Bab 7

Romance Completed 11960

Bab 7

Rahsia terbongkar…

Entah mengapa aku terasa ingin berjumpa Ani hari ini. Niat hatiku petang nanti aku mahu berjumpa dengannya. Kebetulan semalam aku terserempak dengannya di pasar malam, lalu dia mengajak ku kerumahnya untuk berbicara lebih panjang. Oleh kerana memang sudah lama kami tidak berjumpa, aku pun ingin berbual panjang dengannya. Oleh sebab itu, aku pun bersetuju untuk kerumahnya. Ku lihat wajah cerianya dengan seri-seri yang sungguh menyinar sedangkan mukanya tanpa make up, hanya beralaskan bedak muka. Mungkin inilah namanya seri ibu mengandung.

Ani memang kelihatan berbeza setelah mendirikan rumahtangga ini. Jika dulu dia dikalangan gadis cantik yang menjadi kegilaan di kalangan permuda kampung, Jika dulu penampilannya yang seksi dan ranggi, kini tidak lagi. Mungkin inilah akan berlaku kepada semua orang yang sudah mendirikan rumahtangga. Tapi aku suka perubahan pada Ani, dia mengingatkan aku kepada Ani yang pernah kenali masa kecilku. Mungkin Ani sudah berubah.

Salah memilih kawan menyebabkan dia pernah menjadi liar tapi pada dasarnya Ani memang seorang yang baik dan sangat pandai menjaga rumahtangganya. Dari segi memasak sampailah mengemas Ani memang pandai. Mungkin sebab itulah Ani mendapat jodoh yang baik walaupun dia pernah hayut bersama kawan-kawan yang liar. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Ani berjumpa seorang yang baik dan telah berjaya membawanya pulang ke pangkal jalan. Sungguh indah kisah cinta mereka. Aku? Entahlah. Apa pula kisah cinta ku nanti agaknya?

Sampainya dipintu pagar rumah Ani, Ani menjemput ku masuk. Dijamunya aku dengan minuman tea ice limau kegemaranku bersama makanan ringan. Suaminya tiada dirumah kerana ke rumah makciknya mengambil akar kayu untuk minuman Ani. Ah maklumlah orang mengandung ni kena banyak makan dan minum ubat-ubatan kampung.

” Ani ko sekarang sihat ke?”

“alhamdulilah..kau pulak?”

“aku cam ko tengok nilah,sihat dan semakin sihat”

“oklah kalau macam tu!”

“kau dah mengandung berapa bulan?”

“cukup bulan ni, genaplah 5 bulan”

“wow, mesti tidak sabar-sabar nak tunggu kelahiran bayi itu kan?”

“semestinyalah Sha. Kalau kau kahwin nanti, kau rasalah cam mana rasanya bakal jadi seorang ibu ni..hahahaha” Ani ketawa kecil diikuti Sha.

“aku?? Entahlah. Lambat lagi aku kut, bukan setakat nak jadi ibu tapi jadi isteri pun lambat lagilah. Calon pun tak ada lagi ini”

“ala kau ni nak kelentong aku plak, macamlah aku tak tahu”

Sha terkejut dan kehairanan apa maksud atau makna kata-kata Ani tadi. Dia ingin kepastian.

“apa plak yang aku kelentong?? Apa yang kau tahu?”

“usah nak sorok-soroklah Sha, kawan-kawan pun nak rahsia”
Senyuman Ani sukar untuk Sha mengerti, dia memang tak dapat menjangka apa maksud percakapan Ani itu. Hatinya semakin bertanya-tanya.

“apa dia Ani? Aku tak fahamlah”

“ala.. bukan ke kau nak bertunang tak lama lagi”

“apa?bertunang??”

Hampir gugur jantungnya mendengar perkataan bertunang. Calon pun tiada, bagaimana soal tunang-tunang ini muncul. Hatinya makin tak keruan.

“yelah bertunang! Dengar kata anak datuk gitu. Beruntunglah kau nanti, tak perlu hidup susah lagi kan..aku bersyukur kau dapat bertemu seorang yang baik. Aku harap ia berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Amin….”

“apa? Apa kau mengarut ni Ani? Kau dengar dari mana hah?” walaupun dalam nada bergurau dan tersenyum. Sebenarnya hatinya semakin penasaran, kenapa tiba-tiba persoalan ini muncul. Masakan pokok bergoyang kalau tiada angin. Apa motif disebalik gosip ini?. Kepalanya semakin pening, buntu mencari jawapan.

“la.. semalam Mak Jah datang hantar kain yang aku tempah. Dia yang cerita. Dia cakap ibu kau minta tolong membuat persiapan merisik dan meminang untuk kau tidak lama lagi.”

“apa?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience