ANIQ terkulat-kulat dengan mata yang terpaku di hadapan.Isyraf dan Ganesh menunggu penjelasan daripada Aniq.Mereka juga hendak tahu mengapa Abang Zul memberhentikan kereta buat kali kedua.Ada masalah apa pula kali ini?
"Abang Zul cakap apa?"soal Ganesh mencuit bahu Aniq.
Aniq menggeleng-geleng.
"Aku pun tak tahu.Dia pesan jangan keluar dari kereta."
Kening Ganesh dan Isyraf terangkat.Pasti mereka di sana sedang diganggu oleh semangat jahat itu.Perjalanan masih jauh dan tidak pasti bila patung itu dapat dikembalikan ke tempat asalnya.Nampak gaya memang makhluk itu tidak mahu kembali ke dunianya.Pelbagai gangguan aneh menimpa dan semakin lama semakin teruk.
"Dia orang kena kacau pulak ke?"soal Isyraf.
Mereka hanya terdiam.Tiada siapa yang dapat memberikan jawapan sahih melainkan Abang Zul,Fazziq dan Xiao sendiri.
Fazziq memandang Xiao yang duduk di belakang.Rakannya di dalam ketakutan sejak melihat jelmaan Zarul.Abang Zul pula sekadar memandang ke hadapan dengan tangan di stereng.Dia sedang mengumpul keberanian untuk meninjau keadaan di luar.
"Ada yang melanggar kereta tadi.Rasa tak?"
"Haah bang.Memang ada.Abang nak saya turun check ke?"tanya Fazziq.Sekali lagi dia menawarkan khidmatnya untuk memeriksa apa yang melanggar kereta Abang Zul.
"Jangan.Tunggu dulu..."
Sekali lagi tindakannya dihentikan lelaki itu.Abang Zul menentang keras keputusan Fazziq untuk keluar dari kereta.Malah rakan-rakan di belakang juga tidak berani keluar atas arahan Abang Zul.
Xiao memejamkan mata buat beberapa saat.Seorang wanita tinggi lampai sedang berdiri tidak jauh di hadapan kereta.Entah-entah wanita ini yang melanggar kereta Abang Zul sebentar tadi.Ada kena-mengena dengan patung itukah?
"Bang,nampak tak apa yang saya nampak?"bisik Xiao.
Abang Zul mengangguk.Fazziq juga melihat apa yang sedang dilihat Xiao.Mereka bertiga mematungkan diri.Patutlah naluri Abang Zul kuat mengatakan jangan turun dari kereta,rupa-rupanya ada makhluk lain di luar.
Abang Zul mengamati rupa wanita itu.Ia hampir-hampir seperti wanita yang dia lihat ketika di sana sebelum ini.
Ya,mungkin fikirannya tepat!
Fazziq dan Xiao terpana.Wanita misteri itu memang tinggi.Mungkin mereka setera lengannya sahaja jika berdiri sebelah menyebelah.
Abang Zul mengeratkan pegangannya di stereng.Dia bersedia untuk memecut.
"Bang..."
Belum sempat Fazziq menghabiskan kata-kata,Abang Zul terus menekan minyak dan memecut ke hadapan.Dia melanggar wanita itu tanpa sebarang kompromi.
Aniq turut memecut dari belakang dan melanggar wanita itu.Ternyata mereka berjaya bergerak menembusi badan wanita itu.Wanita itu langsung tidak terjejas dan menghilang bagaikan angin lalu.Semua yang berada di dalam kereta menghela nafas lega.Kelajuan kereta tidak diperlahankan walaupun sedikit.Mereka mahu cepat sampai ke destinasi.
Selepas hampir sejam perjalanan,mereka akhirnya tiba.Abang Zul memberhentikan kereta di tepi jalan dan cepat-cepat membawa lima sekawan itu ke lokasi di mana pintu masuk berada.Setakat ini,perjalanan masuk mereka berjalan lancar dan tiada apa-apa gangguan.Seperti biasa,mereka disapa dunia kelam kebiruan ketika mula-mula masuk.
Fazziq memeluk beg sandangnya.Dia tidak mahu beg itu terlepas ke tangan yang bergelar makhluk halus.Patung akan dikembalikan,itu janjinya.
Manakala Ganesh,Xiao,Aniq dan Isyraf pula kerap menoleh ke belakang dan sisi.Khuatir jika ada benda yang mengikut.Setakat ini perjalanan mereka masih lancar.Abang Zul berjalan di hadapan tetapi penuh berhati-hati.
Ekspedisi kali kedua ini mereka kembali untuk 'seindah' yang pertama kerana kali ini mereka kembali untuk mengembalikan barang yang diambil.Mereka tidak pasti jika ada sesuatu yang sedang menanti untuk mengganggu-gugat keselamatan mereka.
"Mari."ajak Abang Zul nada suara yang perlahan.
Mereka bergerak ke titian kayu yang akan menghubungkan mereka dengan rumah kayu usang.Mereka wajib masuk ke rumah itu untuk ke dunia sana.
"Hati-hati."pesan Abang Zul apabila Xiao tergelincir dan hampir-hampir terjatuh ke dalam air sungai.
Hari itu titi kayu basah dan licin.Kini masa untuk mendaki anak-anak tangga pula.Tangga kayu di hadapan mereka sangat usang.Tekstur kayunya sudah rapuh dan boleh ranap pada bila-bila masa sahaja.Lemah semangat dibuatnya.Mereka pula lelaki-lelaki yang berbadan tegap terutamanya Ganesh.
"Kau orang naik dulu."arah Abang Zul memberi laluan kepada para pemuda itu.
Dia akan menjadi orang yang terakhir naik ke atas.Keselamatan mereka lebih penting.
Mereka memijak tangga dengan berasa risau.Risau jika tangganya rosak dan menjadi penyebab mereka jatuh dan tercedera.Mereka membantu sesama sendiri dan akhirnya semuanya selamat berdiri di beranda.Abang Zul menyertai mereka selepas berjaya mengharungi kesusahan itu.Mujur tiada anak tangga yang patah.
Selepas itu mereka melangkah masuk ke dalam rumah dan berjalan mencari pintu belakang secepat mungkin.Ada banyak mata yang memerhati tetapi mereka membutakan mata.Berlakon seperti tiada apa-apa.Itu pesanan Abang Zul.
Pintu belakang terbuka luas.Mereka bergegas keluar dari situ dan memulakan perjalanan untuk mencari kedai dan meletakkan patung berpuaka ke situ semula.Seperti sebelum ini,mereka melihat banyak kereta tanpa pemandu tersadai di jalan raya besar.
Pintunya terkuak luas dan radionya terpasang.Barang hiasan bersaiz mini yang tergantung di cermin hadapan kereta bergoyang ke kiri dan kanan.Sengaja untuk menarik perhatian mereka.
"Tak apa,kita teruskan perjalanan.Ingat,apa-apa jadi kita buat tak tahu sahaja."pesan Abang Zul sekali lagi.
Pemuda-pemuda itu mengangguk faham.Mereka melintasi kereta-kereta yang bingit dengan seribu perasaan.Bunyi hon kereta bersahut-sahutan.Telinga mereka sakit mendengarnya.Tatkala mereka berjaya melintasi semua kereta,hon yang memekakkan telinga tadi berhenti serentak.Suasana menjadi sunyi serta-merta.Kaki juga automatik berhenti bergerak.
Semua melilau memandang ke sekeliling.Kesunyian itu terasa membunuh.Seolah-olah ada makhluk yang sedang bersedia untuk membaham mereka hidup-hidup.Ibarat kata pepatah,air yang tenang jangan disangka tiada buaya.
Beg didakap seerat mungkin.Fazziq melindungi begnya separuh nyawa.Dia tidak mahu terus dihantui lagi.Dia sudah serik.Sempat dia dan Ganesh bertemu mata tetapi tiada kata yang terucap di bibir masing-masing.Dia tahu rakannya itu berharap supaya dia menjaga patung itu elok-elok kerana mereka bakal mengembalikan ia ke tempat asalnya.
"Syy..."Abang Zul membuat isyarat senyap.
Semuanya kaku dengan mata yang terkelip-kelip.Mereka bingung.Tidak tahu apa tindakan yang harus dilakukan oleh mereka seterusnya.Menunggu arahan dari Abang Zul.
Hembusan angin dari belakang tengkuk Isyraf membuatkan pemuda itu cepat-cepat berpusing ke belakang.Batang lehernya digosok-gosok.Terasa hembusan nafas seseorang di situ sebentar tadi.
Aniq menyenggol lengan rakannya.
"Kenapa?"
"Jangan tegur."ujar Abang Zul separuh dengar.
Pasti ada sesuatu yang telah mengganggu emosi Isyraf.Pantas Aniq dan Isyraf menutup mulut.Selepas itu,gangguan semakin kerap berlaku sehingga melemaskan mereka.
Pokok besar yang tersergam indah di hadapan mereka,dipandang penuh minat.Pokok di mana Ganesh pernah ternampak seorang lelaki kurus melengkung dengan sepasang mata yang renungannya kosong tetapi mengerikan.
Kelihatan dedaun pokok bergerak-gerak.Memang menarik perhatian sesiapa pun yang berada di situ.Enam lelaki itu berdebar-debar.Entah apa yang ada di sebalik dedaun itu.Imaginasi mula bermain liar.
Ganesh menunduk ke tanah.Separuh wajah lelaki kurus itu mula kelihatan mengintai dari balik pokok.Matanya mencerlung tajam.Bunyi dengusannya jelas sekali.Ia tidak suka dengan para penceroboh ini.Tidak lama kemudian,ia bergerak ke hadapan dengan tubuh melengkung kerana tubuhnya yang kurus kering.
"Kita gerak sekarang."desak Ganesh.
Sebelum makhluk menakutkan itu menyerang mereka,lebih elok perjalanan diteruskan.Tidak sanggup dia berlama-lama di situ.
Tanpa banyak tanya,mereka kembali mengayun kaki menuju ke tempat di mana patung itu telah diambil.Ketika menjejakkan kaki ke tempat yang sama,ternyata ia berbeza suasananya.Jika sebelum ini suasananya terang dan berwarna-warni namun kini ia suram dan nampak menyeramkan.Kelabu tua menyelubungi kaki langit.
"Mana kedai yang kau masuk tu?"tanya Ganesh melilau mencari kelibat kedai yang pernah dimasuki Fazziq tempoh hari.
Xiao yang banyak diam pada hari itu menghalakan telunjuknya ke satu bangunan yang terletak di sisi kiri mereka.
"Tu ke?"tanya Xiao.
Fazziq merenung bangunan usang bercat putih dengan perasaan keliru.Betul ke itu kedainya?Sebelum ini kedainya nampak baru dan moden.Bangunan yang sedang dilihatnya ini nampak usang dan bakal runtuh bila-bila masa sahaja.Tetapi apabila dilihat daripada seni binanya,ia memang serupa dengan kedai itu.
Kakinya mula diatur.Lima orang yang lain mengekori dari belakang.Mereka menanti di luar pintu sementara Fazziq mengembalikan patung itu diatas rak.Beg dibuka dan kotak besi ditarik keluar.Tidak sampai seminit,tugasnya selesai.Kini ia sudah berada di atas rak kembali bersama patung-patung yang lain.
Namun beberapa saat kemudian,keadaan kedai itu berubah.Fazziq menggelabah.Ia bukan sebuah kedai menjual barang-barang antik lagi.Ia bertukar ke tempat menjual keranda.
Fazziq berlari keluar dengan muka pucat.
"Ada keranda!"
Semua menggerumuni pintu dan melekapkan wajah mereka di situ.Ya benar,kelihatan keranda kayu bersusun-susun di dalam.Ada yang usang dan ada yang mewah dengan ukiran pelik.
"Patung?"tanya Abang Zul.
"Dah letak atas rak."jawab Fazziq.
"Kalau macam tu,kita boleh gerak sekarang."arah Abang Zul.
Apa yang penting,patung itu sudah dikembalikan ke tempat asal.Soal perubahan interior kedai sudah tidak menjadi masalah.
Mereka berenam bersedia untuk kembali ke dunia nyata.Selepas memulangkan patung,mereka harus cepat-cepat pulang.Situasi kali ini tidak sama seperti mula-mula mereka menjejakkan kaki ke situ.Kali ini situasinya lebih bahaya.Lagipun,Haji Hamid sudah berpesan jangan berlama-lama jika sudah mengembalikan patung itu.
Share this novel