Bab 44

Thriller Series 1109

SOPHIAN berlari keluar sepantas kilat.Iman hanya berdiri di situ tanpa mengejarnya dari belakang.Dia tahu Sophian akan menghubungi Abang Zul.Ingat dia takut?

"Kau pulak,kenapa tak ikut si bangsat tu?"soal Iman kasar.

Kini hanya dia dan Daniel sahaja yang berada dalam bilik hotel itu.Daniel tidak bercakap apa-apa.Dia mengunci mulut.

"Mula-mula aku bunuh jantan ni dulu,lepas tu kau,lepas tu girlfriend kau,lepas tu pasangan kekasih lagi satu tu.Aci tak?"

Selepas memberi usul itu,Iman terus ketawa berdekah-dekah.Lucu dia melihat ekspresi muka Daniel yang ketakutan.

Sophian mengetuk-ngetuk pintu bilik hotel Alisya dan Daniella.

"Lisya,Daniella!"panggil Sophian sambil terus mengetuk pintu bilik.Dia cemas kerana ada kemungkinan Iman akan mencederakan Daniel.

Alisya dan Daniella yang baru terlelap terus tersedar.Daniella menuruni katil dengan mata yang terpisat-pisat.Kain selendang yang tersangkut di kerusi dicapai malas.

"Ha,ada apa Sophian?"soal Daniella dengan mata separuh terbuka.

Sophian menolak daun pintu dan berlari masuk ke dalam.Alisya yang masih berbaring terperanjat dengan kehadiran teman lelakinya di bilik itu.Cepat-cepat dia menekup kepalanya dengan bantal.Dia terkebil-kebil memandang Sophian.

"Iman naik gila!"ujar Sophian dengan nafas tercungap-cungap.

Daniella dan Alisya terlopong.

"Phone!Nak call Abang Zul."ujar Sophian berpusing-pusing mencari telefon bimbit milik Alisya atau Daniella.

Masa semakin suntuk.Dia harus menelefon Abang Zul secepat mungkin.Nasib Daniel pun dia tidak tahu bagaimana di bilik seberang.

Daniel menyuruh Imam bertenang.Dia meletakkan tangan kanannya ke hadapan dan mengarahkan Iman berhenti dari terus mendekatinya.Iman sudah gila.Matanya penuh dengan dendam.Dia melihat Daniel sebagai musuh yang harus dimusnahkan.Mukanya bengis tetapi bibirnya mengulum senyuman sinis.

"Bawa bertenang Iman.Aku ni,Daniel.Sedar Im!"

Namun Iman langsung tidak memperdulikan nasihat Daniel.Dia peduli apa?Kawan atau lawan,akan dia musnahkan semuanya.Dia bukannya Iman jadi kenapa dia perlu bersimpati?Iman pun akan dia seksa zahir dan batinnya sehingga dia terasa mahu mati!

"Sabar Im."pujuk Daniel sambil kakinya terus berjalan mengundur ke belakang.Semakin lama semakin rapat dengan balkoni.Mereka menginap di tingkat empat.

Pintu kaca balkoni bertutup rapat.Daniel tersandar ke situ dengan peluh yang merenik di dahi.Iman semakin dekat.Sengaja mahu menolak Daniel hingga ke ruang balkoni.

Daniel tiada pilihan lain.Dia membuka pintu balkoni dan menutupnya secepat mungkin.Iman cuba membuka pintu itu dengan kedua-dua belah tangannya.Daniel bertungkus-lumus menahan pintu dari dibuka Iman.Tidak dinafikan dia berasa lelah dengan tenaga Iman yang terlalu kuat.

Beberapa ketika selepas itu,dia tewas.Iman berjaya membuka pintu dan kini berada di balkoni bersama dengannya.Sengaja membuatkan Daniel berada hampir dengan hujung balkoni dalam posisi bahaya.Dia sudah tiada tempat untuk melarikan diri.

"Iman!"panggil Sophian dari ambang pintu bilik hotel itu.Di belakangnya kelihatan Alisya dan Daniella.

"Bawa mengucap Im."pinta Daniella.

Iman berpaling dan memusingkan tubuhnya lalu menghadap tiga insan itu.

ABANG Zul bergegas memakai jaket dan seluar jean.Dia mendapat panggilan telefon daripada Sophian beberapa minit lepas.Iman sedang dirasuk.Selepas memastikan Azlin dan Ariana selamat di dalam bilik masing-masing,dia mengambil kunci kereta yang tersangkut di paku dalam bilik.Dia menyusup masuk ke dalam kereta selepas mengunci pintu rumah.

Semasa memandu,dia mendail nombor telefon Haji Hamid.Hari sudah melepasi pukul 10.00 malam.Semoga Haji Hamid masih belum tidur.

"Assalamualaikum Zul.Hah,ada apa?"sapa Haji Hamid.

Abang Zul mampu menarik nafas lega.Haji Hamid masih belum tidur.

"Minta maaf mengganggu Bang Aji malam-malam macam ni.Iman,Bang Aji,dia kena rasuk.Saya on the way nak ke hotel dia orang menginap.Lepas tu saya akan bawa dia ke rumah Bang Aji."jelas Abang Zul panjang lebar.

Haji Hamid memberi keizinannya.Dia akan menunggu kedatangan mereka.

Abang Zul mematikan talian.Dia menekan minyak dan memecut keretanya untuk ke hotel yang terletak kira-kira 15 minit dari rumahnya.

"KAU!"Iman maksudkan Alisya.Dia merenung gadis berkulit sawo matang dan bertubuh kecil itu dengan penuh minat.

Sophian menolak Alisya supaya berdiri betul-betul di belakangnya.Apa yang Iman mahukan daripada Alisya?

"Alisya."panggil Iman.Nakal sekali suaranya.

Sophian berkerut dahi.

"Apa ni Iman?"tegah Sophian.

"Dah telefon lelaki bedebah tu?Tak lama lagi sampailah dia."sindir Iman.

Sophian tidak berkata apa-apa.Abang Zul memang di dalam perjalanan untuk ke sini.Sekarang mindanya sedang mencorak bagaimana caranya untuk mereka membawa Iman keluar dari hotel itu.Pasti Iman akan membuat onar dan mengganggu ketenteraman para penginap yang lain.Dia tidak mahu orang lain tahu apa yang sedang berlaku ke atas mereka.

"Aku akan bunuh Zul sekali!"Sinis kata-kata Iman.

Daniel yang masih di balkoni mendekati pintu perlahan-lahan.Dia mengambil kesempatan itu untuk meloloskan diri dari situ.Di luar sejuk tambahan pula dia sekadar memakai seluar pendek dan berbaju t-shirt.

Iman mencapai powerbank bersaiz sederhana yang terletak di atas katil lalu melemparnya kuat ke arah Daniel.Tepat mengenai muka lelaki itu.Daniel terduduk ke lantai sambil menekup muka.Hidungnya berdarah teruk.

"Danny!"tempik Daniella mahu meluru masuk namun Sophian sempat memegang lengannya.

Sophian menggeleng-geleng.Masa yang tidak tepat untuk pergi mendapatkan Daniel.Iman sudah jadi gila.Tidak mustahil dia akan mencederakan Daniella pula.

ABANG Zul membelok masuk ke simpang dan memarkir keretanya di perkarangan hotel.Dia berlari ke lif dan menekan butang empat.Sekejap sahaja dia menjumpai bilik 406 dan sejak keluar dari lif lagi dia sudah dapat mendengar kekecohan di situ.Ketika dia sampai di depan bilik,beberapa penginap lain turut sama berdiri di luar.

"Ya ALLAH,kenapa ni Danny?"tanya Abang Zul semasa melihat Daniel yang tersandar di dinding luar bilik.

Daniel menekup hidungnya dengan kain tuala kecil.Tuala itu dipenuhi kesan darah.

"Iman bang.Dia lempar powerbank kat saya."

"Lailahaillallah."ucap Abang Zul panjang.

"Dia terpekik-pekik sampai semua orang kat tingkat ni datang tengok."cerita Daniel tanpa Abang Zul perlu bertanya.

Abang Zul merenung pintu bilik 406 yang terbuka luas tetapi pandangannya terbatas kerana ramai yang sedang berdiri di situ.

Sejurus selepas itu...

"Oi,Zul!Dah sampai?Sinilah woi!"panggil Iman dari dalam bilik.Kemudia hilai tawanya bergema ke seluruh sudut di tingkat empat.

"Kahkahkah!"

Abang Zul menyelinap masuk.Sophian,Daniella dan Alisya sedang berdiri di muka pintu.Manakala Iman pula berjalan ke sana ke mari.Mukanya berserabut.Kadang-kadang mendengus marah,kadang-kadang ketawa berdekah-dekah.

Abang Zul hanya menggeleng diiringi keluhan beratnya.

"Kita bawa dia ke rumah Haji Hamid."bisik Abang Zul.

Sophian bingung.

"Tapi macam mana bang?Tengah mengamuk tu."balas Sophian.

"Kita minta tolong orang-orang kat sini.Pegang dan bawa dia ke kereta."usul Abang Zul.Sophian faham.

Alisya dan Daniella pula tinggal di hotel bersama Daniel.Selepas ini mereka akan menemani Daniel ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience