Bab 16

Romance Completed 11960

Bab 16

Inilah takdir kita…….

Kemarahan Sha sampai kemuncak, dia tidak tahan lagi asyik dipaksa menerima Arill sebagai teman hidupnya sepanjang hayat. Geram hatinya pada emak dan ayahnya yang tidak memberi peluang kepadanya untuk menentukan perjalanan hidupnya sendiri. Bukan masalah Arill dia membantah sekerasnya jodoh yang ditentukan oleh ayah dan emaknya ini tapi dia tidak mampu menepikan persahabatan antara mereka semua. Arill adalah sahabat yang paling dia sayangi dan Nita adalah kawan perjuangan yang tidak mungkin dia khianati. Mengapa bergitu sukar untuk keluarga Arill dan keluarganya fahami.

Fahamilah bahawa saat ini hatinya bergitu terluka dan merana. Terlalu sukar rasanya untuknya bernafas saat ini. Terasa beban menghantuinya waktu ini. Kemarahan Sha yang memuncak menyebabkannya nekad untuk menyuarakan ketidakpuasan hatinya kepada kedua orang tuanya. Sha nekad walaupun tindakannya ini akan melukakan hati kedua ibubapanya namun, hatinya perlu juga dijaga. Persahabatan yang dia agungi selama ini menyebabkan dia nekad menjadi anak yang derhaka. Dia pun keliru kenapa dia bergitu mementingkan perasaan Arill dan Nita lebih daripada kedua orang keluarganya. Kalau menjadi anak derhaka dapat membahagiakan dan menyatukan Arill dan Nita, Sha sanggup.

Selangkah Sha mahu menghampiri ibu dan ayahnya diruang tamu, saat itu jugalah telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama Nita di skrin telefonnya. Saat itu juga berderau darahnya, terasa kencang jantungnya bergerak laju, terasa kaku untuknya mengangkat panggilan tersebut. Sha dengan lafaz bismillah dan menarik nafas panjang mengangkat panggilan tersebut, Sha dapat rasakan bahawa Nita telah mengetahui hal ini.

“assalamuailaikum….Nita..,” terketar- terketar suara Sha dihujung panggilan.

“aku nak jumpa kau sekarang, tempat biasa..bye..”, tanpa menjawab salam, Nita terus menyampaikan apa yang ingin dia perkatakan dan tanpa sempat Sha menyatakan apa-apa, Nita telah mematikan pangilan. Memang jelas kedengaran suara Nita yang dalam keadaan marah.

Terpaku Sha dihujung pangilan, hatinya makin berdegup kencang. “Ya Allah adakah ini penamatnya sebuah persahabatan yang telah kami bina selama ini”, bermonolog Sha didalam hatinya tanpa dia sedari mengalir air matanya membasahi pipi. Mengapa semua ini terjadi disaat kami masih mengejar cita dan impian masing-masing, disaat kami sangat menghargai persahabatan ini, disaat kami merasai manisnya perhubungan ini. Mengapa?

” Kenapa Nita tertiba sahaja nak jumpa aku?”, soal Sha.

” Jangan nak pura-puralah Sha, jangan jadi hikporitlah”, marah Nita.

” Apa salah aku?. Kenapa tiba-tiba kau tuduh aku macam ini?”

” Sudahlah Sha. Aku meluat tengok kau ini. Depan aku baiklah konon, macam akulah orang paling baik kat dunia ini, belakang aku kau tikam aku. Kawan jenis apa kau ni hah?”

Tanpa sedari air mata yang ditahan oleh Sha tadi akhirnya mengalir jua dipipi mulusnya. Terasa sebak dan pedih hatinya bagaikan dihiris-hiris apabila dipanah dengan kata-kata pemusnah dari mulut Nita
“sampai hati kau Nita, berapa lama kau kenal aku hah? Tak ke kau kenal aku sedalam-dalamnya. Tak mungkinlah aku akan seperti itu Nita.”
” lelaki seperti Arill, anak orang kaya, penuhi segala ciri-ciri lelaki idaman. Tak mustahil kalau kau pun ada hati dengan dia kan. Kau jangan pura-pura sucilah Sha.”

” jahat sangat ke aku ni Nita sampai kau sanggup tuduh aku camtu. Pasal hal keluarga kami nak jodohkan kami tu, kami pun tak tahu pasal tu Nita. Kau tahu tak betapa aku merana saat ini. Aku tersempit ditengah-tengah. Cubalah kau faham..”

” Merana ke gembira. Apa yang kau buat hah sampai keluarga Arill tu sayang berbenar kat kau! Aku tak sangka kawan baik aku yang aku percaya selama ini, tikam aku dari belakang. Mula dari saat ini, kau bukan lagi kawan aku dan satu pesanan buat kau. Kau jangan nak berangan Arrill akan jadi milik kau. Jangan nak bermimpi, Arill Cuma milik aku dan aku akan pastikan itu jadi kenyataan dan aku pasti satu perkara yang Arill tak mungkin akan cinta kau lebih dari dia cinta aku. Kau ingat tu baik-baik!”, kemarahan Nita menampakkannya dia seorang pedemdam..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience