ABANG Zul meletakkan kopiah di kabinet televisyen.Dia baru selesai menunaikan solat Maghrib bersama-sama dengan anak dan isterinya.Azlin menghidangkan secawan kopi panas.Sudah menjadi kelaziman suaminya akan menikmati secawan kopi panas selepas solat Maghrib.Dia berlenggang ke dapur sekali lagi dan muncul dengan sepinggan biskut kering.
"Minumlah bang."pelawa si isteri.
Abang Zul tersenyum dan mencapai cawan lalu meneguknya perlahan.Panas menuruni anak tekak.
Ariana yang sedang sibuk melukis di atas lantai menghiburkan hatinya.Anak tunggalnya itu memang comel.Alhamdulillah syukur kepada ALLAH kerana masih diberi peluang untuk dia melihat Ariana.
"Ariana lukis apa tu?"tanya Abang Zul dalam nada manja.
"Kakak."balas Ariana tanpa mengangkat muka.
"Kakak?"soal Abang Zul pelik.
Pandangannya bertaut dengan si isteri.Setahunya lukisan itu tidak kelihatan seperti Ariana yang membahasakan dirinya kakak.
"Kakak mana?"tanya Abang Zul pada Azlin.
Wanita yang berumur lewat 20-an itu menggeleng.Dia pun tidak tahu.
"Ariana lukis kakak mana?"soal Abang Zul kepada anaknya pula.
Ariana menggaru-garu pipi kanan.Mulutnya tersengih-sengih.Sambil mencapai krayon berwarna putih,dia memandang ayahnya sekilas.
"Kakak dalam rumah ni."
"Mana ada kakak selain Ariana."jawab Abang Zul mula tidak sedap hati.
"Ada."
"Ariana,ariana cakap apa ni sayang?"soal Azlin pula yang bertanya bimbang.
Daripada reaksi wajah anaknya,memang macam ada sesuatu yang aneh sedang bermain dalam minda anak kecil itu.
"Ada.Hari tu dia selalu pandang kakak masa kakak tengah tidur.Bila kakak bangun,dia ajak kakak main sorok-sorok."
ALLAH!Abang Zul dan Azlin menelan liur.Jantung terus berdetak laju.Takkanlah anak mereka sedang mereka-reka cerita pulak?
"Ariana jangan bergurau macam ni boleh tak?Mak dengan ayah tak suka."tegur Azlin.
Ariana pantas memandang ibunya tidak berkelip.
"Kakak tak cakap bohonglah.Memang ada kakak besar yang ajak kakak main sorok-sorok dengan dia."cerita Ariana dengan mulut muncung.Dia tidak suka apabila mereka tidak mempercayainya.
Abang Zul memegang tangan isteri apabila wanita itu seperti mahu berkata sesuatu.Dia mengukir senyuman manis lalu duduk bertinggung di sisi Ariana.Hati si kecil harus dipujuk dengan kata-kata manis.
"Boleh bagi tahu ayah macam mana rupa kakak besar tu?"tanya Abang Zul.
Pertanyaan ayahnya dibiar tidak berjawab buat beberapa minit.Dia mengetuk-ngetuk hujung dagu dengan jari telunjuknya.
"Rambut panjang,tinggi..."ujar Ariana.
"Lagi?"
"Dia selalu bawa patung untuk kakak."
"Patung apa?"soal Abang Zul lagi.
"Patung kecil."jawab Ariana jujur.
"Dari kayu ke kain?"tanya Abang Zul lagi.
"Kayu."
Abang Zul automatik memandang ke arah isterinya.Patung kecil diperbuat daripada kayu!Itu patung yang pernah Fazziq bawa pulang dari sana.Peristiwa diganggu oleh jelmaan Azlin dan Ariana kembali bermain di layar Ingatannya.Mungkin iblis itu mengekorinya sampai ke rumah dan mengajak Ariana untuk bermain bersamanya.
Sorok-sorok?Syukur Ariana tidak disorok selamanya oleh iblis itu,getus hati kecilnya.
"Sekarang kakak tu masih ada tak?"soal Abang Zul bertanya dengan lebih lanjut.Mahu memastikan adakah iblis itu sudah pergi atau masih ada.
Ariana menggeleng.
Abang Zul mengurut dada lega.Jadi patung itu memang sudah tiada dengan para pemuda itu.Alhamdulillah semuanya selamat.Misi mengembalikan patung itu sudah berjaya.
"Ayah nak tengok lukisan kakak boleh?"
"Boleh."jawab Ariana lalu menyerahkan lukisan itu.
Ayahnya kelihatan berminat dengan lukisannya,dia cukup gembira.Abang Zul merenung lukisan Ariana.Apa yang paling menarik perhatiannya ialah mata makhluk itu Ariana lukis mencerlung ke dalam dan berwarna putih.Sebiji dengan apa yang menghantui mereka.Tidak sangka anaknya turut menjadi mangsa.
"Ayah simpan lukisan ni ya?"
"Kenapa?"
"Ayah suka.Ariana lukis benda lain."
"Lukis apa?"tanya Ariana berkerut muka dengan gaya yang comel.
"Lukis kucing ke,bunga ke..."
"Okey!"ujar Ariana penuh ceria.Krayon warna kuning diambil dan dia mula melukis bunga.
Abang Zul melipat lukisan itu kepada dua dan membawanya masuk ke bilik.Di situ,dia menyelit kertas itu ke dalam salah satu buku.Biarlah ia duduk di situ.
ENAM sekawan itu sama-sama melepak di ruang tamu sambil menonton televisyen.Drama berbahasa Inggeris yang memaparkan kisah penyiasatan FBI menjadi pilihan pada malam itu.Tidak dinafikan yang keadaan semakin baik dan pulih seperti sedia kala.
"Degil betul watak perempuan ni.Sebijik macam kau Ziq."usik Ganesh.
Yang lain ketawa geli hati.Maka bermulalah episod sakat-menyakat di antara Fazziq dan Ganesh.Kali ini Ganesh yang memulakannya terlebih dahulu.
Fazziq mencebik dan tidak berkata apa-apa.
"Tapi nasib baik lawa."Isyraf memuji pelakon perempuan itu.
"Itu ajelah yang kau orang nampak."ujar Fazziq memulangkan paku buah keras.
"Mestilah.Lawa kot.Ke kau tengok tak lawa?"tanya Isyraf.
"Taste Fazziq setinggi langit Is.Kau apa tahu?"
Usikan Ganesh sekali lagi membuatkan tawa Aniq,Isyraf,Zarul dan Xiao meletus.Fazziq mengetap bibir.Ada segaris senyuman di bibirnya itu.Oh,nampaknya Ganesh benar-benar mahu berentap tenaga ya?
"Tak setinggi taste kau Ganesh.Kalau tak secantik Katrina Kaif memang kau takkan pandang langsung."usik Fazziq pula.
"Habislah.Dah start dah."kata Zarul sambil menggeleng-geleng.Dalam masa yang sama dia sangat terhibur dengan Fazziq dan Ganesh.
"Eleh,bukan kau ke yang tergila-gilakan awek seiras Katrina masa kat kampung kau dulu?"ujar Ganesh mereka cerita.
"Sampai berak pun tak lawas."sambung Ganesh lagi.
Ketawa kembali bergema.Kali ini Fazziq sekali yang ketawa terbahak-bahak.Usikan Ganesh semakin maju ke hadapan.Pasti belajar daripadanya.
Share this novel