PROLOG

Romance Completed 191238

Dia merenung cincin dijari manisnya. Dia mengeluh perlahan. Adakah ini jalan yang betul dia pilih namun itu sudah terlambat untuk dia berpatah balik. Bunyi pintu bilik dibuka membuatkan kepalanya menoleh ke arah itu.

Dia melihat susuk berpakaian baju melayu putih iaitu lelaki yang sudah bergelar suaminya itu sedang menghampirinya yang sedang duduk dibirai katil.

"we need to talk" ujar Qashaf lalu duduk di birai katil.

Zia hanya memandang lelaki berstatus suaminya itu.

"Awak tahu kan perkahwinan ini atas dasar apa. Cuma keluarga saya tak tahu dan mereka tak boleh tahu tentang ini. Saya tidak mampu untuk mencintai awak Zia, saya masih cintakan arwah iman." ujar Qashaf lagi.

"awak boleh buat apa saja cuma jaga status awak sebagai seorang isteri. Jangan risau saya takkan tuntut apa-apa hak dari awak. tak akan staff syarikat yang tahu tentang perkahwinan kita.saya harap awak boleh faham saya belum bersedia untuk mencintai wanita lain selain Nur Iman."ujar Qashaf perlahan. Matanya tepat merenung keluar tingkap biliknya.

Dia terkedu.Tidak sama sekali dia menyangka itu yang diucapkan oleh lelaki yang baru sahaja menjadi suaminya. Remuk hatinya saat mendengar kata-kata itu. Dia menyangka bahawa lelaki itu betul-betul terbuka untuk menikahinya walaupun atas permintaan arwah Nur Iman. Akhirnya sebuah senyuman tawar terhasil dibibirnya.

"kenapa encik teruskan jika hati encik tidak mahu?" soal Zia.

Qashaf memandangnya sekilas.

"hanya kerana permintaan arwah" balas Qashaf.

"tapi encik menyeksa diri encik sendiri dengan menerima saya sebagai isteri encik"

"dan saya tahu awak pun terpaksa demi arwah, Zia. Don't hide your feelings dan tunjuk yang awak terima ini semua. But don't fall for me. Saya tak nak kecewakan awak. " balas Qashaf pula.

Terjungkit bibir Zia saat itu. Ya, dia terpaksa namun dia dah meredhainya saat lafaz akad disebut. Namun dia tahu lelaki di depannya itu belum tentu dapat menerimanya. Itu dia pasti. Dan kata-kata lelaki itu jelas terbukti.

"maafkan saya jika kata-kata saya mengguris hati awak tapi saya tak boleh paksa hati saya. Dan saya tak pasti berapa lama untuk saya terima awak. Dan jika satu hari nanti hati awak dimiliki lelaki lain, saya rela lepaskan awak" ujar Qashaf lagi.

Remuk hati Zia mendengar kata-kata itu saat hari pertama mereka menjadi suami isteri. Hampir saja ketawa sinisnya terletus namun dia menahan. Dia tahu hatinya akan sakit saat menerima lelaki itu sebagai suaminya. Tapi dia harus kuat kerana ikatan sebuah perkahwinan sangat suci untuk dicemari dengan sebuah kebencian. Selagi dia mampu bertahan dia akan bertahan.

"encik jangan bimbang, saya faham tapi biarlah saya jalankan tugas saya sebagai isteri encik dengan jaga pakai dan makan encik. Selagi saya bergelar isteri encik. Boleh kan? Dan andai encik dah betul-betul tidak perlukan saya lagi, ketika itu saya janji akan pergi dan takkan muncul lagi di depan encik." Soalnya berani. Biarlah dia melakukannya demi darjat seorang isteri. Dan dia juga takkan mengemis sebuah kasih sayang jika telah dibuang.

Terkedu Qashaf saat mendengar namun riak wajahnya masih lagi beku dan tidak berperasaan. Sememangnya keputusan yang dia buat seperti dia mencurangi cinta arwah isterinya. Hendak menyesal pun tiada guna. Demi Nur Iman, dia lakukan jua.

"Terpulang pada awak." Balas Qashaf. Dia mencapai tuala lalu masuk ke dalam bilik air. Dia perlukan kesegaran setelah menempuh hari yang memenatkan baginya.

Saat pintu bilik air tertutup rapat, tanpa sedar air mata jatuh ke pipi Zia. Tak dinafikan hatinya sakit. Hari pertama bergelar isteri bukan sesuatu membahagiakan seperti wanita lain. Mampukah dia melaksanakan amanat yang ditinggalkan oleh arwah Nur Iman. Itu dia masih lagi tidak yakin tapi dia akan mencuba dan jika satu hari nanti masih tiada cinta yang hadir, maka dia rela dilepaskan dari menyiksa dua hati. Entah kenapa dia merasakan dia bukan Zia yang berani bersuara seperti dulu. Adakah kerana hatinya terikat dengan amanat. Dia tidak tahu.

Qashaf melangkah keluar dari bilik air dan dia tidak melihat kelibat isterinya. Isteri? Dia mengeluh perlahan. Kekok hatinya saat ingin memanggil wanita lain isteri selain Nur Iman.

Saat ingin berlalu ke walk in closet, dia terpandang sesuatu di atas katil. Dia mendekati dan dapat dilihat Pakaiannya yang terletak elok. Dia mencapai lalu saat itu dia memandang ke pintu bilik. Zia menyiapkan pakaiannya. Tanpa menunggu dia menyarungkan pakaian itu ke badan.

Selesai dia terus membaringkan tubuhnya di sofa panjang yang berada di dalam bilik itu. Penat bukan saja fizikal namun mentalnya juga.

Gambar arwah Nur Iman ditatap. 'abang dah tunaikan permintaan Iman tapi maafkan abang sayang, abang tak mampu nak mencintai Zia kerana cinta abang masih utuh untuk Iman.'

Qashaf meletakan gambar itu ke dadanya. Dan akibat keletihan dia tak sedar bila dia terlelap disitu.

Zia masuk ke dalam bilik saat jam sebelas malam. Tadi dia keluar ke dapur membantu mengemas walaupun mentuanya melarang namun dia rela buat kerja dapur dari duduk berduaan bersama suaminya itu.

Saat itu dia terpandangkan sekujur tubuh Qashaf yang sedang tidur di sofa. Siap berselimut lagi. Dia menghampiri suaminya itu. Dia merenung wajah lelaki itu tidur. Tiada wajah beku malah raut wajah itu terlihat sangat tenang. Tiba-tiba matanya terpandang didada suaminya itu ada bingkai gambar.

Dengan sehabis perlahan, dia mengambil dan saat melihat gambar itu, hatinya merasa sayu. Begitu kuat cinta suaminya itu terhadap arwah.

'maafkan Zia, kak Iman....' desis hatinya lalu gambar tersebut diletak ke atas meja sebelah sofa itu.

Dia membetulkan selimut Qashaf lalu dia melangkah ke katil. Dia merebahkan badannya lalu memandang ke atas. Dengan lafaz bismillah dia memejam matanya. Cuba untuk tidur dan merehatkan hatinya seketika sebelum menempuh hari-hari seterusnya.

Hai CE is back!! Nak remind ni cerita dipublish semula... Cerita ni slow update ya ;)

Share this novel

Rahman Abdul Rahman
2022-01-11 18:56:13 

aslm


NovelPlus Premium

The best ads free experience