Bab 17

Romance Completed 11960

Bab 17

Tidak disangka oleh Sha, Nita akan menganggap dan menuduhnya seperti itu. Tidak bernilaikah persahabatan dan kasih sayangnya selama ini sehingga Nita menepikan segala kebaikkannya?
” Nita dengarlah dulu perjelasan aku, aku tidak buat apa-apa pun. Sumpah aku tidak tahu apa-apa pun.” Rayu Sha agar ada sinar kemaafan dihati Nita.

” Sudahlah Sha, aku takkan percaya lagi dengan orang macam kau ni, Sudahlah, aku taknak dengar apa-apa lagi. Aku Cuma mahu kau jauhkan diri dari Arill dan keluarga dia. Kalau kau masih anggap aku kawan, aku hanya mahu kau buat itu saja. Aku harap kau tak ada masalah kan. Kau tidak layak jadi sebahagian daripada keluarga ternama macam tu, sedarlah diri tu sikit!” kasar dan pedas ungkapan Nita.

Hanya esakkan tangisan kedengaran dari Sha. Dia tidak mampu berkata apa-apa lagi.

” ingat apa yang aku pesan. Jauhkan diri kau dari mereka!”, Nita berlalu pergi tanpa menampakkan sedikit pun riak kesian pada sahabatnya itu.
Dalam sekelip mata persahabatan yang bertahun utuhnya akhirnya rebah dipukul badai cinta, ditiup rasa benci, dihentak rasa dengki. Persahabatan yang diagungkan menjadi debu yang berterbangan. Mengapa ini terjadi?

Sampainya Sha dirumah, hatinya makin mendidih rasa marah. Dia menyalahkan ibubapanya atas tuduhan Nita padanya. Jika ibubapanya dan keluarga Arill tidak mahu mereka dijodohkan. Tidak mungkin semua ini terjadi. Tidak mungkin persahabatan yang mereka bina ini akan musnah.

” Mak ayah tolong tolak pinangan keluarga Arill, Sha tak mahu!”,
Kata-kata Sha itu mengejutkan M ak Timah dan Pak Mukrim yang asyik menonton televisyen dari tadi.

” Sha sedar tak apa yang Sha cakap ni”, tanya Mak Timah.

” Lebih dari sedar mak, Sha dah fikir masak-masak. Sha tak mahu kahwin dengan Arill.”

“Mak dan ayah tidak boleh tolak hajat mereka.”

“Kenapa tidak boleh pula?”

Mak Timah dan Pak Mukrim hanya berdiam diri.

” Sha tidak kira, yang Sha mahu Sha taknak, titik!”

“Ayah dan mak tidak benarkan”. Tiba-tiba Pak Mukrim bersuara.

” Tapi mengapa ayah dan mak?” tiba-tiba nada Sha makin meninggi.

” Sha!kenapa kurang ajar sangat ni cakap dengan mak dan ayah!”, tegur Mak Timah.

“macam mana Sha tak kurang ajar, mak dan ayah tidak pernah nak faham Sha. Sha cakap taknak kan. Kenapa nak paksa-paksa Sha pula ni?

” Mak dan ayah hanya hendak yang terbaik untuk Sha saja”

” Nak terbaik untuk Sha ke atau mak dah kemaruk nak berbesan dengan orang kaya. Sedarlah diri kita ni siapa mak. Pipit tetap pipit, tak mungkin nak jadi engang. Mak ayah sanggup nak jual anak sendiri semata-mata nak jadi kaya”, kerana amarahnya Sha lupa diri bahawa dia telah mengasari kedua ibubapanya.

Satu tamparan singgah di pipi Sha membuatkan Sha terjatuh. Tamparan dari Pak Mukrim itu amatlah tidak disangka oleh Sha dan Mak Timah kerana sifat Pak Mukrim yang hanya berdiam diri dan sepanjang hidup Sha, Pak Mukrim hanya pernah menjentikmya sahaja. Sha akur dia telah keterlaluan dan wajar dia dapat penampar itu. Tangisan hanya kedengaran saat ini. Mengalir air mata dipipi Sha dan amat memilukan lagi melihat air mata di pipi tua Mak Timah yang terluka akibat kata-kata Sha tadi. Tambah memilukan melihat ada butiran air mata dipipi tua Pak Mukrim kerana menampar anak kesayangannya itu.

Teresak-esak Sha menangis sambil memengang pipinya yang terasa kebas kesakitan.

” Ayah dan mak tak terlintas pun nak berbesan dengan orang kaya mahupun nak menjual anak sendiri. Ada sebab kenapa kami beria-ria mahu terima lamaran ini” jelas Pak Mukrim.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience