BAB 6 - RAUDHAH

Romance Completed 191238

"zia!"

Zia menoleh mencari si pemanggil yang memanggil namanya itu dan ketika itu dia melihat kak Farah yang merupakan ketua departmentnya mendekatinya.

"Zia kena tolong akak"

" tolong? Tolong apa kak?"

"akak ada emergency, anak akak tiba-tiba demam. Akak kena EL hari ni. Zia boleh tak gantikan akak teman encik Qashaf jumpa klien? Dia nak bincang pasal bajet dan staff finance kena ikut sekali" ujar Farah.

"ermm.. Bila meeting tu?"

"after lunch.. Nanti akak bagi fail details klien tu."

"baiklah kak, akak jangan risau nanti Zia uruskan. Yang penting sekarang anak akak" ujar Zia.

"terima kasih Zia. Akak dah inform encik Qashaf"

Zia mengangguk lalu tersenyum.

Seperti dijanjikan dia mengikut bosnya itu berjumpa klien. Sepanjang perjalanan mereka berdua hanya senyap dan Zia hanya bersuara saat disoal oleh Qashaf.

Mereka melangkah masuk ke dalam bangunan milik klien mereka itu. Dia membetulkan rambutnya saat ditiup angin sambil mengikut Qashaf dari belakang. Sesampai di pejabat milik klien bernama Dato Sabri, setiausahanya membawa mereka berdua ke bilik yang khas untuk meeting.

Tak lama muncul Dato Sabri namun saat melihat pandangan lelaki itu, Zia merasa tidak selesa. Namun dia cuba untuk tidak menghiraukannya.

Selama dua jam mesyuarat berlangsung Zia cuba menahan dirinya dari marah. Ini kerana kerap kali dia melihat Dato Sabri merenungnya sambil tersenyum yang sukar dia taksir kan.

"thank you for your time Dato. Kita akan jumpa lagi nanti" Qashaf bersuara sambil berdiri. Zia juga turut sama berdiri di sebelah Qashaf.

"my pleasure encik Qashaf. Anyway, saya tunggu our next appointment. Dan saya harap cik Zia juga ada bersama nanti" ujar Dato Sabri tersenyum merenung Zia.

Berubah riak Qashaf saat itu namun dia cuba mengawalnya. Dia tahu ada maksud tersirat dari kata-kata lelaki separuh usia di depannya itu. Dia menjeling sekilas ke arah Zia dan ternyata gadis itu kelihatan sangat tidak selesa.

"kami pergi dulu Dato. Assalamualaikum.." ujar Qashaf lalu berjabat tangan.

Dan saat Dato Sabri menghulurkan tangan kepada Zia, serba salah untuk Zia menyambutnya. Dan mujurlah saat itu telefon Dato Sabri berbunyi membuatkan perhatiannya beralih kepada telefonnya.

Dengan menggunakan isyarat mata, Qashaf meminta Zia keluar dahulu. Dan Dato Sabri yang fokus dengan panggilannya hanya mengangkat tangan saat Qashaf berlalu keluar.

Zia melangkah keluar dari kereta saat sampai kembali ke syarikat. Qashaf juga turut keluar dari kereta ketika itu. Dan ketika Zia ingin melangkah, dia mendengar namanya dipanggil. Dia menoleh memandang Qashaf di belakangnya.

" are you okay?" soal Qashaf.

Zia mengerut keningnya.

"yes i am. Kenapa encik tanya saya macam tu?" soal Zia pula.

"saya tahu awak tak selesa dengan Dato Sabri tadi. Maaf kerana awak terpaksa hadap perangai dia" ujar Qashaf lagi.

"yes i admitted that i hate it but when it's about a work thing saya kena hadap jugak. Encik jangan risau, bukan salah encik pun. Lagipun saya harap tak jumpa dia dah lepas ni. Ni pun saya ganti kak Farah je. " balas Zia lagi.

Mereka melangkah menuju ke lif. Dan saat lif terbuka, Qashaf memberi laluan kepada Zia untuk masuk dahulu. Kebetulan hanya mereka berdua saja yang menaiki lif tersebut.

" lepas ni saya akan suruh staff lelaki untuk mewakili finance. Even Farah yang dah kahwin pun saya risau. Saya kenal perangai Dato Sabri tu cuma saya tak sangka dengan staf saya pun dia buat peragai." ujar Qashaf kesal.

Zia hanya tersenyum nipis. Lepas itu tiada butir bicara mereka.

"Zia..." panggil Qashaf.

Zia menoleh kearah bosnya itu.

"saya minta maaf pasal hal dalam meeting tempoh hari. I know i little bit to harsh with you. Awak memang lakukan kerja dengan bagus and its my fault." ujar Qashaf.

"saya tak kisah la encik, itu lumrah dalam bekerja. It's okay. saya pun nak minta maaf dengan encik kalau kata-kata saya tempoh hari agak keterlaluan dan saya tetap hormat encik sebagai bos saya." ujar Zia pula.

Zia melihat bibir lelaki itu tersenyum namun tak sampai seminit senyuman itu pudar di sebalik jambang nipis di wajah lelaki itu. Saat itu pintu lif terbuka dan mereka terus melangkah keluar dari situ.
.
.
.
.
.
.
.
.
. .

Dia merebahkan badannya di sofa. Ah! bestnya dapat baring. Bagai nak patah tulangnya. Laporan kewangan yang penting perlu disiapkan dengan segera. hari- hari balik lambat, keluh Zia. Kini hampir 3 bulan dia bekerja di syarikat itu dan setiap hujung bulan seperti hari ini dia harus membuat closing akaun syarikat. Dan itu amat memenatkannya kerana harus memberi tumpuan lebih agar laporan tidak tersilap.

Dari situ dia melihat Laila datang membawa secawan kopi untuknya.

"Nah! untuk puteri salju kita. kau ni asyik balik lambat je sekarang, banyak sangat ke kerja?" Soal Laila sambil menghulurkan kopi kepadanya.

"yelah, macam la kau tak tahu every month kena buat closing, pening kepala aku"Adu Zia.

"haah la lupa dah hujung bulan. Eh! Beb, macam mana dengan permintaan arwah kak iman? kau taknak tunaikan ke? kau pun dah kerja di tempat baru, takkan tak dapat apa-apa petunjuk?" Soal Laila.

Zia meletakkan cawan di tangan ke atas meja didepannya. Keluhan kecil kedengaran saat dia teringatkan satu lagi permintaan arwah Nur Iman yang hampir dia terlupa.

"Aku bukan tak nak tunaikan tapi aku tak bersedia lagi. Berat sangat tu. Aku takut aku tak boleh je. Lagipun sampai sekarang aku tak tahu apa motif arwah kak Iman nak aku kerja dekat situ. Dan paling penting, sehingga saat ini aku tak kenal pun lagi suami arwah. " Balas Zia.

"betul jugak ek. Nama suami arwah kau tahu tak?" soal Laila lagi.

"yang aku tahu arwah pernah sebut abang Qash. Nama penuh aku tak tahu. Qashrin ke, Qash je ke. Masa kahwin pun dia tak bagi kad ke apa" balas Zia lagi.

"takpelah, kau just bertenang dulu. semua pasti dipermudahkan dan aku harap biarlah perkara ini dapat diselesaikan dengan baik." ujar Laila memberi semangat.

"aku harap sangat begitu Ila, lagi satu aku rasa mungkin arwah hanya buat permintaan ini dengan aku je, mungkin suami arwah tak tahu langsung pasal ni."

"betul jugak. Dah, pergi la mandi berehat. Hal tu biarlah dulu. Yang penting aku sentiasa ada untuk kau" ujar Laila membuatkan Zia tersenyum.

"thanks Ila, kau la sahabat aku dunia akhirat" ujar Zia lalu bangun menuju ke biliknya.

Faiz dan Zia sibuk berbincang dan tiba-tiba pintu dibuka dari luar.

"Bro, jom lunc..." terhenti ayat Qashaf saat melihat ada insan lain di situ.

" Nak lunch ke? jom la aku pun dah lapar ni. jom Zia kita lunch sekali"Ajak Faiz.

Zia tersenyum

" tak pelah encik berdua pergi la. " ujar Zia sambil mengambil fail di atas meja. Tujuan dia datang ke bilik Faiz kerana ada beberapa resit dan details claim yang tidak lengkap. Dia berdiri dan berniat ingin meninggalkan bilik tersebut .

" jom la Zia. takkan tak sudi makan dengan kami. Lagipun bukan kita tak pernah keluar makan sama. " Qashaf bersuara. Terkedu Zia saat mendengar suara Qashaf yang jelas lain dari sebelum ni. Lebih mesra namun masih ada nada seriusnya. serba salah dibuatnya apabila bosnya itu sendiri bersuara. akhirnya dia mengangguk bersetuju.

Mereka memilih restoran Rebun milik Chef Ismail. Saat menjamu selera Qashaf ralit melihat Zia berbual dengan Faiz. Mata gadis itu terlihat sangat familiar.

