MEREKA mendongak ke langit.Ia kelihatan biru tua dan kelam seolah-olah hari sudah hampir malam.Zarul yang berpeluh-peluh juga tidak sepanas tadi.Akhirnya dia boleh menyimpan sapu tangan ke dalam poket seluar jeannya.Setitik peluh pun sudah tidak mengalir lagi.
"Bismillahirrahmanirrahim.Kita dah sampai."bisik Abang Zul.
Aniq memandang Isyraf.Patutlah suasana kelam semacam.Rupa-rupanya inilah dunia mistik yang ingin diterokai mereka itu.Suasananya memang sangat-sangat biru dan sunyi sepi.Bunyi cengkerik atau unggas hutan pun langsung tidak kedengaran.
Fazziq ternganga dan sesekali tergelak kecil.Keseronokan yang dirasai ketika itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.Dia merapati Zarul.
"Kita dah sampai weh.Gilalah!"tempik Fazziq perlahan.
Suaranya menarik perhatian Abang Zul yang berada tidak jauh daripada mereka.Dia cepat-cepat mentup mulutnya.
Zarul hanya tersenyum tawar.Angin dingin yang berhembus lembut berjaya mengeringkan peluh di wajah dan batang lehernya.Ah,nyaman sekali...detik hatinya.
Manakala Ganesh pula hanya tercegat di sebelah Xiao.Kakinya terasa berat untuk melangkah ke hadapan.Hatinya menjadi semakin tidak tenteram dan terasa seolah-olah mereka sedang diperhatikan oleh sesuatu.Debaran di dada kian memuncak.Namun,segalanya sudah terlambat.Dia sudah tidak boleh berpatah balik dan perjalanan harus diteruskan.Dia memaksa kakinya untuk terus maju ke hadapan.
"Kita kena melalui satu lagi pintu untuk ke sana.Macam tadi,kita kena berjalan sedikit untuk sampai ke situ."terang Abang Zul.
Abang Zul melangkah perlahan-lahan sambil diikuti yang lain.Mereka tidak banyak bercakap dan hanya membuntuti jejak langkah ketua ekspedisi itu.
Fazziq menghayun langkah mendekati Ganesh.Rakannya ini nampak bingung sahaja dan lebih banyak berjalan dengan wajah menunduk memandang tanah.Dia ingin mengusik Ganesh.
"Nampak hantu tak?"tanya Fazziq.Dia tersengih macam kerang busuk.
Ganesh mengangkat muka lalu memandang Fazziq dengan perasaan geram.Di waktu-waktu begini pun masih ada hati lagi mahu mengusiknya.Entah-entah bila hantu menjelma si Fazziq dulu yang pengsan.
"Ada."
Mata Fazziq membulat.Ganesh nampak hantu?Fikir Fazziq.
"Kau."jawab Ganesh lalu tersenyum sinis.
Fazziq mencebik.Ganesh mengusiknya kembali.Fazziq menggosok-gosok dagu.Akalnya sentiasa bergerak untuk menyakat Ganesh.Sehari tidak membuatkan lelaki itu menyampah maka tidak gembiralah hidupnya.Dia suka melihat wajah Ganesh yang bengang apabila diusik olehnya.Comel.
"Kau ni boleh tak duduk diam-diam Fazziq?Abang Zul dah pesan mulut jangan macam longkang sangat time kat sini."ujar Ganesh selamba.Senyuman sinis terukir di bibirnya.
Walaupun suara Ganesh diperlahankan tetapi ia menusuk terus ke gegendang telinga Fazziq.Fazziq menahan ketawa.Garang betul Ganesh.Kerana kegarangan inilah yang menambat hatinya untuk terus mengacau ketenteraman rakannya ini.
Zarul tersentak apabila batang lehernya ditampar sesuatu.Dia pantas menoleh ke belakang.Cemas sekali wajahnya.Siapa yang menyentuhnya tadi?
"Kenapa Rul?"tanya Xiao.
Pelik melihat Zarul yang tiba-tiba berpaling dengan muka panik.
"Kau ada sentuh aku tak tadi?"tanya Zarul kembali.
Xiao menggeleng.Ada sesiapa yang menyentuh Zarul ke tadi?Dia yang sejak tadi berjalan di sebelah Zarul langsung tidak perasan jika ada seseorang yang menyentuh lelaki itu.
"Mungkin angin kot?Boleh tahan kuat jugak angin ni bertiup."ulas Xiao membuat kesimpulan.
Zarul menggeleng-geleng.
"Tak.Bukan angin.Macam ada tangan yang tampar tengkuk aku tadi."beritahu Zarul.
Xiao berkerut kening.Tangan yang menampar?Bunyinya memang aneh.Hampir-hampir terlupa pula dia yang mereka sedang berada di dunia makhluk ghaib.
"Kau pasti ke?"soal Xiao lagi.
Zarul mengangguk penuh semangat.Masakan dia tidak tahu membezakan tangan yang menampar dengan angin yang sedang bertiup.
"Ada masalah ke?"tegur Abang Zul.
Perjalanan mereka tergendala buat seketika.Dia melangkah ke belakang dan berhenti betul-betul di hadapan Zarul dan Xiao.
Zarul memegang tengkuk yang terasa perit.Kepedihannya masih terasa.
"Macam ada tangan yang menampar tengkuk saya tadi."
Abang Zul terkedu.Wajahnya berubah dan Ganesh perasan akan hal ini.Kemudian Abang Zul kembali kelihatan tenang semula.
Semua bergerak mendekati Zarul dan Abang Zul.
"Kuat tak?"tanya Abang Zul bimbang.
Zarul mengangguk.Tangannya masih menggosok-gosok batang tengkuknya.Entah-entah ada kesan merah.Fikir Zarul.
Abang Zul memeriksa leher Zarul yang pedih.Matanya membulat kerana memang benar leher pemuda ini kemerah-merahan.Jika ditampar dengan lebih kuat pasti akan berdarah.
"Merahlah."ujar Isyraf dengan mata yang membesar.
Selama ini dia hanya melihat kes seperti ini di dalam rancangan paranormal sahaja.Kini ia berlaku di hadapan matanya sendiri.Entah apa yang telah memperlakukan Zarul begini.
Abang Zul meletakkan jari telunjuknya ke mulutnya sendiri.Dia memberi isyarat jangan bercakap dengan suara yang kuat.
"Kat sini kita kena bercakap dengan perlahan.Rul,jangan bimbang ni cuma kesan merah biasa aje.Mungkin udara kat sini tak sesuai dengan kulit awak."jelas Abang Zul untuk menyedapkan hati Zarul dan semua yang berada di situ.
Dia berdalih begitu kerana tidak mahu membuatkan Zarul dan rakan-rakannya cemas.Apa-apa pun Zarul bernasib baik kerana hanya mendapat kesan merah dan bukannya lebih teruk daripada itu.Dia mengarahkan Zarul supaya melindungi kulit leher yang pedih dengan mengikat sapu tangan di situ.
Zarul melakukan apa yang disuruh tanpa banyak bicara.Abang Zul lebih arif tentang apa yang terjadi di dunia ini.
"Sekarang kita teruskan perjalanan.Masa berjalan."arah Abang Zul lalu pantas bergerak ke hadapan.Dia kembali mengetuai para pemuda itu.
Ganesh menggerakkan kaki dengan langkah yang berat.Perjalanan harus diteruskan walaupun hatinya semakin berkecamuk.
Selepas beberapa minit berjalan,mereka akhirnya berhenti di hadapan sebatang sungai.Di tengah-tengahnya berdiri sebuah rumah kayu lama yang sudah usang.Suasana biru tua yang menyelimuti dunia itu sedikit membataskan pandangan mereka.
"Nampak tak rumah kayu tu?"tanya Abang Zul.
"Nampak."jawab enam sekawan itu serentak.
"Kita akan naik ke sana."
Mereka bingung mendengar kata-kata Abang Zul itu.Perlukah mereka naik ke rumah yang seperti hendak runtuh ini?Silap-silap hari bulan mereka pula yang kena berenang di dalam sungai di bawah rumah itu.
"Rumah ni satu-satunya laluan untuk ke sana."jelas Abang Zul.
Dia sudah bergerak ke atas titian kayu yang digunakan sebagai jambatan kecil untuk ke rumah itu.
"Sekarang ni kita belum masuk ke dunia tu lagi ke?"tanya Fazziq dengan hairan.
Melihat suasana di situ sudah cukup menggambarkan betapa misterinya dunia mistik.
Abang Zul tersenyum pahit.Dia mengangguk.
"Ni baru 30 peratus.Lagi 70 peratus lepas kita masuk ke rumah itu.."jelas Abang Zul.
Mereka terlopong.
"Laa..ingatkan dah masuk sepenuhnya."omel Fazziq.
Ganesh menyenggol rusuk Fazziq sehingga menyebabkannya mengaduh kesakitan.Padan dengan muka Fazziq!
"Syy!"arah Ganesh supaya Fazziq menutup mulut.Bising betul dari tadi.
Fazziq menggosok-gosok tulang rusuknya yang perit dengan kening yang berkerut-kerut.Ganesh menyenggolnya dengan agak kuat.Nampak sangat rakannya itu melakukan dengan penuh dendam.Yalah,dia kan selalu menyakiti hati lelaki itu,getus hatinya.
"Kita gerak sekarang."arah Abang Zul lagi.Dia melangkah ke hadapan sambil diikuti yang lain.
Air sungai begitu tenang sekali.Tiada sebarang pergerakan yang boleh dikesan berlaku di permukaan air namun ia nampak menggerunkan kerana warna airnya yang gelap.Seolah-olah ada lubang gergasi di dasarnya.
Abang Zul mendaki anak-anak tangga dengan berhati-hati.Dia memberi isyarat supaya para pemuda di belakangnya turut sama berhati-hati.Khuatir jika kayu yang dipijak akan pecah dan rosak.Mereka tidak boleh memijak kayu dengan kasar.
Share this novel