir i love you. Sesungguhnya Qashaf bersyukur melihat sebuah keluarga bersatu kembali dan lebih bermakna apabila wanita yang dia cintai itu tersenyum bahagia.

Ramai teka betul sbb memang terang lagi bersuluh kan.. Hahaha.. Btw story ni dah nak tamat. Just sikit je lagi... Semua nak tahu apa jadi pada Faiz kan? So nanti kita akan tahu... Psssttt... CE terkejut bila story ni masuk dalam list popular NP... Thanks to my lovely readers... Those y donated... Thank you so much... Love you guys..

Share this novel

Esjasz Malek
2022-01-16 17:08:50 

chapter air mata ni.. laju je airmata turun.. dapat rasa betapa sedih saat pertemuan ni

Hawani Hashim66
2022-01-16 09:45:14 

sambung la lagi lama xupdate ceritanya best...tersusun rapi...jln cerita

Hawani Hashim66
2022-01-16 02:24:01 

harap faiz berjodoh ngan laila


NovelPlus Premium

The best ads free experience