"ehem...awak tak ada saudara mara ke Zia?" perbualan Zia dan Faiz terhenti saat Qashaf mengajukan soalan itu.

"Ada encik, tapi mereka tinggal jauh. Lepas arwah ibu bapa saya meninggal saya tinggal sebatang kara dekat sini."Dengan senyum hambar dia menjawab.

Faiz merasa Zia tidak selesa bercakap tentang keluarganya dan jelas riak wajah Zia yang masih kekok dengan Qashaf. Mungkin dia masih lagi teringatkan kejadian lalu. Namun setahu dia, mereka telah berbaik dan saling meminta maaf tentang hal itu.

" Qash, Zia ni pernah jadi student UiAM la. junior kita dulu tapi macam mana kita boleh tak cam ek?" sampuk Faiz tiba-tiba.

tersentak Zia saat Faiz memanggil Qashaf dengan panggilan Qash. Terus dia teringatkan seseorang yang dia tidak kenali yang mempunyai nama yang sama namun laju dia hapuskan bayangan itu difikirannya.

Qashaf tersenyum nipis.

" macam mana nak perasan kalau kau dok asyik berkepit dengan Bella dulu. Last-last kau ke mana Bella ke mana"Seloroh Qashaf.

"tak ada jodoh la bro. Eleh kau ni syok mengata aku, yang kau duk berkepit dengan isteri kau du..." Kata-kata Faiz terhenti saat tersedar ketelanjurannya.

Zia memandang silih berganti dua sahabat di depannya itu.

"Sorry bro aku tak sengaja" ujar Faiz.

Qashaf tersenyum hambar

" tak ada hal la bro, aku ok je. Aku dah redha dan ikut cakap kau. Lepaskan arwah pergi dan doakan dia tenang di sana" balas Qashaf.

Tersenyum Faiz mendengar kata-kata sahabat baiknya itu.

"alhamdulillah... Aku tahu kau boleh bro. Inshaallah arwah pun suka tengok kau sekarang."

Zia hanya tersenyum. Terharu dia melihat jalinan persabahatan dua lelaki itu. Terus dia teringat Nur Iman. Sesungguhnya hubungan mereka juga seperti itu. mereka juga ibarat adik beradik. Arwah sentiasa ada jika dia memerlukan teman untuk meluahkan.

"semoga arwah isteri encik ditempatkan dengan yang beriman. Bertuah seorang isteri jika dapat suami yang sentiasa mendoakannya" ujar Zia lagi.

Qashaf tersenyum nipis.

"saya yang bertuah pernah milikki cinta dia, Zia. Dia terlalu baik." balas Qashaf pula.

Faiz hanya diam sambil menepuk perlahan bahu sahabatnya itu. Zia pula hanya diam.
. .
. .
. .
. .
. .
. .
. .
.

Tengah hari itu riuh pejabat apabila setelah masing-masing mendapat tahu bahawa ada annual dinner bakal berlangsung. Masing-masing menunjukkan wajah teruja kerana pada tahun ini majlis tersebut bakal diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

"wow... Tak sabarnya nak pergi annual dinner nanti. Siap bertema bollywood lagi. Lepas tu ada cabutan bertuah lagi." ujar Azza saat keluar makan tengah hari bersama Zia dan Farah.

"betul tu Azza, tahun ni macam specia sikit. Mungkin sebab baru-baru ni kan company dapat tender besar. Mungkin Dato nak hargai staffnya kot" balas Farah pula.

Zia hanya tersenyum mendengar. Air lemon laici di teguk perlahan.

"Zia, nanti kita pergi cari baju sekali nak? Kau mesti pandai cari kan. Kau pandai bergaya dari kami ni" ujar Azza.

"mana ada, aku pun tak pandai. Tapi takpe, aku ada kawan yang boleh tolong kita nanti." ujar Zia.

Azza mengangguk teruja.

"Eh, akak nak tanya. Korang perasan tak sekarang bos kita dah berubah." ujar Farah tiba-tiba.

"Bos? Bos yang mana?" soal Azza pula.

"Bos kau la dik. Encik Qashaf. Akak tengok sekarang dia dah boleh senyum dan banyak bercakap. Kalau dulu, muka serius je. Suka diam pulak tu" ujar Farah.

"haah la kak, saya pun perasan benda yang sama. Kalau dulu, dia bercakap bila perlu je. Kadang-kadang naik takut saya bila nak tanya soalan. Mungkin Encik Qashaf dah boleh terima kenyataan kot." ujar Azza lagi.

"tapi arwah isteri dia memang seorang yang sangat baik. Cantik pulak tu. Tapi Allah lebih sayangkan dia. Akak harap suatu hari nanti akan ada orang yang boleh mengubati hati encik Qashaf" ujar Farah lagi.

"Arwah isteri encik Qashaf meninggal sebab apa kak?" soal Zia tiba-tiba.

Farah menoleh ke arah Zia. Dia tersenyum tawar.

"kanser. Masa bertunang arwah dah nak putuskan pertunangan tapi encik Qashaf tetap teruskan perkahwinan. Setia sungguh bos kita kepada isterinya. Mereka kahwin tak lama, baru nak rasa alam rumahtangga, arwah pergi tinggalkan dia" ujar Farah.

Zia terkedu, kisah bosnya seakan sama dengan kisah arwah Nur Iman. Entah kenapa dia merasakan sesuatu saat itu. Tak mungkin mereka bercakap tentang orang sama yang berada difikirannya. Zia menggeleng kepalanya.

"kenapa Zia?" soal Farah saat melihat gadis di depannya itu menggeleng kepala tiba-tiba.

"takde pape la kak. Petang ni kita cari baju untuk dinner nak? Saya dah beritahu kawan saya. Dia ada butik yang bagi sewa baju-baju bollywood tu" ujar Zia tersenyum.

"okay set!" jawab Azza dan Farah serentak. Dan mereka ketawa bersama.
. .
. .
. .
. .
. .
.

"Cantiknya kau Zia! Tak sia-sia aku pilihkan baju untuk kau!" ujar Laila saat melihat Zia melangkah keluar dari biliknya.

Zia tersenyum lalu membetulkan rambutnya yang dibiar lepas itu. Dia mengenakan baju tanpa lengan berwarna gold dan krim. Wajahnya pula dimake up oleh Laila yang merupakan seorang make up artist. Dia melihat penampilannya melalui cermin diruang tamu rumah mereka.

"kau rasa tak over sangat ke?" soal Zia kepada Laila.

"mana ada cik kak oi.. Dah vass ni aku siapkan kau, macam heroin hindustan dah ni. Confirm semua mata pandang kau nanti" balas Laila pula.

"aku pergi dulu. Thanks Ila" ujar Zia lalu memeluk Laila yang duduk disofa dari belakang.

"my pleasure dear. Dah, enjoy yourself malam ni." ujar Laila tersenyum.

Zia tersenyum lalu mencapai clutch diatas meja. Saat itu dia mendengar hon kereta menandakan grab sudah tiba. Malam itu dia tidak memandu sendiri memandangkan pakaian yang dipakai tidak sesuai untuk dia memandu.

Sesampai di Majestic hotel dia melangkah keluar. Dan saat itu dia melihat kelibat Azza di lobi hotel. Dia terus melangkah mendekati Azza dan saat itu dia merasakan ada banyak mata memandangnya. Azza juga memandangnya tidak berkelip.

"Zia! Cantiknya kau, dah macam heroin hindustan aku tengok" ujar Azza saat dia sudah mendekat.

"over sangat ke pakaian aku malam ni? Segan la"

"kau macam bidadari tahu tak. Cantik giler..." ujar Azza lagi.

"kau pun cantik jugak Za, dah la jom masuk dewan. Aku dah naik segan ni" ajak Zia.

"jom. Kak farah dah tunggu dekat dalam... Confirm malam ni kau dah dapat best dress" ujar Azza.

Tanpa menunggu, laju Zia menarik tangan Azza menuju ke pintu dewan.

Namun saat dimuka pintu mereka bertembung Faiz dan Qashaf. Mereka berdua segak mengenakan pakaian mengikut tema malam itu. Saat itu mata Faiz terpaku melihat Zia.

"eh! Sedondon la encik Qashaf dan Zia malam ni!" ujar Azza teruja.

Qashaf juga mengenakan persalinan berwarna krim dan Faiz pula mengenakan warna hitam.

"you look so gorgeous tonight, Zia" puji Faiz.

Zia tersenyum malu.

"thanks, encik berdua pun segak malam ni" puji Zia pula.

Qashaf hanya tersenyum nipis. Jika diikutkan dia tidak mahu menghadiri majlis ini namun mengenangkan dia merupakan pihak atasan di dalam syarikat itu dan papanya pula menwakilkan dia jadi terpaksalah dia hadir malam itu. Dia melihat penampilan gadis di depannya itu. Tak dinafikan Zia kelihatan sangat cantik di dalam persalinan itu. Dan saat mata mereka bertentangan, tiba-tiba jantung Qashaf berdegup kencang.

Tersentak dia saat itu. Lama dia merenung mata itu sehinggalah Zia mengalihkan pandangannya.

"ermm... Kami masuk dulu" ujar Zia lalu melangkah masuk ke dewan.

Qashaf masih kaku di sebelah Faiz. Fikirannya jauh menerawang dan dia kembali tersedar saat Faiz mencuitnya.

"apa yang kau mengelamun. Jom masuk!" ujar Faiz.

Qashaf hanya diam lalu mengikut langkah Faiz. Dalam masa yang sama dia memikirkan sesuatu. Mata itu, sangat sama! Desis hatinya.

Malam itu berlalu dengan meriah sekali. Masing-masing sangat gembira pada malam itu Namun tidak bagi Qashaf. Dia banyak duduk di mejanya dan sesekali dia mencari kelibat Zia. Entah kenapa hatinya ingin melihat gadis itu. Tidak! Dia bukan jatuh cinta kepada gadis itu namun entah kenapa seperti ada sesuatu yang menarik dirinya untuk melihat.

"Tahniah kepada pemenang cabutan bertuah. Okay! Sekarang pasti tuan-tuan dan puan-puan tertunggu-tunggu kan untuk best dress dan perfect couple untuk malam ni? Pertama kita akan pilih best dress lelaki dan perempuan dan seterusnya pemenang tersebut automatik akan jadi couple of the night. Setuju? " suara emcee kedengaran dan disambut dengan sorakan yang berada di dalam dewan itu.

" Setuju!! " riuh dewan itu dengan jeritan.

"okay, tanpa membuang masa. Ditangan saya ini ada nombor pemenangnya. Nombor ini mewakili tuan puan semua. So pegang nombor Masing-masing tau!" ujar emcee tu lagi.

Masing-masing mula memegang nombor mereka. Zia tertawa kecil saat melihat gelagat Farah dan Azza yang bersungguh memeluk nombor ditangan mereka.

" okay. Drum please!! " ujar emcee itu.

" untuk best dress lelaki, jeng... Jeng... Jeng... Nombor 8!!"

Saat itu Masing-masing tercari-cari siapa pemegang nombor itu dan saat melihat ada susuk berdiri. Terus riuh dewan dengan tepukan gemuruh. Manakan tidak, bos muda mereka sendiri yang menang. Qashaf melangkah perlahan-lahan naik ke pentas. Jelas riak wajahnya yang terpaksa itu.

"wow, bos muda kita menang. Tahniah encik Qashaf!" ujar emcee ceria. Qashaf hanya senyum sesaat kepada emcee tersebut.

"okay, drum lagi sekali!!" pinta emcee tersebut.

Maka kedengaran bunyi drum menandakan nombor pemenang akan diumumkan.

"so pemenang best dress untuk wanita dimenangi olehhhh......"

Senyap seisi dewan saat itu. Masing-masing fokus mendengar kata-kata pengacara majlis itu.

"Nombor 98!!!"

Dan saat itu Zia merasakan tepat duduknya terang di suluh cahaya putih. Terkaku dia saat itu. Tepukan gemuruh bergema di dalam dewan tersebut.

"sila naik ke pentas cik 98" suara emcee itu kedengaran lagi.

Dengan perasan terkejut dia bangun lalu melangkah ke pentas.

"wow, memang patut menamg kalau macam ni. Dah macam heroin hindustan cik 98 kita ni" kata-kata emcee membuatkan seluruh dewan ketawa. Ada juga yang nakal bersiul.

Jelas senyuman kekok terhias dibibirnya saat itu.

"okay, tahniah encik Qashaf dan siapa nama cik adik manis ni?" soal pengacara majlis itu.

"Zia..." jawab Zia sepatah.

"pendeknya nama... Cer bagi nama penuh, senang nak hafal nanti" usik pengacara majlis itu lalu mengundang sorakan warga dewan itu.

"Zia Raudhah"

Saat itu laju Qashaf menoleh ke kirinya. Terus terkaku dia saat mendengar nama kedua gadis itu. Terus sesuatu menerpa ke fikirannya dan membawa dia jauh ke kenangan lalu. Apa yang meniti dibibir emcee sudah dia tidak dengari. Entah kenapa jantung dia berdebar-debar saat itu. Raudhah.... Nama itu terus berputar dalam fikirannya.

Terlalu byk hint y spttnya Zia tahu tapi tulah... Kenapa dia xprsan ek... Hahaha

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience