Bab 10

Thriller Series 1109

WAJAH Zarul diusap beberapa kali dengan air mineral yang telah dibacakan surah Yasin oleh Haji Hamid.Pemuda itu masih belum sedarkan diri dan hanya terbaring di tengah-tengah ruang tamu.

"Insya-ALLAH dia tak ada apa-apa.Zul,ikut saya ke belakang sekejap."arah Haji Hamid bingkas bangun dan berlalu ke dapur.Ada sesuatu yang ingin dia sampaikan pada Abang Zul.

Abang Zul hanya menyusul di belakang tanpa banyak bicara.

Setelah Abang Zul ke belakang bersama Haji Hamid,Fazziq dan yang lain hanya membisu seribu bahasa.Masing-masing memandang Zarul yang terbaring.Masih belum sedar dari pengsan walaupun wajahnya sudah basah dengan air bacaan ayat suci al-Quran.

"Aku tak tahu pulak si Rul ni lemah semangat.Kalau aku tahu,sumpah aku tak akan ajak."ujar Fazziq serba salah.

Sejujurnya dia masih belum puas berada di dunia sana.Jika tidak kerana Zarul,pasti aktiviti paranormal menjadi semakin menyeronokkan.

"Aku kenal dengan Zarul,dia bukannya penakut macam Ganesh."ujar Fazziq sempat mengusik rakannya.

Ganesh mengepal penumbuk dan menumbuk kuat belakang lelaki yang gemar mengenakannya itu.Terbatuk-batuk Fazziq dibuatnya.

"Jangan sampai muka kau pulak aku tumbuk nanti!"ugut Ganesh.

KENING Haji Hamid terangkat.Keluhan berat terlepas dari mulutnya.

"Kenapa ke sana semula?Peristiwa dua tahun lepas masih tak buat kamu serik?"soal Haji Hamid.

Abang Zul menundukkan wajah.Lantai simen dapur ditenung dengan perasaan bercampur-baur.Rasa bersalahnya berasak menyesakkan dada.Kata-kata Haji Hamid hanya mampu ditelan dengan rasa pahit.

"Sudah,bawa dia orang balik.Hari pun dah nak Maghrib ni.Pesan kat dia orang macam apa yang aku pesan kat kamu."ujar Haji Hamid.

"Baik Bang Aji..."

"Kalau jadi macam dua tahun lepas,eloklah kamu datang semula kat sini.Tak mahu benda yang lepas berulang kembali lagi sekali."pesan Haji Hamid dengan nada yang serius.

Sebelum dia kembali ke ruang tamu,tangannya sempat menepuk lembut bahu Abang Zul.

ZARUL membuka mata dan terus bangkit dari pembaringan.Dia sedang berada di ruang tamu rumah seseorang.Dia tidak pernah berkunjung ke sini pun sebelum ini.Bagaimana dia boleh ke sini?Di manakah rakan-rakannya?Di mana Abang Zul?

"Rul!Kau dah sedar ke?Jom balik!"

Suara Aniq membuatnya berlari ke pintu utama.Riuh-rendah yang sedang berlaku di luar melegakannya.Patutlah tiada di ruang tamu,rupa-rupanya di bawah.

"Nak pergi mana tu?"

Dia disapa dari belakang.Suara milik seorang wanita dewasa.Barangkali suara isteri kepada tuan rumah ini.Dengan wajah manis,Zarul memusingkan tubuhnya untuk mengundur diri.

"Saya minta di..."

Eh,di mana wanita yang menyapanya sebentar tadi?

"Awal lagi ni.."

Terkial-kial Zarul apabila disapa oleh suara yang sama.Sebenarnya dia bercakap dengan siapa tadi?Atau dia yang tersilap dengar?

"Atau biar aku teman kau balik?"ujar suara itu lagi disusuli dengan tawa terkekek-kekek.

Zarul mendongak ke siling dan melihat seorang perempuan tergantung dengan lidah terjelir panjang.Lintang-pukang Zarul melarikan diri.Rakan-rakannya sudah menunggu di bawah dan bersedia untuk membawanya pulang.

"Kau orang kat mana?Janganlah main-main!"tempik Zarul.

Zarul berlari ke sana ke mari.Kini rakan-rakannya pula yang ghaib.Jika ini ialah prank,maka ia langsung tak kelakar!

"Woi,janganlah main-main!Aku nak balik la!"

"Aku akan temankan kau..."Bisikan itu bergema di telinganya.

"RUL,Alhamdulillah kau dah sedar."ujar Isyraf gembira.

Zarul tiba-tiba bangun dan duduk dengan mata yang terbeliak.

"Kau okey?"

Suara Xiao kedengaran tenggelam-timbul di pendengaran Zarul.Dia menoleh dan memandang rakan-rakannya seorang demi seorang.Tidak mampu membezakan mana yang palsu dan mana yang benar.

"Wei,kau okey?"ulang Isyraf.

Pertanyaan-pertanyaan itu tidak dijawab Zarul.Apa yang dia lakukan hanyalah memandang mereka dengan wajah bingung.

"Kat mana ni?"soal Zarul.

Akhirnya dia membuka mulut setelah lama mendiamkan diri.Matanya terpaku pada siling.Di situlah wanita itu tergantung dengan wajah yang menakutkan.

"Kat rumah Haji Hamid."balas Isyraf.

"Siapa Haji Hamid?Apa yang kita buat kat sini?"tanya Zarul.

Ganesh bertukar pandangan dengan Fazziq.Rakan mereka ini benar-benar sedang bingung.Entah apa yang dilihatnya di siling dari tadi.

"Tak ada apa-apa yang patut dirisaukan cuma ingat pesan Abang Zul kamu lepas ni.Yang paling penting solat jangan tinggal."jelas Haji Hamid yang baru muncul.

Abang Zul membuntuti dari belakang.Zarul terkulat-kulat.Siapa Haji Hamid?

Haji Hamid duduk bersila di sebelah Zarul.Kesan kemerah-merahan di leher pemuda itu direnung buat beberapa saat.Ia masih ada dan belum hilang sepenuhnya.Serta-merta peristiwa hitam dua tahun lepas menyerang layar ingatannya.

Dua tahun lepas...

"LEPASKAN akulah bodoh!"

"Allahuakbar!"

"Kau ni dah kenapa ha?Kau ingat aku takut dengan kau?Aku akan bunuh kau!Kau tunggu!"

Haji Hamid menggeleng.Terlepas juga keluhan dari mulutnya.Sudah sejam lebih dia dan pembantunya cuba merawat lelaki ini tetapi ternyata ia bukan satu tugas yang mudah.Dia juga sudah lelah.Tenaga lelaki yang dirawatnya ini bukan calang-calang.Bagaikan merawat empat orang lelaki dewasa sahaja.

"Pegang dia kuat-kuat!"arah Haji Hamid.

Pembantu-pembantunya memperkemaskan pegangan walaupun semuanya sudah penat.Otot-otot tangan mereka sudah lenguh.Tiada langsung masa senggang untuk berhenti rehat.Sudah sejam lebih mereka berperang dengan tenaga lelaki ini.Makin lama makin kuat pula dia melawan.Memang tak kenal erti penat langsung.

"Allahuakbar!"laung Haji Hamid lalu memicit ibu jari lelaki itu dengan sekuat hatinya.

Picitan itu membuatkan pesakit meraung kesakitan dan menjadi sedikit lemah.

"Lepaskan akulah bodoh!"

"Tuan Aji,tengok leher dia."tegur salah seorang pembantunya.

Kesan kemerah-merahan di tengkuk lelaki itu semakin teruk.Lama-kelamaan ia menjadi kebiru-biruan seperti lebam.Risau pula dia melihatnya.Tidak pernah dia melihat kejadia seaneh ini.Entah apa yang menyebabkan kesan calar dan lebam ini.

"Lepaskan aku!"

TEPUKAN lembut di bahu Haji Hamid menghentikan ingatannya yang melayang hingga ke peristiwa beberapa tahun lepas.Abang Zul mahu meminta diri untuk pulang.Langit di luar menandakan malam akan melabuhkan tirai tidak lama lagi.Dia mahu membawa para pemuda ini pulang sebelum azan Maghrib berkumandang.

"Apa yang Bang Aji fikir sampai jauh benar menungnya tu?"usik Abang Zul.

"Tak ada apa-apa.Ha,eloklah kamu semua balik.Dah nak Maghrib dah ni."potong Haji Hamid sebelum Abang Zul menuturkan kata-kata seterusnya.Jendela yang terkuak luas ditutup kemas.

"Kami beransur dulu Bang Aji.Kalau ada apa-apa,saya akan call Bang Aji ya?"

"Insya-ALLAH semuanya okey kalau tak ada yang buat pasal."balas Haji Hamid.Kemudian,pandangannya tertancap pada Fazziq.

Fazziq tergamam.Kenapa lain macam sahaja pandangan tuan haji ni?Hatinya bersuara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience