Bab 25

Thriller Series 1109

"AKU dah cakap yang aku tak mahu balik!Kau orang memang cari mati!"pekik Fazziq.

Urat-urat hitam mula muncul di pipi dan mata putihnya.Kini dia sudah tegak berdiri dengan gigi yang terkancing marah.

Beg yang tersandang di bahu dilempar ke belakang.Fazziq sudah berjaya dikuasai sekali lagi.Dia tidak akan membenarkan manusia-manusia ini bolos.

Xiao menyenggol lengan Aniq dan memuncungkan bibirnya ke tangan Fazziq.Ada sesuatu di tangan Fazziq dan ia nampak familiar.Fazziq sedang menggenggam patung berpuaka itu!

Abang Zul merenung muka Fazziq yang pucat.Dia tahu dalam masa yang sama,Fazziq sedang berlawan dengan iblis itu.Buktinya kadang-kadang matanya menjadi normal.Tetapi tentu sahaja iblis itu mampu menguasai diri Fazziq dengan mudah.Banyak kali Fazziq tewas.

Patung di tangan Fazziq turut menarik perhatiannya.Bagaimana patung itu boleh berada dalam genggaman Fazziq dia juga tidak tahu tetapi apa yang pasti,ia penyebab pemuda ini kerasukan.Walau apa pun yang berlaku,mereka harus mengembalikan patung itu ke tempat asal dan segera keluar dari sini.Sekarang Fazziq dan patung itu harus dipisahkan.

"Kau nak ni?"soal Fazziq sinis sambil mengayun patung itu ke udara.

Dia mahu bermain-main dengan manusia-manusia ini.Semakin mereka takut semakin dia suka.

Abang Zul berpaling dan memandang empat sekawan itu seorang demi seorang.Dia perlukan bantuan mereka.

"Tolong abang tangkap dia."bisik Abang Zul.

"Patung tu?"tanya Xiao.

Abang Zul tersenyum pahit.

"Kita akan tinggalkan kat sini dan balik."balas Abang Zul.

Kata-katanya mudah difahami oleh para pemuda itu.Mereka bersiap-sedia untuk menyerbu ke arah Fazziq dan merampas patung di tangannya.

Niat mereka dapat dihidu oleh Fazziq.Dalam sekelip mata dia ghaib entah ke mana.Ya,masa untuk bermain!Hide and seek.Pastinya hal ini menyusahkan Abang Zul dan empat sekawan itu.Ke mana Fazziq akan membawa mereka?Abang Zul masih ingat dengan pesan Haji Hamid,jangan lama-lama kerana semakin lama kehadiran mereka semakin dapat dikesan oleh 'penduduk' di sini.Malah hijab mereka juga bakal tersingkap luas tidak lama lagi.

Asap masih tidak kurang walaupun sedikit.Pandangan mereka tetap terbatas seperti tadi.Misi pencarian pasti mencabar minda dan fizikal mereka.Asap itu akan mereka redah selepas ini.Sudah tiada masa untuk dibazirkan lagi.Mereka juga tidak tahu ke mana iblis itu membawa jasad Fazziq.

Beg milik Fazziq yang tersadai di tanah sempat dikutip oleh Isyraf lalu disandang ke bahu walaupun debu tercalit ke t-shirt putih miliknya.

ZARUL tidak sedap hati.Dia berasa bimbang dan nalurinya kuat mengatakan yang mereka berada dalam bahaya.Dia juga tidak tahu mengapa perasaan itu datang menghentam fikirannya bertubi-tubi.Mahu menghubungi telefon bimbit mereka pun tak boleh.Dunia itu bukan seperti dunia yang dia diami ini.Dunia itu di dimensi yang berlainan,yang tersembunyi daripada pandangan makhluk yang bergelar manusia.

"Macam mana patung tu boleh ada dengan kamu?"soal Haji Hamid tiba-tiba.Dia bertanyakan soalan yang dia sudah tahu jawapannya.

Dia baru kembali dari dapur.Ternyata sapaannya menghentikan lamunan Zarul.

"Fazziq tuan aji..."

Haji Hamid menggangguk-angguk.Punggungnya dihenyak ke salah sebuah kerusi di ruang tamu.Dia duduk menghadap Zarul yang sedang bingung.

"Insya-ALLAH mereka akan balik tak lama lagi.Jangan risau."

Kata-kata Haji Hamid berjaya mengurangkan kebimbangan dalam hati Zarul.Urat yang tegang sedari tadi sudah mengendur sedikit.

"Sekarang cerita dekat saya macam mana kamu kena macam ni."soal Haji Hamid sambil jarinya terarah ke leher Zarul.

Sekaranglah masanya untuk mengorek cerita sebenar dari pemuda ini.Selepas dirawat,tubuh Zarul mula bertenaga walaupun tidak sepenuhnya.

Mata Zarul automatik tertancap ke meja.Fikirannya menerawang ke beberapa hari yang lepas.Hari di mana dia dan rakan-rakannya bersama Abang Zul masuk ke dunia ghaib.

Beberapa hari yang lepas...

ADA sesuatu di atas jalan di hadapannya.Ianya keci sahaja.Sebesar ibu jari tangan lelaki.Dia terus melangkah seiring dengan rakan-rakan yang lain dan langsung tidak berminat untuk memeriksa apa yang terbaring di situ.Lagipun ia saling tidak tumpah seperti sampah.

Tatkala kakinya menghampiri patung kecil itu,ia tersentuh hujung kasut lantas ditolak ke tepi.Ia bergolek memasuki semak yang merimbun dan tidak kelihatan lagi.

Fazziq yang teruja memeluk bahunya.

"Sebiji macam filem seram Thailand!Gilalah!"

"Syy!"marah Ganesh.

"Ala,adik Ganesh takut ke?Mari sembunyi kat belakang abang mari."usik Fazziq sambil ketawa terbahak-bahak.

Pasti sahaja suara Fazziq menarik perhatian Abang Zul yang berada beberapa langkah di hadapan.

Ganesh mengetap bibir.Hisy,Fazziq memang mahu ditumbuk agaknya.Buku limanya dikepal kemas.Jika Fazziq dekat sudah lama buku limanya hinggap di pipi.

Zarul menggeleng-geleng.Fazziq memang suka menyakat Ganesh.Rumah sewa mereka bingit setiap hari kerana dua lelaki ini.Mungkin sikap Ganesh yang comel ketika meradang yang membuatkan Fazziq gemar mengusiknya.Memang kena dengan diri Fazziq yang gila itu.Semakin Ganesh marah semakin kuat dia mengusik.

Prak!Zarul berkerut muka.Kasutnya terpijak sesuatu.Selepas mengalihkan kaki,ada sesuatu yang berderai di situ.Kelihatan seperti botol kaca bersaiz kecil berwarna kekuningan.

Huh?

"Kita ke sana."ajak Abang Zul.

Dia terus mengetuai aktiviti hari itu.Dia tidak suka membuang masa kerana mereka tiada masa untuk melengah-lengahkan masa.Selepas dua jam,mereka harus mencari jalan keluar secepat mungkin.

Ketika Zarul meninggalkan botol kaca itu,lehernya ditampar kuat beberapa saat kemudian.Dia berpusing ke belakang tetapi tiada sesiapa.Dia memerhati tingkah laku rakan-rakannya dan langsung tiada tanda-tanda mereka melakukannya.Mereka sedang sibuk meninjau dunia yang suram biru itu.

"HA,macam tulah ceritanya tuan aji."beritahu Zarul.Akhirnya selesai dia bercerita.

Haji Hamid mengatur duduk.Botol kaca berwarna kekuningan?

"Ada apa-apa tak dalam botol yang pecah tu?"tanya Haji Hamid.Serius sahaja wajahnya.

Zarul menjongket bahu.Dia sudah lupa.

"Mungkin kerana kamu terpecahkan botol tu kamu jadi macam ni."ujar Haji Hamid.Itu kesimpulan yang dapat dia buat.

Mata Zarul membesar.

"Kita tak tahu apa kandungan dalam botol tu.Kalau tak berisi,Alhamdulillah."

"Kalau ada isi tuan aji?"

"Kita kena pastikan jugak apa isinya."jawab Haji Hamid.

Bingung Zarul dibuatnya.Penting sangatkah botol itu?

"ZIQ!Fazziq!"

Kelibat Fazziq langsung tidak kelihatan di mana-mana.Asap pula semakin tebal dan penglihatan yang sedia terbatas menjadi semakin terbatas.Mereka bergerak sambil berpegangan tangan kerana khuatir ada yang tersesat.

"Fazziq!"tempik Aniq dan Isyraf.

Segala pesanan Abang Zul sudah tidak relevan lagi.Jika tidak memekik seperti itu,bagaimana Fazziq akan mendengar suara mereka?

Bunyi jeritan yang bersahut-sahutan di ruang angkasa menaikkan bulu roma.

"Macam mana ni bang?"soal Xiao.Dia benar-benar panik.

"Kita tak jumpa Fazziq kat mana-mana."ujar Ganesh pula.

Secara jujurnya dia sudah lelah.Dunia ini terasa begitu besar dan tiada penghujungnya kerana mereka tidak tahu di kawasan mana mereka sedang berada ketika itu.

Asap putih bertukar kelabu.Bau busuk mulai mengisi paru-paru.Aniq menahan loya.Berair-air matanya.Bau apa yang busuk sangat ni?

"Jangan tegur."ujar Abang Zul memberi peringatan sebelum ada di antara mereka menegur tentang bau busuk itu.

"Aku dah tak tahan.Memang macam nak terkeluar isi perut aku ni."bisik Aniq ke telinga Isyraf.Dia menekan-nekan perutnya.Mahu muntah pada bila-bila masa.

"Argh!"jerit Fazziq dari kejauhan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience