Bab 8

Romance Completed 11960

Bab 8

Terkejut bukan kepalang, adakah ini yang ibu dan ayah cuba sembunyikan padaku beberapa hari ini. Panas hatiku kerana ibu dan ayah tidak membincangkannya dengan ku terlebih dulu. Siapa pula gelaran bakal tunangku itu. Hatiku sakit dan perit. Mengapa hal ini berlaku? Ya allah, dadaku sesak, sakitnya bagaikan dihiris pisau.

“mengapa kau Sha?, kau ok?” Ani hairan melihat Sha yang bagaikan hilang punca. Dia merasakan ada sesuatu yang dia pun tak pasti.

“aku, aku ok je”

Ku memacu motor buruk ayahku selaju mungkin. Apa yang ku mahu adalah cepat sampai kerumah kerana aku mahu dengar penjelasan ibu dan ayah. Mengapa dia mahu melakukan semua ini sedangkan dalam apa-apa hal walaupun sekecil kuman pun jika ianya ada kaitan dengan hidupku pasti mereka akan bertanya padaku terlebih dahulu. Tapi mengapa kali ini mereka langsung tidak bertanya padaku, sedangkan hal yang mereka sembunyikan ini sangat penting dalam hidup dan masa depanku. Inilah rahsia yang mereka sengaja sembunyikan. Akhirnya rahsia ini terbongkar jua.

“sanggup mak dan ayah tidak tanya Sha langsung”
“kalau kami tanya, pasti kau tak nak” ibu menjelaskan padaku. ku pandang ayah yang duduk ditepi pintu, pandangan ayah hanya lesu. Dia hanya berdiam diri.

“mestilah Sha taknak mak, Sha nak belajar lagi, nak kerja lagi” rayu Sha.

“sebab tulah mak taknak tanya kau Sha, lagipun kau hanya akan bertunang. Habis belajar nanti, barulah korang kahwin.”

“habis kerja camna mak?”

“pas kahwin kau bincanglah dengan suami kau, kalau dia izinkan kau kerja, kau kerjalah. Kalau tidak, tak payah. Kau dah hidup senang pun ayah dan mak dah gembira. Kau tak payah fikir pasal kami, tahulah kami nak hidup. Yang penting kau tu bahagia.” Nada ibu semakin meninggi tapi ada serak-serak sedih kedengaran dari nada suaranya. Ku lihat ada kilauan dimata ibu yang dia tahan agar air matanya tak jatuh berguguran dipipi tuanya. Tiba-tiba dadaku sebak mendengar kata-kata ibu. Aku tahu ibu dan ayah mahu yang terbaik untukku tapi mereka tak sedar ke yang aku mahu yang terbaik jua untuk mereka.

“macam mana mak akan tahu yang Sha akan bahagia dengan dia?, dia pun Sha tak kenal.”

“kami tahulah, kami ni dah makan garam asam terlebih dahulu, kami dapat bezakan permata dan kaca. Lagipun kau dah lama berkawan, tak kanlah tak kenal hati budi lagi. Yang penting keluarganya sangat menyanyangi kamu. Kamu tak rugi apa-apa Sha.”

“mak cakap tentang siapa ni mak?”

Aku semakin kehairanan, tiba-tiba dada ku semakin sebak. Seakan aku dapat menjangka siapa gelaran lelaki itu. Hatiku semakin berdegup kencang, aku bagaikan mahu pitam. Ibu kelihatan gugup kerana dia sedar bahawa dia dah terlepas cakap. Ku pandang ayah dengan harapan ayah akan mengasihaniku dan memberiku kepastian yang hakiki.

“Arill!!” tiba-tiba nama itu terkeluar dari bibir ayah yang sudah dimakan usia itu.

“ya allah….” aku terduduk, badanku lolai, lemah seluruh anggota badanku, kepala ku berpusing. Semakin lama pandangan ku kabur sehingga gelap gelita pandanganku. Disaat itu hanya terdengar suara ibu memanggilku dan menjerit meminta tolong kepada ayahku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience