BAB 7 - TUNAIKAN

Romance Completed 191238

Qashaf merebahkan badannya ke atas katil. Tak sempat majlis selesai dia sudah meminta diri untuk pulang. Fikirannya dipenuhi dengan satu nama. Raudhah!

Dia kembali bangun lalu dia membuka laci di sisi katilnya itu. Surat itu dibaca buat sekian kali. Nama yang sama. Arghhh! Kenapa nama itu harus muncul. Tapi mungkin ini adalah kebetulan. Mungkin Raudhah yang ditulis dalam surat ini adalah bukan Raudhah yang sama. Mungkin Zi tidak pernah mengenali Nur Iman. Kalau tak mesti dia akan mengenali Zia. Tapi tidak dinafikan sehingga akhir hayat Nur Iman, dia tidak pernah mengenali siapa Raudhah yang dimaksudkan arwah isterinya.

Qashaf menatap pula gambar di bawah lampu tidurnya. Gambar wanita yang dicintainya.

"apa harus abang buat, Iman?" keluh Qashaf.

Dia mengambil bingkai gambar itu lalu dia berbaring sambil memeluk gambar tersebut dan akhirnya dia terlena.

Tok! Tok!

Lamunan Qashaf terhenti. Terus dia menoleh ke arah pintu yang sudah terbuka itu. Dilihat Faiz melangkah masuk lalu duduk di kerusi depannya itu.

"kenapa ni Qash?" soal Faiz yang melihat wajah muram Qashaf.

"kenapa apa?" soal Qashaf pelik.

"kau macam ada masalah je..."

"nothing la bro... Kau ni kenapa datang cari aku, ada apa-apa ke? " ujar Qashaf lalu tersenyum nipis.

"takde la, saja je. Kau dah tengok belum gambar dinner hari tu? ." ujar Faiz tersengih.

"gambar?"

"yup, gambar-gambar kita yang photographer ambil. Ada dalam company share folder. " ujar Faiz.

Qashaf mula menekan tetikus tanpa wayar miliknya lalu dia mencari folder tersebut. Jarinya menekan saat menjumpai folder itu. Ada berpuluh-puluh gambar kesemua staf pada malam itu. Dia menekan secara rawak dan saat itu dia melihat gambar-gambar dari mula majlis. Faiz melangkah mendekati Qashaf lalu menyandar ke tepi meja. Dia juga turut sama melihat gambar di skrin komputer milik Qashaf.

Laju tangannya menekan butang next dan saat sampai ke gambar Zia, jarinya terhenti.

"cantik kan Zia?" Faiz mula bersuara.

Qashaf tidak membalas namun matanya pegun melihat gambar itu. Lalu jarinya menekan butang next. Dan seterusnya adalah gambarnya bersama Zia di pentas. Gambar ketika dia menoleh memandang Zia.

"ramai yang bercakap pasal gambar ni. Ramai ingat kau dah tangkap cintan dengan Zia" ujar Faiz sambil ketawa.

"yeke?" soal Qashaf namun matanya tak beralih dari menatap skrin itu.

"yup, diaorang cakap renungan kau tu renungan cinta"

Qashaf menoleh ke arah Faiz. Dia melihat Faiz sedang ketawa kecil.

"apa pula pendapat kau?" soal Qashaf tiba-tiba membuatkan tawa Faiz terhenti.

Faiz mengeleng kepalanya. Lalu dia duduk di kerusi semula.

"i know you very well Qash, cinta kau masih untuk Iman. Nama pun gambar candid." ujar Faiz lagi.

"something fishy here. Kau dah tangkap cintan dengan Zia ke?" duga Qashaf.

Faiz hanya tersenyum tanpa menjawab soalan Qashaf.

"aku keluar dulu, ingat. After lunch kita ada meeting untuk projek Sungai Besi. Jangan lupa pulak" ujar Faiz lalu meninggalkan bilik Qashaf.

Qashaf tersenyum nipis sambil menggeleng kepalanya melihat wajah ceria sahabatnya itu. Dia memandang lagi gambar diskrin, kali ini wajah Zia muncul lagi di skrin dengan gambar jarak agak dekat. Zia Raudhah.. hatinya tiba-tiba gelisah. Mungkin kerana nama Raudhah muncul bermain di fikirannya. Lalu dia menutup folder tersebut dan fail di atas meja dibuka. Dia harus melupakan nama itu buat seketika,nama itu Sesungguhnya membuatkan dia tidak senang duduk.

F

pagi jumaat itu dia memasuki tanah perkuburan itu. Hari itu dia mengambil cuti hanya kerana ingin meluangkan masa menziarah kubur arwah Nur Iman. Sudah hampir setahun pemergian insan istimewa itu.

Dia melabuhkan punggungnya ke atas tikar kecil yang baru dihamparnya. Lalu surah yassin hadiah dibacakan sebagai hadiah buat arwah Nur Iman ditemani keheningan pagi barakah itu.

Saat selesai berdoa, dia memegang batu nisan itu, air mata mengalir di pipi saat memandang nama yang tertera di batu nisan itu.

"Zia rindu akak, Zia rindu saat akak panggil nama Raudhah. Zia nak akak ada, Zia nak luahkan semuanya dengan akak. Zia dah takde sesiapa kak, papa mama dan akak dah tinggalkan Zia...."

Sesaat Zia cuba tersenyum. Dia menyapu air matanya

"Semalam Zia mimpi jumpa akak. Akak senyum sambil tarik Zia jalan bersama. I'm so happy. I wish it can be reality tapi itu tak mungkin. Zia bukan nak menyalahkan takdir. Zia... " Zia tidak menahan tangisnya.

" zia rindu akak sangat-sangat... " sambung Zia sambil teresak-esak.

Tanpa dia sedar ada seseorang yang sudah terkedu mendengar luahan hatinya di belakangnya. Jelas riak terkejut di wajahnya saat mendengar kata-kata Zia.

"Zia balik dulu kak, nanti Zia jumpa akak lagi ya, Zia sayang akak sangat-sangat"

Dia bangun dan saat berpusing untuk meninggalkan perkuburan itu, dia terkejut melihat Qashaf dibelakangnya.

"Encik Qashaf?" Zia terkedu melihat bosnya berdiri tidak jauh darinya.

Dia dapat lihat Riak wajah lelaki itu juga agak tegang ketika itu.

"Jadi dia adalah awak?" Qashaf tiba- tiba bersuara. Matanya tak lepas dari merenung kubur arwah isterinya.

" Hah?" soal Zia tidak faham akan kata-kata dari Qashaf.

"jadi memang awaklah Raudhah... " ujar Qashaf lagi. Matanya terus memanah mata Zia.

Seakan sudah dapat memahami kata-kata Qashaf, luas mata Zia saat itu. Tak mungkin! Hampir setahun, dia sememangnya sudah terlupa akan hal itu dan saat Qashaf berkata begitu terus ingatan lalu datang menerpa.

"encik Qashaf suami kak iman?" soalnya sangat perlahan seakan berbicara pada dirinya sendiri.

Dengan lemah Qashaf mengangguk kepalanya. Qashaf tidak menyangka Zia adalah Raudhah. Raudhah yang sama seperti arwah isterinya katakan dulu. Raudhah yang sentiasa meniti dibibir arwah Nur Iman. Raudhah yang dia tak sempat dia kenali dulu dan kini berada didepannya. Qashaf buntu. Mereka berdua dilihat masih terkejut dan tidak mampu untuk bersuara. Suasana di tanah perkuburan yang sunyi itu menambahkan lagi ketegangan ketika itu.

Zia sudah tidak betah lagi duduk di situ.

"saya balik dulu.." lalu tanpa tunggu balasan Zia terus memulakan langkah.

Namun baru dua langkah, suara Qashaf membuatkan Zia kaku.

"We need to talk, Zia." ujar Qashaf. Matanya memandang susuk tubuh Zia dan terkedu dia saat melihat Zia terus melangkah meninggalkan tanah perkuburan itu tanpa menghiraukannya.

Qashaf memegang batu nisan kubur isterinya. Hampir setahun berlalu akhirnya dia harus hadapi jua.

Tak mungkin! kenapa mesti bosnya. Sekarang dia mengerti kenapa arwah menyuruhnya bekerja di Sutraz. Patut hatinya sesekali terdetik saat mendengar kisah Qashaf yang sama dengan arwah Kak Iman. Dan sungguh dia terkejut saat mendapat tahu arwah isteri lelaki itu.

Zia mundar mandir di ruang tamu rumahnya. Lalu dia menghempas punggung ke sofa. permintaan yang terkandung dalam surat itu diingati kembali.

*** Buat Raudhah,

Akak gembira Raudhah muncul dalam hidup akak, Raudhah membuat akak kuat untuk harungi segala. Akak sayangkan Raudhah dan andai punya kuasa akak ingin Raudhah menjadi saudara kandung akak. Andai suatu hari nanti akak sudah tiada, akak mohon Raudhah kuat. Akak ada permintaan terakhir dari Raudhah. Andai akak pergi, akak nak Raudhah bekerja di Sutraz Sdn Bhd. akak tahu Raudhah pasti di terima di situ. Raudhah juga perlu menjadi tegas dan jangan biarkan orang merampas hak Raudhah. Yang terakhir, Akak nak Raudhah mencari suami akak dan berkahwinlah dengannya. akak terlalu cintakan suami akak, kak yakin Raudhah boleh mengubati kesedihan di hatinya dengan cinta Raudhah. akak harap Raudhah dapat tunaikan permintaan akak. akak sayang Raudhah.~Nur iman.

***********

Pening!pening! Zia menekup muka dengan kedua tangannya. Siku ditongkat ke lututnya dan dia menunduk.

Dia akui dia mendengar kata-kata Qashaf yang ingin berbincang dengannya namun saat itu dia tak mampu untuk terus berada disitu lagi. Dan sekarang dia tidak tahu macam mana untuk bekerja. Perlukah dia berhenti kerja? Namun sejauh mana dia harus lari kerana dia dapat agak bahawa Qashaf juga tahu akan permintaan arwah Nur Iman.

Qashaf merenung jauh ke taman bunga milik mamanya itu. Keluhan kedengaran untuk kesekian kalinya.

Zia Raudhah. Raudhah....

Kenapa kecil dunia ini? Keluh Qashaf didalam hati namun sesaat kemudian raut wajahnya berubah tegang.
Apa motif Zia bekerja di syarikat itu? Adakah kerana ingin mendekatinya? Qashaf mencapai telefon bimbitnya lalu nombor seseorang ditekan. Saat talian bersambung dia mula bersuara.

"Azza, kindly send me details about Zia Raudhah. A.S.A.P!" setelah itu dia terus menamatkan panggilan.

Azza melihat telefon bimbitnya yang sudah gelap itu. Dia mengerut keningnya.

"dah kenapa encik Qashaf ni tiba-tiba je mintak details Zia?" Soalnya sendirian. Dan akhirnya dia hanya mengangkat kedua bahunya lalu Nombor HR ditekan.

Laila melangkah masuk ke dalam rumah dan saat melangkah ke ruang tamu, dia melihat sekujur tubuh Zia yang sedang berbaring di sofa dan tangan diletak ke atas dahi. Lalu dia mendekati kawan baiknya itu.

"kau okay ke Zia?" soal Laila lalu duduk di sofa sebelah.

"waaa!!!" jerit Zia lalu bangun dari pembaringan.

Hampir saja terlompat Laila saat Zia tiba-tiba menjerit.

"kau dah kenapa?!" Soal Laila sambil mengurut dadanya dek terkejut.

Wajah sugul Zia jelas kelihatan.

"Ila...aku dah jumpa dia!" ujar Zia sambil menekup wajahnya dengan tangan.

"kau jumpa siapa pulak ni?" soal Laila blur..

"suami arwah kak iman" jawab Zia sambil menoleh ke arah Laila.

Meluas mata Laila saat itu. Lalu laju dia menukar duduk ke sebelah Zia.

"macam mana korang jumpa? Dekat mana?" soal Laila bertubi-tubi.

"dekat kubur arwah kak Iman. Dan...."

"Dan apa??"

"dia macam tahu je permintaan arwah. Dan ada yang paling teruk lagi!"

" apa yang paling teruk pulak?" soal Laila hairan. Terlepas keluhan dari bibir Zia.

"dia encik Qashaf. Bos aku!" ujar Zia lagi.

"apa!!??" terus Laila berdiri.

"encik Qashaf yang kau pernah cerita tu ke?" soal Laila lagi.

Zia mengangguk perlahan.

"jadi arwah kak Iman minta kau kerja dekat syarikat tu bersebab rupanya. Dia nak kau kenal suami dia" ujar Laila membuat kesimpulan yang turut Zia akui.

"tapi kenapa arwah nak sangat aku kahwin dengan suami dia? Aku tengok sendiri macam mana suami dia cinta mati dekat arwah. Aku tak mampu Ila, semua ni terlalu berat bagi aku" ujar Zia.

Laila memeluk bahu Zia, memberi semangat kepada sahabatnya itu.

"aku rasa kau kena berbincang dengan encik Qashaf tu. Dari hati ke hati" ujar Laila.

"aku tak boleh Ila," balas Zia.

"kalau kau tak selesaikan sampai bila kau nak tanggung?" soal Laila.

Zia tidak membalas, dia hanya melentokkan kepalanya ke bahu Laila.

Qashaf melangkah masuk ke biliknya lalu melabuhkan punggung di tepi katil. dia mengeluh perlahan lalu menarik laci di sebelah kepala katil lalu mengeluarkan sepucuk surat.

~~Buat suamiku yang tersayang,

Iman tahu abang masih bersedih, terima kasih abang kerana menghadiahkan cinta yang tak ternilai buat Iman.Iman tahu abang seorang yang kuat. Setelah iman tiada,abang perlu mencari bahagia abang.
Iman nak abang juga bahagia seperti mana abang memberi Iman rasa bahagia. Abang carilah Raudhah, nikahi dia dan cintai dia lebih dari abang cintakan Iman. Dia selayaknya untuk abang. Iman pasti hanya Raudhah syurga abang dan abang pemilik hatinya. Iman harap abang dapat bertemu dengan Raudhah suatu hari nanti. cintai Raudhah bukan kerana Iman tapi kerana ia datang dari hati abang sendiri. Lindunginya untuk Iman.

~~salam cinta Nur Iman.

Qashaf melipat surat tersebut lalu merebahkan badannya. Setelah hampir setahun dan hari ini dia harus hadapi jua. Raudhah....
Dia mengeluh lagi, mesej di telefon dibaca untuk kesekian kali. Setiausahanya telah menghantar fail butiran milik Zia Raudhah. Bila dia melihat tarikh gadis itu mula bekerja di Sutraz, dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

dia perlu menenangkan fikirannya yang serabut itu. Telefonnya dia letakkan ke sebelah dan dia memandang siling putih. Dalam termenung akhirnya dia terlelap dengan kepala yang sarat dengan persoalan dan kekeliruan.

Pagi isnin itu kelihatan agak suram. Zia mengacau air didalam mug perlahan. Suasana di pantry yang sunyi memandangkan waktu pejabat bermula lagi setengah jam. Sengaja dia datang awal kerana ingin mengelak dari bertembung dengan Qashaf. Dia melangkah keuar sambil membawa mug di tangannya.

Saat sampai di depan pintu biliknya. Langkah kakinya terhenti saat melihat pintu biliknya dilihat agak renggang sedikit. Seingatnya tadi dia memang menutup pintu biliknya. Terus jantungnya berdebar saat itu, dia memandang sekeliling dan ternyata hanya dia seorang yang berada di situ. Terus otaknya memikirkan sesuatu yang negatif.

Dengan perlahan-lahan dia melangkah dan menjenguk ke dalam. Saat menolak pintu itu matanya menangkap susuk tubuh berkemeja biru lembut sedang berdiri memandang keluar tingkap membelakanginya. Zia cukup kenal tubuh itu. Dia menelan air liur yang dirasakan berpasir.

Bagaikan tahu dirinya diperhatikan terus dia menoleh ke belakang. Zia hanya kaku di muka pintu.

"masuk Zia, we need to talk" ujar Qashaf serius lalu duduk di kerusi.

Dengan rasa yang bercampur baur dia melangkah ke bilik pejabatnya. Dia meletakkan mug ke atas meja dan dia kekal berdiri menghadap lelaki itu.

"So... Could you explain, the main reasons why you work here?" soal Qashaf memandang tepat ke mata Zia.

"maksud encik apa?" soal Zia hairan.

"awak mula bekerja setelah dua minggu arwah Iman meninggal dunia. Apa motif awak sebenarnya? Cuba untuk mendekati saya? Dan biar saya teka, arwah juga ada buat permintaan dengan awak kan?" soal Qashaf lagi sambil berpeluk tubuh.

"encik rasa saya bekerja di sini hanya untuk mendekati encik? Maksudnya encik nak cakap saya nak mengurat encik?" soal Zia kembali. Suasana dirasakan mula tegang saat wajah Qashaf juga turut berubah saat itu.

"ya, saya kerja disini atas kerana arwah Kak Iman! Tapi saya tak tahu apa sebab sebenar arwah. Saya tunaikan permintaan dia kerana sayang saya padanya. Encik lupa ke yang kita tidak pernah kenal sebelum ni? Jumaat lepas dekat tanah perkuburan, itulah kali pertama saya tahu siapa suami arwah kak Iman! " ujar Zia lagi.

Zia memandang ke luar tingkap. Dia cuba mengawal rasa marahnya saat itu. Dia tahu dia berada di pejabat dan lelaki itu adalah bosnya.

Qashaf meraup wajahnya dengan sebelah tangan.

" dan saya rasa awak tahu permintaan arwah untuk kita kahwin kan? " soal Qashaf lagi.

Terus Zia memejam matanya beberapa saat. Dengan suara lemah dia menjawab.

"ya, tapi perlu ke kita tunaikan permintaan tu? . Encik boleh ke terima wanita lain dalam hidup encik? Ikhlas saya cakap saya tak mampu nak tunaikan permintaan tu. Ini soal masa depan kita dan paling pentingg soal hati." soal Zia sambil menoleh memandang wajah lelaki itu.

"Nur Iman amat penting dalam hidup saya. Dan saya akan lakukan apa saja untuk dia" jawab Qashaf perlahan.

"jangan paksa diri encik kalau hati tidak mahu..." ujar Zia.

"i bet you also love her so much isn't?" soal Qashaf tiba-tiba.

Zia hanya kaku merenung wajah Qashaf.

"with all my heart. She's like my blood sister" jawab Zia.

"then tunaikan hasrat arwah. let's get married..." ujar Qashaf dengan serius.

Bulat mata Zia saat itu. Sungguh dia tidak menyangka lelaki itu akan menyuarakan tentang itu.

Atas permintaan korang.. Enjoy!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience