Bab 22

Romance Completed 11960

?Bab 22

Sha termenung di jendela rumah kampung itu, memikirkan tentang apa yang Nita katakan Semalam. Hatinya sayu dan rindunya pada Arill mula memuak-muak. Diceritanya pada Mak Timah dan mak Timah hanya memintanya bersabar.

Dua buah kereta berhenti dihadapan rumah. Sha kehairanan dan bertanya tentang siapakah gelaran yang datang. Tiba-tiba baru dia teringkat yang Encik Hassan menyatakan bahawa anak tuan rumah akan datang melawat dan berjumpanya pada hari ini kerana mereka mahu pulang ke Kuala Lumpur hari ini. Sha memanggil ibu dan ayahnya dan beberapa orang pembantunya leka membuat kerja masing-masing. Sha turun di belanda rumah dan menyambut tertamu yang datang. Namun alangkah terkejutnya dirinya apabila melihat Datin Zainab dan Dato Harun keluar dari kenderaan terbabit. Mereka pun terkejut melihat Sha dan kedua ibubapanya. Mereka sama-sama termangu, terpaku seketika.

Baru Sha sedar inilah rumah datuk Arill yang diceritakan padanya pada masa dulu. Rumah yang menyimpan pelbagai memorinya bersama atuk kesayangan dan sudah menjadi janji Arill untuk membawa Sha datang ke rumah itu. Tanpa disedari Sha sendiri yang sudah datang ke rumah ini. Air matanya mengalir, adakah ini kebetulan atau takdir yang menentukan segalanya?.

Sunyi suasana saat ini. Tiada siapa dapat menyatakan apa-apa.
Akhirnya sekujur tubuh yang amat Sha rindui muncul, turun dari kenderaan dibelakang. Terkesima melihat Sha dihadapannya. Bagai runtuh jiwanya melihat gadis yang sangat dia rindui dan cintai sepanjang lima tahun ini. Arill dengan berani menuju ke arah Sha yang masih terpaku disitu.

Dengan ringkas Arill berkata ” Jika dulu aku tak mengerti tentang hati ini, Jika dulu ku ketepikan perasaan ini. Tapi kini ku pasti satu perkara iaitu INILAH TAKDIR KITA….

Dengan penuh keikhlasan Arill memandang tepat dimata Sha melafazkan isi hatinya. Sha hanya tersenyum, ditolehnya melihat ibu dan ayah tercinta dan sudah pasti senyuman diwajah mereka menandakan restu yang tidak berbelah bahagi. Sha akur, INILAH TAKDIRNYA.

“INILAH TAKDIR KITA”, senyuman Sha menandakan dia setuju menerima Arill dalam hidupnya. Dan kini berakhirlah sebuah episod cinta antara dua orang sahabat dan bermulanya sebuah cinta baru sebagai sepasang kekasih….INILAH TAKDIR KITA..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience