Bab 27

Thriller Series 1109

FAZZIQ sudah lemah.Sudah tidak segagah tadi.Baju t-shirtnya dikotori dengan tompok-tompok darah yang terhambur keluar dari hujung lidahnya yang luka.Rontaannya kian lemah dan orang-orang yang memegangnya juga keletihan.Ubun-ubunnya ditekan Abang Zul berkali-kali.Ketika diperlakukan begitu,dia menjerit-jerit kesakitan.

Asap berlalu sekelip mata.Keadaan sudah terang semula.Rumah kayu usang kelihatan tidak jauh dari tempat mereka berada.Mereka tidak boleh ke sana kerana Fazziq masih belum sedar sepenuhnya.Dia masih meronta-ronta walaupun semakin perlahan.

"Buka kasut dia."arah Abang Zul.

Dia tidak mahu membuang lebih banyak masa lagi.Bila-bila masa sahaja rumah itu boleh ghaib dan mereka akan sesat semula.Portal sedang terbuka dan mereka harus cepat.

Xiao membuka kasut sebelah kanan Fazziq seperti yang dipinta.Abang Zul menempatkan ibu jari tangan kanannya ke ibu jari kaki Fazziq dan menekannya beberapa kali.Dia membaca beberapa ayat-ayat suci ketika menekan ibu jari pemuda itu.Fazziq menggelepar kesakitan namun tidak mampu lolos kerana tubuhnya sedang dipegang.

Sehingga Fazziq terkulai di riba Ganesh barulah Abang Zul melepaskan jarinya.Air mata Fazziq berjujuran membasahi pipinya.Dia sakit kerana dirasuk sebegitu.Sejuta penyesalan timbul di benak hatinya.Akibat degil,dia telah menyusahkan diri sendiri dan orang lain.Tangan Abang Zul dipegang.

"Maafkan saya bang."

Abang Zul tersenyum.Rakan-rakan yang lain juga sama-sama tersenyum.Sebenarnya mereka sudah tidak menyalahkan Fazziq lagi terutamanya Ganesh.Dia menyaksikan sendiri bagaimana seksanya Fazziq dirasuk.

"Tak ada masa untuk tu.Kita keluar dari sini dulu.Cepat!"tegas Abang Zul lalu mengangkat Fazziq dan memapahnya bersama Ganesh.

Mereka melangkah pantas.Mahu cepat sampai ke rumah itu.

Cuping telinga mereka bergerak-gerak tatkala bunyi angin kencang menyapa pendengaran.Isyraf,Xiao dan Aniq berpaling ke belakang dan dapat melihat dengan jelas bagaimana ada segerombolan debu berpusing-pusing bagaikan angin taufan sedang mengejar mereka.

"Cepat,cepat!"tempik mereka bertiga,cemas.

Lantai rumah usang akhirnya dipijak.Mereka terselamat dari keganasan angin taufan itu.Kini masalah baru pula yang melanda.Ada beberapa kepala yang mengintai mereka dari celah dinding,lantai dan tiang seri.Setiap kali mereka bergerak,leher-leher kepala itu kian memanjang dan menghampiri mereka.Sudahnya mereka berhenti dan tidak boleh bergerak.

"ALLAH,apa pulak ni?"gerutu Aniq.

"Abang okey tak ni?"tanya Ganesh.

Dia sudah penat kerana berpusing-pusing sejak tadi.Mana mahu memapah Fazziq lagi.Sengal-sengal tubuhnya.

Abang Zul melepaskan melepaskan segumpal nafas berat.Nampaknya syaitan iblis masih belum puas mengganggu mereka.

"Kita azan sama-sama.Kuat-kuat."ujar Abang Zul akhirnya membuat keputusan.

Aniq dan Isyraf mengangguk.Selepas kiraan tiga,mereka bertiga melaungkan azan sekuat-kuatnya.Sehingga rumah itu terasa bergegar.Ganesh membawa Fazziq mendekati Xiao.Kedua-duanya memapah Fazziq dan berpaut pada dinding.Beberapa kali mereka hampir rebah mencium lantai.

Abang Zul dan pemuda itu berhenti daripada melaungkan azan.Mereka tidak tahu jam sudah pukul berapa.Baik jam tangan atau jam di telefon bimbit,semuanya mati tidak bergerak.Ia berhenti bergerak sebaik sahaja mereka memasuki alam ghaib itu.

Makhluk-makhluk itu sudah tiada.Perjalanan diteruskan.Pintu utama dicapai dengan kadar segera.Ganesh dan Xiao termengah-mengah memapah Fazziq keluar.Mereka bergerak dengan penuh berhati-hati kerana keadaan kayu yang sudah usang dan hampir roboh.Jika tangga patah dan mereka terjatuh ke dalam air,masalah lain pula akan timbul nanti.

Akhirnya mereka berjaya melepasi tangga rumah itu.Beberapa saat selepas mereka keluar,rumah itu bertukar kabur dan menghilang di sebalik kabus kelabu yang entah dari mana munculnya.Jika lambat sesaat,mereka pasti akan ghaib bersama-sama rumah itu.

Suasana biru dan suram membataskan penglihatan tetapi mereka sudah bijak untuk mengawal keadaan.Langkah diteruskan sehingga mereka menemui jalan keluar.

Mereka semua terduduk ke tanah berdebu selepas berjaya keluar.Bersyukur kerana ALLAH menunjukkan jalan keluar dari situ.Mereka menarik nafas dalam-dalam dan menghelanya perlahan.Kini mereka perlu berjalan ke kereta pula.Fazziq akan dibawa ke rumah Haji Hamid untuk dirawat.Lemah benar nampaknya si Fazziq.

Fazziq disandar ke tempat duduk belakang sambil ditemani oleh Ganesh.Xiao duduk di hadapan bersama Abang Zul.Enjin kereta dihidupkan dan mereka akan ke rumah Haji Hamid.

Di sepanjang perjalanan,Xiao asyik memandang ke langit mendung.Ketika itu,jam sudah menunjukkan pukul 4.00 petang.Mereka tersesat sejak pagi tadi dan ia pastinya akan menjadi kenangan yang paling dia tidak boleh lupakan.Pasti akan berkekalan hingga ke akhir hayat.Abang Zul yang sedang memandu dipandang sekilas.Sesungguhnya dia amat mengagumi lelaki ini.Semangatnya kuat dan tidak pernah putus asa untuk menyelamatkan mereka.

Ganesh memandang Fazziq.Rasa simpatinya mula membuak-buak.Wajah Fazziq pucat dan mukanya lencun dengan peluh.Dia tidak akan menyalahkan rakannya ini lagi selepas ini.Selepas melihat bagaimana terseksanya Fazziq,segala kemarahannya lenyap serta-merta.Dia sudah memaafkan Fazziq.

Nobody's perfect.Gumam Ganesh.

Dia mengalih pandangan dan merenung ke tingkap kereta.Sungguh dia tidak sangka akan dapat melihat dunia luar sekali lagi.Hanya mati yang bermain di fikiran ketika sesat tadi.Senyuman penuh kesyukuran terukir di bibirnya.

Fazziq bergerak-gerak.Dia sudah bangun dan mengatur duduknya.

"Are you okay?"tanya Ganesh penuh prihatin.

Fazziq tersenyum pahit.Sejujurnya dadanya terasa sakit.Seolah-olah baru diserang sakit jantung.Berdegup laju dan adrenalinnya masih berlari pantas.

"Aku okey."

Ganesh tersenyum.

"Sorry.I am sorry."ucap Fazziq masih rasa bersalah.Tidak pernah luntur sejak dia sedar akan kesilapannya.

Ganesh menepuk-nepuk paha Fazziq.Dia menggeleng-geleng.

"Benda dah lepas geng."balas Ganesh.

Xiao tersengih.

"Dah bangun pun!"ujar Xiao.

"Lepas ni kita nak ke mana?"tanya Fazziq dengan tekak perit.Dia terlalu banyak menjerit dan terpekik-pekik ketika dirasuk tadi.

"Ke rumah Haji Hamid.Kena berubat dengan tuan aji.Pulihkan semangat."balas Abang Zul.

Fazziq mengangguk faham dan tidak bertanya dengan lanjut.Dia kembali merebahkan kepala yang pening ke kerusi.Tetapi dia dapat melihat dengan jelas baju t-shirt yang dipakai Abang Zul.Ia dipenuhi rumput-rumput kering dan tanah.Dia tidak dapat membayangkan bagaimana mereka ketika di sana tadi.Pasti mereka sudah banyak susah kerananya.

Tapak tangannya direnung beberapa minit.Ia terasa panas selepas menggenggam patung berpuaka itu.Ah,mujur sahaja ia sudah dikembalikan ke dunianya.Selepas ini dia sudah serik untuk melakukan aktiviti paranormal seperti ini lagi.Ini kali pertama dan terakhir dia menyertainya.

Aniq melepaskan nafas penuh kelegaan.Pengalaman hari ini memang betul-betul gila!Selama ini dia hanya menontonnya melalui filem-filem seram sahaja tetapi kali ini dia dan kawan-kawannya merasainya sendiri.Sejak ke dunia ghaib,dia menyaksikan Zarul dan Fazziq dirasuk di hadapan mata.Malah melihat jelmaan Zarul yang berbadan separuh di sebalik pintu bilik.

Ah,semuanya menakutkan.

"Mana beg Fazziq?"soal Isyraf melilau mencari beg sandang milik Fazziq.

"Kat belakang."balas Aniq ringkas.

Isyraf menarik beg itu dari kerusi tempat duduk belakang dan kemudian menyelongkarnya penuh semangat.

"Kau cari apa?"

"Saja check.Manalah tahu patung tu masih ada kat dalam beg ni."

"Ada tak?"soal Aniq.

"Alhamdulillah,tak ada."ucap Isyraf tersenyum puas hati.

Jadi memang patung itu sudah tiada dengan mereka.Malanglah kalau ia masih belum dikembalikan ke tempat asalnya.Tidak sanggup dia mahu ke sana buat kali ketiga.

Aniq turut sama lega.Bayangkan kalau patung itu masih ada,alamatnya kena patah balik.Sesungguhnya dia tidak rela.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience