Bab 14

Romance Completed 11960

Bab 14

Atas nama kasih sayangnya kepada seorang sahabat yang sangat penting dan berharga dalam hidupnya , Arill nekad menyuarakan hasratnya yang mahu mendermakan sebelah buah pinggangnya kepada keluarganya, keluarga Sha dan doktor. Pak Mukrim dan mak Timah pada mulanya tidak menyetujui hasrat Arill itu kerana Arill telah terlalu banyak jasa dan budinya. Tidak perlulah sehingga mendermakan buah pinggangnya. Tapi Arill berhasrat juga melakukannya, dipujuknya juga sehingga dua orang tua itu menuruti kehendaknya. Mengalir air mata mereka, terasa bergitu mulia Arill disaat ini. Tidak tertangguh budi kepada Arill dan keluarganya. Apabila Arill menyuarakan hasratnya, datuk Harun hanya menganguk tanpa sebarang bantahan tapi pada mulanya datin Zainab menyuarakan juga ketidak setujuannya. Bukan kerana dia tidak menyanyangi Sha tapi khuatir keselamatan anak kesayangannya. Tidak sanggup dirinya melihat Arill akan mendapat kesan sampingan dan risiko setelah mendermakan buah pingangnya. Tapi apabila diterang terperinci oleh doktor dan Arill memujuknya, datin Zainab pun setuju. Datin zainab dan datuk Harun nampak sinar kasih sayang Arill pada Sha. Mereka dapat melihat kasih sayang itu sebenarnya melebihi kasih sayang seorang sahabat. Hal ini sangat menyenangkan mereka kerana mereka telah mencipta-cipta angan menjadikan Sha menantu mereka. Pergorbanan yang Arill lakukan ini adalah kerana cinta yang hadir tanpa dia sendiri sedari namun, mereka disekelilingnya sudah jelas akan perkara itu. Adakah ini pergorbanan atau cinta?.

“Tuhan telah mentakdirkan segalanya. Mungkin inilah takdir mereka berdua” ucapan ringkas Datuk Harun itu mengejutkan pak Mukrim dan Mak Timah.

Ada makna tersurat yang cuba disampaikan datuk Harun yang mereka berdua kurang mengerti. Dipandangnya datuk Harun untuk mendapat kepastian dan perjelasan. Dengan senyuman datuk Harun memandang isterinya yang turut tersenyum, lalu dia menunjuk jarinya ke arah bilik pebedahan yang didalamnya sedang berlaku pebedahan antara Sha dan Arill. Pak Mukrim dan mak Timah sudah megerti hasrat dan hajat yang ada dihati dua orang suami isteri itu. Bagi mereka tiada menjadi halangan, kerana hati mereka juga telah berpaut pada Arill dan yang menjadi persoalan sekarang adakah mereka berdua mahu dijodohkan?. Kasih sayang Arill telah dibuktikan, Cuma yang menjadi masalah sekarang ini ialah Arill tidak memahami perasaan sendiri. Persoalan yang paling ditakuti adakah Sha mahu dijodohkan dengan Arill kerana Arill adalah kekasih kawan baiknya. Hal ini merunsingkan kepala mereka, namun hajat dan janji perlu ditepati.

Pebedahan yang dilakukan berjaya, Sha dan Arill menunjukkan semangat yang tinggi menyebabkan mereka cepat sembuh. Tiada risiko dan kesan yang tidak elok yang menimpa mereka, Cuma doktor melarang Sha meneruskan minatnya dalam olahraga. Ini kerana akan membahayakan dirinya kerana dia kini hanya bergantung pada sebelah buah pinggang sahaja. Bergitu juga dengan Arill, minatnya dalam arena sukan bermotor juga harus dikuburkan kerana aktiviti lasak kesukaannya itu akan membahayakan nyawanya yang kini hanya tinggal sebelah buah pinggang. Bergitu besar pegorbanan cinta yang dilakukan oleh Arill kepada Sha. Jika Sha tahu hal ini pasti dia tidak akan dapat menerima budi baik Arill itu. Oleh sebab Arill bergitu kenal perangai sahabatnya itu, dia mahu mereka semua merahsiakannya dari pengetahuan Sha dan sehingga saat ini Sha tidak mengetahui tentang hal ini. Sha hanya diberitahu bahawa hospital mempunyai simpanan buah pinggang dan kos pebedahan semua ditangung oleh dana tabung bantuan. Sedangkan Arill dan keluarganyalah yang sangat banyak membantu Sha selama ini.

Mereka berjanji merahsiakan hal ini kerana mereka tidak mahu Sha berasa terhutang budi dan kecewa serta berasa dirinya banyak membuat orang lain mengalami kesusahan. Dalam masa pemulihan ini, doktor menasihatkan agar Sha tidak merasa sedih dan kecewa kerana hal ini akan menyebabkan psiko dan tahap keyakinan pesakit akan terjejas. Di saat-saat ini adalah penting kerana pesakit akan hilang keyakinan dan tidak mahu hidup kerana dia telah mengalami kehilangan sesuatu yang penting dalam hidupnya. Sesetengah kes akan menyebabkan pesakit menjadi murung dan ingin membunuh diri. Sesungguhnya mereka tidak mahu Sha jadi bergitu. Oleh itu, jalan penyelesaian yang terbaik ialah tidak memberitahu hal ini kepada Sha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience