BAB 19 - AYAH IS

Romance Completed 191390

Qashaf membetul duvet yang menutupi separuh badan isterinya. Sudah tiga hari berlalu dan setiap malam jua Zia memintanya untuk menemani ketika isterinya itu inggin tidur. Baginya mungkin kerana isterinya masih trauma. Namun tipulah jika dia tidak perasan akan perubahan Zia setelah isterinya itu diculik. Seperti ada sesuatu yang dipendam Zia. Itu sangat jelas apabila isterinya berseorangan pasti ada air mata menemaninya.

Qashaf mengucup lembut dahi Zia saat dia betul-betul yakin Zia sudah terlena. Dia melangkah keluar dari biliknya dan ingin mendapatkan nasihat dan pendapat papanya tentang apa yang telah berlaku. Namun saat dia menuruni tangga, dia melihat bekas mentuanya duduk bersama papanya. Terus saja dia mendekati mereka.

"dah lama ke ibu dan ayah sampai?" soal Qashaf sambil menyalami tangan bekas bapa mentuanya.

"baru saja. Kami dapat tahu Zia kena culik. Sebab itulah kami ke mari. Hajatnya ingin menjenguk Zia." ujar Zaleha.

"Zia baru tidur ibu. Tapi dia dah makin okay" ujar Qashaf.

"Alhamdulillah kalau begitu. Kami terkejut bila dapat berita Zia kena culik. Ayah dan ibu dah anggap Zia seperti anak kami sendiri. Setelah pemergian Iman, Zia la pengubat rindu kami pada arwah. Dan bila Qash buat keputusan untuk menikahi Zia, kami juga turut tumpang gembira" ujar encik Abdullah pula.

"terima kasih ayah dan ibu tidak marahkan Qash. Maafkan Qash juga sebab rahsiakan perkahwinan kami dulu" ujar Qashaf tersenyum.

"kami tak pernah marah Qash malah kami cukup gembira melihat kamu temui kebahagiaan yang baru" ujar puan Zaleha.

Dato Azfar mengangguk lalu tersenyum nipis, Datin Sarima yang berada di sebelah suaminya itu turut tersenyum mendengar kata-kata bekas besannya itu. dan sesaat dia memandang Qashaf pula.

"macam mana dengan kes Zia Qash?" soal Datin Sarima.

"kes akan dibicarakan ma, dan mengikut keterangan Zia, Jamal juga mengaku ada kaitan dengan kemalangan arwah ibu bapa Zia yang menyebabkan mereka meninggal dunia. Dan sekarang mak cik Zainab akan dituduh kerana menculik Zia serta bersubahat dengan Jamal" ujar Qashaf.

"Papa tengok Zia macam muram je dua tiga hari ni. Dia masih trauma lagi ke?" soal Dato Azfar pula.

"mungkin Zia masih lagi penat pa, dia pun cakap tak cukup rehat." balas Qashaf tersenyum tawar.

Encik Abdullah dan Puan Zaleha pula hanya mendengar sahaja perbualan anak beranak itu. Puan Zaleha tak lepas memandang wajah muram Qashaf. Entah kenapa seperti ada sesuatu yang Qashaf sembunyikan.

" kau bukan anak abang aku!!"

"kau anak pungut!!"

"kau tak layak!!!"

Dia tidak sukakan suara itu! Itu suara mak cik Zainab! Dia menutup telinganya dengan kedua tangannya. Saat suara itu tidak lagi kedengaran, dia melihat satu cahaya menghampirinya. Makin lama makin jelas wajah tersebut. Dilihat arwah papa dan mamanya tersenyum namun sesaat mereka menangis berpelukan. Saat itu dia terdengar suara mereka berbual.

"itu anak kita kan bang?" soal mamanya.

Dia melihat papanya tidak menjawab namun tiba-tiba papanya menoleh ke arahnya sambil berkata.

"maafkan papa, sayang. Maafkan papa dan mama"

Laju matanya terbuka dengan nafas tercunggap - cunggap. Hampir setiap malam dia bermimpi tentang benda yang sama. Dia meraup wajahnya saat itu. Dia melihat di sisinya. Saat itu dia melihat wajah suaminya yang sedang tidur nyenyak.

Mujurlah malam ini dia meracau seperti sebelumnya. Kalau tidak, Qashaf la yang akan mengejutkannya dari tidur. Dia turun dari katil berlahan-lahan, tidak mahu mengejutkan Qashaf yang sedang lena itu. Bilik air dituju lalu dia mengambil wuduk. Malam itu dia ingin menunaikan solat sunat. Cuba untuk mencari ketenangan buat hatinya.

Qashaf mengalihkan tubuhnya ke kiri dan saat tangannya mendarat, dalam terpejam dia meraba-raba ruangg disebelahnya itu. Laju matanya dibuka mencari susuk tubuh isterinya. Kosong! Terus dia bangun dari pembaringan dan matanya mula melilau di setiap sudut biliknya.

Dan saat itu matanya dapat menangkap susuk tubuh bertelekung yang sedang berbaring di atas sejadah. Dia melihat jam di dinding, hampir lima pagi.

Qashaf menghidupkan lampu biliknya lalu melangkah mendekati isterinya itu. Ternyata Zia terlena di situ. Dia melihat lagi wajah isterinya yang basah dengan air mata. Ternyata Zia baru sahaja terlelap. Di dalam pelukan pula dia sudah tahu gambar siapa. Sejak kejadian yang menimpa isterinya itu, dapat perasan Zia kerap merenung gambar arwah ibu bapa mentuanya. Cuma setiap kali dia bertanya, isterinya itu hanya tersenyum dan berkata dia baik-baik saja.

Qashaf terus mencepung isterinya ke katil. Dan dengan perlahan - lahan dia menanggalkan telekung di tubuh isterinya itu.

Selesai saja, dia kembali berbaring. Tiada niat untuk menyambung tidur kerana sekejap lagi akan masuk waktu subuh. Dia memeluk erat tubuh Zia lalu saat itu dia merenung wajah isterinya.

"Abang tahu ada sesuatu menganggu sayang. I hope one day you would like to share it with me. Abang akan ada sentiasa dengan sayang" bisik Qashaf lalu mengucup lembut dahi Zia.
. .
. .
. .
. .
. .
. .
. .
.

Zia menghampiri Qashaf yang sedang membuat kerjanya. Sejak kejadian dia diculik, dia mengambil cuti tanpa gaji untuk sebulan. Manakala Qashaf pula mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah. Cuma jika dia perlu ke pejabat barulah dia ke sana. berita tentang cutinya agak heboh dan beberapa staff Sutraz juga ada menghantar mesej bertanyakan sebab dia mengambil cuti tersebut dan dia hanya membalas dengan dia ada hal yang sangat penting yang harus dia diselesaikan. Mujurlah mereka dapat menerima alasannya itu dan tidak bertanya lebih lagi.

Dia berdiri di belakang suaminya itu. Ternyata Qashaf dilihat sangat sibuk. Tangan suaminya itu sedang menaip dan matanya tekun melihat skrin laptopnya. Baru dia ingin membatalkan niatnya untuk berbicara dengan suaminya, tiba-tiba satu suara membuatkan dia kaku.

"yes Sayang, anything you want?"

Zia menoleh ke arah Qashaf dan ternyata lelaki itu sudah setia memandangnya. Zia menggaru lehernya perlahan. Qashaf tersenyum lalu mencapai tangan isterinya dan menarik Zia mendekatinya.

"sayang macam ada sesuatu je nak cakap. Beritahu la," ujar Qashaf sambil memeluk pinggang Zia.

"tapi abang macam busy je, Zia tak nak kacau abang buat kerja. Lagipun tak penting pun apa yang Zia nak cakap." ujar Zia pula.

"kerja abang anytime boleh siap. Sekarang isteri abang lagi penting."

Zia tersenyum lebar mendengar kata-kata Qashaf saat itu. Sedikit sebanyak hatinya yang sedih itu terubat.

Qashaf menarik bench chair kecil di sudut bilik lalu dia mengisyaratkan agar Zia duduk menghadapnya. Qashaf pula menanggalkan cermin matanya lalu mengenggam erat tangan Zia.

"Zia nak minta maaf, Zia banyak susahkan abang. Abang kena jaga Zia sepanjang sebulan ni, dan sebab Zia juga abang terpaksa work from home. Zia minta maaf abang" ujar Zia. Dia mengeratkan genggaman tangannya.

Qashaf membelai pipi isterinya sambil tersenyum.

"sayang tak perlu minta maaf, Zia adalah tanggungjawab abang dan memang tugas abang untuk jaga sayang. Abang tahu sayang dah alami sesuatu yang sangat teruk dan abang nak sayang tahu yang abang akan ada sentiasa dengan sayang. Just take your time to forget about that nightmare" ujar Qashaf.

"terima kasih sebab selamatkan Zia. Hari tu, masa Zia dengar bunyi tembakan Zia ingat Zia dah kehilangan abang. Masa tu Zia rasa jiwa Zia dah mati. Zia tak sanggup kehilangan abang. Dan Alhamdulillah abang selamat, hanya Allah saja tahu gembiranya Zia masa melihat abang masa tu" luah Zia, menitis laju air matanya saat itu dan laju jua tangan Qashaf menyapunya.

" Sayang isteri abang and i love you so much. I'll do anything for you sayang, abang sanggup taruhkan nyawa abang asalkan sayang selamat. Dan abang tahu ada sesuatu yang sayang pendam. I don't think its about mak cik Zainab but abang takkan paksa sayang share dengan abang melainkan sayang sendiri yang rela hati ingin luahkannya tapi i miss your beautiful smile sayang, your happy face. Just spill it all out, if there anything that i can help, i will try my best for you" ujar Qashaf pula.

Makin laju air mata Zia jatuh, tertunduk dia saat itu. Hinggalah Qashaf terdengar esakan kecil, laju dia memeluk isterinya.

"i'm sorry if i make you feel more sad. it's okay sayang, take your time" pujuk Qashaf.

"Zia bukan anak kandung mama dan papa!" ujar Zia dalam esak.

Tersentak Qashaf saat itu. Lagi erat dia memeluk, memberi semangat kepada isterinya itu.

"betul Mak Cik Zainab cakap, Zia tak layak mejadi pewaris harta arwah papa sebab Zia bukan darah daging mereka. Siapa Zia sebenarnya? Siapa ibu bapa Zia?! Kenapa mak cik Zianab cakap Zia anak pungut?! " ujar Zia lagi.

Qashaf mengosok perlahan belakang tubuh isterinya. Ternyata itulah yang menganggu fikiran Zia sejak dia diculik tempoh hari selain dari dia mengetahui kebenaran yang arwah papa dan mamanya meninggal dunia akibat kemalangan yang dirancang.

" sayang kena bersabar dan kuat. Abang ada dengan Zia. Tak kisah siapa sayang yang penting Zia isteri abang, Zia tetap anak arwah papa dan mama dan keluarga abang, keluarga sayang juga. Haa.. Ayah Is dan Umi Tun pun ada bersama sayang. Sayang jangan pernah fikir yang sayang bersendirian. Kami sentiasa ada dengan sayang" ujar Qashaf memujuk.

Tiba-tiba Zia menolak perlahan tubuh Qashaf. Dia memandang suaminya itu.

"Ayah Is! Zia nak jumpa ayah Is, abang! Mak cik Zainab cakap Ayah Is tahu segalanya. Please abang, kita balik kampung. Zia nak tahu segala jawapan untuk persoalan yang ada difikiran Zia." rayu Zia.

"okay! okay! Kita balik kampung tapi satu je abang nak sayang janji. Setiap yang sayang dengar, sayang kena terima dengan redha. Jangan pernah salahkan mak ayah kandung sayang, arwah mama papa dan ayah Is sekali pun kerana rahsia ini. Boleh?" soal Qashaf.

Dilihat Zia seakan berfikir sejenak. Namun dalam wajah yang teragak-agak dia mengangguk tanda setuju.

" ingat, segala yang berlaku ada sebabnya. Abang tak nak sayang pendam rasa sedih kecewa dalam hati. Esok kita balik kampung" ujar Qashaf.

"terima kasih abang!" ujar Zia memeluk tubuh Qashaf erat. Dan saat itu Zia merasa tangan sasa Qashaf turut membalas pelukannya. Tersungging senyuman nipis dibibir Zia saat itu.
. .
. .
. .
. .
. .
. .
. .
. .
Qashaf mengenggam erat tangan Zia saat mendengar cerita yang baru didengari dari mulut Haji Ismail.
Zia hanya diam dan air matanya menitis saat Haji Ismail mengakui bahawa dia sememangnya anak angkat papa dan mamanya.

" ayah Is bukan nak sorokkan daripada kamu tapi ni amanah arwah. Dan saat arwah juga berpesan jika suatu hari nanti kebenaran terungkai, maka arwah pinta Ayah Is ceritakan pada kamu. Memang betul kamu anak angkat tapi kamu bukan anak pungut, Zia. Ibu bapa kandung kamu sangat baik, mereka sanggup korbankan anak mereka yang baru lahir demi sebuah persahabatan dan demi arwah mama kamu. pada awalnya ibu bapa kandung kamu tidak mahu memberikan kamu yang masih merah ketika itu namun papa kamu merayu pada mereka kerana dia tidak mampu melihat kemurungan mama kamu. Ibu bapa kandung kamu merasa kasihan akan mama kamu yang kematian anaknya yang juga baru lahir itu, maka dengan berat hati mereka serahkan kamu. Mereka tidak pernah buang mahupun menjual kamu Zia. Mereka tidak pernah mengambil duit sesen pun dari papa kamu tapi mereka pinta kamu dididik dan disayangi secukupnya. Dan papa dan mama kamu menunaikan janji itu. " ujar Haji Ismail.

Qashaf merasakan Genggaman tangan Zia ditangannya makin erat.

" Tapi walaupun kamu anak angkat tapi kamu anak susuan mama kamu Zia. Maka, kamu tetap darah daging papa dan mama kamu. Dan kamu memang berhak ke atas warisan arwah. Dan memang betul nama papa kamu dan bap kandung kamu sama. Di sijil kelahiran papa kamu tidak pernah ubah apa-apa pun cuma nama kamu saja yang diberi oleh mama kamu. Maafkan ayah Is tentang makcik Zainab. Kami tidak tahu bahawa dia begitu berdendam dengan keluarga kamu. Ayah Is juga sangat kecewa dengan apa yang dia buat. Dan ayah Is minta maaf sekali lagi kerana merahsiakan semua ini." ujar Haji ismail.

Umi Tun di sebelah sudah mengalir air matanya saat melihat wajah Zia yang turut dibasahi air mata.

" Ibu bapa kandung Zia masih ada lagi ke?" soal Zia dalam sayu tiba-tiba.

Umi Tun menggeleng.

" kami tak tahu Zia, selepas kamu 4 bulan, mereka pindah dan selepas itu kami terus tak tahu di mana mereka sekarang. Kami terputus hubungan kerana mereka tidak pernah menghubungi kami selepas itu. Pelbagai cara yang arwah papa kamu cuba untuk menjejaki mereka namun tiada hasilnya. Selepas itu, kamu sekeluarga sudah berpindah ke Kuala Lumpur dan Ayah Is pula sudah tinggal di kampung Umi tun di sini. " ujar Umi Tun pula.

" Mereka tahu nama Zia? " soal Zia lagi.

" setahu Ayah Is, mereka hanya menggelar kamu sebagai Adik. Dan mereka tidak mahu tahu nama yang diberikan kepada kamu kerana mereka tidak mahu sedih dan memungkiri hatinya yang ikhlas untuk menolong mama kamu. Tapi itu bukan bermaksud mereka tidak menyayangi kamu Zia. Mereka cuma tidak kuat untuk mengetahuinya. Selepas kami semua berpindah, Kami tak pasti jika ibu bapa kamu ada datang ke tak ke kampung lama. cuma ini saja yang kami ada untuk kamu. "

Umi Tun mengeluarkan sekeping gambar dari sampul sederhana lalu menghulur gambar usang itu kepada Zia. Dalam gambar rersebut ada sepasang suami isteri dan seorang kanak- kanak perempuan seperti dalam umur 3 tahun dan seorang bayi yang di dukung si bapa.

" itu ibu bapa kandung Zia dan kanak- kanak itu kakak kamu. Bayi itu pula kamu" ujar umi Tun.

Saat melihat gambar tersebut Air mata Zia menitis laju. Tak disangka dia mempunyai seorang kakak. Dia melihat wajah ibu bapa kandungnya dan matanya jatuh ke wajah kakaknya itu. 25 tahun yang lalu, dia masih bayi dan masih tidak punya memori.

Qashaf memeluk bahu memberi kekuatan untuk isterinya. Zia menghulurkan gambar kepada Qashaf. Saat melihat gambar usang itu dia terpana. .

Ini bukan ke....

Sungguh dia tidak percaya, kebetulan apakah ini? Sungguh dia kelu tidak mampu percaya dengan apa yang dilihat saat ini. Qashaf memandang Zia lama. Memang tidak dinafikan, memang sama!!

Jeng nak siapkan satu chap... Ase2 korang mesti dapat agak kan next chap tu macam mana.. Huhuhu... Tq for waiting guys.. Enjoy!

Share this novel

Esjasz Malek
2022-01-14 10:36:45 

x sabar tggu next chapter..


NovelPlus Premium

The best ads free experience