Bab 18

Romance Completed 11960

Bab 18

Mak timah memengang bahu Pak Mukrim sambil mengelengkan kepala membawa maksud jangan menceritakan hal sebenar pada Sha. Sha hanya termangu menunggu perjelasan.

” Dia patut tahu Mah, ini soal hidup dia. Dengar sini baik-baik Sha, masa kau dalam koma dulu keluarga Arill dan Arill lah banyak membantu kita. Soal pembiayaan semua oleh hospital dan buah pinggang simpanan hospital itu, kami bohong.

” Apa? Apa ayah nak cakap ni? Habis itu apa yang betulnya?”. Makin deras air matanya mengalir.

” hospital hanya dapat bantu separuh dari jumlah kos pebedahan, mak dah gadai semua barang kemas dan berharga tapi masih tidak cukup. Keluarga Arill lah yang murah hati tolong kita, mereka tidak mahu bayaran 1 sen pun kau tahu. Apa yang mereka mahu kamu jadi menantu mereka, peneman hidup Arill.

” kenapa ayah mak tak bagitahu Sha, kenapa tipu Sha?”.

“Arill taknak kau rasa hutang budi, lagipun doktor pesan agar jangan merungsingkan kau waktu itu.”.

“Ya allah!”. Sha makin teresak-esak menangis.

” Terlalu besar jasa mereka pada keluarga kita Sha, mane mungkin ayah dan mak nak tolak permintaan orang yang telah berjasa menyelamatkan kau Sha;.

” Kalau bukan dengan Arill ayah mak, Sha akur dan turut segalanya. Tapi tidak dengan Arill, Nita benci Sha sebab Arill. Sha tidak mungkin dapat terima Arill. Mana mungkin Sha bina kebahagian diatas kedukaan orang lain. Mereka saling mencintai dan Sha hanya pemusnah. Sha tidak mahu semua ini.”.

” Kau pasti ke Sha, Arill tidak pernah sayang kau lebih dari seorang kawan?”. Tiba-tiba soalan itu terkeluar dari mulut Mak Timah.

” Kenapa mak tanya soalan yang pelik macam ini?”. Sha kehairanan.

” Sebab sebelah buah pinggangnya ada kat badan kau sekarang ini. Itu kah erti seorang kawan, sanggup bergadai nyawa, sanggup menguburkan impian sendiri hanya kerana menyanyangi seorang gadis yang dianggap kawan? Kalau kau ditempat dia, sanggupkah kau lakukan hanya kerana seorang kawan?’.

Lemah Sha saat ini, lolai dan kaku. Tidak dia duga selama ini, buah pinggang yang menjadi penyambung nyawanya ini milik Arill. Tapi kenapa Arill tidak pernah sedikit pun ungkit ataupun menunjukkan reaksi yang luar biasa dihadapannya. Pandai sungguh Arill menipunya. Sakit hatinya. Sakit kerana ditipu dan berasa sangat kecewa waktu ini.

Sungguh dia tidak nafikan Arill sangat berjasa dan sanggup berkorban untuknya.

Didalam kamar, Sha merenung jendela, diluar hujan sedang turun. Titis-titis air hujan yang jatuh kebumi bagaikan titisan air matanya yang mengalir di pipi. Suasana suram bagaikan mengerti hatinya yang sedang berduka. Hatinya bertambah luka apabila mengetahui pergorbanan Arill. Telah puas dia sorok dan ketepikan perasaan ini untuk Arill. Telah dia bataskan hatinya agar jangan sesekali membenarkan hatinya untuk mencintai Arill.

Tertapi Arill selalu ada untuknya disaat dia amat memerlukan seorang teman, disaat duka mahupun suka sehinggakan dia tidak dapat menipu dirinya daripada mencintai jerjaka bernama Arill itu. Ego mengatasi dirinya agar jangan sesekali mengambil hak orang lain dan dia amat cukup sedar diri bahawa dirinya tidak layak berdampingan dengan lelaki idaman seperti Arill itu. Telah puas dia tolak cinta yang hadir ini dan semakin hari semakin kuat perasaan itu. Disaat dia masih mencuba menolak kehadiran cinta itu, tapi mengapa berita ini diterimanya. Mendapat tahu pergorbanan A rill untuknya menambahkan lagi kasih dan cin tanya pada Arill. Bagaimana dia mahu buang Arill dari hatinya saat ini?. Dia sedar Arill tidak mungkin jadi miliknya kerana dia milik Nita. Oleh itu hanya satu sahaja cara yang dapat dia lakukan untuk membuang jauh nama Arill dari hidupnya iaitu dengan MEMBENCINYA.

Sha tidak mahu simpati daripada Aril, dengan menyatakan benci dan menjauhkan diri, dia berharap akan dapat melupakan Arill. Lagipun dia mahu menunaikan permintaan terakhir Nita untuk menjauhkan diri daripada Arill dan keluarganya. Sha meminta maaf kepada kedua orang tuanya. Dia memberitahu bahawa dia tidak dapat menerima kebaikkan hati Arill dan keluarganya. Sha mahu ibu dan ayahnya menjual rumah dan mengadaikan tanah rumahnya itu. Sha berjanji akan menebusnya kembali satu hari nanti. Duit itu dia mahu ibu dan ayahnya pulangkan pada keluarga Arill.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience