Bab 6

Romance Completed 11960

Bab 6

Kota ini bagaikan sebidang tanah yang sangat kaya dan didalam perutnya tersimpan jutaan harta, siapa yang rajin dan berusaha membanting kudrat untuk mengalinya, maka dialah akan kaya. Namun bergitu, tanah ini sangat bahaya kerana ia akan menelan manusia yang leka dengan kekayaannya itu… Itulah adat dunia, jika ada yang berjaya mendaki ke puncak singgahsana, maka ada juga yang jatuh dihempas tangga yang patah. Dunia-dunia!..ia bergitu indah namun, ia bergitu kejam juga pada masa yang sama.

Perjuangan ku kini hanyalah ingin berjaya dalam hidup mengejar cita-cita dan kemahuan yang di idam-idamkan sejak dari aku mengenal dunia ini.. aku sangat berharap untuk dapat mengejar cita-cita ku yang bakal terlaksana tidak lama lagi jika Allah merestuinya. Cita-citaku itu tidak lain tidak bukan ialah mengemgam segulung ijazah.. yang mungkin pada orang lain ianya tiada apa-apa tapi bagiku yang bodoh malahan dari keluarga miskin ini, itulah sahaja hartaku nanti. Aku mahu membantu dan ingin menyediakan kehidupan yang lebih baik untuk keluargaku.

Aku mahu mengantikan papan kayu yang semakin reput dimakan anai-anai itu dengan batu mamar yang cantik, ku ingin gantikan batu-bata yang merekah dan pecah itu dengan batu yang lebih berkualiti, aku mahu gantikan rumahku yang sempit dan daif itu kepada rumah yang lebih baik, ku mahu gantikan meja makan yang kaki besi kerusinya telah patah dan ayah membaikinya dengan kayu, aku mahu gantikan segalanya jika aku mampu nanti. Aku mahu ayah dan ibu hidup lebih baik.. ku harap Allah memberi ku kekuatan dan berharap segala cita-cita ku tercapai.

Bila ku lihat kesenangan keluarga Arill, hatiku terdetik berkata “alangkah beruntungnya Arill dilahirkan dalam kalangan keluarga berada, alangkah bagusnya jika aku juga dilahirkan dalam keluarga kaya, semua kemahuan akan terlaksana, tak perlu bersusah payah dan dapat tinggal dalam rumah yang indah seperti seorang puteri”. Namun aku tetap bersyukur dengan apa yang telah ku miliki, tambahan lagi kasih sayang ibu dan ayahku yang tidak dapat ku beli walaupun aku punya duit berjuta. Kesederhana hidup mengajar aku untuk menjadi lebih tabah disamping meghargai apa-apa saje yang ada disekelilingku.
Lamunan aku terhenti apabila ibu memangil ku.

“sha, handset ko berbunyi ini”

Aku cepat-cepat bangun dan berlari-lari anak menuju ke rumah. “siapa plak yang call aku ni, kacau daun betullah, baru aku nak berangan”, hatiku berbisik. Ku lihat nama Arill keluar di skrin handphone. “nak apa lagi budak ni agaknya?”, hatiku bertanya. Sepantas kilat jariku menekan buntang angkat.

“hello!”.

“assalammualaikum…sha”,

“walaikummusalam..”

“kau buat apa tu?”

“tak ada apa-apa, hanya duduk diam dirumah, nape call aku?”,

” tak boleh call ke?”

“eleh kau tu, kalau tak ada hal mane ada nak call saje-saje”,
“yeke?”

“yelah en. Arill..ada apa hal yang boleh saya bantu anda”
Arill ketawa kecik apabila sha menyakatnya.

” ko bergaduh dengan Nita ek?” sha mula meneka.

“mane ada, aku ok je dengan dia”
” habis tu?, ko tahu perkhidmatan aku hanya smpai kul 5 je tahu,waktu pejabat only, lebih dari waktu pejabat tak dilayan. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan..”

“email?”

“email pun tak boleh, dah blok..”

“ko ni sha macam-macamlah”

“apa?, ko ingat ni rancangan macam-macam aznil ke?”Kedengaran suara Arill ketawa, diikuti Sha yang ketawa kecil.

” aku ada hal nak bincang dengan kau Sha”

“dah agak dah”

“ala dengarlah dulu, aku tahu kau dah bosan dengar masalah aku”
“tahu tak apa”. Sha gelak kecil

“nak dengar tak nak ni?”

” ada beza ke aku nak dengar atau tidak?, adakah kau akan bagi aku buat keputusan?”, sekali lagi Sha menyakat Arill. Beliau sangat suka mengenakan Arill.

“laa..taknak tak apa lah..”, ada suara merajuk kedengaran.

“hahahahahahaha…” Sha ketawa apabila Arill mula merajuk lantas Sha memujuknya.

“ala janganlah merajuk bucuk-bucuk.,ada apa hal?cakap saje lah..aku kan pakar kaunseling korang. Segala rahsia anda adalah tanggungjawab kami.hahahaha..”

” hari isnin ni ek, ko teman aku jumpa mak ayah aku”

“untuk apa?” saja Sha buat-buat lupa dengan janjinya untuk menemani Arill bagi menyokong usulnya bertunang dengan Nita.

“ala pasal hal bertunang tu..ko dah janji Sha!tanpa kau rancangan ni takkan jadi tahu.”

“nape plak sal aku if tak jadi? Bukan aku yang nak jadi tunang kau Arill. Sepatutnya kau bawa Nita, bincang elok-elok, aku orang luar tak elok masuk campur tahu”’

“ala, bolehlah Sha..Tanpa kau aku bukan sapa-sapa. Kau sumber kekuatan aku”, Arill memujuknya.

“dah-dah..meluat aku mendengarnya, nak termuntah.”
Sha dan Arill ketawa bersama. Seperti ada ikatan antara mereka yang pasti akan disalah erti oleh orang lain melihatya.

“ini kali terakhir aku tolong kau sal hal bertunang ni tahu. Pasni aku tak mahu terlibat lagi tahu.”,

“ok, thank dear..kau lah kawan yang aku paling sayang tahu”

“dah jangan nk membodek aku,aku tak ada duit kecil nak sedekah.”

” ok lah Arill, sudah lama berbual ni, nanti keluarga aku salah anggap plak”

“baiklah,kirim salam pada ibu dan ayah kamu ok.”assalamualaikum..

“insayallah, walaikummusalam..

Selesai aku meletak handphone, aku duduk diatas kerusi diruangtamu untuk menonton tv.

“sapa call Sha?, tiba-tiba ibu bersuara.

“Arill mak, dia ajak teman dia pergi rumah dia untuk cakap hal bertunang dengan Nita”jelas Sha.

“tak elok campur hal orang” ,ayah mula bersuara.

“tahu ayah,tapi Arill ajak juga teman.”

Ayah hanya memandang ibu,dan ibu pula seakan menyimpan sejuta rahsia.

“ayah ibu, Arill kirim salam”

“walaikummusalam” serentak ibu dan ayah menjawabnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience