Bab 13

Romance Completed 11960

Bab 13

Cinta atau pergorbanan………..

Dua tahun yang lalu, Sha merupakan seorang atlet yang cergas dan lincah. Kepakarannya adalah dalam bidang olahraga. Acara yang menjadi kegemarannya ialah berlari 100 meter lompat berpagar. Sesungguhnya Sha merupakan atlet yang mempunyai semangat yang tinggi sehinggakan dia berjaya melayakkan diri menjadi wakil Universitinya. Tapi langit tidak selalu cerah, awan tidak akan selalu riang. Malang yang tidak terduga terjadi. Sewaktu latihan, Sha telah mengalami kecederaan yang agak parah. Keadaan Sha agak kritikal, buah pinggangnya rosak akibat hentakan kuat akibat terjatuh diatas palang berpagar semasa latihannya. Pebedahan perlu dilakukan untuk menganti buah pinggang Sha. Keadaan ini sangat menekan keluarga encik Mukrim. Sesungguhnya mereka tidak mampu menangung kos pebedahan Sha yang sangat tinggi disamping membeli atau membayar untuk mendapatkan buah pinggang yang baru untuk Sha melainkan ada orang yang ingin mendermanya secara percuma. Namun bergitu, kos pebedahan adalah sangat tinggi. Encik Mukrim berusaha juga meminta bantuan di jabatan kerajaan yang berkenaan disamping pihak hospital juga ada peruntukan tabung dana bantuan untuk pesakit yang tidak kemampuan. Namun, peruntukan yang ada hanyalah ¾ daripada jumlah kos pebedahan. Kekurangan Rm 25 000 memeningkan kepala encik Mukrim. Dijualnya apa yang ada tapi masih kekurangan Rm 15 000.

Berlinangan air mata mak Timah sehari-harian melihat keadaan anaknya yang terlentang di katil tanpa sedarkan diri beberapa hari ini. Pebedahan perlu dilakukan segera, jika tidak ia akan meragut nyawa Sha. Disaat ini, hanya pada Allah keluarga Sha berharap agar ada satu sinar harapan yang akan muncul disebalik duka kelam ini. Tidak henti-henti mak timah berdoa agar tuhan hantar seorang yang mulia hatinya menderma buah pinggangnya untuk Sha, ini kerana buah pinggangnya dan encik Mukrim adalah tidak sesuai dan memandangkan mereka sudah tua, risiko untuk kesihatan mereka adalah tinggi. Allah selalu memberi bantuan dikala saat kita perlukan. Jika ada sesuatu yang diambil-Nya pasti ada sesuatu akan dibagi-Nya juga. Kemuliaan hati keluarga Arill menyumbang bantuan kewangan yang masih tidak cukup amat disanjungi oleh keluarga Sha. Malahan mereka mendermanya dengan ikhlas tanpa menyuruh mereka bayar walaupun mereka mahu membayarnya nanti, tapi mereka tidak mahu. Kata datuk Harun, ini adalah sumbangan ikhlas dari mereka sekeluarga kerana mereka telah menganggap Sha seperti anak mereka sendiri. Sayangnya mereka pada Sha menyamai sayang mereka pada Arill. Entah mengapa sejak dikenalkan Sha pada keluarga Arill, datuk Harun dan datin Zainab bergitu tertarik hati pada Sha. Kebaikan hati gadis yang bernama Sha sangat menarik hati mereka. Sikap Sha yang penyanyang dan baik hati ini dapat diperjelasksn lagi apabila Sha merupakan sukarelawan Talian Kasih Kanak-Kanak OKU dan menjadi reader untuk golongan pelajar Oku di Universitinya. Jadi tidak hairanlah jika Sha menjadi kesayangan keluarga Arill malahan mengenepikan Nita yang merupakan gadis yang sangat cantik dan merupakan kekasih Arill.
Dana sudah mencukupi tapi penderma tidak ada. Sedih sungguh hati mereka kerana disaat ini terbayang senyuman Sha yang manis tiba-tiba kian pudar. Pasrah itu sahaja yang boleh dilakukan kini. Doa menjadi mainan bibir, mengharap ada sinar disebalik linangan air mata.
“Ya allah jika kudrat ku masih ada, akan ku serah buah pinggang ku ini. Biarlah aku pergi, ambillah nyawaku, tapi pulangkanlah anak kami. Dia masih mentah, banyak lagi benda yang dia harus pelajari dan nikmati. Ambillah nyawaku ini kerana aku sudah tidak punya siapa-siapa lagi melainkan dia saja hartaku kini.” Bersama doa, linangan air mata menjadi peneman. Wajah mak Timah agak pucat dan badannya agak lemah saat ini.

Kasihan sungguh Arill melihat keadaan mak Timah dan pak Mukrim yang dalam kesedihan itu. Dia juga merasakan perkara yang sama, dia juga tidak berselera untuk makan, dia juga selalu memanjatkan doa kepada illahi agar sahabatnya itu kembali sihat seperti dahulu. Rindu sungguh pada gelak tawa dan kata-kata hikmat yang selalu keluar dari mulut sahabatnya itu. Hatinya tidak tenteram melihat keadaan Sha dan kedua orang tua Sha. Hatinya sayu melihat mak Timah yang tidak pernah sekali pun berhenti berdoa untuk anak kesayangannya itu.

Ramai yang datang melawat Sha saban hari terutama orang dan kanak-kanak dari tempat beliau berkhidmat menjadi sukarelawan. Semua turut bersedih dan berdoa agak permata semulia Sha itu cepat sembuh.

Arill termenung memikirkan adakah tindakannya ini adalah tepat. Tapi dia tetap bertekad untuk melakukannya kerana dia tidak mahu Sha pergi meninggalkan mereka semua. Sha sangat disayangi oleh semua orang yang mengenalinya. Arill tidak sampai hati melepaskan Sha pergi dari hidup mereka semua. Sejak Sha sakit, Arill menjadi tiang tempat keluarga Sha bersandar harapan. Arill yang banyak membantu dari semua segi aspek termasuklah hal-hal berkaitan dengan hospital sehingga keperluan mereka. Jasa Arill dan keluarga Arill sangat disanjung tinggi oleh encik Mukrim dan Mak Timah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience