Bab 10

Romance Completed 11960

Bab 10

Rumah kampung itu semakin usang kerana tiada penghuni, beliau akan balik ke kampung 3 atau 4 bulan sekali menghantar neneknya dan menziarah kubur atuknya. Arill bukan tidak suka pulang ke kampung tetapi dia berasa sedih teringatkan memori bersama atuknya. Pakcik sepupunya dibayar gaji untuk menjaga dan membersihkan kawasan rumah lama itu kerana beliau tidak mahu rumah itu terbiar bergitu sahaja. Terlalu banyak memori dirumah lama itu. Kerinduan Arill pada suasana kampung dan atuknya dapat lepaskan apabila menziarahi Mak Timah dan Pak Mukrim.

Sha keluar dan muncul di depan pintu, namun air mukanya sedikit mencuka. Sha memandang Arill dengan wajah sedih, namun Arill membalas pandangan itu dengan senyuman melirik dibibirnya. Senyuman Arill memang menawan dan mampu meluhurkan jiwa bagi mata-mata yang memandangnya. Namun bergitu, senyuman itu tidak pernah pula mengetarkan jiwa Sha tetapi kadang-kala dia akan terpukau dan memuji juga senyuman itu didalam hatinya. Senyuman Arill itu dibalas dengan senyuman yang tidak berapa ikhlas yang terukir diwajah Sha.

Hati Arill berasa resah kerana terpancar jelas diwajah sahabat kesayangan dia itu masalah yang ditanggungnya agak berat dan besar. Sha tidak memandang pun muka ibu dan ayahnya, dia hanya meminta izin untuk keluar bersama Arill sebentar dan mencium tangan kedua ibu dan ayahnya. Walaupun hatinya berasa geram pada ibu dan ayahnya, tapi itu bukan boleh dijadikan alasan untuk dia kurang ajar dan tidak menghormati mereka. Sha sememangnya anak gadis yang sangat menghormati orang tua, sifatnya baik dan ceria itu membuatkan orang berasa selesa disampingnya. Sha keluar menuju ke pintu kereta sebelah pemandu. Sha buka pintu dan serentak itu, Mak Timah bersuara.

” Arill, bawa Sha elok-elok sikit yek, dia bukan sihat sangat tu. Petang tadi dia pengsan. Baru sihat tu, ni pula keluar malam-malam. Nak dilarang nanti makin panjang pula rajuknya. Mak ni bukan apa, sapalah tak sayang anak kan.” Jelas Mak Timah dengan wajah selamba.

Terkejut Arill apabila diberitahu petang tadi Sha pengsan. Resah hatinya makin menebal. Kasihannya pada Sha mencurah-curah, jika mampu dia yang mahu menanggung beban masalah Sha itu, tapi apakah haknya untuk membuat demikian. Mengapa dia mahu membuat demikian? Untuk apa? Siapa Sha dalam hatinya. Tiba-tiba soalan demi soalan bermain di bernak mindanya. Dia bermonolog sendirian lantas wajah Sha dipandangnya yang masih tercegat di pintu kereta yang terbuka. Dia menundukkan mukanya kebawah selepas Mak Timah memesan kepada Arill tadi. Tepancar kesedihan diwajahnya, yang Arill tidak pasti apa kesedihan itu.

” Sha boleh jaga diri sendiri, Sha sihat” tiba-tiba Sha bersuara selepas diam sejak tadi. Sha terus masuk ke dalam kereta. Mak Timah dan Pak Mukrim hanya melihatnya sahaja tanpa banyak cakap.

“saya pergi dulu, makcik pakcik”

“baiklah” sambil Mak Timah dan Pak Mukrim menganguk kepala dan melambaikan tangan.

Arill masuk kedalam kereta lalu memacu kereta menuju ke jalan raya. Dalam perjalanan itu, sunyi tanpa sepatah kata pun keluar dari mulut Sha. Wajah Sha juga kelihatan tension dan matanya kemerahan bagaikan telah menangung beban air mata yang banyak. Keresahan dan kebimbangan Arill memuncak, dia tidak sanggup melihat orang-orang yang dia sayang bersedih.

“nape ni?, awk ada masalah yek?” dalam kesunyian itu, Arill memberanikan diri juga untuk bertanya.

Tiada jawapan dari Sha. Arill akur dan meneruskan pemanduannya.
Kedengaran Sha menarik nafas panjang, bagai menyimpan beban, mencari sejuta kekuatan untuk bersuara membuatkan Arill mengalihkan pandangannya pada jalan kearah Sha. Arill menunggu kata-kata yang bakal keluar dari mulut Sha.

“nanti dah sampai, Sha bagitahu” ringkas dari Sha. Lalu Sha menyandangkan kepalanya di cermin pintu kereta sambil memandang ke luar.

Arill hanya mengangguk. Di dalam kepalanya hanya mahu cepat sampai ke restorans kegemaran mereka itu untuk tahu apa masalah Sha.
Dalam kepekatan malam itu, Arill sempat juga mencuri pandangan melihat Sha yang temernung panjang merenung luar cermin kereta. Ayu sungguh kelihatan Sha hari ini, rambut panjang paras dada yang ikal itu dibiarkan lepas, ada anak-anak rambut menutup dahinya menyerlahkan lagi keayuan Sha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience