BAB 17 - ABDULLAH

Romance Completed 191238

Qashaf meraup wajahnya. Jelas kekusutan yang dirasakan saat itu. Agak susah dia inggin menghubungi Laila mujurlah dia baru terungat bahawa gadis itu seorang jurumekap lalu dia cuba membuat carian di media sosial. Dan sekarang Laila yang berada di depannya itu mengatakan dia meninggalkan Zia di restoran tadi dan menyatakan Zia akan mengambil grab pulang ke pejabat.

"apa kata awak buat report polis" ujar Laila tiba-tiba.

Qashaf memandang Laila di depannya.

"kalau nak report kehilangan orang, kena tunggu 24 jam" balas Qashaf.

"ya tak ya jugak. Habis tu mana kita nak cari Zia?"

" i have no idea, Laila" keluah Qashaf lagi.

Laila mengeluh, dalam itu dia mendial lagi nombor Zia dan kali ini hanya peti suara yang kedengaran. Laila mengeluh lagi. Dia meletak telefonnya di meja. Saat itu dia melihat Qashaf memicit dahinya. Tiba-tiba matanya meluas.

"i know!!" jerit Laila.

Qashaf terus mendonggak memandang Laila.

"ikut saya!" ajak Laila lalu terus Laila masuk ke dalam keretanya. Dan Qashaf pula tidak menunggu terus melakukan hal yang sama.
. .
. .
. .
. .
. .
. .
. .

Zia membuka matanya, rasa sakit di tepi kepalanya membuatkan dia mendesis perlahan, dia cuba membetulkan duduknya. Saat dia mula sedar sepenuhnya baru la dia perasan akan persekitaran yang sangat asing itu. Dia melihat ke sekeliling bilik itu. Sekarang dia berada di atas katil queen dan jika diamati dia sebenarnya berada di bilik hotel. Tidak mewah tapi tidak terlalu buruk. Dia memandang sekeliling, hanya dia berseorangan ketika itu.

Dia cuba ingat kembali kejadian yang terjadi kepadanya. Setelah berpisah dengan Laila, sambil dia sedang menunggu grab dan sedang berbalas mesej bersama suaminya. Dia melihat ada kereta berhenti betul-betul depannya dan saat dia ingin melihat ke dalam kereta, saat itu ada lelaki yang memakai hoodie hitam menariknya masuk ke dalam kereta dan mulut dan hidungnya ditekup dengan kain dan dia dapat menghidu sesuatu yang aneh seterusnya dia terus tidak sedarkan diri.

Jantungnya terus berdegup kencang saat menginggati kejadian itu. Dia tidak dapat melihat dengan jelas wajah lelaki yang menariknya. Dan sekarang dia tidak tahu dimana dia berada. Mesti suaminya risaukan dia saat ini kerana tidak pulang ke pejabat lepas waktu lunch.

Terus dia melihat sekeliling, cuba mencari telefon bimbitnya namun tidak kelihatan. Dia merasa sangat takut saat itu. Dia yakin dia di culik, terus air matanya jatuh ke pipi.

Tiba-tiba dia mendengar seakan pintu di tekan. Terus dia merebahkan badannya kembali. Air mata di sapu laju lalu dia memejamkan matanya. Berpura-pura masih tidak sedarkan diri.

Saat itu dia mendengar derap kaki mendekati katilnya. Sunyi. Setelah itu dia mendengar lagi, kali ini dia mendengar pintu bilik di tutup. Bermakna ada lebih dari seorang yang baru masuk.

"Dia ni anak orang kaya ke sampai kau beria nak culik?" soal seorang lelaki. Ternyata suara itu tidak dia kenali.

" kau tak payah masuk campur! Yang penting kerja kau dah settle! Kau boleh berambus!"

Suara itu! Hampir saja Zia menjerit saat itu. Dia kenal suara itu! Dia cuba menahan dirinya dari bangun saat itu.

"kau jangan nak halau aku! Macam la aku tak tahu apa kau nak buat dengan perempuan ni! Aku dapat arahan dari orang yang bayar aku suruh stay dekat sini sampai dia datang! Dia cukup kenal perangai setan kau ni!!" marah lelaki yang tidak dikenali itu.

"Alah, kalau aku rasa sikit pun tak heran lah! Bukannya dia ni anak dara!" balas seorang lagi.

"dara tak dara, aku tak nak sebab kau, aku tak dapat balance duit aku!!" selar lelaki itu pula.

Zia mengenggam tangannya yang agak tersorok itu. Sungguh sangat takut dirasakan saat ini. Tiba-tiba dia merasakan pipinya di usap perlahan.

"sayang betul. Kalau tak sebab si bangsat sekor tu. Aku dah boleh belai kau, Zia" bisik lelaki itu. Selepas itu, tangan itu tidak lagi mebelai pipinya.

Bunyi pintu diketuk membuatkan debar dada Zia makin berdegup kencang. Dan pintu dibuka didengarinya.

"Tak sedar lagi ke budak ni?!"

Tepat sangkaan Zia. Tiba-tiba dia rasakan ada tangan mengoncang tubuhnya.

"hoi budak tak guna!! Bangun!!!" jerkah suara itu lagi.

Zia membuka matanya. Saat itu jelas wajah seseorang yang cukup dia kenali itu.

"wow! Kau tak terkejut tengok aku? Kenapa? Cara aku tak cukup gempak ke bagi kau?" soalnya sinis.

"apa yang mak cik nak dari saya lagi? Tak sangka, sebab harta mak cik dan Jamal sanggup culik saya macam ni sekali" ujar Zia.

Berubah wajah mak cik Zainab saat mendenggar kata-kata yang dia rasa cukup sinis keluar dari mulut Zia. Terus dia mengenggam rambut Zia lalu menariknya membuatkan Zia bangun terduduk.

"Hey!! Kau dengar sini. Harta yang kau maksudkan tu harta abang aku! Sepatutnya aku yang layak dapat! Kau tak berhak dapat semua tu!!" jerkah Mak Cik Zainab lagi.

Di sudut bilik Jamal tersengih sinis dan hanya jadi penonton melihat adegan berbalas mulut di depannya itu.

" saya dah bosan la mak cik! Asyik benda sama yang mak cik cakap!! Saya anak papa dan papa dah wasiatkan kepada saya! Mak cik takde hak nak ambil semua tu!!"

"kurang ajar!!"

Pang!!!

Tertoleh ke kiri Zia saat itu. Pipinya terasa amat perit.

"Mak, aku bosan la duk dengar korang bergaduh. Apa kata kau beritahu budak ni perkara yang sebenar?" sampuk Jamal membuatkan Zainab menjeling anak lelakinya itu.

"yer mak cik! Apa kata mak cik beritahu saya perkara sebenar? Kenapa saya tak layak! Saya pun nak tahu kenapa mak cik ni beria sangat nak harta papa. Ayah Is tu tak pernah pun minta apa-apa dari saya!" ujar Zia sarkastik.

"Kau diam!!" jerit Zainab. Terus dia melangkah ke pintu.

"kau tak payah duduk dalam ni!! Ikut aku!!" marah Zainab kepada Jamal.

"alah mak, bagi la aku duduk dalam bilik ni" ujar Jamal pula sambil menjeling nakal ke arah Zia.

"aku cukup kenal kau, Jamal!! Kau jangan nak menyusahkan aku dengan perbuatan kau nanti. Kau keluar sekarang!!" tegas Zainab membuatkan Jamal mengeluh kasar. Terus dia melangkah keluar diikuti Zainab. Pintu bilik tertutup dan dikunci.

Zia memeluk lututnya. Air mata yang ditahan jatuh membasahi pipinya. Dari tangis kecil terus bilik itu bergema dengan esakannya. Dia merintih nama suaminya di dalam hati. Semoga suaminya dapat menyelamatkannya saat ini.

"Abang... Tolong Zia..." esak Zia.

"Zia!!!" Qashaf membuka mata.

Rupanya dia terlelap di sofa ruang tamu banglo milik ibu bapanya. Jam di tangan dilihat, sudah jam 3 pagi. Dia meraup wajahnya.

Petang tadi dia dan Laila pergi semula ke restoran yang kali terakhir Laila berjumpa Zia lalu dia meminta agar pihak restoran memberinya izin untuk melihat rakaman cctv di luar restoran itu. Ternyata Zia dibawa lari, buktinya di paparan itu dia melihat ada seseorang yang memakai hoodie tiba-tiba menarik isterinya masuk ke sebuah kereta. Terus dia meminta agar pihak restoran memberinya salinan video tersebut dan dia terus membuat laporan polis.

Cuma sehingga sekarang dia masih belum menerima sebarang panggilan dari penculik. Dia tidak dapat menebak apa motif penculik itu. Jika mahukan wang tebusan pasti dia telah dihubungi. Namun Pihak polis juga akan berusaha untuk mengesan kereta yang digunakan itu.

Saat itu, dia terpandang papanya yang turut terlena di sofa berhampiran. Dia mendekati papanya itu.

"Pa, bangun pa, pergilah berehat dalam bilik" ujar Qashaf.

Dato Azfar membuka matanya lalu mengeliat perlahan.

"ada dapat apa-aoa berita pasal Zia, Qash?" soal Dato Azfar kepada anaknya.

Qashaf menggeleng kepalanya lemah. Sungguh hatinya tak tenteram saat ini. Dia seakan mendenggar rintihan isterinya yang dalam ketakutan.

Dato Azfar menepuk bahu anaknya perlahan.

" kita doa dan serahkan kepada Allah. Semoga Zia baik-baik saja dan kita dapat selamatkan dia."

"insyaallah pa, papa pergilah rehat. Kesian dekat papa. Nanti apa-apa berita Qash akan beritahu papa" ujar Qashaf.

Dato Azfar mengangguk kepalanya.

"kamu pun pergi la berehat. Insyaallah Zia akan selamat"

Lalu Dato Azfar bangun dan berlalu ke biliknya. Qashaf menyandar tubuhnya ke sofa. Dia memejam matanya, namun bayangan Zi tetap muncul membuatkan dia tidak mampu melelapkan mata. Terus dia berlalu ke biliknya, sekarang dia hanya mampu berdoa pada Allah agar diberi petunjuk untuk menyelamatkan isterinya.

Dia bergegas turun dari keretanya lalu memasuki balai teraebut. Pagi-pagi lagi dia dihubungi pihak polis yang menyatakan mereka sudah dapat menjejaki kereta yang menculik isterinya itu. Dia menghampiri pegawai polis yang dikenali itu.

"Encik Qashaf.." tegur pegawai yang bernama Azmi itu.

"Tuan, macam mana? Pihak tuan dah tahu ke di mana isteri saya?" soal Qashaf pula.

"kami sudah mendapat maklumat. Dan kami mensyaki bahawa suspek mengurung isteri encik di sebuah hotel. Anak buah saya sedang buat tinjauan dan tiba masa yang sesuai kami akan buat serbuan"

"hotel mana? Saya nak pergi hotel tu!"

"tapi encik, saya mohon biar pihak kami uruskan kes ini. Agak bahaya jika encik turut serta. Pihak kami tak nak perkara yang tidak diingini berlaku" bantah pegawai polis itu.

"saya sanggup tanggung risiko. Tuan jangan risau, segala yang berlaku nanti atas tanggungjawab saya sendiri. Please, Sekurang-kurangnya saya mungkin dapat buat rundingan dengan penculik" rayu Qashaf.

Pegawai polis itu mengeluh perlahan. Jelas dia dapat lihat wajah Qashaf yang mendesak itu.

"Saya kena tanya pegawai saya dulu encik." ujar pegawai Azmi itu lalu meminta izin masuk ke satu bilik.

Tak sampai sepuluh minit, pagawai Azmi keluar lalu menghampiri Qashaf.

"Encik boleh ikut serta tapi syarat yang ditetapkan encik tidak boleh menyertai serbuan. Encik hanya boleh menunggu di luar hotel sahaja" ujar pegawai Azmi itu.

Qashaf hanya bersetuju. Itu pun sudah cukup baik baginya. Tanpa membuang masa, mereka mula bertolak ke lokasi tersebut.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Zia tersedar saat dia merasakan pipinya ditampar kuat. Dia meludah air liurnya yang bercampur darah itu. Rasa sakit di pipinya itu tidak sama sakit hatinya saat melihat susuk tubuh di hadapannya ini. Saat itu baru dia sedar Dia diikat dikerusi dan untuk kesekian kali dia di tampar oleh wanita separuh usia yang sedang tersengih sinis di depannya itu.
"aku dah sediakan dokumen, kau cuma perlu sain. Cukup senang kan tapi itu pun kau tak boleh buat. Jangan salah aku kalau tangan aku ni ringan 'membelai' pipi kau!" ujar Zainab.

"apa kata mak cik beritahu saya perkara yang sebenar!! Saya tahu ada sesuatu yang mak cik sorokkan! Beritahu saya mak cik! Sekurang-kurangnya kalau saya mati pun saya akan mati selepas mengetahui kebenaran" ujar Zia.

"Ha.. Ha... Ha... Kau memang bodoh kan! Selama ni kau tak pernah sedar bahawa kau ni bukan darah daging aku!! Kau bukan anak abang aku!!" jerit Zainab geram.

Zia terkedu seketika dan selepas itu dia ketawa.

"saya tahu mak cik benci saya tapi kot ya pun jangan fitnah saya macam tu sekali" sindir Zia.

Zainab yang geram melihat tawa sindir Zia terus menarik rambut gadis itu.

"Hey bodoh!! Aku dah cakap yang kau bukan anak abang aku!! Kau cuma anak angkat mereka! Anak yang mereka punggut lalu bela kau! Itu hakikatnya. kau bukan anak kandung abang aku!! Kau hanya jadi anak susuan mama kau!"

"tapi saya binti Abdullah! Papa nama Abdullah! Mak cik jangan nak buat cerita yang nampak sangat mengarut!" balas Zia yang sudah tidak mampu bersabar lagi.

"Ya, memang ayah kau nama Abdullah tapi bukan Abdullah bin Sulaiman! Tapi Abdullah Bin Ahmad!! Kalau kau rasa aku ni tipu, kau boleh tanya Ismail, dan sebab itu kau tidak layak dapat harta abang aku!!" ujar Zainab lagi.

Zia terdiam. Sungguh dia tidak mampu menerima apa yang baru dia dengar tadi, entah kenapa dia tidak mampu melihat wajah penipuan di wajah mak ciknya itu. Hatonya kuat menyatakan mak ciknya berkata benar.

" kenapa diam? Sekarang kau dah percayakan aku?" soal Zainab sinis. Dia mencengkam pipi Zia lalu memaksa Zia melihat matanya.

"Kau dengar betul-betul. Aku benci kau!! Aku benci kerana abang aku sanggup lebihkan kau anak pungut lebih dari darah daging dia sendiri! Kau tahu tak yang papa kesayangan kau sebabkan anak sulung aku, Halim mati di tali gantung!! Sebab apa? Sebab dia tak nak bela anak aku di mahkamah!!" jerit Zainab kuat sehingga terhinjut bahu Zia.

" dan sebagai balasan, aku nak segala harta dia sebagai ganti rugi atas apa yang dia buat dulu" ujar Zainab sambil merenung Zia tajam.

Zia sudah mengalir air mata. Dia sudah tidak mampu melawan kata-kata mak ciknya itu. Dia rasa ada sebuah kesalahan yang baru terhimpap kepalanya.
Zainab tersenyum sinis.

Baru dia ingin buka mulutnya, tiba-tiba pintu bilik itu dibuka dari luar secara kasar membuatkan Zainab dan Zia menoleh ke arah yang sama serentak. Meluas mata Zainab saat itu melihat gerangan di muka pintu itu.

Sorry sebab tak update beberapa hari ni.. Minta semua doakan abang CE cepat sembuh. Dia baru kemalangan beberapa hari lepas...dugaan awal tahun buat kami sekeluarga :(

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience