Bab 4

Romance Completed 11960

Bab 4

Dalam perjalanan pulang dari rumah mak Jah , aku singgah ke kedai Pak Mail. Lama aku tidak ke kedainya sejak aku belajar, jika tidak inilah tempatnya waktu aku kecil-kecil dulu bermain. Pak Mail ada seorang anak bernama Ani dan beliau merupakan teman sepermainan aku tetapi semakin meningkat dewasa hubungan itu semakin rengang. Kami masih bertegur sapa kalau jumpa di luar tapi tidaklah serapat dahulu, tambahan pula kini Ani telah berkhawin. Terlalu muda bagiku untuk mendirikan rumahtangga pada umur bergini. Tidak mahu aku berkhawin pada waktu ini, aku masih ada cita-cita untuk dikejar. Bukan stakat keinginan berkhawin aku tidak mahu tapi mengenal cinta pun tidak. Aku kurang berminat untuk hal-hal demikian dan aku pun tidak tahu kenapa. Mungkin belum jumpa seorang yang betul-betul ditakdirkan untuk aku agaknya.

“hai Sha! Lama tak nampak, baru balik?”, tegur Pak Mail mematikan lamunan aku.

“Eh, Pak Mail terkejut Sha” Aku melemparkan senyuman.

“dah 2-3 hari dah balik, minggu depan Sha pulang sana semula”
“ooo..kamu mahu beli apa?”

“gula sekilo, kopi, kicap, sardin besar dan ubat nyamuk”

“tu je ke?”

“ha’ah..tu je Pak Mail”

“ubat nyamuk tu nak yang jenama apa?”

“cam biasalah, fumakilla!”

“ha ambik ni, semua RM11.60″

“nie duitnya!”

“Pak Mail, Ani sihat?”

“ani sihat je, sekarang dia dah berbadan dua”

“yeke?, la taniah!”

“ni baki, ada masa pergilah lawat dia nun”

“dia ada kat rumah Pak Mail ke?”

“tak adalah,kat rumah dialah,ada laki duk dengan lakilah. Dorang menyewa rumah kat taman perumahan baru tu, kat hujung kampung nun”

“ooo..yeke..insayAllah..kalau Pak Mail jumpa dia,kirim salam yek”
“ha, yelah!balik tu jalan leklok”

“ok!balik dulu,assalamuailaikum..”

“walaikumussalam..”

Tidak sangka pula yang Ani dah mengandung. Mesti dia sekarang ni seronok. Yelah mengandung anak sulung. Arill pun ada cakap kat aku semalam, dia mahu bertunang dengan Nita secepat mungkin dan selepas tamat belajar kira-kira setahun lagi mereka mahu mengikat cinta mereka dengan perkahwinan. Aku tiada halangan malahan aku setuju dengan rancangnya, lagipun mereka telah lama bercinta dan lebih bagus mereka mengikatkan tali pertunangan mereka secepat mungkin dari terus bergitu yang hanya mengundang buah mulut orang. Tetapi Arill baru merancang dan belum menyampaikan hajatnya kepada orang tuanya.

Sebenarnya tujuan menceritakannya kepadaku adalah kerana ingin meminta pertolongan dariku. Hal ini kerana, dia mahu aku menemaninya untuk berjumpa dan menyampaikan hasratnya. Arill itu penakut dan kerana dia menganggap ibu akan setuju jika aku menyokongnya. Arill berkata lagi bahawa ibu sangat menyukai aku dan ayah sangat senang dengan kehadiran aku malahan ahli keluarganya juga begitu. Arill juga yakin jika aku menyokong usulnya di depan keluarganya pasti mereka tiada alasan untuk menolaknya.

Pada mulanya aku tidak mahu, tapi Arill terlalu memaksaku dan akhirnya aku bersetuju menuruti kemahuannya. Nampaknya minggu depan terpaksalah aku mengikutnya ke rumah dia. Adui, malas rasa mahu ke rumahnya itu. Bukan kerana ada layanan buruk daripada keluarganya malahan kerana layanan terlalu baik itu. Aku berasa sangat aneh dan aku juga bimbang Nita akan mencemburui aku. Mereka selalu mempelawa aku datang ke rumahnya malahan Zaty adik Arill yang bongsu berusia 10 tahun sangat manja dengan aku. Kadang-kadang ada dia menelefon aku hanya untuk mengajakku datang kerumahnya kerana dia bosan bermain sendirian. Aku jadi serba salah dibuatnya dan aku tidak mahu terlalu rapat dengan mereka kerana aku bukan sapa-sapa, aku hanya seorang kawan baik kepada bakal menantunya. Hanya itu aku mahu mereka menganggapku dan aku tidak mahu lebih dari itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience