Bab 6

Thriller Series 1109

GANESH automatik menunduk apabila pandangannya bertemu dengan sesuatu.Ada seorang lelaki sedang tergantung secara terbalik di sebatang pokok.Dia langsung tidak meronta-ronta dan sedang memandang tepat ke arah mereka.Wajahnya pucat membiru bagaikan mayat.

"Bang Zul..."

Kaki Abang Zul berhenti daripada terus melangkah.Dia berpaling dan mamakukan pandangannya ke muka Ganesh.

"Kenapa Ganesh?"soalnya.

"Boleh ke kalau kita tak lalu kat pokok tu?"

Semua mata memandang pokok yang dimaksudkan Ganesh.

Abang Zul memahami maksud tersirat yang Ganesh ingin sampaikan.Pasti lelaki ini ternampak sesuatu yang aneh dan yang paling pelik,hijabnya tidak terselak untuk melihat apa yang dilihat Ganesh di pokok itu.Tidak seperti apa yang dia nampak di dalam kereta berwarna merah tadi.

Boleh jadi Ganesh seorang yang lemah semangat atau seorang yang hijabnya terbuka luas.Abang Zul menghampiri pokok itu dan jarak di antara mereka hanya tinggal beberapa meter sahaja.

Fazziq mencuit lengan Aniq.

"Apa yang Abang Zul tengok tu?"soal Fazziq.

Aniq dan Isyraf memberi isyarat senyap kerana tidak mahu suara Fazziq yang lantang didengari makhluk-makhluk yang mendiami dunia itu.Fazziq memuncungkan mulut tanda tidak puas hati.

Fazziq mengerling ke sisi.Semuanya berpunca daripada Ganesh yang membangkitkan isu pokok secara tiba-tiba.

"Apa yang kau nampak Ganesh?"soalnya tanpa berselindung lagi.

Aniq dan Isyraf mengeluh panjang.Ganesh merenung pokok di hadapan mereka dengan mata tidak berkelip.Sesusuk tubuh kurus kering itu masih tergantung di dahan pokok.Keras kejung seperti batu.Mungkinkah ia sekadar patung?

Ganesh merasakan bulu romanya semakin tegak berdiri.Rasa seram sejuknya mula menular hingga ke kepala.Jika boleh dia mahu balik masa itu juga tetapi sebagai anak jantan,dia akan kuatkan semangat dan tidak akan membiarkan Fazziq terus mengejeknya sebagai penakut.

Abang Zul turut merasai apa yang Ganesh rasai.Dia turut merasakan kehadiran seseorang di sisi mereka ketika itu.Yang pastinya ia berada di pokok besar berdaun aneh itu.Entah mengapa hijabnya tidak terbuka untuk melihat sendiri apa yang sedang memerhatikan mereka.Apa yang dia mampu lakukan ialah memohon perlindungan dari Yang Maha Esa.

"Tak apa,kita teruskan aje.Ganesh,don't worry."ujar Abang Zul sambil tersenyum manis.Dalam hati hanya TUHAN yang tahu.

Mereka tiada pilihan lain selain melintasi pokok itu untuk ke depan.Mereka harus cekalkan diri kerana semua ini terjadi di atas kehendak masing-masing.

Abang Zul mengarahkan supaya mereka cepat-cepat melintasi pokok itu.Dia tidak mahu membazirkan lebih banyak masa.Mereka hanya ada sejam beberapa minit lagi sebelum dia membawa para pemuda itu kembali ke dunia nyata.Pintu masuk untuk ke situ sudah terlalu tua dan dia risau jika mereka akan terperangkap di situ buat selama-lamanya.

Ketika melewati pokok itu,tengkuk Zarul berasa pedih dan berdenyut-denyut.Berkerut-kerut mukanya menahan sakit.Kesan tamparan itu bagaikan dicucuk-cucuk jarum.

"Kau okey tak ni Rul?"soal Xiao risau.

Kulit muka Zarul kelihatan pucat sahaja.Zarul mengangguk.Dia tidak mahu kalah dengan kesakitan yang sedang ditanggungnya.Jika dia berkeluh kesah,aktiviti pada hari itu akan terganggu.Dia tidak mahu menjadi penyebab kepada kesusahan Abang Zul dan rakan-rakannya.

"Kau biar betul?Aku tengok kau pucat semacam ni."desak Xiao.Tidak puas hati dengan jawapan Zarul.

Zarul memaksa dirinya untuk senyum.Sedaya upaya cuba memberikan imej seolah-olah dia kelihatan okey.

"Weh,tengok sana!"tempik Fazziq perlahan.

Mereka berpaling dan memandang Fazziq seretak.Apa yang menarik perhatian Fazziq sehingga teruja begitu sekali.

Sebuah bandar kecil tersergam indah di hadapan mereka.Ia kelihatan normal dan tiada apa-apa yang menakutkan di situ.Langit yang terbentang di atas juga cerah dan bercuaca baik.Hanya satu benda yang membuatkan bandar itu nampak menyeramkan iaitu kesunyian yang menyelubungi.

Mereka bertujuh meneruskan perjalanan.Abang Zul memandang ke kanan dan ke kiri,kemudian ke depan dan ke belakang.Dia mengambil langkah berjaga-jaga.Risau juga muncul benda-benda yang tidak diingini.

Fazziq memperlahankan langkahnya.Sengaja dia membiarkan yang lain mara ke hadapan kerana ada tempat yang ingin dia terjah seorang diri.Jika Abang Zul tahu mungkin lelaki itu tidak akan membenarkan mereka masuk ke situ.

Dia mendekati sebuah bangunan yang bercat putih dan melekap mukanya ke pintu cermin yang tertutup rapat.Dia mengintai keadaan di dalam dengan penuh minat.Terdapat banyak barangan antik di dalam dan yang paling menarik perhatiannya ialah patung-patung kayu aneh yang tersusun di atas rak.

Patung-patung unik seperti itu memang selalu membuatnya jatuh hati.Pergi melancong ke mana-mana pasti barangan seperti itu yang akan dibeli.

"Abang nak pesan jangan kutip apa-apa masa kat sana nanti walaupun seketul batu."

Terngiang-ngiang pesanan Abang Zul di telinga.Ah,tak kisahlah!Bukannya aku ambil pun.Sekadar tengok-tengok apa salahnya?Desis hati kecilnya.

Pintu kaca ditolak perlahan.Ia segera terbuka.Fazziq tersengih hingga ke telinga.Jika tidak berkunci maka eleoklah dia meninjau-ninjau sekejap.Peluang keemasan ini bukannya datang selalu.Kaki digerak memasuki kedai itu.Kerjanya lebih mudah memandangkan tiada sesiapa yang berada di situ.

Dunia jin pun ada kedai macam ni ya?Fikir Fazziq yang begitu teruja.

Patung-patung yang menarik minatnya dibelek-belek.Memang halus hasil buatannya.Daripada kayu jati agaknya.Ingin sahaja dia memasukkan patung itu ke dalam poket bajunya.

"Abang nak pesan jangan kutip apa-apa masa kat sana nanti walaupun seketul batu."

Pesanan Abang Zul berulang-ulang kali bermain di fikiran bagaikan kaset.Betulkah akan ada kesan buruknya kalau mereka mengutip atau mengambil apa-apa di situ?

Lama dia merenung patung itu.Geram betul dia mahu menjadikan patung itu sebagai koleksi.Tidak pernah dia melihat patung seunik ini.Melihat dari seni ukirnya memang sudah cukup melambangkan ia berasal dari dunia mistik.

patung itu digenggam kuat.Dia melawan nafsu untuk memilikinya.Hatinya memberontak di antara mematuhi pesanan Abang Zul atau mengambilnya.

Patung itu dikembalikan ke atas rak bercat coklat tua.

ABANG Zul dapat mengesan ketiadaan Fazziq di belakangnya.Selalunya suara Fazziq akan memecah keheningan walaupun sudah diingatkan jangan membuat bising.Dia melilau-lilau mencari pemuda itu.

"Mana Fazziq?"soalnya runsing.

Aniq,Isyraf,Xiao,Ganesh dan Zarul terpinga-pinga.Sejak bila pula si Fazziq lesap?Patutlah suasana tiba-tiba tenang saja tadi,rupa-rupanya si penyakat itu tiada.

"Tadi ada."jawab Isyraf sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

Ke mana sajalah Fazziq!Waktu-waktu begini pun mahu main sorok-sorok.

Abang Zul berasa tidak sedap hati.Khuatir jika ada apa-apa yang tidak elok menimpa Fazziq.Ketika dia hendak mencari Fazziq,pemuda itu muncul tidak lama selepas itu.Selamba berjalan menuju ke arah mereka.

"Kau ke mana Fazziq?"soal Zarul,sedikit bengang.

Fazziq tersengih-sengih macam kerang busuk.

"Aku masuk kedai belakang sana tu."jawab Fazziq.

Abang Zul berkerut muka.Mengikut telahan Abang Zul jika benar kedai yang dimaksudkan Fazziq,merupakan ruangan yang menyimpan barang-barang unik.

"Kedai yang banyak patung tu ke?"soal Abang Zul.

Fazziq mengangguk perlahan.

"Ada usik apa-apa tak?"tanya Abang Zul lagi.

Pertanyaan itu dibalas dengan gelengan daripada Fazziq.Abang Zul menarik nafas lega.Jika begitu tidak akan timbul apa-apa masalah nanti.

"Betul ke ni?Entah-entah kau ada curi apa-apa tak?"tebak Ganesh.Memang dia sengaja mengusik Fazziq.Misi membalas dendam namanya.

"Memang tak adalah.Kau jangan nak tuduh aku yang buka-bukan eh!"bidas Fazziq.

Ganesh tersenyum puas hati.Fazziq memang patut diusik.Baru dia tahu betapa tragisnya dia rasa setiap kali digelar penakut.

Abang Zul hanya tersenyum pahit.

"Last sekali kita akan ke sana."ujar Abang Zul lalu menghalakan telunjuknya ke satu kawasan.

Aniq dan Isyraf berpandangan sesama sendiri.Rasa-rasanya mereka pernah mendengar tentang kawasan itu.Dari apa yang mereka dengar,ia bukan sesuatu yang indah tetapi mereka tidak pasti dengan kesahihan cerita tersebut.

"Tempat apa tu bang?"Fazziq bertanya.

"Tempat tu tempat manusia-manusia membuat pemujaan,ilmu khurafat."balas Abang Zul.

"Apa yang diorang buat?"soal Fazziq lagi.

"Macam-macam.Nanti dah keluar dari sini abang cerita.Sekarang kita gerak ke sana."ajak Abang Zul terus ke destinasi berikutnya.

Mereka membuntuti langkah Abang Zul dari belakang.Tempat itu terletak tidak jauh dari bandar kecil itu.Perasaan mula bercampur baur.Hanya seorang sahaja yang teruja sejak dari tadi iaitu Fazziq.Bibirnya terbuka menampakkan barisan giginya yang cantik.Dari A hingga Z membuatkannya teruja.Kadangkala lagaknya seperti anak kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience