"MANA rumah tadi bang?"tanya Aniq dan Isyraf mulai panik.
Sepatutnya rumah itu sudah kelihatan di hadapan namun apa yang ada hanyalah jalan raya yang lengang.Tiada apa di situ kecuali dedaun kering yang berterbangan ditiup angin.
Suasana mula tegang dan sedikit kelam-kabut.Rumah kayu yang hampir runtuh langsung tidak kelihatan di mana-mana.Jadi bagaimana mereka akan keluar dari situ?
"Abang Zul,what's next?"soal Ganesh dengan suara gugup.Tidak pasti dapat bertahan hingga bila.
Abang Zul masih tersenyum namun senyumannya tawar sahaja.
"Nampaknya ada benda yang kita tak plan sedang berlaku."
Jawapan Abang Zul menambahkan rasa cuak di hati masing-masing. Benda yang tidak dirancang sedang berlaku?Benda apa?Masing-masing tertanya-tanya di dalam hati.
Abang Zul memberi arahan supaya mengunci mulut.Anak-anak muda itu pantas membisu dengan wajah penuh tanda tanya.Seribu persoalan timbul di benak mereka tetapi arahan Abang Zul diutamakan.Senyap,jangan bersuara.
Abang Zul mula membisikkan ayat-ayat kursi dengan nada yang konsisten.Dia tidak membiarkan rasa cemas menguasai hatinya.Berkali-kali dia meyakinkan dirinya hanya ALLAH yang dia takuti.Bukannya syaitan dan iblis!
Azan dialun lantang.Langit berwarna merah mula bertukar biru sedikit demi sedikit.Jalan raya yang lengang juga diganti dengan rumah kayu usang yang tiba-tiba ghaib.Rumah itu berada hanya beberapa langkah daripada mereka.
"Mari."ajak Abang Zul seraya mempercepatkan langkah.
Sudah tiada masa yang harus dibazirkan lagi.Mereka mesti keluar secepat mungkin.Lantai rumah itu dijejak sekali lagi.Berkeriut bunyinya ketika tapak kasut mereka mencium lantai.Suasana biru kembali menyelubungi seperti sebelum ini.Ganesh melilau memandang ke sekeliling terutamanya di tiang seri.Tiada makhluk yang bersembunyi di baliknya.Sekurang-kurangnya lelaki India itu mampu menarik nafas lega.
"Cepat,cepat!"arah Abang Zul.
Apa yang menjadi fokus utamanya sekarang ialah keluar dari dunia itu.Sepatutnya aktiviti berjalan dengan lancar dan tiada sebarang gangguan.Entah kenapa sejak dari awal sudah timbul masalah.Zarul tiba-tiba ditampar oleh satu tangan ghaib sehingga membuatkan dia menanggung kesakitan.
Atau ada di antara mereka yang telah melanggar pantang larang?Fikir Abang Zul.
Fazziq mengetap bibir tatkala terpandang Zarul yang tersenyum-senyum di sebelahnya.Apa yang tidak kena pada lelaki ini?
"Nak pergi mana?"soal Zarul dengan sinis sekali.
Dia mula menjadi perhatian mereka yang berada di situ.Mereka merenungnya dengan riak hairan.
"Kita nak baliklah.Kenapa kau tanya?"balas Aniq.
Terkandung rasa tidak puas hatinya pada pertanyaan itu.Baginya soalan Zarul ialah soalan bodoh.
"Nak ke mana?"Zarul mengulangi soalan.Dia membesarkan matanya ke arah Fazziq.
Mata mereka berdua bertaut sebentar.Fazziq menapak menjauhi Zarul.Renungan Zarul terasa tajam membelah pancainderanya.Seolah-olah ada dendam yang tersembunyi.
"Aku tanya,nak ke mana?Nak pergi mana?"soal Zarul bertalu-talu.Matanya semakin membulat.Bibirnya terketar-ketar.
Bibir Fazziq tertutup rapat.Dia tidak mampu menjawab pertanyaan rakannya itu.Terkedu dengan keanehan yang sedang menyelubungi mereka semua pada ketika itu.Ada sesuatu yang tidak kena.
Abang Zul meluru mendapatkan Zarul.Dia merebahkan pemuda itu ke lantai.Zarul tidak melawan apatah lagi meronta melepaskan diri.Dia hanya merenung tepat ke muka Abang Zul.Sesekali mulutnya mengukir senyuman penuh sinis.
"Kau nak buat apa dengan aku Zul?"
Semua terdiam Suara Zarul sudah berubah sedikit.Ia kedengaran garau.
"Bang..."Suara Xiao tersekat-sekat.
Entah apa yang sedang mereka saksikan ketika ini.Mengapa Zarul berkelakuan seperti ini?Kerasukankah?
"Tak apa."ujar Abang Zul ringkas.Sempat dia melemparkan senyuman supaya dapat mengurangkan ketakutan Xiao.
"Apa yang kau boleh buat?"soal Zarul terus mengasak Abang Zul dengan pertanyaan.Dia mahu lelaki ini hilang sabar dengannya.
Abang Zul memicit ubun-ubun Zarul sambil membaca ayat kursi.Pemuda itu menggeliat menahan perit.Dia menggelupur sehingga pengsan tidak sedarkan diri.Zarul segera dipapah dengan bantuan Aniq dan Isyraf.Sebelum Zarul kembali menggila,dunia itu mesti ditinggalkan segera!
"Lekas,lekas!"desak Abang Zul.
Dia memberi laluan kepada enam sekawan itu.Biar dia menjadi orang yang terakhir.
Aniq dan Isyraf terhuyung-hayang memapah Zarul keluar.Dahi kedua-duanya lencun dengan peluh.Perjalanan keluar dirasakan begitu jauh di hadapan.
Ganesh menarik tangan Fazziq yang tertinggal di belakang.Boleh tahan perlahan juga si Fazziq ni.Walaupun dia selalu dibuli oleh lelaki ini tetapi dia berpegang pada nama persahabatan.
"Zarul,bang."
Abang Zul tidak bertanya apa-apa.Aniq dan Isyraf sedang bergelut dengan Zarul yang tiba-tiba sedar dari pengsan.Jenuh kedua-dua pemuda itu dibuatnya.
"Awak teruskan perjalanan dengan kawan-kawan yang lain.Zarul biar abang uruskan."usul Abang Zul.
Walaupun suasana ketika itu begitu mendebarkan,namun dia masih boleh tersenyum dan bertenang.Xiao dan yang lain beriringan dengan Abang Zul menuju ke arah Zarul yang meronta-ronta mahu melepaskan diri.Seperti tadi,Abang Zul menekan ubun-ubun Zarul dan kali ini ia lebih kuat.Menggelupur Zarul dengan wajah pucatnya.
Zarul kelihatan berbeza.Matanya merah dan tajam merenung Abang Zul.Kebenciannya meluap-luap.Dia mahu musnahkan semua yanga ada di situ!
"Bang Zul,apa yang boleh kami tolong?"soal Ganesh serba salah.
Mungkin dia boleh menghulurkan sedikit bantuan demi meringankan beban Abang Zul.Yalah,lelaki ini sudah berlelah sejak tadi kerana perjalanan yang berliku sejak mula.
"Tolong berambus."balas Zarul sinis.Tawa terburai dari mulutnya.Mengilai bagaikan pontianak.
Berderau darah rakan-rakannya.
"Bawa mengucap Rul."nasihat Abang Zul dengan jari-jemari yang masih menekan ubun-ubun Zarul.
"Kitak orang tok nang sik patut dibiar keluar dari sitok.Sak mampus jak!"
Ganesh,Xiao dan Fazziq ternganga.Kerana kerasukan,Zarul fasih bertutur dalam bahasa Sarawak.Fazziq mendekati Isyraf.Dia memerlukan jurubahasa.
Isyraf tersenyum pahit.Senak rusuknya disiku Fazziq sebentar tadi.
"Dia cakap kita tak patut dibiar keluar dari sini.Bagus mati aje."
Fazziq menelan liur.Boleh tahan menakutkan maksudnya.Ini sudah kes serius!
"Kau..."
Fazziq tergamam setelah ditegur Zarul t
secara tiba-tiba.Mengapa namanya dipanggil?
"Sik lamak gik,ada oleh kau ya."
Isyraf mendekatkan mulutnya ke telinga Fazziq yang terpinga-pinga.
"Tak lama lagi ada sesuatu yang akan berlaku kat kau."bisik Isyraf.
"Kau ada buat apa-apa ke Ziq?"sambung Isyraf.
Fazziq buntu.Dia tidak tahu bagaimana mahu menjawab soalan Isyraf.Seketika kemudian,Aniq pula yang merapati kedua-duanya.
"Abang Zul suruh aku tanya kau.Kau ada ambil apa-apa ke Ziq?"
Fazziq menggeleng.Dia menafikannya.
Ganesh yang membantu memegang Zarul memandang Fazziq tidak berkelip.Entah mengapa ada curiga yang terdetik dalam hatinya.Fazziq seolah-olah sedang menyembunyikan sesuatu.Tadi pun dia selalu menghilangkan diri dari kumpulan dan singgah di kedai seorang diri.Manalah tahu kalau-kalau dia telah mengambil sesuatu.
"Ganesh,kau kenapa pandang-pandang aku?"tanya Fazziq tidak puas hati.Seolah-olah semua sedang menyalahkannya!
"Nang semua patut mampus!"tempik Zarul hingga ke puncak suaranya.Matanya mencerlung tajam meratah wajah Abang Zul dan rakan-rakannya.
Ganesh,Xiao dan Fazziq terkedu.Perkataan mampus sudah cukup membuatkan mereka kecut perut.Jika berada lebih lama di situ,tidak mustahil nyawa mereka berada di dalam bahaya.Muka Zarul juga kelihatan semakin aneh.Betul-betul menggerunkan.
"Bismillah.."
Abang Zul tidak mengendahkan kata-kata berbaur sindiran yang keluar dari mulut pemuda itu.Bibirnya terus bergerak membaca ayat-ayat suci al-Quran.Jalan keluar sudah hampir dan masa juga kian menghampiri waktu penamat.Mereka hanya ada kurang dari 10 minit kerana selepas ini mereka mungkin tidak menjumpai pintu keluar.
"Mun kau ingat kau boleh ngalah aku,kau nang silap Zul!"
Abang Zul cuba memekakkan telinga dan membiarkan Zarul terpekik-pekik sendiri.Pegangan tangan Ganesh di bahu Zarul kian lemah dan longgar.Tenaga Zarul bukanlah tenaga biasa.Tenaganya menyamai tenaga tiga orang lelaki yang bertubuh sasa seperti Ganesh.
"Tolong kita orang."pohon Ganesh.
Aniq dan Isyraf segera membantu.Ganesh beranjak ke tepi dan berehat buat seketika.Manakala Fazziq dan Xiao pula hanya memandang Zarul dengan pandangan tidak percaya.
"Xiao,tolong pegang sini."arah Abang Zul menyuruh Xiao memegang paha Zarul.
Sementara itu,Zarul semakin gagah dan rontaannya kian kuat.Sengaja dia bertindak begitu supaya tenaga lelaki-lelaki ini surut dan akhirnya lemah longlai.
"Kita dah tak ada pilihan.Kita kena papah Zarul sampai ke pintu keluar.Masa dah tak banyak."beritahu Abang Zul.
Cadangan itu dirasakan begitu mustahil untuk dilaksanakan.Bagaimana mereka mahu memapah Zarul dalam keadaan begini?Sudahlah dia asyik meronta-ronta.
"Lepaskan aku!"jerit Zarul.
Aniq,Isyraf dan Xiao memperkemaskan pegangan.Tenaga Zarul semakin lama semakin kuat.Bila-bila masa sahaja mereka boleh terdorong ke belakang.
"Cepat,masa dah tak ada!"
Arahan Abang Zul diterima dengan baik.Aniq,Isyraf,Ganesh dan Xiao memapah Zarul keluar.Mereka harus keluar walau apa pun yang terjadi.Entah apa lagi kegilaan yang mengepung di belakang.
"Lepaskan akulah bodoh!"
Bergema alam semesta dengan suara parau Zarul.Kemarahannya meluap-luap ingin dilepaskan.
Fazziq sekadar membuntuti langkah mereka.Sejujurnya dia takut untuk menatap wajah rakannya yang dirasuk iblis itu.Matanya sentiasa terjegil seolah-olah marahkan sesuatu.Mulutnya pula terkumat-kamit jika tidak terpekik-pekik.
Share this novel