Bab 12

Thriller Series 1109

NASI goreng ayam masakan mamak dinikmati dengan penuh berselera.Sekejap sahaja mereka menghabiskan juadah masing-masing.Semuanya tersandar kekenyangan.Zarul menjadi tumpuan sekali lagi.

"Kau betul-betul okey ke,bro?"soal Fazziq penuh minat.Matanya bulat memandang Zarul.

Zarul menghabiskan sisa-sisa nasi dengan muka selamba.Selepas itu dia mengangguk-angguk.

"Masa kau kena tampar tu,sakit tak?"tanya Fazziq sudah teruja.

Hanya dia yang mengajukan soalan kepada Zarul.Yang lain hanya menadah telinga sahaja.Tidak kurang juga yang mengantuk kerana keletihan.

"Rasa panas then pedih."

"Dalam ramai-ramai kita kenapa kau yang kena tampar?Kau ada langgar pantang larang ke?"tanya Aniq pula.

Soalan Aniq tidak terus dijawab.Zarul merenung pinggan nasi yang sudah kosong.Badannya kepenatan tetapi keadaannya lebih baik berbanding siang tadi.Mungkin kerana dia sudah mandi,solat dan makan nasi goreng mamak.

"Aku pun tak tahu kenapa.Tiba-tiba kena tampar sampai lebam tengkuk aku."ujar Zarul,akhirnya membalas.

"Ah,kau Ziq!"sergah Ganesh tiba-tiba.

"Apa?"

"Entah-entah kau yang curi benda kat sana tak?"

"Kau ni tak habis-habis nak menuduh aku dari tadi.Muka aku ni ada macam muka pencuri ke?"

Ganesh mencebik.Fazziq memang pandai membuat serangan balas.Dia pun malas mahu berprasangka buruk terhadap rakannya sendiri.Mungkin benar Fazziq tidak mengusik apa-apa ketika di sana dan dia sahaja yang berfikiran negatif.

"Aku dah cakap,aktiviti ni tak ada faedah pun.Kau orang degil,tak dengar kata."omel Ganesh.Geramnya terasa membuak-buak.

"Mana tahu benda nak jadi macam ni Ganesh.Lagipun Haji Hamid dah cakap Zarul tak ada apa-apa kan?"tempelak Fazziq.

Sinis matanya menerkam ke wajah Ganesh yang duduk berhadapannya.

"Betul kan Rul?"tanyanya pada Zarul.

"Betul apa?"

"Betul kau tak ada apa-apa,hish!"

"Oh..."Zarul mengangguk bagaikan burung belatuk seolah-olah mamai.Mental dan fizikal sudah letih.Apa yang dia perlukan hanyalah rehat iaitu tidur.

"Betul ke kau ni dah okey?"tanya Xiao pula.

Kemudian renungan mata kedua-dua mereka bertaut buat beberapa saat.Meremang terus bulu roma Xiao.Renungan matanya segera dialihkan.

"Aku okey.Kau orang tak percaya ke?"

"Sudah-sudah.Jom balik.Semua dah kenyang,kan?Hari pun dah nak hujan balik ni."celah Aniq.

Dia bingkas bangun dan bergerak ke kaunter untuk membuat pembayaran.Malam itu dia yang belanja.

Xiao memandang Ganesh.Mereka berdua kelihatan seperti sedang bertelepati.

"Jom!"ajak Aniq.

Laju dia menghayun langkah ke kereta.Langit malam sudah berkelipan dengan kilat.

Sampai sahaja di rumah,hujan kembali membasahi bumi.Tempiasnya menerpa ke pakaian yang dipakai enam sekawan itu.Mereka berlari-lari anak menuju ke pintu utama.Tatkala kunci menyentuh mangga,jiran sebelah tiba-tiba menyapa mereka dari belakang.Pak Cik Rashid berpayung sambil memanggil-manggil mereka.

"Kenapa pak cik?"

"Tadi ada perempuan kat dalam.Siapa ya?"ujar Pak Cik Rashid sebagai jawapan kepada pertanyaan Isyraf.

"Ha?"

Blur fikiran semuanya.Perempuan mana pula yang dikatakan jiran mereka ini?Inikan rumah bujang,mana ada perempuan.

"Pak cik salah tengok tak?"ujar Isyraf cuba menafikan.

"Pak cik belum rabun lagi.Masa pak cik balik dari masjid,pak cik ternampak perempuan berdiri di tepi tingkap.Siapa tu?"

Pak Cik Rashid memang sengaja datang bertanya kerana dia tidak boleh membenarkan apa-apa perbuatan yang melibatkan zina.Perempuan itu nampak muda tetapi wajahnya tidak begitu jelas kerana berada di dalam kegelapan.

"Dalam rumah ni ada kami aje pak cik.Tak ada orang perempuan."

Kata-kata Xiao membuatkan kening orang tua itu terangkat.Biar betul?

"Jemputlah masuk pak cik."jemput Aniq.

Biar Pak Cik Rashid melihat sendiri,tiada perempuan di situ.Keadaan ruang tamu yang sedikit bersepah membuatkan mereka tersipu malu.Biasalah rumah orang bujang.

Pak Cik Rashid hanya berdiri di ruang tamu.Memang tiada tanda-tanda ada perempuan di situ.Dia pun kenal dengan enam sekawan ini,memang baik budak-budaknya.Tak mungkin mereka tegar berbuat maksiat secara sembunyi.Namun begitu,matanya sesekali meliar ke setiap sudut rumah.

"Duduk dulu pak cik."pelawa Xiao.

Orang tua itu melabuhkan punggung dan matanya masih meliar ke sana sini.

"Habis tu siapa yang pak cik nampak tadi ya?"soal Pak Cik Rashid bingung.

Tiada jawapan yang mampu diberikan pada soalan itu.Mereka juga tidak tahu siapa perempuan yang dimaksudkan Pak Cik Rashid.Mungkin juga refleksi orang lain?Boleh jadi juga refleksinya terbias hingga ke jendela rumah sewa mereka.Ada beberapa kemungkinan.

"Takkanlah kami nak bawa masuk perempuan pulak pak cik."ujar Fazziq,tersengih nakal.

Girlfriend pun tiada.Getus hatinya.

"Pak cik salah tengok agaknya.Tak apalah,maaf mengganggu kau orang."ucap Pak Cik Rashid lalu bangkit dan mengukir senyuman pahit.Sah-sahlah matanya sudah rabun.

"Eh,tak ada apalah pak cik.Jalan baik-baik ya."pesan Fazziq sibuk mengiringi orang tua itu ke muka pintu.

Pintu ditutup dan dikunci.Ganesh dan Xiao sudah merinding.Perempuan mana pula ni?Fikir mereka.

Hish,semakin menjadi-jadi pula ketakutan mereka.Zarul pula hanya membisu sahaja ketika Pak Cik Rashid bertandang tadi.Sempat juga mereka memerhatikan riak wajah Zarul.Lelaki itu nampak selamba sahaja.

"Biar betul wei..."

Fazziq bergegas dan terus duduk di sebelah Zarul.Ada puakakah kat rumah sewa mereka ini?Menarik!

"Tak mungkin Pak Cik Rashid nak ada-adakan cerita.Cuma mungkin dia silap tengok.Ah,pening kepala aku!"rungut Aniq,sudah serabut.

"Aku tidur dulu.Letih."ujar Zarul lalu bangun dan menuju ke bilik tidur.Tidak berminat untuk terus berbual dengan rakan-rakannya.Kepalanya sudah mula pening.

Fazziq ternganga.

"Sudahlah,aku nak masuk tidur.Penat!"ujar Aniq juga.

Dia terus berlalu ke bilik dan disusuli rakan sebiliknya,Isyraf.Kedua-duanya sudah mengantuk.Sebelum terlena di kerusi,lebih baik mereka cepat-cepat masuk tidur.

Ganesh dan Xiao juga sudah beredar dari ruang tamu.Hanya Fazziq yang masih melepak di situ.Televisyen dipasang tetapi tiada rancangan yang mampu membuatkan dia teruja.Kisah perempuan di tingkap lebih menarik minatnya.Pantas tingkap ruang tamu dipandang dengan penuh rasa curiga.

"Siapalah agaknya ya?"soal Fazziq sendiri.

Benda kecil yang disimpan di dalam poket seluarnya diseluk dan dikeluarkan.Dia tersenyum lebar.Ligat jari-jemarinya membelek-belek benda itu.

"Kalau dia orang tahu,mampus aku."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience