Bab 2

Romance Completed 11960

Bab 2

Keputusan aku tidak cemerlang dan hanya biasa-biasa sahaja. Syarat minimum kemasukkan ke Universiti aku lepas tapi kemungkinan untuk dapat masuk sangat sukar dan aku sedar itu dan tidak pula mengharap sangat. Aku sedar sikap main-main ku selama ini mengundang kepada keputusan yang biasa ini tapi tidak apa, mungkin itu sahaja yang mampu ku lakukan. Kawan-kawan ku yang keputusan mereka senasib denganku mengajakku untuk masuk tingkatan 6. Pada mulanya aku tidak mahu kerana aku sudah malas hendak belajar lagi. Tapi bila difikir-fikir sedalam mungkin dan mendapat dorongan keluarga, aku pun masuk tingkatan 6.

Menjadi pelajar tingkatan6 memang sangat seronok. Tidak dikongkong sangat oleh guru-guru malahan sangat hapenning. Aku jumpa Arill semula di tingkatan 6, malahan sekolah yang sama kerana hanya terdapat beberapa buah sekolah sahaja yang ada tingkatan 6 disini. Tapi Arill kelas akaun malahan aku kelas aliran sastera ambil sejarah dan Nita kelas seni. Percintaan mereka yang sebelum ini putus di tengah jalan disambung kembali.

Pengenalan dan sikap yang semakin matang mengubah pandangan aku tentang cinta mereka. Aku semakin selesa dengan mereka malahan menerima cinta mereka. Arill sangat mementingkan persahabatan dan itu membuat aku sangat selesa berkawan dengannya dan hal ini membuat kami menjadi sahabat baik. Dia terlalu baik dengan kami walaupun dia anak kepada seorang datuk yang kaya. Sikapnya telah kami kenali, sesungguhnya dia seorang yang baik, dan aku suka lihat dua orang kawanku yang bahagia itu.

Hubungan kami semakin akrab dan cinta mereka menjadi semakin serius. Aku merestui percintaan mereka malahan dah banyak kali aku menjadi orang tengah menyelesaikan masalah mereka. Memenatkan betul tapi aku tak kisah kerana aku tak nak cinta mereka berakhir bergitu sahaja. Akhirnya berkat usaha, restu ibu bapa dan Allah aku akhirnya dapat masuk Universiti dengan keputusan STPM ku. Arill dn Nita juga sama, tapi aku berlainan Universiti dengan mereka. Aku dapat UM manakala mereka USM. Walau bergitu hubungan kami tetap baik sehingga kini. Bila hujung minggu kami akan hang out sama-sama dan banyak yang kami bualkan. Kami mula diperkenalkan kepada keluarga Arill oleh Arill. Layanan keluarga Arill sangat baik kepada kami. Mereka tidak sesombong orang kaya yang lain.

Aku terasa malu untuk berkawan dengan Arill kerana aku dari keluarga sederhana malahan keluarga Nita walaupun tidak sekaya Arill tapi mereka ada perniagaan sendiri. Aku mula menjauhkan diri tapi Arill memarahi aku kerana bagi nya kita semua sama dan dia sangat selesa berkawan dengan ku. Keluarga Arill juga menasihati aku agar jangan malu malahan berusaha untuk bantu keluarga. Aku sangat terharu dengan dengan keperhatinan keluarga Arill kepada keluarga aku. Malahan aku merasakan layanan mereka terhadap ku melebihi layanan kepada bakal menantu mereka Nita terutama layanan dari ibu Arill iaitu Datin Zainab dan ini membimbangkan aku sebenarnya kerana ku lihat wajah Nita seakan marah dan tak puas hati terhadap ku kerana diberi perhatian yang lebih darinya dan Arill seakan tidak perasan. Apabila Nita mengadu kepada Arill. Arill hanya kata itu hanya perasan Nita sahaja tapi sebenarnya aku juga merasai sesuatu yang ku tak pasti sehingga hari ini. Adakah tujuan kedatangan keluarga Arill ini ada kaitan dengan apa yang ku rasa tak pasti selama ini..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience