Bab 19

Romance Completed 11960

Bab 19

Pasal buah pinggang itu Sha sendiri akan jumpa Arill dan mengucapkan terima kasih. Dia tidak mahu lagi berhutang budi mahupun dipaksa menerima lamaran tersebut. Pak Mukrim dan Mak Timah akur, dia kenal benar perangai Sha yang sangat degil itu. Seperti yang disuruh oleh Sha, mereka pun memulangkan duit tersebut kepada keluarga Arill. Pada mulanya keluarga Arill tidak mahu menerimanya tapi setelah dicerita bahawa Sha sangat nekad, mereka akur walaupun mereka kecewa kerana impian mereka untuk menjadikan Sha menantu mereka terkubur disitu.

” Mula saat ini, kita putus sahabat!”. Ringkas dari Sha.

” Tapi mengapa Sha?”. Tanya kepastian Arill.

” Kau tanya kenapa?. Kau tipu aku selama ini. Kau tidak pernah pun bagitahu aku yang buah pinggang yang ada pada aku sekarang ini milik kau?. Kenapa Arill?”.

” Aku Cuma tidak mahu kau rasa terhutang budi sahaja”

” Takut aku rasa hutang budi atau kau rasa simpati kat aku hah?”
” Aku tidak pernah fikir camtu pun”.

” Aku tidak perlukan simpati kau, terima kasih banyak-banyak kerana derma dan buat ehsan kat aku. Tapi mula saat ini kau takkan nampak aku lagi disini. Aku mahu pergi jauh dan melupakan ehsan yang kau dah buat untuk aku selama ni. Jangan pernah cari aku lagi. Aku doakan kau bahagia dengan Nita.

” Sha aku tak pernah nak buat ehsan atau apa-apa. Aku ikhlas, aku Cuma tak mahu kau pergi dari hidup kami semua. Aku sayang kau”.
Sha hanya mampu menahan air matanya dari jatuh. Sha telah lama idamkan kata-kata sayang dari Arill namun dia harus sedar diri bahawa Arill tidak melafazkannya kerana cinta. Sayangnya pada Sha hanya sebagai kawan. Sha tahu Arill menyanyanginya dan alasan simpati dan ehsan itu hanya sebagai alasan untuk dia membenci dan menjauhi diri dari Arill, sedangkan tidak ada sekumit kuman pun rasa benci kepada Arill malahan kasih dan sayang mengunung tinggi.

” Sudahlah Arill, terima kasih atas segalanya”. Lakunan Sha akhirnya berakhir, dia cepat berlalu pergi dari situ walaupun puas Arill memanggilnya tertapi dia kuatkan diri untuk pergi dari situ dan itulah kali terakhir Sha dan Arill bertemu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience