Bab 28

Thriller Series 1109

ZARUL bergegas ke pintu utama.Bunyi enjin kereta kedengaran memasuki perkarangan rumah Haji Hamid.Mereka akhirnya selamat kembali.

"Alhamdulillah."ucap Haji Hamid dari bawah.

Dia baru muncul dari belakang rumah.Akhirnya Abang Zul selamat pulang bersama lima pemuda itu.

Abang Zul mematikan enjin dan keluar bersalaman dengan Haji Hamid.Haji Hamid memandang mereka seorang demi seorang.Pakaian mereka kotor sekali.Betullah,ada sesuatu yang berlaku ketika di sana.Selepas ini dia akan meminta Abang Zul menceritakan hal sebenar.

"Naik,naik."pelawa Haji Hamid.

Zarul hanya tercongok di muka pintu dengan muka gembira.Dia memandang rakan-rakannya dengan senyuman ceria.Dahinya berkerut ketika melihat Fazziq yang dipapah oleh Ganesh dan Xiao.Lelaki itu nampak lemah tidak berdaya.Sepasang matanya kuyu dan kulitnya pucat.

Semasa Ganesh,Xiao dan Fazziq melintasinya di muka pintu,dia dapat merasakan aura dingin menampar tubuhnya.Sempat dia menyentuh tangan Fazziq.Tangannya sedingin ais.

"Baringkan dia kat sini."ujar Haji Hamid selepas menghampar tikar mengkuang di tengah-tengah ruang tamu.

Fazziq dibaringkan di situ seperti yang disuruh.

Haji Hamid duduk bersila.Di tangannya ada segelas air kosong yang sudah dibaca.Air itu dia celup dengan tangan kanannya dan disapu perlahan ke muka Fazziq.Fazziq tidak melawan atau apa-apa.Dia hanya diam dengan mata tertutup.Tenaganya sudah kehabisan.

Zarul duduk di sebelah Xiao.Matanya tidak lekang dari memandang Fazziq yang sedang dirawat Haji Hamid.

"Kenapa dengan Fazziq?"tanya Zarul.

"Possessed."balas Xiao.Terlukis senyuman pahit di bibir kecilnya.

Zarul mengeluh.Dia faham bagaimana seksanya dirasuk.Adakah Fazziq turut dirasuk berkali-kali seperti dirinya?

"Kau macam mana?Dah okey sikit?"soal Xiao sambil menepuk-nepuk paha Zarul.

Zarul mengangguk.

"Okey."

FAZZIQ duduk bersandar di kerusi.Semangatnya sudah pulih sedikit.Kulit yang pucat mula kemerah-merahan.Namun dia masih lemah dan memerlukan rehat yang secukupnya.

Mereka duduk berkumpul di ruang tamu dan Haji Hamid meminta mereka menceritakan apa sebenarnya yang terjadi.Berdasarkan apa yang dilihat,memang mereka telah melalui saat-saat yang sukar tadi.

Abang Zul meneguk air kopi yang dihidang di atas meja.

"Selepas Fazziq letak patung tu ke tempat dia balik,semuanya habis berubah."ujar Abang Zul memulakan cerita.

"Berubah macam mana tu?"tanya Haji Hamid masih belum dapat menangkap maksud sebenar kata-kata Abang Zul.

"Dunia berubah.Sampai kami tak jumpa jalan keluar."jawab Isyraf.

"Lepas tu?"soal Zarul semakin teruja.

"Lepas tu aku kena rasuk berkali-kali."

Semua mata tertumpu pada Fazziq yang tiba-tiba bersuara.Tiada senyuman di bibirnya.Hanya merenung siling dengan pandangan kosong.

"Tapi patung tu dah betul-betul dikembalikan?"tanya Haji Hamid untuk kepastian.

Abang Zul segera memandang para pemuda itu.Sebenarnya dia juga tidak pasti.Aniq dan Isyraf mengangguk-angguk.

"Kami dah check beg Fazziq.Memang dah tak ada."kata Isyraf.

Aniq pula memberi isyarat okey dengan jari-jemarinya.

"Alhamdulillah kalau macam tu.Saya harap ni aktiviti yang terakhir.Lepas ni jangan ke sana lagi."nasihat Haji Hamid seraya memandang tepat ke arah Abang Zul.

Abang Zul menundukkan wajah.Dia malu dengan Haji Hamid kerana bersikap degil.Orang tua itu pernah menasihatinya selepas kejadian dua tahun lepas dan dia berjanji tidak akan ke sana lagi.Namun ternyata dia seorang yang tidak mendengar kata.

"Saya tak mahu kejadian dua tahun lepas berulang lagi.Dengar ni Zul?"

"Baik,Bang Aji."

Ganesh masih belum puas hati.Dia ingin tahu apa yang telah berlaku pada dua tahun lepas.Mengapa tuan aji dan Abang Zul khuatir kejadian yang sama berulang?Teruk sangatkah kejadian itu?

"Apa yang dah terjadi dua tahun lepas tuan aji?"tanya Ganesh.

Keadaan bertukar sunyi.Semua menanti jawapan dari mulut Haji Hamid termasuk Fazziq.Matanya terus segar apabila mendengar soalan dari mulut Ganesh.

Haji Hamid memandang Abang Zul.Abang Zul serba salah.

"Dua tahun lepas,abang lead satu kumpulan ke dunia ghaib."ujar Abang Zul membuka cerita.

Semua yang ada di situ memandangnya tidak berkelip.Mereka mendengarnya penuh minat.Akhirnya kisah dua tahun lepas akan dibongkar satu persatu.

2 tahun lepas...

"KAMU semua pasti ke nak ke sana?Ingin saya ingatkan yang benda ni bukan main-main.Bahaya kalau tersalah langkah."beritahu Abang Zul,berkali-kali mengingatkan.

Tiga lelaki dan dua perempuan itu mengangguk penuh teruja.Dua pasangan bercinta dan seorang lagi merupakan rakan kepada pasangan-pasangan ini.Masih single.

"Nak bang.Excited sangat dah ni."balas Sophian sambil tersengih.

Kemudian pandangannya bertaut kepada Alisya,kekasih hatinya.Alisya membalas senyuman Sophian.Kelima-lima mereka memang gilakan aktiviti paranormal seperti ini.Mereka sanggup terbang ke Sarawak untuk bertemu Abang Zul.Kisah Abang Zul mereka baca daripada blog di Internet.Tentang kehebatan lelaki ini melakukan tugasnya sebagai pengantara.

Abang Zul mengangguk-angguk.

"Macam mana dengan bayarannya bang?"tanya Daniel.

Yalah,mana ada benda percuma di dunia ini.Kerja yang bakal dilakukan juga agak susah,fikir Daniel.

"Seorang RM100."

Mereka tidak berani tawar-menawar kerana RM100 seorang sudah cukup murah.Lima orang RM500.Daniel mengeluarkan dompet dan menyerahkan RM500 kepada Abang Zul.Dia akan membayar menggunakan duitnya terlebih dahulu.Apabila mereka kembali ke Kuala Lumpur,rakan-rakannya akan membayarnya kecuali Daniella,kekasih hatinya.

Abang Zul mengambil wang itu dan meminta supaya mereka bertemunya di satu lokasi di bandar Kuching.Dari situ,dia akan membawa mereka ke sana.

Hotel.

IMAN mendengar muzik melalui telefon bimbitnya.Tinggal dia seorang di bilik hotel itu.Daniel dan Sophian keluar dengan pasangan masing-masing.Sudah nasibnya tidak berteman.Tiada seorang pun wanita yang sudi menjadi kekasih hatinya pada waktu itu.Sebenarnya ada cuma dia sahaja yang terlalu memilih.Dia rimas dan tidak suka dikongkong selalu.Dia lebih selesa hidup bersendirian seperti sekarang.

Internet dibuka dan blog yang menceritakan tentang Abang Zul dibaca sekali lagi.Tertunduk-tunduk dia meneliti setiap info yang dibaca.Gambar Abang Zul bersama beberapa orang menarik perhatiannya.

Ada sesuatu yang menyelit di antara mereka dan pastinya ia bukan manusia.Tubuhnya kurus melengkung seperti seorang lelaki.Warnanya putih pucat dan sedikit samar-samar.Berkabus.Mungkin gambar ini yang pernah menjadi viral suatu ketika dahulu.Dia zoom gambar itu untuk view yang lebih jelas.

Memang kabur.Wajahnya tidak begitu jelas tetapi sepasang matanya seperti rompong.Mulutnya juga begitu.

Lagu dari kumpulan Metallica Unforgiven yang tiba-tiba terpasang memeranjatkannya.Dia melompat dan hampir tersembam ke lantai bilik hotel.Dari mana datangnya muzik itu?Setelah beberapa minit mencari,dia terjumpa ipad milik Sophian dan terpasang lagu dari iTunes store.Cepat-cepat dia matikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience