"ADUH!"
Abang Zul berlari mendapatkan Iman yang kini terduduk di tangga.Mukanya berkerut-kerut menahan sakit.Dua pasangan itu turut panik.
"Kenapa ni Iman?Sakit lagi?"tanya Abang Zul sambil memegang kedua-dua bahu Iman.
"Tak tahu bang."balas Iman dengan tangan yang masih melekap di leher.
Sophian dan Daniel merapati Iman dan mengalih sapu tangan yang membaluti leher lelaki itu.Lehernya semakin merah dan cedera teruk!
Berkerut dahi Abang Zul.Kesan merah itu dia sentuh.Iman mengerang kesakitan.Perjalanan belum jauh tetapi hal lain pula yang terjadi.Tidak tahu sama ada mahu melanjutkan perjalanan ataupun patah balik sahaja.
Iman berkeras mahu meneruskan aktiviti pada hari itu.Dia tidak mahu menggagalkan rancangan yang telah diatur sejak berbulan-bulan itu.Sakit itu dia rela letak ke tepi.Lama-kelamaan ia pasti hilang sedangkan pengalaman ini sungguh berharga dan tidak boleh disia-siakan begitu sahaja.
"Kau sure ke Im?"tanya Daniella tidak percaya yang Iman mampu meneruskan aktiviti itu.
Tengok muka pun dah merah padam.Macam udang kena bakar.
"Aku okey.Nanti hilanglah sakit ni."balas Iman berdegil.
Sedangkan kesakitan itu langsung tidak berkurang.Pedih menyucuk-nyucuk.
Abang Zul membaca sesuatu,kemudian meniupnya ke tapak tangan lalu disapukan ke leher Iman yang sakit.Semoga kesakitan itu reda untuk seketika.
"Saya okey bang.Kita teruskan perjalanan."ujar Iman lalu bangkit dan kembali mengikat batang tengkuknya dengan sapu tangan yang sama.
"Betul ke ni?Kalau awak rasa tak sihat,baik kita patah balik.Abang akan refund semua bayaran."pujuk Abang Zul.
Dia tidak mahu timbul masalah lain jika Iman tetap meneruskan perjalanan.Namun Iman tetap berkeras.Dia sudah berjalan beberapa tapak ke hadapan.
"Nanti hari makin lewat."
Daniella memandang Abang Zul.Perasaan gadis itu tidak tenteram.Alisya mendakwa diekori sesuatu malahan ternampak wanita tinggi dengan fizikal menakutkan berdiri di beranda rumah usang ini.Manakala Iman pula tercedera kerana ditampar oleh sesuatu yang ghaib.
Patutkah dia meneruskan aktiviti ini?Fikir Abang Zul.
Abang Zul membuat keputusan untuk menyambung perjalanan.Dia tidak boleh melarang jika tuan badan sendiri yang mahu perjalanan ini diteruskan.Dia sudah dibayar dan akan melakukan tugasnya sehabis baik.Daniella hanya mampu mengalah.
Semuanya sudah berpijak pada beranda rumah itu.Kayunya berkeriut ketika dipijak.Abang Zul meminta supaya mereka berhati-hati.
"Mari masuk.Jangan bising-bising ya."tutur Abang Zul yang memulakan perjalanan.
Dia berada di hadapan dengan mata yang melingas ke setiap sudut.Berada di dunia itu,peratusan berjaga-jaga haruslah tinggi.Tersilap langkah musibah yang menimpa.
Alisya memeluk erat lengan Daniella.Manakala Sophian dan Daniel berjalan di belakang sekali.Sambil melangkah sambil berjaga-jaga.
Bau busuk yang berlegar-legar tidak ditegur kerana Abang Zul sudah berpesan sebelum ini.Jika ternampak,terdengar atau terhidu berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku.Pesanan itu mereka semat kemas-kemas di hati.
"Ya ALLAH!"jerit Alisya sambil matanya automatik tertutup rapat.
Ada sesuatu yang sedang berdiri di balik tiang seri di hadapan mereka.Hanya separuh tubuhnya yang kelihatan,mulutnya ternganga luas dan matanya putih berurat hitam menghadap ke arah mereka berenam.Alisya tahu hanya dia seorang yang dapat melihat makhluk-makhluk ghaib seperti ini.Sejujurnya dia tidak mahu mempunyai deria keenam ketika di situ.Biarlah hidupnya seperti normal.
"Kenapa Lisya?"bisik Daniella.
Alisya menggeleng-geleng dan mengunci mulutnya tetapi Daniella tahu apa yang membuatkan rakan baiknya ketakutan.Sah-sahlah Alisya ternampak sesuatu yang hodoh lagi menakutkan.Bulu romanya pun asyik meremang sejak tadi.
"Luar sana,dunia yang kita akan jumpa macam-macam."ujar Abang Zul separuh berbisik.
Iman menggigit bibir.Lehernya berdenyut-denyut.Naik merah matanya menahan sakit.Dia mengukir senyuman setiap kali Abang Zul memandang ke arahnya.Dia tidak mahu rancangan mereka gagal hanya kerana kesakitan di lehernya.
Jadi anak jantan Iman!Jangan jadi seorang yang lemah!
Ketika melintasi tiang seri,Alisya hampir termuntah.Tekaknya loya dan perutnya terasa bagaikan ditekan-tekan.Bau semakin busuk.Menjolok-jolok anak tekak.
Sophian bergegas mendapatkan kekasihnya dan memapah gadis itu keluar dari rumah.Wajah Alisya pucat lesi seperti orang tidak cukup darah.Sophian betul-betul bimbang.Suasana yang terang-benderang di luar memudahkan Sophian mencari tempat berehat untuk sementara waktu.
"Awak okey?Muka awak pucat ni."tanya Sophian,risau akan keadaan kekasihnya.
Alisya duduk di atas kayu sambil bersandar ke sebatang pokok.Bau busuk sudah tiada jadi rasa loya mulai menghilang.
"Betul ke kita boleh teruskan perjalanan ni?Kau dengan Iman tak berapa okey aku tengok."kata Daniel tidak selesa.
Lebih baik patah balik sahaja daripada terus membahayakan keselamatan dua orang rakannya ini.Abang Zul sudah puas memujuk tetapi Iman dan Alisya degil.
Iman tidak berkata apa-apa.Dia tiada point untuk menyelar kata-kata Daniel.Tengkuknya pedih,berdenyut-denyut tetapi perasaan terujanya lebih kuat.Mungkin ini kali pertama dan terakhir untuknya.Selepas ini mungkin Abang Zul tidak dapat membawa mereka ke sini lagi.
Lagipun dia dan rakan-rakannya datang dari jauh.Tidak,dia tidak akan menyerah kalah kepada kesakitan itu.
"Betullah.Tengoklah muka dia orang berdua ni.Pucat lesi."sokong Daniella pula.
Keadaan Alisya dan Iman sudah boleh dikategorikan sebagai orang yang boleh pitam pada bila-bila masa dari sekarang.Hanya mereka berdua yang teruk terkena gangguan sejak mula.
Abang Zul sudah membuat keputusan.Dia akan membawa mereka pulang.Aura di situ semakin aneh.Dia khuatir jika kesihatan Alisya dan Iman semakin terganggu.
"Kami okey bang."ujar Iman dan Alisya serentak.
Daniel dan Daniella mengeluh.Dasar kepala batu!
"Keadaan awak berdua ni saya tengok makin teruk.Jangan ambil risiko.Lebih baik kita balik."nasihat Abang Zul.Dia bersedia untuk berpatah balik.
Alisya bingkas bangun.
"Saya dah tak apa-apa.Sorry sebab dah susahkan Abang Zul."ujar Alisya.
Sophian mengeluh penuh sesal.Teman wanitanya memang keras kepala.Dia sendiri pun sudah tawar hati untuk meneruskan aktiviti itu.Lebih baik berehat di hotel saha.Muka Alisya pucat dan dahinya merenik peluh.Ini dikatakan okey?
"Kita balik ajelah.Rest kat hotel."pujuk Sophian.
"Saya tak apa-apalah!"tengking Alisya,mula meninggikan suara.
Semua terkedu.Gadis bermata galak itu tiba-tiba marah.Matanya tajam sekali meratah wajah Sophian.
"I'm so sorry.Saya okey,tak ada apa-apa.Jom teruskan perjalanan."ujar Alisya kembali tenang.
Mereka hanya mampu memandang Alisya yang sudah berjalan beberapa langkah di hadapan.Iman menyusul di belakang.
"Macam mana ni bang?"tanya Sophian serba salah.
Langkah Alisya dan Iman juga semakin jauh.
"Kita teruskan."
Hanya itu yang keluar dari mulut Abang Zul.Dia sudah tiada pilihan lain selain menurut permintaan Alisya dan Iman.Lagipun mereka sudah betul-betul memasuki dunia ghaib selepas berjaya melepasi rumah usang itu.
Kereta yang bersusun-susun menarik perhatian lima sekawan itu.Semuanya berwarna hitam dan berkilauan dipanah cahaya matahari.Elok berkunci tetapi tiada pemandu atau penumpang di dalamnya.
Daniel dan Sophian teruja.Mereka berdua memang peminat kereta sejak dari dulu.Pantang nampak kereta yang sporty dan mewah pasti mata kedua-duanya membulat.
"Jangan dekat."tegah Abang Zul.Tegas sahaja suaranya.
Daniel dan Sophian kembali mengundur ke belakang.Tidak berani melawan kata-kata lelaki itu.Risau juga jika terkena seperti Iman.Iman pun asyik berkerut-kerut mukanya selepas tengkuknya cedera.Pedih menyucuk-nyucuk.
Share this novel