Bab 21

Romance Completed 11960

Bab 21

Disebelahnya ada seorang lelaki yang tidak aku kenali, tersenyum memandangku. Aku membalasnya. Ku lihat badan Nita sedikit berisi bagaikan sedang mengandung. Siapa lelaki ini? Dimana Arill? Kenapa nama dia juga aku sebut kini. Adakah hati ini masih tidak dapat melupakannya lagi. Cukuplah itu Sha. Sudah lima tahun, lupakan sahaja dia’, bermonolog Sha didalam hatinya.

Nita membisikkan sesuatu ditelingga lelaki terbabit, nampak bergitu mesra mereka berdua. Lelaki itu hanya mengangguk dan beredar dari situ sambil memberikan senyuman manis kepada Sha.

” Sha kita pergi minum dulu sekejap, aku ada hal nak cakap sikit’.

” Ok!”.

(mereka pun berjalan menuju sebuah restorans berhampiran.)

” kenapa kau pergi tanpa khabar berita, puas kami cari. Sehinggakan nombor telefon kau tukar. Benci ke kau pada kami semua?”’ kata-kata Nita mengejutkan Sha.

” Tak adalah. Tak terlintas pun aku untuk membenci korang. Aku Cuma mahu pergi jauh, seperti yang kau pinta”.

” Sha, aku minta maaf sangat-sangat! Aku tahu aku salah, aku tak patut tuduh kau bukan-bukan. Aku betul-betul tengah marah masa itu, kawan-kawan kita pula menghasutku. Tapi aku tahu aku yang bersalah, aku sepatutnya percaya kau bukan mereka. Aku betul-betul menyesal. Sejak kau tiada, barulah aku sedar hanya kau kawan aku yang sejati. Aku minta maaf”. Rayu Nita bersungguh-sungguh.

Kesian pulak melihat Nita yang teresak-esak menangis. Tidak terlintas pun dihatinya membenci sahabatnya itu.

” Aku dah lama maafkan kau, aku tidak pernah marah pun Cuma terasa sahaja”. Sha melemparkan senyumannya kepada Nita”,

” terima kasih Sha, kau memang baik hati”. Nita memeluk erat Sha dan Sha membalasnya.

” Sudahlah tu, malu orang tengok. Kesat air mata tu, dah tua-tua menangis”. Sha melawak mengukir senyuman di wajah Nita.

” siapa tadi Nita?”.

” owh..tadi. aku lupa nak kenalkan kau, dia itu Izwan suami aku”.

” Apa?. Suami?.”

Nita mengangguk.

” Ni dah masuk tiga bulan tahu”. Sambil menunjukkan perutnya yang berisi. Terukir senyuman bangga di bibir Nita.

Sha terpaku. Terkejut dia saat ini.

” ARILL?”. Akhirnya Sha sebut jua nama yang dia mahu buang dari hidupnya itu.

” Aku dah agak mesti kau akan tanya pasal Arill’.

” Kenapa kau cakap macam tu?”.

” Sudahlah tu Sha, aku tahu kau sayang Arill, cinta dia. Kalau tidak, kau tidak akan buat semua ini. Kau nak Arill bahagia tapi kau tidak tahu Arill hanya bahagia bila dia ada disamping kau.
Sha hanya terdiam. Dia tidak tahu apa yang harus diperkatakan. Apa yang disorokkan selama ini rupanya ramai yang tahu.

” lepas kau pergi, hubungan kami tidak seperti dulu lagi, Arill marah aku sebab aku tuduh kau macam tu. Kami akan bergaduh hal-hal yang tidak sepatutnya. Jika dulu kau akan jadi orang perantaraan kami, tanpa kau hubungan kami bagaikan telur dihujung tanduk. Lagipun Arill terlalu sayangkan kau. Setiap masa nama kau tidak pernah hilang dibibirnya. Dari hari ke hari aku sedar, Arill bukan milik aku. Hatinya pada kau. Aku hanya perantaraan cinta kamu berdua. Kerana aku kamu bertemu, kerana aku hubungan persahabatan kita terjalin, kerana aku hadirnya rasa cinta dihati kita selama ini. Aku Cuma orang tengah. Aku yang tidak sedar selama ini. Lagipun aku bukan cinta Arill, aku hanya ingin memilikinya kerana dia lelaki idaman semua. Memilikinya membuatkan aku semakin glamor. Akhirnya aku sedar, aku salah. Arill pun dah sedar yang dia sngat cinta dan sayang kau. Merata-rata dia cari kau Sha. Tidak pernah putus asa dan berhenti berharap satu masa kau akan dia ketemui. Lima tahun Sha, dia masih menanti kau. Dia tolak semua cinta yang datang. Sha ketepikanlah ego kau itu. Terimalah takdir ini. Inilah takdir kamu berdua. Bertemu, menjalinkan persahabatan, melakukan pergorbanan. Apa lagi bukti yang kau mahukan?”.

Tanpa dia sedari, airmatanya jatuh. Sebak dadanya mendengar perjelasan Nita. Dia sedar dia terlalu ego dan tidak pernah memberi peluang kepada Arill untuk mendekatinya.

” sudahlah itu, aku harap kamu berdua akan berjumpa dan menamatkan kemelot cinta korang ini.”.

” Kau semakin matang sekarang ini Nita’.

” yeke?’’ kedengaran gelak tawa Nita.

” Mungkin kisah hidup mengajarku. Setelah aku putus dengan Arill, aku jadi makin liar berkawan dengan orang-orang yang memang terbukti menikamku dari belakang. Suatu hari, tanpa aku sedari kawan aku telah meletakkan pil didalam minuman aku. Dia telah menjual aku untuk tidur bersama rakan yang lain. Mujurlah tuhan masih memberi aku kesempatan untuk hidup dalam kemuliaan. Masa itulah aku bertemu Izwan, dia telah menyelamatkan aku sedangkan aku tidak kenal siapa dia. Dia memang baik, katanya dia telah lama memerhatikan aku dari jauh. Entah mengapa hatinya tertarik untuk menolongku. Dari situ aku kenal seorang lelaki biasa yang penuh kesederhanaan. Akhirnya aku jatuh cinta pada kesederhanaan itu sedangkan dulu aku hanya memandang kesempurnaan dan status. Aku bersyukur.”,

” Wah, macam cerita hindustanlah Nita”. Sha mengusik sahabatnya itu dan Nita tersenyum malu.

” Aku doakan kau bahagia selamanya Nita”.

” Aku pun. Aku tahu kau dan Arill memang ditakdirkan. Percayalah..”.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience