Bab 20

Romance Completed 11960

Bab 20

LIMA TAHUN TELAH BERLALU………………

Hampir lima tahun telah berlalu, selepas kejadian itu Sha dan sekeluarga telah berpindah. Kini Sha telah tamat belajar dan kini berkerja di syarikat periklanan. Dia banyak berjalan-jalan mencari tempat untuk membuat pengambaran iklan. Sejak itu juga, Sha tidak lagi bertemu dengan Arill. Walaupun bergitu, ingatannya tetap ada untuk lelaki bernama Arill itu. Cintanya tidak pernah pudar namun hidup harus diterusnya. Mungkin saat ini Arill telah berbahagia bersama Nita.

Satu tugasan telah diterima oleh Sha. Dia harus mencari rumah kampung yang penuhi ciri-ciri tradisional yang masih utuh untuk pengambaran iklan yang bertema kekampungan oleh syarikatnya semperna kedatangan syawal yang akan datang. Puas Sha merantau kampung ke kampung, akhirnya Sha dan krewnya menjumpai sebuah rumah kampung yang sangat cantik dan gah yang sangat sesuai untuk dijadikan lokasi pengambaran iklan mereka. Rumah itu sudah lama tidak berpenguni kerana tuan rumahnya telah meninggal dan anak-anak mereka semuanya tinggal di kota.

Tertapi rumah itu dijaga oleh Encik Hassan kerana anak mereka akan pulang ke kampung kadang-kadang. Setelah dirunding bersama Encik Hassan, Encik Hassan bersetuju akan membantu kami meminta izin daripada anak tuan rumah tersebut untuk membuat pengambaran disni. Bayaran telah dirundingkan dan pihak syarikat tidak ada masalah tentang hal pembayaran. Setelah hampir seminggu, Encik Hassan menelefon Sha menyatakan anak tuan rumah bersetuju untuk menyewakan rumah itu untuk pengambaran iklan tersebut dengan harga yang telah ditawarkan. Tambahnya lagi, keluarga tuan rumah itu ada balik bercuti dirumahnya waktu ini. Sha berasa sangat gembira, akhirnya pengambaran akan dapat dilakukan mulai esok. Mulai esok, krew pengambarannya akan menyewa rumah terbabit hampir kira-kira 3 minggu, pembayaran telah di bank in kan dalam akaun Encik Hassan.

Pengambaran kali ini mengambil masa yang agak lama, oleh itu Sha mengambil keputusan untuk membawa ibubapanya sekali. Dalam masa yang sama dia dapat membawa ibu dan ayahnya bercuti dirumah besar itu. Suasana kekampungan yang sangat menarik, ditambah dengan lanskap yang amat memujakan pasti akan membuat kedua ibu bapanya berasa tenang.

Sudah hampir seminggu Sha dan krewnya dirumah tersebut, tidak berkesempatan lagi untuk dia bertemu dengan anak tuan rumah kerana dia amat sibuk waktu ini. Sha bersama dua orang pembantu ke Bandar berhampiran untuk mencari sedikit barang keperluan pengambaran. Dalam kelekaannya mencari barang disebuah pasaraya. Tiba-tiba ada satu suara memanggilnya namanya dari belakang. Dia seakan kenal benar dengan suara itu.

” Nur Lailatul Shafikah???”.

Sha berpaling dan sangat terkejut melihat sekujur tubuh dihadapannya ini.

” Nita!!!!!!!!!!!!!!”.

” Sha!, lamanya tidak jumpa. Sudah lima tahun kan?. Kau nampak makin cantik. Kau sihat?”.

” Alhamdullah..macam inilah aku. Ya sudah lima tahun”.
Nita kelihatan berbeza, jika dulu amarahnya pada Sha bagaikan mengunung tinggi tapi kini dengan senyuman bergitu ikhlas dia pamerkan. Sha kehairanan. Adakah Nita sudah tidak membencinya lagi?.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience