???????????? memasukkan kembali telefon bimbitnya ke dalam poket seluar pendek.Ganesh dan Xiao sama-sama memandangnya dengan penuh minat.Kedua-duanya mahu mengetahui keadaan Zarul.
"Zarul masih dirawat tapi Insya-ALLAH tak ada apa-apa."jelasnya.Dia menghenyak belakang badannya di sofa dan memejamkan mata buat seketika.Mengantuk.
Ganesh dan Xiao menggangguk-angguk.Tidak tahu mahu berasa lega atau bagaimana kerana rakan mereka itu masih dirawat.Sakit apa belum diketahui lagi.Semoga semuanya baik-baik sahaja.
"Kisah sebenarnya macam mana tadi?"tanya Xiao.
Yalah,jika tidak mengapa Fazziq begitu panik mahu membangunkan Zarul.Mesti ada sesuatu yang teruk berlaku sehingga Fazziq cemas sampai begitu sekali.
"Dengar cerita macam Zarul sesak nafas."balas Isyraf pendek.
"Dia ada asma ke?Sejak bila?"soal Xiao masih bersemangat.
Selama ini Zarul sihat walafiat,bila masa pula dia menghidap sebarang penyakit?Entah-entah Zarul sedang menyembunyikan penyakit yang sedang dihidapi.Bersimpang-siur tekaan dalam kepala Xiao pada ketika itu.
"Setahu aku tak ada.Sesak nafas lain kot."balas Isyraf.
"Aku tak sedap hati.Rasa pelik aje lepas balik dari sana."kata Ganesh secara tiba-tiba.
Xiao dan Isyraf menoleh serentak.Masing-masing memandang tepat ke muka Ganesh.Lelaki bercermin mata itu terpegun merenung lantai.Tidak berkelip-kelip.
"Kau kena ganggu ke?"
"?????????????????."jawab Xiao bagi pihak Ganesh.
Berkerut dahi Isyraf.
"Aku pun kena."sambung Xiao.Nafasnya kedengaran sedikit keras.Adrenalinnya berlari laju.
"Kau orang mimpi apa?"
"Aku mimpi jelmaan Ganesh,Ganesh mimpi jelmaan aku."
"Dua-dua mata putih."sampuk Ganesh.
Terdiam Isyraf.Bulu romanya meremang.Suasana di luar menjadi sunyi serta-merta.Bahkan bunyi cengkerik pun sudah cukup membuatnya seriau.Dia mula tidak senang duduk.
"Aku nak ????????? barang-barang Fazziq."ujar Ganesh bingkas bangun dan berjalan ke bilik tidur Fazziq dan Zarul.Xiao dan Isyraf membuntuti dari belakang.
"Kau nak ????????? apa Ganesh?"tanya Isyraf dari muka pintu.
Ganesh sudah melilau mecari sesuatu di dalam bilik.
"Aku tak tahu tapi mesti Fazziq dah ambil apa-apa dari sana."
Isyraf berbalas pandangan dengan Xiao.Nampaknya Ganesh masih mencurigai Fazziq.Sudah beberapa kali mereka hampir bertengkar kerana tuduhan Ganesh.Jika Fazziq ada di rumah,pasti mereka akan bertengkar lagi kerana hal ini.
"Kau pasti ke?"tanya Isyraf.
"Aku pasti!"balas Ganesh tanpa memandang rakan-rakannya.
Dia sedang sibuk menyelongkar barang-barang Fazziq.Segala laci,almari,bawah tilam,bawah bantal,meja study dan semuanya.
Dia termengah-mengah.Barang yang dia sendiri tidak tahu tidak dapat dikesan di situ.Akhirnya dia melabuhkan punggung di birai katil Fazziq.Dia mengelap peluh yang terbit di batang leher.
"Jumpa tak?"soal Xiao.
Ganesh menggeleng.Mukanya berkerut.
"Rasanya Fazziq tak ambil apa-apa kat sana."ujar Isyraf.Dia sekadar terpacak di ambang pintu.
"Aku rasa dia ada ambil."tegas Ganesh.
"Apa yang buat kau fikir macam ni?"soal Isyraf mula bergerak ke dalam sedikit dan bersandar di pintu.
"Sebab dia hilang sekejap masa kita sampai ke bandar sunyi itu."jelas Ganesh.
Dia memang yakin yang Fazziq ada mengusik dan mengambil sesuatu.
"Mungkin dia tak ada ambil apa-apa?"
"Kau ni dah kenapa?Yang kau nak ???????????? sangat si Fazziq tu kenapa?"tanya Ganesh mulai berang.Matanya tajam meratah wajah Isyraf.
Xiao menepuk-nepuk bahu Ganesh.Cuba menenangkan perasaan lelaki itu yang tiba-tiba marah.Kemudian dia memandang Isyraf.Lelaki melayu berkulit cerah dan bermata bundar itu hanya tersenyum tawar.
"Aku bukan nak ???????????? dia,cuma aku takut dia tak buat apa yang kau fikir Ganesh."ujar Isyraf,perlahan.Dia tidak mahu membuatkan lelaki itu lebih bengang.
Ganesh mengeluh.Cepat pula api kemarahannya naik pada pagi itu.Tiba-tiba pula dia rasa bersalah pada Fazziq.Jika benar apa yang dikata oleh Isyraf,maka dia telah memfitnah Fazziq dan dia harus meminta maaf.Lagipun selama dia belajar di Sarawak dan tinggal sebumbung dengan Fazziq,lelaki itu tidak pernah sekali pun mengabaikannya.Ya,Fazziq memang suka mengusik tetapi sentiasa ada jika dia di dalam kesusahan.
"Sorry."ucapnya perlahan.
Iqram segera menjawab panggilan telefon yang datangnya dari Abang Zul.
"Nak jumpa?Boleh...bila?"
Ganesh dan Xiao mendengar dengan penuh minat.Nampaknya Abang Zul mahu bertemu mereka semula untuk membincangkan sesuatu.Macam serius saja bunyinya.
"Semua okey?"tanya Abang Zul.
"Zarul tiba-tiba sesak nafas tadi bang.Sekarang Aniq dan Fazziq ada dengan dia kat hospital."
Abang Zul terkejut.Sesak nafas?
"Dia macam mana sekarang?"
"Tak tahu lagi bang.Aniq cakap dia masih dirawat.Insya-ALLAH dia okey sebab dia tak ada asma."jelas Isyraf.
Semakin runsing Abang Zul dibuatnya.Dia ingin melihat sendiri keadaan pemuda itu kelak.Banyak benda yang akan dia periksa dan akan menjadikan Haji Hamid sebagai rujukan.Mungkin Haji Hamid sudah mengagak perkara ini akan terjadi selepas pertemuan mereka semalam.Macam-macam pesanan orang tua itu.
"Kau orang pulak?Okey tak?"
Isyraf memandang rakan-rakannya.Mereka berdua sedang sibuk berbisik-bisik.
"Nanti kami akan cerita kat abang bila jumpa nanti.Abang nak datang sini ke?"tanya Isyraf.
"Haah.Kalau boleh petang nanti.Insya-ALLAH."jawab Abang Zul.
Isyraf mengangguk faham.Perbualan tamat di situ.Pandangannya bertemu dengan rakan-rakannya sejurus selepas itu.
Share this novel