"SEBAB apa Abang Zul nak jumpa kita ya?"tanya Xiao.
Kalau tiada apa-apa hal penting,takkanlah lelaki itu bersusah payah datang.
"Kau terbawa balik patung tu sekali lagi ke Ziq?"tuduh Xiao melulu.
Fazziq menepuk kuat paha Xiao.Amboi sedap aje mulut lelaki ini menuduhnya begitu.
"Aku dah tak tahu apa-apa kot masa tu.Macam mana aku nak bawa balik?Kau ingat aku ni bodoh sangat ke nak bawa balik sekali lagi?"bebel Fazziq.
Xiao tersengih sumbing.Saja kena bebel free pada hari itu.
"Sorrylah.Aku ingatkan kau bawa balik.Saja test kau."dalih Xiao.Cuba menutup kesalahannya kerana berprasangka buruk pada Fazziq.
Fazziq mencebik.Ganesh pantas berdiri dari katil selepas mendengar berita Aniq.Bolehlah dia meminta Abang Zul menyambung ceritanya yang tergantung pada hari itu.Hatinya meronta-ronta ingin mengetahui apa yang terjadi pada Alisya dan Iman dua tahun lepas.
"Bila Abang Zul nak datang?"soal Ganesh.
"Lepas ni."
Aniq sudah beredar untuk mencari Zarul dan Isyraf pula.Dua pemuda itu sedang sibuk meratah biskut kering di dapur.Rancak benar perbualan mereka berdua.
Ganesh menarik t-shirt yang tersidai di kepala katil dan memakainya.Dia bersemangat mahu mengorek cerita dari Abang Zul.
ABANG Zul melabuhkan punggung di atas kerusi.Segala gerak-gerinya diperhatikan oleh enam sekawan itu.Rata-rata daripada mereka tidak tahu apa tujuan Abang Zul datang.Jika tiada urusan penting,Abang Zul tidak akan datang bertandang.Muka Abang Zul tenang seperti selalu.Dia banyak tersenyum sebelum memulakan bicara.
"Abang datang sebab nak pastikan kau orang baik-baik sahaja kat sini."ujarnya.
Enam lelaki yang duduk mengelilingi Abang Zul tahu ada sesuatu yang lebih daripada itu.Lebih-lebih lagi Ganesh yang sifatnya terlalu berhati-hati.Hal yang kecil pun bisa menjentik nalurinya.
"Ada gangguan lagi ke bang?"tanya Ganesh,curiga.
Abang Zul serba salah mahu mengulangi apa yang dikatakan oleh Haji Hamid.Khuatir jika ia akan menakutkan para pemuda ini.Sebelum itu dia ingin memastikan keadaan mereka terlebih dahulu.
"Tapi kau orang semua okey?"soal Abang Zul lagi.
"Okey bang."balas mereka beramai-ramai.
"Abang?"Pertanyaan itu dikembalikan kepada Abang Zul.
Abang Zul mengangguk.Memang sudah tiada gangguan di rumahnya.Namun ia sedang berlaku di rumah Haji Hamid.
"Kalau macam okeylah bang."ujar Fazziq tersengih-sengih.
Hidup sudah kembali aman jadi tiada guna memikirkannya lagi.
Abang Zul mendiamkan diri.Dia mengatur duduknya di atas kerusi.Seketika kemudian dia membongkokkan tubuhnya dengan jari-jemarinya bermain di dagu.Perbuatannya itu mengundang rasa tidak senang di hati mereka berenam.
"Kenapa bang?"tanya Isyraf.
Mukanya yang ceria sebelum ini mulai cemas.Rasa fobianya akibat dihantui belum lagi hilang sepenuhnya.
Ganesh berdebar-debar menanti penjelasan dari mulut lelaki itu.
"Haji Hamid diganggu semalam."ujar Abang Zul menceritakan hal sebenar.
Suasana menjadi hening seketika.Haji Hamid diganggu?Hati terus diserang rasa berdebar.
"Diganggu macam mana bang?"soal Ganesh tidak sabar.
"Haji Hamid dengar bunyi dengusan dan hembusan nafas kat muka dia.Masa tu dia tengah menebas kat tepi rumah."jelas Abang Zul.
"Rasanya patung tu masih ada dengan kita cuma kita aje yang tak perasan."tambah Abang Zul lagi.
Bulu romanya berdiri tegak.Angin dingin terasa menyentuh tubuh masing-masing.
Fazziq terus bangkit dan berlari ke biliknya.Tindakannya membuatkan semua yang ada di situ terlopong.Tidak faham mengapa Fazziq tiba-tiba bertindak begitu.
Fazziq menarik beg sandang yang tersandar di tepi katilnya.Dia menyelongkar beg itu dengan penuh semangat.Setelah memastikan ia kosong,dia menonggeng beg itu untuk memastikan ia benar-benar kosong.Memang ia kosong.Hanya beberapa keping kertas kosong sahaja yang keluar lalu jatuh ke lantai.
Dia keluar bersama beg dan menunjukkannya pada Abang Zul dan rakan-rakannya.
"Memang tak ada dalam beg saya."ujarnya sambil memandang Abang Zul.
Senyuman pantas terukir di bibir Abang Zul dan rakan-rakannya.Mereka langsung tiada niat untuk menuduh Fazziq.Mereka sendiri menjadi saksi bagaimana menderitanya Fazziq ketika dirasuk.Sama seperti Zarul pada tempoh hari.
"Relaks Ziq.Kita orang bukan maksudkan kau."ujar Xiao.
Fazziq mencebik ke arah Xiao.Yalah,manalah tahu jika dia dituduh membawa balik patung itu lagi.Lagipun namanya sudah tercalar kerana kedegilannya sendiri.
"Tapi memang tak ada dengan kami bang.Ada dengan abang kot.Tak pun dengan tuan aji."kata Aniq yakin.
"Oh ya bang."Ganesh mendorongkan tubuhnya ke hadapan.
Semua mata fokus ke arahnya.
"Boleh saya tahu apa jadi kat Alisya dan Iman?Cerita abang hari tu tergantunglah."pintanya berbaur desakan.
Dia memang betul-betul terdesak untuk mengetahui kisah sebenar di sebalik kebimbangan Haji Hamid dan Abang Zul.
Pasti ia kisah hitam yang penuh tragis.
Yang lain bersetuju dengan Ganesh.
"Ceritalah bang.Kami semua nak tahu."pujuk Zarul.
Abang Zul memandang meja buat beberapa saat dan menyambung cerita yang tergantung sebelum ini.
Share this novel