Bab 13

Thriller Series 1109

GANESH tersedar daripada tidur tepat pukul 3.00 pagi.Tekaknya haus dan badannya berpeluh.Panas juga cuaca pagi itu.Bunyi dengkuran kecil dari katil sebelah tidak diendahkan.Nampaknya lena sungguh rakan sebiliknya itu.Dia ke dapur untuk membasahkan tekak.

"Minta air,haus pulak tekak aku ni."sapa Xiao dari belakang.Peluh merenik di batang tengkuknya.

Ganesh menyerahkan botol air sejuk kepada Xiao.Dalam beberapa saat sahaja air dalam botol itu habis diteguknya.Kering benar tekaknya.

"Kau pun rasa panas jugak ke?"tanya Ganesh.Dia mencuci gelas kaca dan meletakkannya kembali ke rak.

"Panas."

"Samalah dengan aku.Kipas angin dah buka yang paling kuat kut."

Xiao sekadar mengangguk.Dia tiada mood mahu berbual-bual dengan Ganesh.Sebotol lagi air sejuk dia capai dari dalam peti ais.Dia masih haus.

"Aku sambung tidurlah dulu."ujar Ganesh dan berlalu ke bilik untuk menyambung lenanya.

Xiao yang sedang tidur membuatkannya terpana.Laju betul Xiao ke bilik?Bukan ke tadi dia masih di dapur?Tetapi masih ada bunyi di dapur.Ada member lain barangkali.Ganesh mendekati pintu bilik dan dapat melihat dengan jelas yang Xiao masih minum air di dapur.

Xiao yang tidur dipandang lama.Mana satu yang betul ni?Di dapur atau di sini?

Jantung Ganesh berdegup pantas tatkala Xiao memandang tepat ke arahnya.Di tangannya masih ada botol air sejuk.Lama-kelamaan ada senyuman sinis di bibir Xiao.Ganesh berdebar-debar.Pelik benar renungan mata Xiao itu.

Pintu bilik dihempas kuat apabila mata Xiao berubah menjadi putih.Ganesh mengunci pintu dan melompat naik ke katilnya.Ketakutan pantas menguasai diri.Jadi yang di dapur bukanlah Xiao.

Bunyi daun pintu yang terbuka membuatkan Ganesh cepat-cepat menarik selimut dan berselubung.Derapan langkah kaki semakin menghampiri Ganesh.Terasa ada jari-jemari panjang runcing memegang selimut dan menarik selimut ke bawah secara perlahan-lahan.Ganesh menggigil-gigil.

Ganesh tersentak dan terjaga dari tidur.Dia bermimpi!Bantal habis dibasahi peluh.Rakan sebiliknya direnung.Terasa seriau pula.Tekaknya dahaga.Jam juga sudah menunjukkan pukul 3.00 pagi seperti mana dalam mimpinya sebentar tadi.Namun dia membuat keputusan untuk menahan dan menyambung tidur sahaja.Risau jika mimpi buruk itu menjadi kenyataan.

"Ganesh."seru Xiao dalam kelam.

Ganesh yang baru sahaja mahu menyambung lena memusingkan tubuh ke arah katil Xiao.Nampak lelaki cina itu terkelip-kelip dalam samar.Selimutnya terlurut hingga ke paras perut.

"Kenapa?"tanya Ganesh.

"Aku mimpi buruk la."

"Kau mimpi apa?"

"Aku nampak kau ke dapur dengan mata putih."

Terdiam Ganesh.Sesungguhnya dia bermimpi yang serupa cuma orang yang dilihatnya ialah Xiao.Selimut dilurutkan ke bawah dan dia mula menukar posisi.Dari berbaring kini dia bersandar ke kepala katil.Meremang dibuatnya.

"Aku tengah minum air sejuk kan?"

"Haah,mana kau tahu Ganesh?"

"Aku pun mimpi benda yang sama."

Kening Xiao berkerut-kerut.Apa maksud Ganesh?Mimpi yang sama?

"Aku mimpi kau tegur aku kat dapur.Lepas aku balik bilik,aku tengok kau tengah tidur kat katil dan nampak kau renung aku dari dapur dengan mata putih."sambung Ganesh.

Xiao terlopong.Ternganga luas mulutnya.Biar betul!Mimpinya sebiji macam apa yang dimimpikan Ganesh!

"Sama..."bisik Xiao.

Ganesh dan Xiao memeluk tubuh.Sejak pulang dari aktiviti paranormal,macam-macam kejadian aneh yang berlaku.Tadi Pak Cik Rashid ternampak seorang wanita di dalam rumah sewa mereka.Dari mana pula datangnya wanita itu?Memang menakutkan!

"Kau rasa siapa perempuan yang Pak Cik Rashid nampak tu?"

Soalan Ganesh membuatkan Xiao berfikir.Senang sahaja jawapannya.

"Hantu."balas Xiao lancar sekali.Dia tergamam sejurus selepas itu.Boleh tahan lancang juga mulutnya.

Ganesh tersengih sumbing.Tadi dia yang terlafaz perkataan itu.

"Aku rasa si Fazziq ni ada usik apa-apa masa kat sana!"tuduh Ganesh.Yakin benar bunyinya.

Apa yang Fazziq buat ketika dia menghilang semasa di sana siang tadi?Mesti ada bendalah yang diusik lelaki itu!Hati Ganesh terus terdetik.

"Hish,tak baik kau tuduh-tuduh Fazziq macam ni.Kau ada bukti ke?"tanya Xiao.

"Tak adalah,tapi kau pun tahu perangai Fazziq tu macam mana.Tak habis-habis buat benda yang menyusahkan kawan-kawan dan diri sendiri."komen Ganesh.

Marah betul Ganesh,fikir Xiao.Dia tidak berani untuk mengiakan atau menidakkan kata-kata Ganesh.Sungguh,dia sendiri tidak berani mahu berprasangka buruk terhadap rakannya itu.Bagaimana jika Fazziq tidak mengusik apa-apa pun?Tetapi,memang Fazziq telah menghilangkan diri buat seketika di sana.

Aduh!Bisa kepalanya.

"Ada kemungkinan dia usik tapi kalau tak macam mana?"soal Xiao ingin menguji.

Terdiam Ganesh.Terngiang-ngiang kata-kata Fazziq yang memarahinya dalam kereta petang tadi.Mungkin dia menuduh Fazziq secara melulu kerana mahu membalas dendam?Yalah,selama ini lelaki itu suka menjadikannya sebagai bahan usikan.

"Kau berdua dah macam anjing dengan kucing aje aku tengok.Asyik bercakaran."ujar Xiao tersengih-sengih.

Kadangkala pertengkaran antara dua lelaki itu mencuit hatinya.Si Fazziq hantu mengusik,manakala Ganesh pula pasti melenting dan menayang penumbuk di hadapan muka Fazziq.

ABANG Zul masih belum tidur.Hatinya bimbang dengan keselamatan enam pemuda itu terutamanya Zarul.Kesan tamparan di leher Zarul tidak sepatutnya berlaku.Tiada sesiapa yang harus tercedera ketika di dunia itu.Perbuatan Fazziq yang tiba-tiba hilang buat sementara waktu turut mengundang rasa curiganya.

Kehadiran puterinya di muka pintu pantas menghentikan lamunannya.

"Ayah,ada orang dalam bilik kakak."

Abang Zul bingkas bangun dan mendapatkan Ariana.

"Kakak cakap apa ni?"tanya Abang Zul tidak faham.

Dia belum dapat menangkap maksud sebenar kata-kata anaknya.

Ariana mendekatkan mulut ke telinga ayahnya lalu berbisik,"Ada orang tengok kakak tido tadi."

Tanpa banyak bicara,Abang Zul bergegas ke bilik tidur anaknya.Dia menguak pintu seluas-luasnya dan memasang lampu sehingga semuanya terang-benderang.Pandangannya melilau dan memeriksa setiap sudut di bilik itu.Tiada apa yang ditemuinya.

Jari-jemari Ariana terasa lembut menepuk-nepuk paha ayahnya.

"Sekarang orang tu tengok mak tidur."bisiknya.

Abang Zul berlari ke bilik untuk memeriksa keadaan isteri.Entah orang mana yang telah memecah masuk ke dalam kediaman mereka.Dia mencapai kayu cota yang terletak di bawah katil.Dia akan memanfaatkan cota itu sebagai senjata untuk mempertahankan diri.

Dia meletakkan Ariana di ruang tamu sementara dia memeriksa keadaan di dalam rumah.Dia bergerak ke bilik kosong yang digunakan untuk menyimpan barang-barang.Lama dia berdiri di hadapan muka pintu yang terbuka luas.Sedikit sebanyak perasaannya menjadi tidak tenteram.

Bunyi sesuatu bergerak di balik beg plastik menarik perhatiannya.Tidak lama kemudian muncul seekor cicak mencicit lari dan kembali ke dinding.Abang Zul menelan liur.Ingat apalah tadi.

Tangisan Ariana dari belakang memaksa Abang Zul berpaling dan bergegas mendapatkan kanak-kanak itu.Anaknya sedang menangis teresak-esak.

"Kenapa ni kakak?"

"Orang tu nak makan kakak!"

"Kakak tengok kat mana?"

"Kat situ."

Ariana menghalakan telunjuknya ke arah ruang tamu yang sunyi.Di situ lampu berkelip-kelip.Langsir kelihatan terbuai-buai walaupun kipas siling tidak dihidupkan.Abang Zul mendukung Ariana dan berjalan perlahan-lahan ke ruang tamu.Dia akan melihat keadaan di situ dengan lebih dekat.Jika benar ada sesuatu yang sedang mengganggu Ariana.

Sampai sahaja di ruangan itu,mata Abang Zul tertancap pada sesusuk tubuh kecil.Berdiri di belakang sofa dan wajahnya tidak kelihatan di situ dengan lebih jelas kerana lampu yang mati secara tiba-tiba.Hanya cahaya dari luar yang membantu penglihatannya.

Milik siapa susuk tubuh kecil ini?

"Ayah..."panggil Ariana.

Kening Abang Zul berkerut.Suara anaknya kedengaran dari hadapan.

"Ayah dukung siapa tu?"

Dada Abang Zul berdebar-debar.Tiba-tiba tangannya rasa dingin. 'Ariana' yang berada dalam dukungan bertukar seperti ais.ALLAH!
"Ayah!"Ariana yang berdiri di belakang sofa menangis dan menjerit-jerit.Dia ketakutan.

Sementara itu,Abang Zul seolah-olah tidak berdaya untuk melihat siapa yang didukungnya.Bukan Ariana.

"Ayah!"jerit Ariana lantang dan terus menangis.Air matanya berjujuran.

Abang Zul kaku berdiri sambil memandang ke arah Ariana.Mukanya berpeluh-peluh.

"Haa..."

Bunyi itu menusuk tepat ke telinga Abang Zul.Bunyinya sangat hampir.

"Haa..."

Abang Zul beristighfar dalam hati dan melepaskan apa yang berada dalam dukungannya.Tanpa menoleh ke belakang,dia mencapai Ariana dan berlari masuk ke bilik tidur.Namun sekali lagi dia diuji apabila isterinya tiada di dalam bilik.

"Az?Azlin?"Dia memanggil isterinya.

Azlin masih tidak kelihatan.Isterinya sudah hilang.Ariana mendakap ayahnya erat-erat.Dia benar-benar takut.

"Bang."panggil isterinya dari luar bilik.

Abang Zul dan Ariana merenung pintu bilik serentak.Pintu itu telah dikunci kemas.Azlin memanggil-manggil dari luar,minta dibukakan pintu.Tetapi dia serba salah.Haruskah dia membukanya?Ataupun tidak?

"Bang,buka pintu ni."

Hati Abang Zul berbelah bahagi.Dia sendiri tidak dapat membuat keputusan.Lama dia duduk di atas katil dengan Ariana dalam pelukan.Mungkin benar Azlin sebab dia tiada dalam bilik.Abang Zul mula bergerak untuk membuka pintu.Namun...

"Buka pintu bodoh!Aku nak masuk!"

Langkah Abang Zul segera berhenti.Suara Azlin bertukar parau dan berlapis-lapis.Itu bukan Azlin!Mujur dia masih belum membuka pintu.

Tombol pintu berpusing-pusing.Pintu bergoncang bagai mahu tercabut.Ketika itulah Abang Zul melaungkan azan sekuat-kuat hatinya.Beberapa saat kemudian,semuanya kembali tenang.

Ariana menangis di atas katil.Ketika menenangkan anaknya,perasaan Abang Zul berkecamuk.Apa yang pasti semua ini terjadi selepas dia pulang dari aktiviti paranormal itu.Dia yakin ada salah seorang daripada mereka yang telah mengusik sesuatu ketika di sana.Tiada angin tiada ribut masakan pokok bergoyang.

Telefonnya berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk.Datang dari nombor yang tidak dikenali.Dia menjawab panggilan dengan tangan terketar-ketar.

"Bang,buka pintu."

"Az?"

"Ya.Saya kat luar.Tolong buka pintu?"

Keningnya berkerut.Dia bingung.Mengapa Azlin di luar?Bukankah dia bersamanya sepanjang hari?

"Buka pintu tau.Dah lama saya berdiri kat luar ni.Saya lupa bawa kunci pendua."

"Okey,kejap."

Abang Zul mematikan talian.Dia berjalan menuju ke tingkap dan mengintai ke luar.Memang isterinya sedang menunggu di luar dengan baju kurung moden berwarna putih.Dia kelihatan bingung.Mungkin bingung mengapa suaminya belum membuka pintu sejak tadi.

Mesej yang tiba-tiba masuk dibaca dengan segera.Isterinya menghantar SMS sejak petang tadi tetapi baru sampai ke kotak mesej.

"Saya masih di rumah mak.Insya-ALLAH pagi esok balik.Kenapa tak angkat call?"

Abang Zul mengintai ke luar sekali lagi.Azlin masih di luar.Mungkin dia sudah balik dan tidak jadi pulang pagi nanti.Ariana yang tertidur dipandang lama.Dia mengatur langkah perlahan-lahan hingga ke ruang tamu.Dia akan membuka pintu untuk isterinya.

Sebelum itu,dia mendail nombor isteri dan menghubunginya.Bukan apa,sebagai langkah berhati-hati.Jika benar itu Azlin,dia akan terus membuka pintu.Panggilan telefonnya tidak dijawab.Apa yang dia perasan,telefon Azlin tidak berbunyi di luar.Sunyi.

Panggilan telefon kedua akhirnya diangkat.Suara Azlin serak-serak basah kerana baru bangun dari tidur.

"Assalamualaikum,awak kat mana ni?"soal Abang Zul.

Azlin terpisat-pisat.Dia melihat jam di dinding.Sudah pukul 3.00 pagi.Ada apa suaminya menelefon pada waktu-waktu begini?Dia duduk bersandar di kepala katil dengan mata yang separuh tertutup.

"Waalaikumussalam.Saya kat rumah mak.Abang tak baca SMS ke?"

"Baru baca.Ariana asyik menangis,rindu awak agaknya."ujar Abang Zul.Sengaja menyuruh isteri mahu cepat-cepat pulang ke rumah.

Dadanya bagaikan mahu pecah.Jadi siapa yang berada di rumah dengannya sepanjang petang dan malam tadi?Siapa pula yang sedang menunggu untuk dibukakan pintu di luar?

"Hah?Ariana kan ada dengan saya ni.Awak okey tak ni?"tanya Azlin lagi.Terbuka luas matanya.Ada-ada sajalah suaminya ini.

Mulut Abang Zul ternganga.Ariana bersama Azlin?Dia melarikan pandangannya ke bilik tidur.Ada susuk tubuh kecil sedang tidur di sana.Memang seiras Ariana.

"Abang?Awak okey tak?"soal Azlin berkali-kali.

"Okey.Jumpa awak nanti."Abang Zul terus mematikan talian.

Azlin terkulat-kulat.Macam ada yang tidak kena sahaja.Entah apa yang membuatkan suaminya menelefon pada pagi-pagi buta begini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience