Bab 11

Romance Completed 11960

Bab 11

Baju kurung pahang berwarna biru muda menyerlahkan lagi warna kulitnya yang kuning langsat. Wajahnya yang hanya beralaskan bedak muka dan gincu warna bibir sudah cukup menampakkannya seorang gadis yang cantik di hati Arill. Jika dibandingkan Sha dan Nita memang banyak perbezaannya. Nita sememangnya gadis yang sangat cantik. Jika diberi pilihan kepada lelaki untuk memilih antara mereka pasti ramai akan memilih Nita kerana Nita sememangnya cantik dan mungkin sebab itu juga Arill memilih Nita. Namun bagi Arill, Sha terlalu banyak kelebihannya. Kecantikkan Sha bukan terletak pada wajah ayunya sahaja, tetapi hatinya.

Arill masih tidak melepaskan pandangannya lagi, dia masih merenung Sha dan menatap keayuaannya itu. Degup kencang jantungnya melihat pipi Sha yang gebu itu yang kadang kala ditutup rerambut nipis apabila ada angin air cond meniup rambutnya. Terasa ringan tangannya untuk mengalihkan rerambut itu namun, emosinya dikawal lalu cepat mengalih pandangannya ke depan. Dia menarik nafas panjang kerana dia sedar yang dirinya telah memikirkan terlalu jauh, dan dia sedar apa yang dia fikir itu adalah salah. Ya allah…lafasnya dalam hati.

Mungkin inilah yang selalu didebatkan oleh mereka berdua. Ternyata Sha telah membuktikan kata-katanya adalah benar. Sha pernah berdebat mesra dengannya tentang hubungan lelaki dan wanita harus dijaga dan ada batas-batasnya walaupun adik-beradik, inikan pula hubungan sahabat mahupun kekasih. Tambah Sha lagi, sebaik mana pun orang itu, seerat mana pun hubungan itu, ia tidak menjamin diri kita dari dihasut oleh syaitan dan nafsu. Lelaki tetap lelaki, nafsu tetap ada,syaitan ada dimana-mana. Memori lama diimbas kembali dan seperti kedengaran suara Sha didalam bernak mindanya pada saat ini. “Ada benar juga apa yang dikatakan Sha itu dan sekarang aku yang mengalaminya”. Bermonolog Arill sendirian.

Namun, dia cepat-cepat menyedarkan dirinya bahawa itu hanya hasutan syaitan, tak lebih dari itu. Tak mungkin dia akan menyanyangi Sha lebih dari seorang kawan baik. Lagipun perkara ini sudah biasa dialami olehnya apabila keluar dating dengan Nita. Sifat Nita yang manja itu, kadang-kadang mengetarkan jiwa lelakinya. Tetapi mereka berbeza sama sekali. Untuk menyentuh sedikit tangan Sha pun Arill tidak berani walaupun keakraban persahabatan mereka sangat tinggi. Sifat Sha yang sangat pandai menjaga kelakuannya sangat dihormati oleh Arill. Sha bukan seperti gadis yang pernah dia kenali. Berbeza dengan Nita yang sangat berfikiran terbuka, berpengang tangan dan bermanja sudah menjadi kemestian mereka.

Berpelukan adalah perkara paling berani yang pernah Arill lakukan bersama Nita, lebih dari itu Arill tidak berani. Arill masih waras dan berpegang teguh pada didikan keluarga dan agama. Tidak mungkin dia akan melakukan pekara yang akan memalukan keluarganya, namun jiwa lelakinya menghalalkan cara walaupun dia tahu bersentuhan dengan wanita pun sudah menjadi dosa, inikan berpeluk dan bermanja. Hatinya memberontak dan menganggap hubungannya dengan Nita itu adalah normal bagi pasangan kekasih walaupun hakikatnya dosa tetap dosa. Katanya Nita tidak kisah pun dan kadang-kadang dia minta dimanja dan mahu yang lebih dari itu.

Mungkin kerana terlalu sayang, mereka lupa dan leka. Namun setakat ini, Arill masih mampu mengawal dirinya. Oleh itu juga, Arill mahu cepat-cepat mengikat hubungan mereka agar tiada perkara tidak baik akan berlaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience