Bab 12

Romance Completed 11960

Bab 12

Fikiran Arill melayang jauh, teringat pada si jantung hati. Terbayang senyuman manis, apabila Nita senyum maka, terukir lesung pipit di pipi gebu yang putih melepak itu. Siapalah yang tidak akan tertawan dengan gadis secantik Nita. Bulu keningnya yang terukir kemas dan halus itu dihias lagi dengan alis mata yang tebal dan melentik. Matanya yang bulat itu akan meruntuhkan jiwa yang melihatnya. Arill bangga kerana gadis cantik itu adalah miliknya. Mereka memang dua wanita yang berbeza tetapi mendapat tempat yang hampir sama dihati Arill. Disebelah ini seorang wanita yang sangat dia kagumi dan hormati dari segi tatacara sopannya, keayuan dan kebaikan hatinya dan sebelah lagi seorang wanita yang sangat dia kagumi kecantikannya, bicara manjanya, dan sikap manisnya yang sangat memuja hati. Dua wanita yang berbeza…………

Kebahagiaan siapa ini…

” persahabatan kita akan berubah rupa” , tiba-tiba ayat itu terkeluar dari mulut Sha setelah hampir 30 minit mereka berdiam diri di Restorans itu. Makanan yang dihindang hanya sedikit sahaja disentuh Sha, dan kebanyakkannya hanya dipandang sahaja oleh Sha. Tidak berselera tekaknya. Makanan di pingan Arill sudah hampir habis. Terkedu Arill mendengar kata-kata itu sehinggakan dia membulatkan matanya dan dikeruhkan dahinya tanda tidak mengerti.

“nape cakap macam tu?”

Sambil mengangkat mukanya memandang tepat kearah muka Arill, Sha menarik sedalam-dalam nafasnya, mencari baki-baki kekuatan yang ada.

“kau tahu tak mak ayah kau datang ke rumah aku 4-5 hari lepas?”
“oo..yeke?. tak tahu pula aku, tak kan itu pun menjadi masalah?. Hanya kerana ingin melawat kamu sekeluargalah tu. Tak kan tak boleh?” jawap Arill selamba tanpa mengetahui hal sebenar.

Sekali lagi Sha menarik nafas sedalam-dalamnya tapi kali ini dengan bergitu bertenaga, mungkin Sha telah jumpa kekuatan dalam dirinya. Lalu dia bersuara dengan lantang.

“kau tahu tak mak ayah kau datang bukan saja-saja?, mak ayah kau datang dengan hajat. Hajat yang sangat besar sehingga mak ayah aku setuju tanpa tanya aku pun. Kau tahu hajat apa?” sekali nafas Sha bersuara.

Arill hanya mengeleng tanda tidak tahu.

“bagus sangat sebab tak tahu” Sha mula naik angin. Bukan kerana ingin memarahi Arill tapi kerana emosinya sangat terganggu ketika ini.
“kalau kau nak tahu, mak ayah kau datang bawa hajat untuk satukan kita. Minggu depan keluarga kau datang merisik dan 2 minggu selepas tu, hujung bulan ni, Kita akan bertunang.” Suara Sha memang dalam nada yang marah saat ini. Bagai runtuh jiwanya kerana terpaksa meluahkan kata-kata yang sangat memalukan ini.

Bagai kilat menyambar hatiku saat ini. Pekat malam menyelubungi jiwaku saat ini. Apa yang dikatakan dari mulut Sha sebentar tadi melemahkan seluruh anggota badanku.

Sebablah ku lihat terlalu besar beban yang ditangung Sha sebentar tadi, rupanya memang terlalu berat beban ini sehinggakan aku sendiri hampir lemas. Namun kudrat lelaki ku, sikap sebagai seorang pemimpin keluarga yang tidak akan mudah mengalah dalam hal yang sebesar mana pun ia, membuat aku mengukir senyuman dan menenangkan diri. Walaupun saat ini, aku juga hampir kecundang dalam masalah ini. Jika aku tidak kuat, masakan Sha akan dapat mengharungi hal ini seorang diri. Aku harus kuat, kuat untuk selamatkan persahabatan yang akan berubah rupa ini. Kuat untuk Sha dan Nita. Mereka hanya mangsa dalam hal ini, mangsa kerana mama dan papa inginkan Sha jadi menantu mereka bukannya Nita.

“kau senyum Arill?, tolonglah matang sikit. Hal ini bukan main-main tahu. Kalau Nita tahu, mati aku kena bunuh tahu.”Sha mula Naik bengang.

“ok-ok. Aku seriuslah ni, kau janganlah gabra sangat. Kita masih boleh bincang dengan mak ayah kita masing-masing tahu.” Arill cuba menenangkan Sha dan dirinya walaupun dia tahu tak mungkin masalah ini dapat diselesaikan dengan mudah. Dia kenal benar dengan perangai papanya, kalau bulat kata papanya bulatlah jawapannya. Tak pernah dia membantah kata-kata papanya itu.

“senangnya kau cakap, kau tak kenal Mak Timah tu siapa tahu, kalau A, A lah jawapannya, tak kan jadi B ok.”

“kita try the best lu k.”

“aku pun buntu ni. Kau ingat mak kau je ada kuasa mutlak tu, papa aku pun tahu, macam kuasa maharaja atau firaun tahu.cakap tak boleh terus pancung”.

Kata-kata Arill tadi membuatkan hati kecil Sha geli, lalu derai tawa kecil dengan senyuman manis mula terukir dibibir Sha yang merah itu. Sedikit tenang dan beban dadanya makin kian reda. Jika tadi wajahnya garang dan masam, kini sudah mula ada sedikit riak ceria. Senyuman dan perubahan wajah Sha membuatkan Arill sedikit tenang dan lega.

“macam tulah, senyum. Inilah baru Nur Lailatul Shafikah yang Muhammad Arill Hamzi kenal.”

“aku tension lah Arill. Sorry k”

“tak apa, aku faham.”

“thanks, bukan sengaja aku nak kasar-kasar dan tinggi suara dengan kau, aku betul-betul tension ni. Rasa nak menangis je”

“ok, aku tahu”

“kita cuba cari jalan, usaha tanda kejayaan.”

“tapi Sha kau jangan bagitahu Nita lagi tahu, aku takut hal ini mengeruhkan lagi keadaan. Kau bukan tak tahu perangai Nita tu.”

Sha hanya mengangukkan kepalanya.

” Marilah aku hantar kau pulang. Nanti apa pula kata ayah dan mak kau. Jangan risau, pasti ada jalan keluar untuk masalah kita ni..
*************

Bab 12

Keesokkan harinya, Arill memberanikan diri untuk menyuarakan niat hatinya untuk bertunang dengan Nita. Walaupun pelan asalnya untuk mengajak Sha bagi menyokong usulnya. Tetapi memandangkan situasi sudah berbeza, Arill terpaksa melakukannya seorang diri.

“papa, mama. Arill ada sesuatu nak bincang dengan papa dan mama.”

“apa dia sayang?” lembut suara mama..

“Arill nak ber..tu..nang dengan Ni..ta…”terketar-ketar suara Arill..

“APA??..suara kasar papa mengejutkan Arill.

“Arill serius ke ni??” mama semakin resah..

Mama dan papa berpandangan, kelihatan mereka tidak setuju dengan usul ku sebentar tadi.

“kenapa papa dan mama tak bagitahu pun Arill pasal rancangan mama papa nak satukan Arill dengan Sha. Macamlah papa mama tak tahu dalam hati Arill ni hanya ada Nita. Selama ni pun Arill bercinta dengan Nita bukan Sha. Arill dan Sha hanya kawan baik. Tak ke papa mama faham perasaan kami sekarang. Papa, mama, mak Timah dan Pak Muk meletakkan kami dalam keadaan yang sangat sukar sekarang ni. Kenapa buat kami macam ni? Apa salah hubungan Arill dengan Nita? Apa kekurangannya? Kenapa papa mama letak Sha dan Arill dalam keadaan yang serba salah ini. Membuat kami keliru dalam memilih jawapan. KENAPA??” luah Arill selepas dia menjumpai kekuatan dan keberanian dalam dirinya.

Papa hanya berdiam diri, buat tak dengar dan tak tahu je. Panas juga hati Arill melihat reaksi papanya yang buat tak tahu itu. Namun emosinya ditahan, dia sudah diajar dan diasuh sejak kecil lagi bahawa jangan sesekali melawan dan kurang ajar dengan kedua orang ibu bapa.

Mama semakin resah melihat api amarah ku yang sudah kelihatan di anak-anak mata ku. Sukar untuk aku menyorok perasaan ku didepan mama. Tak kiralah disaat aku gembira atau sedih, mama akan dapat menduga ku walaupun sudah ku cuba sebaik mungkin menyorokkan perasaan ku itu. Mungkin itulah namanya gerak hati seorang ibu. Mama memandang papa, papa masih memandang dan membaca surat khabar di tangannya tanpa menghiraukan aku. Mama mengegarkan tangan papa dan menyiku lembut badan papa dengan tujuan papa dapat membuat sesuatu untuk menjernihkan keadaan yang kian panas ini.

“papa dah buat keputusan, Sha akan jadi menantu keluarga ini. Kamu setuju atau tidak. Papa tak kira. Kalau kamu tak mahu nak kahwin dengannya. Papa ada seorang lagi anak lelaki dalam keluarga ini. Papa tak kisah dengan siapa Sha kahwin tapi yang pasti Sha akan jadi menantu keluarga ini. Muktamad!.” Ringkas datuk Harun.
“dengan abang long?”papa fikir waras tak ini?abang long kan dah berkahwin. Kak Sidah tu macamana?tak kan hendaknya si Sha tu suami orang.”

“papa tak kira. Papa dah janji dengan keluarga Sha. Hendak taknak, suka atau tidak. Janji harus ditepati. Kalau kamu taknak sudahlah tapi jangan kamu nak halang rancangan kami.”

Arill betul-betul marah saat ini. Tak waras betul fikiran papa saat ini. Dia kebingungan dan sangat kecewa masa ini. Dipandang mama yang masih berdiam diri dari tadi.

“tapi papa..” Arill tetap tidak setuju dengan papanya.
“apa lagi Arill. Kami dah buat keputusan. Kami dah jangka kamu akan membantah. So dari awal-awal kami dah bincang dengan abang long kamu dan kak Sidah. Mereka tidak kisah pun.” Akhirnya mama bersuara jua dengan nada lembut dan ternangnya.

“apa?, sampai ke situ papa dan mama rancang? Papa dan mama tak fikir perasaan Sha ke? Bahagiakah dia nanti bermadu? Saat ini jer dia dah lemah menerima dugaan ini, apa tak lagi nanti. Pelbagai dugaan akan menyusulnya nanti. Sha itu nampak je kuat dan tabah mama tapi hakikatnya dia sangat rapuh. dia tak pandai membantah dan melawan tapi hakikatnya dia sangat keras hati. Tak suka meluahkan perasaannya, suka pendam-pendam. Hanya Arill je yang faham Sha tu, orang lain tak akan faham perangai dia tu. Apatah lagi abang long yang langsung tak kenal Sha tu. Kalau dia marah dia hanya akan diam. Dia memang payah nak marah orang. Tapi bila dia dah marah, susah nak pujuk. Tapi kalau tahu caranya senang saja. Sha itu kadang-kadang pelik dan sukar diramal tapi itulah yang membuat dia special.

Tidakkah papa mama sangup nak rosakkan perasaan seorang gadis mulus itu?” luah panjang lebar Arill, meluahkan apa yang dia rasa saat itu tentang gadis yang dia kenali bernama Sha.

“kalau Arill mahu dia bahagia, Arill fikir-fikirkanlah candangan kami” senyum simpul mama sukar ku mengerti.

“kalau kamu rasa kamu yang hanya faham dia, yang kenal dia. Kenapa tidak kamu je jadi suaminya. Tak kiralah Sha tu akan kahwin dengan abang long kamu atau orang lain. Kamu ingat orang lain tu akan kenal dan faham serta ambil berat tentang Sha seperti yang kamu buat sekarang ini? Sesuatu saat nanti Sha akan pergi juga, dia akan kahwin juga kalau bukan dengan abang long kamu, mungkin orang lain. So tiada bezanya kan. Masalahnya disini bukan kamu kisah kamu akan bertunang dan berkahwin dengan Sha ataupun Nita bukan? Yang kamu kisah bahagiakah Sha kalau dia berkahwin dengan kamu nanti kan. Kamu yang tidak sedar yang kamu mahu sesuatu yang baik untuk Sha, kamu mahu dia bahagia, kamu mahu dia gembira. Kamu mahu dia dapat apa yang dia hajati kat dunia ini, sampaikan kamu tidak sedar yang kamu sebenarnya tidak kisah pun tentang diri kamu tu. Hanya fikirkan kebahagian orang sahaja. Kebahagiaan kamu dimana?” datuk Harun bangun dari tempat duduknya lalu beredar dari situ, meninggalkan Arill dalam keadaan keliru dan bertanya-tanya.

” Arill, kebahagiaan kamu itu adalah kebahagiaan Sha. Tak ke Arill perasan selama ini?” suara lembut mama menyerap hingga ke hatiku. dalam sekelip mata datin zainab pun hilang disebalik pintu ruangtamu menuju ke biliknya, meninggalkan Arill yang semakin buntu. Tiba-tiba hatinya berdegup kencang. Apa yang dikatakan papa dan mama tak mungkin benar. Hatinya makin memberontak. Kepalanya semakin berat, terasa sakit yang teramat. Lalu Arill menyandarkan kepalanya ke sofa. Dia pejamkan mata, menghilangkan segala beban di kepala. Akhirnya dia terlena.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience