BAB 15 - CEMBURU

Romance Completed 191390

Malam itu mereka hanya duduk di rumah sambil menonton tv. Qashaf mengambil tempat di sebelah Zia manakala Qarina pula duduk di atas beg bean besar di ruang tamu itu.

"nak tengok movie apa, cerita cinta nak?" soal Qarina sambil menekan remote melihat senarai cerita di netflix.

" apa barang cerita cinta. Cerita seram la dik." ujar Qashaf.

Zia yang duduk di sebelah Qashaf sudah tidak senang duduk apabila Qarina terus memilih cerita The Nun. Dia tahu cerita itu merupakan antara cerita yang paling seram. Dia yang agak tidak meminati cerita seram itu sudah mula gelisah. Ingin saja dia membantah namun dia tidak mahu menjadi mangsa usikan dua beradik itu. Dia mencapai lalu memeluk bantal kecil di sofa itu.

Saat cerita bermula, Zia mula merapatkan dirinya kepada Qsshaf. Qashaf mengerling saat merasakan seseorang merapatinya. Dia tersenyum lalu berbisik.

" takut ke?" dari hujung matanya, Zia tahu Qashaf sudah tersengih memandangnya.

Zia tak mempedulikan usikan Qashaf, saat itu perasaan takutnya lebih menguasai dirinya. Bantal dipelukannya diangkat menutup separuh dari mukanya. Saat itu dia mendengar Qashaf tertawa. Dia hanya menjeling geram.

Tiba-tiba babak seram mengejutkan Zia menjerit lalu memeluk Qashaf disebelah. Kepalanya di sembam ke dada suaminya itu. Qashaf terkedu seketika namun dengan spontan Qashaf memeluk bahu Zia lalu mengusap- usap lengan Zia. Seakan memberi perlindungan kepada isterinya itu.

Qashaf sendiri terkejut dengan kelakuannya itu namun dalam diam dia merasa senang melakukannya. Ada perasaan aneh mula bertamu dihatinya saat itu namun dia merasa senang dengan perasaan itu. Baru dia ingin menunduk mencium kepala Zia,

" Ehem...ehem.. Adik nak tengok cerita seram. Bukan drama romantik yang makin seram ni. Adik belum kahwin lagi tau" ujar Qarina tiba-tiba membuatkan pasangan itu tersentak.

Zia segera melepaskan pelukannya dari tubuh Qashaf lalu menegakkan tubuhnya.merona merah mukanya menahan malu. Qashaf pula berdehem lalu membetulkan duduknya.

"yang kau tengok kitaorang kenapa? Tengok la tv tu!" marah Qashaf cuba menahan malu. Sesekali dia mengerling ke arah wajah Zia yang sudah kemerahan itu.

"Eleh, nak marah orang konon. Abang tu yang gatal sangat,kalau dah tahu Kak Zia takut tengok cerita seram tak payah la tengok. Saja nak ambil kesempatan. Abang saja kan nak suruh kak Zia peluk abang kan?!" tempelak Qarina pula.

Qashaf menjengil mata kepada adiknya. Qarina pula membalas dengan menjelir lidahnya.

" Zia pergi buat air dekat dapur sekejap. " ujar Zia lalu berlalu ke dapur.

" tengok! Kak Zia dah malu, ini semua kau punya pasal dik!" marah Qashaf lalu bangun meninggalkan Qarina disitu.

" aku pulak yang salah?! " ujar Qarina sendiri.

Zia mundar mandir di ruang dapur itu. Malunyaaa!! Desis hati Zia. Dia cuba untuk bertenang dan saat itu dia mencapai teko lalu dia membancuh air. Qashaf datang menghampiri Zia dari arah belakang.

"sorry pasal tadi" ujarnya tiba-tiba membuatkan Zia tersentak.

Laju Zia menoleh ke belakang dan saat itu dilihat Qashaf sedang berpeluk tubuh sambil menyadarkan badan dia di table top. Zia hanya tersenyum nipis.

"no, saya patut minta maaf sebab peluk awak tadi" ujar Zia.

Tiba-tiba Qashaf mendekati Zia lalu mengepung isterinya itu. Zia terperangkap saat tangan Qashaf berada di kiri dan kanannya.

"bukan awak tapi abang" ujar Qashaf perlahan.

Mata Qashaf terus mencari anak mata Zia itu. Lalu dia tersenyum manis saat melihat wajah Zia yang sudah merona merah. Zia pula hanya mampu menundukkan wajahnya.

"no need to say sorry. Tak berdosa pun kalau peluk suami sendiri kan?" ujar Qashaf lagi.

Saat itu Zia mendongak mencari mata Qashaf. Dia melihat keikhlasan yang terpancar dari mata lelaki itu.
Tangan Qashaf naik membelai rambut Zia. Lalu tangan itu jatuh ke pipinya.

" thank you for being my wife, Zia. Now i know why Iman want us to get married" bisik Qashaf lagi.

"because she know that i will....."

"kak Zia!!!"

Tak sempat Qashaf meneruskan kata-katanya, suara Qarina menjerit memanggil Zia dari ruang tamu.

"urmm Zia keluar dulu, Rina panggil" ujar Zia perlahan.

Saat itu terdengar keluhan dari mulut Qashaf. Terus dia menjatuhkan tangannya dan Zia terus melangkah ke ruang tamu. Qashaf mengikut langkah Zia itu dari belakang.

"kenapa Rina?" soal Zia sambil mendekati Qarina.

"ni, telefon akak dari tadi berbunyi. Tengok takde nama pun" ujar Qarina lalu menghulurkan telefon bimbit kepada Zia.

Zia menyambut telefon itu. Qashaf yang berada disebelah Zia mengintai melihat skrin. dan kebetulan, telefonnya berbunyi lagi. Melihat nombor yang tidak dikenali membuatkan dia berbelah bahagi untuk menjawabnya. Namun renungan beriak hairan Qashaf itu membuatkan dia terpaksa menjawabnya.

"Hello?" Zia menjawab.

"Zia Raudhah! Akhirnya dapat jugak aku cari kau ya!!"

Berubah riak Zia saat itu. Dia amat mengenali suara itu. Sudah sekian lama dia tidak diganggu. Tanpa sedar dia mengeluh. Dan seakan tersedar dia terus mencari wajah Qashaf. Ternyata jelas riak wajah Qashaf yang Tertanya-tanya itu.

Zia terus berlalu ke bilik, meninggalkan Qashaf dan Qarina di ruang tamu. Dia menutup pintu bilik lalu menguncinya dari dalam.

"apa yang mak cik nak lagi?" soal Zia lemah.

"eh dasar budak tak guna!! Kau jangan ingat bila kau kahwin dengan orang kaya kau boleh berlagak!! Kau dengar sini Zia! Aku nak hak aku! Kau tak layak dapat harta abang aku!!" marah Zainab di talian.

Zia sudah hilang kesabarannya saat itu. Dia melangkah keluar ke balkoni bilik Qashaf itu.

" Mak cik, saya ni masih hormat mak cik sebagai mal saudara saya tahu tak! Tapi saya tak tahu kenapa mak cik nak benci saya macam ni sekali! Apa dosa saya dengan mak cik? Penting sangat ke harta bagi mak cik sampai mak cik nak layan darah daging mak cik sendiri macam ni!? " soal Zia kecewa.

" kau bukan darah daging aku! Kau tak layak jadi anak saudara aku!! Aku benci kau sebab kau pembawa malang!! Kau sebab papa mama kau meninggal!! " jerit Zainab lagi.

" astagfirullah al azim... Mengucap mak cik! Kalau macam ni la perangai mak cik, saya takkan bagi apa-apa pun! Saya akan mempertahankan harta papa dan mak cik takde hak untuk mengambil hak saya! "marah Zia.

" kau dengar sini Zia. Aku boleh buat macam-macam dekat kau!! Malah dekat suami kesayangan kau!! " ugut Zainab lagi.

" terpulang pada mak cik!! Saya dah penat nak layan karenah mak cik yang tak pernah habis!! "

" owh.. Kau berlagak ya! Kau tunggu Zia!! Mati kau aku kerjakan nanti" ujar Zainab lalu menamatkan panggilan.

Zia melihat skrin telefonnya. Sekali lagi dia mengeluh.
Ternyata mak ciknya itu masih tidak berubah. Kenapa dia terlalu menginginkan harta arwah papanya. Dan palingg dia terkilan saat mak ciknya tidak mengaku dia sebagai sedarah daging. Dia Tertanya-tanya kenapa mak ciknya kerap sangat berkata bahawa dia begitu. Ada juga dia bertanya kepada Ayah Is nya namun pak ciknya itu tetap berkata bahawa dia anak papa dan mamanya dan meminta dia tidak memikirkan kata-kata mak cik Zainab.

Tok! Tok!

"Zia??" suara Qashaf dan bunyi ketukan pintu membuatkan Zia tersentak. Laju dia menyapu air mata dipipinya lalu dia menuju ke arah pintu bilik. Terus dia membuka pintu tersebut. Terjengul wajah Qashaf saat itu.

"sorry..." ujarnya. Qashaf terus melangkah masuk kedalam bilik lalu menutup pintu.

"are you okay?" siapa yang call tadi? "soal Qashaf risau. Entah kenapa dia merasakan ada sesuatu yang tak kena saat melihat wajah keruh gadis itu.

