Bab 5

Romance Completed 11960

Bab 5

Suasana di kampung..

Malam ini sungguh indah,
bulan menyinar bagaikan sedang berlagu riang,
desiran angin bagaikan sedang menari mengikut alunan melodi lagu si bulan,
langit cerah menunjukkan ada keriangan di dadanya,
kedengaran unggas-unggas serta belalang menyanyi kesukaan,
bagaikan semua tengah bergembira bersama-sama..
udara yang nyaman,
Nyanyian merdu si unggas dan berlalang,
Kesunyian malam yang lama tidak ku dengar,
Menarik hatiku untuk berkata,
Alangkah bertuahnya aku dilahirkan di kampung dan dapat menikmati lagi suasana ini,
Sedangkan di kota hanya kesibukan dan bunyi kenderaan memecah hening telingga ku saban hari…
Inilah dinamakan kampung…

Aku duduk sendirian di bangku rehat dibawah pohon rambutan sambil menghayati suasana malam, rindu rasanya hati ini dengan suasana ini, melihat bintang-bintang berkelipan. Kalau di kota jangankan melihat bintang-bintang berkelipan malahan satu bintang pun tidak kelihatan. Kata kawan-kawan, jika tempat itu tiada kelihatan bintang, itu bermakna tempat itu banyak dosa. Aku pun tidak pasti dengan teori itu, mungkin ada benarnya.

Ah maklumlah, kota besar seperti KL itu memang banyak dosanya. Tapi bagi aku mungkin kerana kota itu terlalu banyak pencemarannya hinggakan bintang pun tidak kelihatan diwaktu malam.
Aku tidak malu jika aku dikatakan budak kampong. Aku mengaku dan aku sangat bangga dengan gelaran itu. Yelah aku mengaku bahawa fikiran aku kolot dan tidak terlalu sosial seperti yang lain. Ada saja yang tidak elok bagiku dan aku suka berceramah bagaikan mak nenek. Kadang-kadang Nita pun rimas denganku kerana aku selalu melarangnya untuk selalu keluar malam. Tidak kiralah bersama Arill mahupun kawan-kawan perempuan dan kawan lelakinya yang lain. Aku bukan apa, aku risau akan keandaannya. Lelaki sebaik mana pun dia, kita kena hati-hati.

Lagipun tidak berapa elok perempuan selalu keluar malam, jika sekali sekala itu, tidak menjadi masalah kerana biasalah remaja, kadang-kadang mahu merasa keseronokan juga. Aku pun tidaklah sebaik mana, aku juga keluar lepak-lepak dengan kawan-kawan jika bosan. Tapi tidaklah selalu kerana aku tahu membezakan yang baik dan juga buruk. Ramai jugalah kawan-kawanku telah berubah apabila sampai ke kota. Jika kearah kebaikan tidak apa tapi ada juga kearah yang tidak berapa baik. Aku bersyukur kerana masih dapat bertahan lagi dengan dugaan-dugaan kota ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience