ZARUL yang terbaring di katil menerbitkan rasa bingung Ganesh yang pergi memeriksa keadaan rakannya itu selepas Aniq pengsan.Rasanya tadi Zarul sudah bangun.Malah menyahut ketika dia dipanggil ke ruang tamu.Ganesh berdiri di hujung katil sambil merenung Zarul lama-lama.Tidak mungkin Zarul kembali tidur setelah apa yang berlaku dengan Aniq.
"Ada apa Ganesh?"soal Zarul.
Ganesh tersentak.Zarul sudah sedar dari tidur.Kini sedang memandang ke arahnya dengan muka sembab.Dia hairan melihat Ganesh yang sedang memerhati di hujung katilnya.
"Kau baru tidur ke?"tanya Ganesh.
"Sejak tadi.Kenapa?"balas Zarul.
"Tadi kau berdiri kat belakang pintu..."Ayat Ganesh dibiarkan tergantung.
Zarul mengangkat kening.Tidak faham dengan apa yang dikatakan Ganesh.Kepalanya yang tidak gatal digaru-garu.
"Belakang pintu?"soal Zarul bingung.
Kini Ganesh pula yang tergaru-garu kepala.Bukan dia seorang sahaja yang menyaksikan kejadian tadi.Semua yang ada melihat sendiri Zarul yang seolah-olah bersembunyi di sebalik pintu.
Aniq tiba-tiba pengsan tidak sedarkan diri.Adakah kerana itu bukan Zarul?
"Abang Zul dah sampai?"soal Zarul.
Tubuhnya masih lesu tetapi mungkin sudah tiba masa untuk dia bangun.Rasa-rasanya sudah terlalu lama dia tidur.Pasti tidak manis jika dia tidak menyapa Abang Zul yang datang bertandang.
"Aniq pengsan."
"Hah?"Zarul melopong.
Dia bergegas ke bilik sebelah apabila Ganesh memberitahunya.Di situ,dia menjadi tumpuan ramai.Rata-rata daripada mereka memandangnya dengan curiga.
"Kenapa dengan Aniq?"tanya Zarul.
Abang Zul mencuri pandang ke leher Zarul.Pemuda itu hanya mengenakan seluar pendek berwarna hitam,topless.Kesan merah di leher Zarul kelihatan merah.Tidak merasa sakitkah dia?
"Weh,kenapa dengan Aniq?"ulang Zarul.
Pelik dia melihat perlakuan mereka yang memandangnya tanpa menjawab soalan.Ada apa-apakah di mukanya?
"Pengsan."Akhirnya Xiao membalas.Dia berdiri di sisi katil sejak Aniq dibaringkan di situ.
"Hah?"berkerut dahi Zarul.
"Zarul okey?"
Soalan Abang Zul dibalas dengan anggukan oleh Zarul.Batang tengkuk yang sedikit pedih diraba-raba.Terasa panas di situ.Rasanya kesan merah sudah semakin membaik.Ubat sapu pun sudah dioles.Air penawar pemberian Haji Hamid pun sudah disapu.Entah apa yang tidak kena lagi.
Perbuatannya diperhati oleh Abang Zul.Petanda yang kurang baik.
Aniq bergerak-gerak.Dia sedarkan diri selepas beberapa ketika.Dikerumuni oleh lelaki-lelaki yang mengambil berat tentang dirinya.Namun selepas dia melihat Zarul,dia mengundur beberapa inci ke belakang.
"Kau bukan Zarul!"jerit Aniq tiba-tiba.
Zarul tergamam.Semua mata tertumpu ke arahnya.Apa yang dikata oleh Aniq ni?Aku bukan Zarul?Gumamnya.
"Kau tengok apa tadi?"tanya Ganesh.Kini dia sudah pasti Zarul yang dilihat Aniq tadi bukannya Zarul.
Ketika Zarul menampakkan dirinya di balik pintu,barulah Aniq sedar sebahagian tubuh Zarul sahaja yang ada.Dari kepala hingga ke pinggang.Tali perutnya berjurai jatuh ke lantai.Akibat terlalu terkejut,dia akhirnya jatuh pengsan.
Semua ternganga mendengar cerita Aniq.Sekali lagi Zarul jadi titik perhatian.Mereka memandangnya atas bawah.Bagaikan tidak percaya itu manusia.Zarul semakin bingung.Secara tiba-tiba dia dianggap hantu.Ini tidak adil baginya.
"Bila masa aku berdiri belakang pintu?Aku kan tidur masa tu?"soal Zarul tidak puas hati.
Aniq memegang kepala yang berdenyut-denyut.Semasa dia pengsan,kepalanya terhantuk kuat ke lantai.Sakit sungguh kepalanya terasa seperti mahu pecah pula.
"Kita bincang kat luar."usul Abang Zul.Bahu Aniq ditepuk-tepuk lembut.
Di ruang tamu,Abang Zul memerhati muka seorang demi seorang dan dia berhenti di wajah Fazziq.Pemuda itu nampak serba tidak kena dan asyik membuang pandangannya ke lantai.
"Abang pasti ada yang tak kena.Tolong mengaku kalau sesiapa antara kamu semua yang terbawa balik apa-apa dari sana."
Sekali lagi Abang Zul meminta supaya mereka mengaku dan bercakap benar.Selagi masalah ini tidak diselesaikan selagi itulah kejadian-kejadian pelik akan berlaku.
Malah makin lama dibiarkan,ia akan menjadi semakin teruk.Dia bercakap dari pengalamannya sendiri.
Ganesh memandang Fazziq tanpa berkata apa-apa.Malas mahu bertengkar.Dia menunggu Fazziq membuka mulut.
"Jangan sampai nasi menjadi bubur,susah nanti."sambung Abang Zul.Membuat desakan supaya ada di antara mereka yang mengaku.
Fazziq menggigit bibir.Hatinya berbelah bahagi.
"Saya ada terambil."Akhirnya Fazziq membuat pengakuan secara terbuka.
Pengakuannya membuatkan rakan-rakannya terkejut.Ya,terkejut tetapi sedikit sahaja.Sudah lama mengesyaki Fazziq terutamanya Ganesh.Ganesh mengeluh.
"Kau ambil apa,Ziq?"soal Isyraf,marah.
Fazziq mengangkat wajahnya perlahan-lahan dan bertentang mata dengan Aniq yang sedang berdiri di belakang Abang Zul.Entah sejak bila Aniq berada di situ dia tidak tahu kerana menundukkan wajah sepanjang waktu.Aniq kelihatan sangat kecewa.
"Patung."jawab Fazziq,pendek.
Suasana menjadi senyap buat seketika waktu.Semua berasa kecewa dengan tindakan Fazziq.Sudah beberapa kali Abang Zul berpesan jangan usik atau ambil apa-apa.Tetapi Fazziq memang degil!
"Mana patung tu?"tanya Abang Zul.
Nada suaranya kedengaran agak serius tetapi masih ada segaris senyuman terlukis di bibirnya.Sekurang-kurangnya dia berasa lega kerana Fazziq mahu mengaku kesalahannya.
Fazziq menyeluk poket seluar jeansnya dan meraba-raba mencari patung itu.Dia mengeluarkannya dari poket dan menyerahkannya pada Abang Zul.Lama Abang Zul membelek-belek dan air mukanya berubah serius beberapa minit selepas itu.Patung yang diambil Fazziq merupakan patung yang paling kuat sumpahannya.
Dia cepat-cepat meletakkannya di atas meja.
"Kenapa bang?"soal Xiao.
Pada waktu yang sama matanya merenung patung kayu kecil itu dengan penuh minat.
Nafas Abang Zul menjadi laju.Dadanya berdebar-debar.Dia merenung Fazziq dengan pandangan tajam.
"Kita kena kembalikan patung ini ke tempat asalnya."jelas Abang Zul.
"Tapi..."
"Tak ada tapi-tapi!Kita kena pulangkannya secepat mungkin!"tegas Abang Zul memotong percakapan Fazziq sebelum sempat pemuda itu menghabiskan ayatnya.
"Ada benda ke yang perlu kami tahu?"desak Ganesh.
Abang Zul tidak akan bertindak sekeras ini jika tiada apa-apa yang bahaya.
Abang Zul bangkit.Dengan mata yang tertancap ke patung itu.
"Pagi esok kita ke sana."ujar Abang Zul.
Enam sekawan itu terkebil-kebil.Mahu ke mana?
"Kita kena pulangkan patung ni esok."
Selesai berkata begitu,Abang Zul beredar ke pintu dan bergegas ke keretanya.Dia menekan pedal minyak dan memecut pergi dari situ.Esok patung itu akan dikembalikan ke dunia ghaib itu.Sebelum itu,dia akan ke rumah Haji Hamid terlebih dahulu.Apa-apapun,Haji Hamid tempat rujukan terbaik.
Share this novel