" okay, takde siapa pun. Mak cik yang call nak tanya khabar je" bohongnya.

"Umi Tun ke?" soal Qashaf lagi.

"hah? Haah.. Umi Tun. Tanya khabar kita. Dia jugak tanya bila nak balik kampung" bohong Zia lagi. Dia tersenyum nipis.

Qashaf mencapai tangan Zia lalu mengenggamnya lembut.

"mesti umi Tun dan Ayah Is rindu Zia. Nanti next week abang bawa Zia balik ya. " ujar Qashaf.

Zia mengangguk lalu tersenyum lebar.

"thank you.... Abang.." ucap Zia. Dan saat itu dia melihat senyuman terukir di bibir Qashaf.

"i got something for you" ujar Qashaf lalu melangkah ke dalam walk in closetnya.

Zia hanya menunggu di tepi katil. Seminit kemudian Qashaf keluar sambil menjinjit satu beg kertas. Berkerut dahi Zia saat itu.

Qashaf melabuhkan duduknya di tepi Zia lalu menghulurkan beg kertas itu kepadanya.

"For you" ujar Qashaf lagi.

Zia menyambut beg kertas itu dengan wajah terpingga-pingga. Dia membuka kotak yang berada di dalam itu lalu terkedu dia saat melihat dress labuh berwarna biru gelap. Dia seakan ingat dress itu. Itu dress yang dia lihat petang tadi ketika mereka keluar bersama Qarina. Terus Zia menoleh ke arah suaminya.

"Ab...Abang beli untuk Zia?" soal Zia tidak percaya.

Qashaf tersenyum lalu mengangguk kepalanya.
Terharu Zia saat itu. Dia memang berkenan dengan dress itu tapi dia tidak menyangka Qashaf membelikan untuknya.

"terima kasih abang.." ujar Zia lagi.

"my pleasure my wife" balas Qashaf pula.
. .
. .
. .
. .
. .

Zia menghentikan lariannya. Termengah- mengah dia saat itu.Kemudian matanya mencari susuk suaminya. Dan dari jauh dia melihat Qashaf dan Faiz sedang mengelilingi tasik sri permaisuri itu.

Pagi tadi Qashaf meberitahu Faiz ada mengajaknya ke taman itu dan tak lama Faiz juga turut menghantar mesej kepadanya. Akhirnya mereka sudah berada di situ.

Ketika mereka berdua sampai tadi mujurlah Faiz belum sampai. Nasib baik Qarina tidak turut serta kerana adik iparnya itu pulang ke rumah ibu bapanya. Kalau Qarina ada, tak mustahil rahsia perkahwinan mereka berdua akan terbongkar.

"dah penat ke Zia?" tegur Faiz. Qashaf dilihat berjalan perlahan di belakang Faiz.

"dah lama tak joging. Cepat pancit" balas Zia tersenyum.

"Nah"

"Nah"

Tersentak Zia saat Qashaf dan Faiz menghulurkan botol air mineral kepadanya secara serentak.

Ketawa kecil Faiz ketika itu. Qashaf tersenyum nipis lalu menjatuhkan tangan.

"it's okay, saya dah ada" ujar Zia lalu menayangkan botol air mineralnya.

Mereka bertiga mengambil tempat di tangga yang ada disitu. Masing-masing meneguk air menghilangkan dahaga.

"Zia, awak free tak petang ni?" soal Faiz tiba-tiba.

Terus mata Qashaf merenung ke arah Zia. Dan ternyata isterinya turut merenung ke arahnya. Dan seterusnya Zia menoleh ke arah Faiz.

"hurmm... Sorry, petang ni saya dah janji nak jumpa dengan kawan saya. Sorry Faiz" balas Zia.

Hampa riak Faiz saat itu. Dan tanpa dia sedar, Qashaf sudah menjelingnya dengan muka masam.

Qashaf cuba sedaya upaya menahan dirinya yang sudah dilanda perasaan cemburu. Sungguh dia tidak senang saat melihat renungan Faiz terhadap isterinya itu.

"kau Qash, senyap je dari tadi. Jangan cakap kau tak suka, keluar dengan aku dan Zia" ujar Faiz pula.

"aku okay je.." balas Qashaf ringgkas. Dia membuang pandang ke tengah tasik. Cuba meredakan perasaannya.

Selesai mereka berehat, Masing-masing mula berangkat pulang. Dan saat tiba di parking kereta, hampir saja Zia terlupa akan Faiz. Kakinya sudah melangkah ke pintu kereta Qashaf, mujurlah saat itu Faiz bersuara.

"mana kereta awak Zia?"

terhenti langkah Zia. Terus dia tersedar akan hal itu. Tadi dia datang bersama Qashaf. Dan dia tidak terfikir tentang balik pula tadi. Matanya mencari wajah Qashaf. Ternyata Qashaf juga dilihat agak resah.

"hurmm tadi kawan saya hantar. Dia pinjam kereta saya, kejap lagi dia datang kot" dalih Zia, matanya menjeling Qashaf sekilas.

"nak saya hantar balik ke? Jom la, lagipun kita sekali jalan je kan?" ujar Faiz.

"takpe, terima kasih Faiz. Saya tunggu je kawan saya dekat sini. Lagipun dah janji dengan dia" tolak Zia lagi.

Qashaf pula hanya diam tak bersuara. Dia hanya bersandar pada keretanya saat itu.

"betul ni?" soal Faiz serba salah.

"betul, takpe awak balik la dulu. Kejap lagi dia sampai la tu" ujar Zia lagi.

"okay la kalau macam tu. Take care Zia. Thanks for spend time with us" ujar Faiz tersenyum. Dia melangkah menuju ke keretanya yang parking di sebelah kereta Qashaf.

Zia hanya tersenyum lalu mengangguk kepalanya. Faiz melangkah masuk ke dalam keretanya, pintu di tutup namun seketika cermin keretanya diturunkan.

"Qash, kau tak nak balik lagi ke?" soal Faiz saat melihat Qashaf masih kekal berdiri di tepi keretanya.

Tersentak Qashaf saat itu. Dia menoleh memandang Faiz.

"aku nak balik la ni" jawab Qashaf.

Zia hanya memerhati saja perbualan dua lelaki itu.

"aku gerak dulu la. Aku nak jumpa orang lepas ni. Bye Zia" ujar Faiz sambil melambai ke arah Zia.

Zia membalas lambaian itu. Dan terus kereta Faiz meninggalkan taman itu. Setelah agak jauh, mata Zia menoleh ke arah Qashaf. Ternyata Qashaf sudah sedia memandangnya sambil berpeluk tubuh. Masam wajah Qashaf ketika itu.

"jom balik" ujar Qashaf ringkas lalu melangkah masuk ke dalam kereta.

Terpingga-pingga Zia saat melihat tingkah Qashaf itu. Dia terus masuk ke bahagian penumpang. Sepanjang perjalanan tiada butir bicara yang keluar dari mulut Qashaf. Zia sesekali menjeling sekilas ke sebelah kanannya.

"abang okay ke?" soal Zia saat perasaan ingin tahunya tidak dapat ditahan lagi.

Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena kerana sejak hubungan mereka semakin baik, pasti Qashaf akan berbual dengannya. Tapi sejak tadi wajah Qashaf sentiasa serius dan dia hanya mendiamkan diri.

"why?" soal Qashaf pula.

"you look so tense. Anything that bother you?" soal Zia lagi.

Qashaf menekan brek saat kereta berhenti di trafic light yang baru bertukar merah. Qashaf menoleh ke arah Zia.

"abang tak suka bila Faiz tengok Zia macam tu! I just don't like it!" luah Qashaf.

Berkerut dahi Zia saat itu.

"tengok yang macam mana? Zia rasa Faiz tengok Zia sama macam dia tengok abang" ujar Zia.

"No, tak sama. Abang tahu lah, he have feeling to you"

"kalau dia ada perasaan pada Zia, Zia tak ada kuasa untuk menghalangnya. Lagipun dia tak tahu kita dah kahwin. Tapi Zia hanya anggap dia sebagai kawan saja" ujar Zia.

Sedikit sebanyak terpujuk hati Qashaf saat mendengar kata-kata Zia itu.

"smapai bila Zia nak sorok perkahwinan kita? Kalau abang announce tentang perkahwinan kita macam mana?" soal Qashaf.

"don't yet, bila tiba masanya kita akan Announce. Buat masa sekarang lebih baik kita rahsiakan dulu" ujar Zia.

Sesungguhnya pada mulanya Zia inggin merahsiakan perkahwinan dari pengetahuan mak Cik Zainab kerana takut Qashaf akan diganggu mak ciknya. Namun sekarang mak ciknya sudah mengetahuinya cuma sekarang Zia masih kurang yakin akan perasaan Qashaf kepadanya. Qashaf sudah menunjukkan rasa sayangnya namun lelaki itu tidak pernah meluahkan cintanya. Jadi hati Zia masih berbelah bahagi. Dia tidak mahu memasang impian yang akan mengecewakannya kelak.

Lampu bertukar hijau dan Qashaf meneruskan pemanduannya tanpa bersuara. Dia agak berkecil hati saat Zia masih lagi memilih untuk merahsiakan perkahwinannya.

Dah kenapa Zia plak y tak yakin ni!... Sorry for typo.. Enjoy guys

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience