Bab 1

Romance Completed 11960

DESTINY
Oleh: NMRA

Bab 1

Sebuah kereta Range Rover berwarna hitam tiba-tiba berhenti di depan rumah ku, WKJ 555 plat kereta tersebut seperti aku kenal akan plat kereta tersebut;

“seakan aku pernah melihatnya tetapi dimana yek?”, Bisik aku didalam hati ku yang ingin mengenal siapakah empunya kereta terbabit..
“ibu, ayah ada orang datang” jerit aku kepada ibu dan ayah yang sedang berborak di dapur sambil menjamu santapan pagi.

Beberapa minit kemudian ayah dan ibu datang ke ruang tamu sambil ibu mengangkatkan mukanya kearah ku tanda bertanya siapakah gelaran yang datang. Aku hanya menjebikkan bibirku smbil menjengkitkan bahu tanda tidak tahu.

Kelihatan sepasang suami isteri lingkungan 50an-60an yang berpakaian mewah turun dari kereta itu. Setelah aku meneliti mereka baru aku ingat bahawa mereka adalah kedua orang tua Arill yang sangat ku kenal itu. Patutlah aku seperti kenal kereta tersebut.

“Kenapa mereka datang ke rumahku? Ada hal apa agaknya? Ataupun hanya untuk melawat agaknya” hati ku berbisik sendirian.
Senyuman manis kami lemparkan tanda menyambut tetamu dengan seikhlas hati. Mereka juga melemparkan senyuman manis kearah kami. Ibu dan ayah mempelawa mereka masuk ke dalam rumah.

Tiba-tiba mereka seakan terkejut melihatku dirumah.
“Sha ada dirumah?tak ada kelas ke hari ini?” Tanya Datin Zainab.
“Sha cuti seminggu makcik, minggu depan balik hostel semula” jawap ku.

Mereka hanya mengangukkan kepala, Datin Zainab dan Datuk Harun seakan ada sesuatu yang mereka ingin sampaikan tapi seakan malu dan resah kerana aku ada rumah. Aku semakin penasaran melihat keresahan mereka. Lalu aku beredar ke dapur untuk membuat air, sambil aku membancuh air minuman aku berfikir apa tujuan mereka datang kesini dan kenapa mereka resah melihat aku ada dirumah. Hal ini membuat aku semakin mahu tahu apa yang sedang berlaku ini.

ArilL merupakan sahabatku yang paling baik dan kami akrab, kami mula kenal semasa kem seminar tingkatan5. Kami berlainan sekolah, seminar itu menghimpunkan sekolah-sekolah dalam negeri dan disitulah kami jumpa. Perjumpaan kami pun tidaklah diduga, pada mulanya Arill ingin mengorat kawanku Nita yang memang sangat cantik dan menjadi kegilaan lelaki. Oleh kerana Arill mempunyai rupa yang tampan berbanding lelaki lain, Nita menerimanya sebagai teman lelaki. Bagi aku, aku biarkan saja, pada mulanya aku tidak menyukai sikap Arill yang agak terburu-buru itu tapi ia bukan salah Arill seorang, kalau Nita tidak melayan semuanya tidak menjadi juga. Aku kurang berkenan dengan sikap Nita yang cepat menerima orang tanpa mengenal hati budi seseorang. Bagi aku untuk mencintai seseorang dan menerima seseorang dalam hidupku, aku ingin mengenali seseorang itu dengan lebih baik terlebih dahulu. Bukan mudah untuk ku beri cinta ku kepada lelaki sebarangan dan paling penting cinta itu perlu hadir untuk seseorang itu. Masa berlalu pantas, keputusan SPM pun dah keluar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience