Bab 3

Romance Completed 11960

Bab 3

“Makcik, pakcik jemput minum” pelawa ku sambil menuang minuman ke cawan. Lalu aku beredar ke bilik kerana seperti ada hal mustahak yang hendak mereka bincangkan tanpa pengetahuan aku..

Aku tidak duduk diam didalam bilik, aku betul-betul penasaran dan ingin tahu ada apa semua ini dan hati aku tidak tenang langsung. Bermain games di handphone tidak membantu ku bertenang langsung. Apa yang mereka bualkan seakan sungguh serius sahaja dan ini menambah resah ku. Hal ini membuat aku bergitu ingin tahu, akhirnya aku tertidur dalam keadaan yang ingin sangat tahu..

Apabila ku sedar, hari sudah petang. Lekas aku bangun dan mengintai ke luar jendela melihat ada atau tidak lagi kereta kepunyaan keluarga Arill itu. Seperti yang ku sangka kereta itu sudah tiada dan ini menandakan mereka sudah pulang. Aku berlari keluar sambil mencari ibuku. Di dapur tiada, di ruangtamu pun tiada. Terdengar suara ibu bercakap dengan ayah di luar rumah, aku terus berlari ke luar rumah menuju bangku rehat dibawah pokok rambutan di depan rumahku. Disitu kami selalu beristirehat bila waktu petang.

“Ibu, ayah! Makcik Zainab dan pakcik Harun balik dah ke?”, Tanya aku tergesa-gesa.

Ibu memandang ayah dan ayah pun bergitu. Aku menjadi semakin kehairanan.

“dorang datang ada hal apa mak, ayah”, Tanya aku ingin kepastian.
Ibu dan ayah hanya diam sahaja dan aku hanya memerhatikan mereka yang buat selamba je tu. Tiba-tiba ibu bersuara “Sha kamu kang pergi rumah makcik Jah dan cakap esok datang rumah, mak ada hal nak cakap dengan dia”
“hal apa mak?” Tanya aku menyibuk.
“eh banyak ragam plak budak ni, kalau orang tua cakap tu ikut je lah, tak leh ke tak banyak tanya, hal orang tua ada lah.menyibuk jek!”, leter ibu kepada ku. Tersipu-sipu aku malu didepan ayah. Ayah hanya tersenyum je.

“ala mak ni tanya ckit pun tak leh!” gajuk aku.
“masuk rumah mandi lagi bagus” sambil ku beredar ke dalam rumah.
“hah, kena leter ckit dah gajuk, ni lah budak zaman sekarang”
“mak nya nak bagitahu tak pada Sha” encik Mukrim bersuara.
“tunggu waktu sesuai lah ayahnya, bukan awak tak kenal anak awak tu. Degil!

“ikutlah, saya serah pada awaklah maknya. Saya tak paksa dan saya juga tak halang.

“entahlah ayahnya, hajat orang payah nak menolaknya.

Perbualan aku dengan ibu sampai disitu sahaja, aku masih kehairanan dan masih tidak dapat kepastian tujuan keluarga Arill datang ke rumahku. Malas aku memikirkannya walaupun hati ku ingin kepastian. Mungkin mereka sahaja mahu datang melawat kami dan mungkin aku sahaja yang berperasaan dan memikirkan yang bukan-bukan sedangkan tiada apa-apa pun.

“bodoh lah ko ni Sha!pikir bukan-bukan. “. Aku memukul kepala ku sambil tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience