Bab 15

Romance Completed 11960

Bab 15

Janji dan hajat dua tahun yang lalu inilah yang dituntut oleh datuk Harun dan datin Zainab semasa datang kerumah Sha kira-kira seminggu yang lepas. Hajat yang ingin mereka disatukan. Sesungguhnya mereka buntu mencari penyelesaian. Mereka mahu Arill dan Sha disatukan tetapi Nita merupakan kekasih dan kawan baik Sha yang tidak mungkin Arill dan Sha ketepikan. Namun, datin Zainab kenal benar perasaan anaknya itu, Arill menyanyangi dan mencintai Sha lebih dari nyawanya sendiri. Jika sehari tidak mendapat khabar berita dari Sha, bagai tidak tenteram jiwanya. Jika Sha ditimpa masalah, Arill yang akan merasainya juga. Kalau boleh ingin djaga Sha itu supaya tiada sedikit duka pun yang dapat singgah di dalam hidup Sha. Tapi entah mengapa Arill tidak memahami hatinya sendiri. Perasaan yang dia telah melakukan pergorbanan cinta selama ini bukan pergorbanan semata-mata atas dasar kemanusiaan.

Bercerita tentang Sha pula, sukar untuk melihat riak cinta di wajah Sha untuk Arill. Mungkin kerana Sha sangat sedar diri dan mengehadkan batas hatinya kepada Arill. Hal ini kerana, Sha tahu Arill milik Nita. Namun, untuk mencintai Arill adalah perkara yang paling mudah yang mungkin boleh dilakukan Sha kerana separuh hidupnya adalah berkaitan dengan Arill. Hanya Arill seorang yang merupakan kawan lelaki yang rapat dengannya. Sha tiada kawan lelaki lain kerana dia kurang melayan lelaki yang ingin berkenalan dengannya. Hanya Arill tempatnya menumpang kasih dan berkongsi masalah kerana dia tiada abang yang akan menjadi tempat mengadu jika ada orang mengacaunya atau cuba memikatnya. Arill lah yang menjaga Sha bagai seorang abang, mengawasinya bagai seorang bapa, melindunginya bagai seorang suami, menyanyanginya bagai kekasih dan memujanya bagai seorang peminat.

Jika berginilah pertalian antara mereka adalah tidak hairan jika ada cinta antara mereka. Seperti ibu-ibu yang lain, mak Timah dapat menduga juga perasaan Sha pada Arill, Cuma perasaan itu tidaklah begitu besar, tetapi ada perasaan kasih itu. Sha seorang yang keras hati, tidak mungkin dia akan menurut kata hatinya dan melayan jiwanya kerana dia tahu Arill kawannya dan kekasih kawan baiknya. Sifat inilah yang menjadi Sha gadis yang baik hati dan pemurah. Dia tidak suka mengambil hak orang lain malahan dia sanggup mengenepikan perasaannya untuk orang-orang tersayang. Inilah yang membezakan Arill dan Sha. Arill tidak memahami perasaan sendiri manakala Sha ego dan tidak akan membenarkan dirinya untuk mencintai Arill.

Entah sampai bila kemelot cinta dan pergorbanan ini akan berakhir. Dan sebab inilah keluarga Arill dan Sha mahu mereka disatukan kerana sudah jelas lagi bersuluh bahawa mereka telah ditakdirkan untuk bersatu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience