HAJI Hamid menyeka peluh yang membasahi muka.Dia sedang aktif menebas lalang di sekitar rumahnya.Sudah panjang dan patut ditebas pendek.Mana tahan jika diserang sebatalion nyamuk pada setiap petang dan malam.Sekarang pula ada macam-macam penyakit yang berpunca daripada nyamuk.
Tepukan perlahan di bahu kiri mengejutkan Haji Hamid.Sangkanya anak atau isteri tetapi tiada sesiapa di situ sebaik sahaja dia menoleh.Dia menyambung kerja menebas dan berhenti sekali lagi apabila bahu kanannya pula yang ditepuk.Walaupun perlahan tetapi cukup dirasai Haji Hamid.Dia mula tidak sedap hati.
Terasa ada hembusan nafas di pipi kiranya pula.Haji Hamid berpusing mencari punca.
"Kenapa bang?"tegur isterinya,Hajah Sapiah dari belakang.Dia membawa sebotol air sejuk untuk suaminya.
"Hmm..tak ada apa-apa.Zara mana?"
"Dia kat sekolah dialah.Kenapa awak tanya?"soal Hajah Sapiah berasa pelik dengan pertanyaan suaminya.
Setiap pagi kecuali hari Sabtu dan Ahad,anak bongsu mereka akan ke sekolah.
"Zaril cakap nak balik bulan ni.Ada dia cakap kat awak dalam berapa hari bulan?"Haji Hamid mengubah topik.
"Belum pulak dia cakap.Nanti dia call lah tu.Nah ni air awak.Saya nak masak untuk makan tengah hari ni."beritahu Hajah Sapiah.
Dia sudah bersedia untuk kembali ke rumah.Segala bahan untuk memasak sudah diletak ke atas meja.Cuma menunggu untuk dipotong atau dikupas sahaja.
Haji Hamid mengambil botol air itu dari tangan isterinya.Wanita itu segera beredar.Tinggal Haji Hamid bersendirian semula.Air sejuk diteguk beberapa kali sebelum dia menyambung kerja.
Dengusan nafas yang berbunyi dari balik lalang membuatkan Haji Hamid meletakkan sabitnya di atas tanah.Memang benar dia sedang diganggu oleh sesuatu yang ghaib.
"Jangan kacau aku.Aku tak kacau kau."kata Haji Hamid tegas.
Aura aneh kian kuat menyelubungi sekitar kawasan itu.Namun dasar makhluk yang degil,ia tidak semudah itu menghilangkan diri.Ia belum puas mengganggu Haji Hamid.Ia mahu lelaki itu ketakutan sehingga menggigil satu badan.
"Baliklah ke tempat kau.Jangan kacau aku dengan keluarga aku."ujar Haji Hamid kembali memegang sabit.Dia mahu menyambung menebas lalang.
"Mampus kau!"
Haji Hamid mengetap bibir.Dasar iblis laknatullah!Tidak habis-habis mahu mengganggu anak cucu Adam.Dia menadah tangan dan mulutnya terkumat-kamit membaca doa.Biar terbakar!
Hajah Sapiah spontan berpaling apabila mangkuk besi jatuh ke lantai.Bingit sekali bunyinya jatuh menghentam lantai mozek.Rasanya mangkuk itu terletak jauh ke dalam dan bukannya berada sipi-sipi di hujung sinki.Sudah menjadi satu kerja pula dia kena bangun dan mengutip mangkuk itu.Mujur tiada isi di dalamnya.Jika tidak,jenuh dia mahu membersihkan lantai pula.Mangkuk besi dikembalikan ke tepi sinki.
"Eh?"Hajah Sapiah terkejut melihat sayur pucuk midin yang belum habis disiang bertaburan di atas lantai.
Meja didekati.Segala bawang dan pisau habis bersepah-sepah.Siapa punya angkara ni?
Kehadiran Haji Hamid di pintu dapur memang tepat pada waktunya.Wanita itu terus mengadu apa yang terjadi sebentar tadi.Mendengar sahaja berita dari mulut Hajah Sapiah,Haji Hamid terus bergegas masuk dan melihat sendiri bagaimana bersepahnya meja dan lantai.
"Mula-mula,mangkuk besi tu jatuh ke lantai.Lepas tu benda ni jadi."jelas Hajah Sapiah.
"Angin kuat agaknya."ujar Haji Hamid cuba menyedapkan hati isterinya.Dia tahu bukan angin yang menyebabkan semua ini.
"Angin?Mana ada angin bang.Elok aje saya tengok cuaca kat luar tu."balas Hajah Sapiah tidak puas hati.Memang tidak logik kesimpulan yang dibuat suaminya ini.
"Awak kemas-kemaslah cepat.Kotor pulak sayur tu nanti.Saya nak mandi dan bersiap-siap ke surau."kata Haji Hamid dan terus beredar ke bilik.
Tidak lama lagi akan masuknya waktu Zuhur.Hajah Sapiah tiada pilihan selain mengemas apa yang berterabur di atas lantai.
ABANG Zul menerima panggilan telefon dari Haji Hamid.Ketika itu dia sedang sibuk menguruskan kedainya.
"Ya Bang Aji?"jawab Abang Zul dengan gembira.
"Ada di mana?"tanya Haji Hamid.
"Kat kedai.Ada apa ya Bang Aji?"soal Abang Zul.
Dia perasan suara Haji Hamid kedengaran tidak ceria seperti selalu.Ada perkara yang berlakukah?
"Semua okey ke Zul?"
Sekali lagi Abang Zul berasa pelik.Soalan Haji Hamid memang mencurigakan.Pasti ada sesuatu yang tidak elok telah berlaku.
"Okey Bang Aji.Kenapa Bang Aji tanya macam tu?"
"Kalau okey,tak apalah.Tak ada apa Zul.Aku nak pastikan yang semua dah okey aje."dalih Haji Hamid.
Sekurang-kurangnya dia boleh menarik nafas lega apabila mengetahui Zul sekeluarga sudah tidak diganggu.
"Budak berenam tu?"
"Oh,saya tak terima call atau mesej daripada dia orang lagi.Rasanya semuanya okey lagi."
"Baguslah kalau macam tu."
"Bang Aji ada benda nak beritahu saya ke?"soal Abang Zul seperti tahu ada sesuatu yang mengganggu fikiran Haji Hamid.
Kalau tidak masakan dia menelefon hanya untuk bertanyakan hal itu?
"Kalau ada masa kita jumpa.Minum kopi kat tempat biasa."pelawa Haji Hamid.
Perkara serius seperti ini tidak wajar dibincangkan melalui telefon.Berjumpa lebih baik.
"Baik Bang Aji.Insya-ALLAH petang esok saya ke rumah Bang Aji."balas Abang Zul.
Perbualan telefon tamat di situ.Azan Zuhur sudah berkumandang dan Haji Hamid cepat-cepat bersiap untuk ke surau.Dia hampir terlambat kerana asyik berbual di telefon dengan Abang Zul.Mujur dia sudah berwuduk di rumah tadi.
"CERITA Abang Zul tergantung."ujar Ganesh ketika di dalam bilik.
Xiao yang sedang menulis nota sekadar mengiakan kata-kata rakannya itu.Sudah beberapa hari dia tidak menyentuh buku.
"Aku nak tahu apa jadi kat Iman dan Alisya lepas tu."ujar Ganesh.
"Kena request kat Abang Zul pasal tu."balas Xiao masih tidak mengalih pandangannya dari buku nota.
"Entah bila dapat berjumpa dengan Abang Zul lagi."bisik Ganesh.Dia melepaskan keluhan hampa.
Share this novel