Bab 9

Romance Completed 11960

Bab 9

Dua wanita yang berbeza…..

Termenung ku dihujung katil memandang ke luar jendela. Ku tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Aku tidak mahu bercakap dengan ibu dan ayah setelah ku sedar dari pengsan. Aku bukan marah mereka, Cuma aku kesal dan sedikit kecewa. Arill?.. tidakkah mereka tahu antara kami hanya kawan baik dan mereka sendiri tahu bahawa Arill mempunyai hubungan istimewa dengan sahabatku sendiri Nita. Mengapa mereka meletakkan aku dalam situasi ini. Bagaimana aku mahu berdepan dengan Arill dan Nita nanti. Persahabatan yang kami bina dan agungkan ini akan berubah rupa tidak lama lagi. Tak mungkin aku dapat berkawan dengan Arill dan Nita semesra dulu.

Ku gagahkan diri mendail nombor Arill, walaupun kurasa tak bergitu selesa dah dengannya apabila ku dapat tahu bahawa dia akan menjadi tunangku. Tapi aku gagahkan jua kerana aku juga sedar yang Arill mesti belum tahu tentang rancangan keluarga kami yang mahu kami disatukan. Kedengaran suara Arill dihujung talian. Tiba-tiba aku mati akal, aku tidak tahu apa yang aku mahu cakap. Aku takut.. aku hanya berdiam diri.

“mengapa Sha?, kau sihat? Kau ada masalah ke? Nape ni ko senyap?” Arill bergitu cemas dan bimbang perkara tak elok menimpa Sha.

“tak ada apa, leh tak kita jumpa?”

Ajakkan Sha sangat mengejutkan Arill, sepanjang persahabatan mereka, tak pernah Sha mengajaknya keluar malam, malahan ajakkannya juga selalu ditolak Sha. Mesti ada sesuatu yang mustahak ni, jika tidak, tidak mungkin Sha akan mengajaknya berjumpa..

“bila?”

“sekarang”

“sekarang kan dah kul 8 lebih” Arill semakin pening, tak mungkin Sha akan mahu berjumpanya. Inikan pula pada waktu malam bergini. Arill kenal benar perangai Sha yang sangat menjaga tata tertibnya sebagai seorang gadis, tak mungkin dia akan keluar malam-malam bersama lelaki berduaan walaupun lelaki itu adalah dia. Perkara berginilah yang membuatkan Arill sangat mengagumi Sha dan menganggap Sha adalah gadis yang sangat baik dan sangat beruntung lelaki yang akan menikahi gadis itu.

Pada masa ini, gadis sepertinya jarang sekali akan ketemu. Tapi ini pasti ada hal tersangat penting hinggakan Sha mengajaknya berjumpa. Hal ini membuat Arill sangat bimbang. Bimbang jika ada hal buruk menimpa gadis yang sangat dia ambil berat itu. Sehinggakan pasti ada yang akan salah sangka melihat kasih sayang dan sifat ambil berat Arill kepada Sha, pasti ada berangapan ada hubungan istimewa antara mereka.

“sekejap je, Sha pun tahu dah malam ni. Penting sangat. Hal kita”
Arill semakin kehairanan..

“ok, give me 30 minutes.”

“ok, Sha tunggu”

Kedatangan Arill disambut senyuman mesra mak Timah dan En.Muhrim di muka pintu. Arill memberi salam dan mencium tangan kedua orang tua Sha. Mak Timah menjemputnya naik tetapi Arill menolak dengan baik. Arill meminta izin kepada Pak Mukrim dan Mak Timah untuk berjumpa dan membawa Sha keluar sebentar. Itulah yang menarik tentang anak muda ini, sifatnya yang sopan dan menghormati orang tua menarik hati kedua orang tua Sha.

Mereka cepat mesra dengan anak muda ni dan terus menyukai sikap-sikap Arill walaupun Sha hanya menemukan mereka beberapa jam sahaja apabila Arill datang ke kenduri mereka kira-kira 4 tahun yang lalu tetapi keakraban mereka bagaikan bertahun sudah kenal.

Selepas kedatangan Arill ke kenduri itu, Arill sering mengunjungi dan menziarahi Mak Timah dan Pak Mukrim jika beliau ada masa lapang. Tidak kiralah Sha ada dirumah atau tidak, Arill datang juga. Mereka telah menjadikan Arill seperti anak mereka juga. Arill akan meluangkan masa dengan pak Muk memancing di paya atau mengikut Mak Timah mengutip sayur di kebun kecil belakang rumah mereka. Perkara-perkara ini amat diminati oleh Arill kerana merupakan perkara baru yang tidak pernah dilakukannya. Walaupun dilahirkan dalam keluarga berada, tapi Arill tidak kelihatan bergitu.

Dia tidak jijik ataupun kekoh melakukan kerja-kerja kampung. Katanya, dia selalu tinggal di kampung rumah nenek dan atuknya bila cuti hujung minggu atau cuti sekolah. Dia telah dilatih dan diasuh cara kampung oleh atuk dan neneknya. Bagi atuk dan neneknya, seorang insan yang baik dan berguna itu bukan kerana harta atau rupanya tapi dari hati. Oleh itu, Arill diajar agar jangan terlalu membangga kerana kaya dan leka dengan kekayaan kerana kesedaharnaanlah adalah yang terbaik. Tetapi kini dia sudah jarang pulang ke kampung selepas kematian atuknya 4 tahun lalu dan neneknya kini telah tinggal bersamanya tetapi kadang-kadang neneknya akan ke rumah pakcik dan makciknya yang lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience